Blog-list Malaysia |
- PRU13 - 5000 Penyokong Umno Dipindahkan Ke Lembah Pantai
- Kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi
- Kalimah Allah - Pukulan Maut Dari Dr Asri Buat Umno
- PRU13 : BN akan bangkit jadi pembangkang, kata Muhyiddin
- Gambar Anwar Dengan Wanita Misteri - Lagi Sekali Blogger Umno Bodoh Nak Mampos..
- Apa bukti negara bahaya jika bertukar kerajaan
- Fathul Bari Jilat Tahi Lagi..
- Deepak Bikin Gempar Lagi..
PRU13 - 5000 Penyokong Umno Dipindahkan Ke Lembah Pantai Posted: 08 Jan 2013 11:48 PM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding. "Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu. "Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily. Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya. "Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). "80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya. "Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu. Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit. |
Kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi Posted: 08 Jan 2013 08:04 PM PST Kenyataan Dr Yusof Al-Qardhawi berhubung isu kalimah Allah Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian. Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia. Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama' yang diiktiraf oleh ulama'-ulama' seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah 'ustaz' atau ulama' mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini. Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian. Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia. Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari 'International Union for Muslim Scholars' mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz 'Allah' yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam. الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة "الله" لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط. وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: "الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين". وتابع قائلا: "ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين". وأوضح أن "اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)". وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: "الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق"، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: "يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!". وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة "الله" للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama. Beliau menambah: "Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim". Beliau menjelaskan lagi bahawa "perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). " Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat," mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata: "Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman "Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia" bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, " justeru beliau tertanya-tanya: "Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kristian) ?!".. Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam. Ustazengineer, Pasir Panjang, January 2010. http://ustaz2engineer.wordpress.com/2010/02/09/kenyataan-dr-yusof-al-qardhawi-berhubung-isu-kalimah-allah/ |
Kalimah Allah - Pukulan Maut Dari Dr Asri Buat Umno Posted: 08 Jan 2013 05:17 PM PST |
PRU13 : BN akan bangkit jadi pembangkang, kata Muhyiddin Posted: 08 Jan 2013 03:41 PM PST PRU13: BN akan bangkit, kata Muhyiddin SEREMBAN - Selepas melalui apa yang dikatakan "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN. "Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan. "Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini semalam. Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat. "Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk," katanya. Berucap di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada. Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini. "Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan. "Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan. "Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," katanya. Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang. Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum. - Bernama |
Gambar Anwar Dengan Wanita Misteri - Lagi Sekali Blogger Umno Bodoh Nak Mampos.. Posted: 08 Jan 2013 05:37 AM PST Menjelang #kl112 macam2 gosip dorang buat ek? Sebelum neh dok pongpang2 kata perhimpunan kebangkitan rakyat di kl ialah perhimpunan shamsidar. Dan terkini blog umno telah mendedahkan satu gambar yang konon nya bakal menjadi madu kepada Wan Azizah iaitu kekasih DSAI. Tersembur air liur aku baca posting dia. Punyala kelakar nak mampos. Pendapat aku, kalau pun dsai nak berkahwin dengan wanita tersebut what's your problem? Orang lelaki bukan sahaja boleh berkahwin dua malahan empat. Nak kecohkan kenapa? Macam orang buat zina pula. kah kah kah Baca gosip dorang kat bawah neh geng ; Sudah hangat diperkatakan di warung kopi, di rangkaian restoran Garuda di Jakarta khasnya malah di "koran" atau forum maya Indonesia amnya bahawa Anwar Ibrahim bakal bernikah dengan gadis kacukan berdarah Cina-Belanda-Indon atau popular dengan panggilan CIBEI oleh rakyat seberang. Gadis dalam lingkungan 28 tahun, masih anak dara dan khabarnya merupakan anak pemimpin parti politik yang agak luas juga pengaruhnya dan asalnya dari Bandung. Menurut sumber dari parti tersebut, Anwar kerap ke Jakarta melalui Bandung dan di situlah bermula kisah cinta bersegi yang sudah masuk hampir setahun dan kesemua ahli keluarga gadis tersebut khabarnya sudah bersetuju menerima Anwar sebagai menantu. Menurutnya lagi, hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu perkara ini kerana beliau juga sering menemani bapanya ke Indonesia. Anak perempuan Anwar ini juga sering dilihat bersama dengan bakal ibu tirinya di sekitar Bandung dan ianya bukan rahsia lagi bagi masyarakat Bandung bila kadang-kadang Anwar juga ada bersama dengan anaknya, Nurul dan bakal madu Wan Azizah didapati makan dan membeli belah bersama. Di kalangan warga aristokrat Bandung, gadis ini dikenali sebagai 'Darling' kerana sikapnya yang peramah dan manja dengan seluruh ahli keluarga dan keponakan beliau. Foto di atas sudah lama berada atau berlegar dalam medium maya, samada dalam blog, portal maupun facebook. Anwar tidak pernah nafikan itu gambar palsu dan tidak pernah melatah bila gambar tersebut selalu muncul di mana-mana media maya. Apakah kerana Anwar mabuk cinta ? Apakah kerana ingin sampaikan hajat pada Wan Azizah ? Apakah kerana Anwar takut hajat cinta tak kesampaian ? MI bakal bongkar kisah cinta rentas benua ini dan akan pamirkan gambar-gambar manja Darling dan Anwar di sekitar Bandung dan beberapa tempat rehat yang beriklim sejuk di Indonesia. Bersediakah Wan Azizah menerima madu seperti isteri pemimpin pakatan haram yang lain? Bersediakan Wan Azizah menerima anak tiri seperti "anak samsidar" ? Tunggu.... Pendapat aku, kalau benda neh masuk paper = koran indonesia, awat tak tunjuk bukti? Sembang kedai kopi di indonesia pun blogger malaysia boleh dengar? Besar nak mampos telinga ko ek. Signal jauh tue. Keh keh keh Kalau pun benda di atas neh benar sekalipun, sekali lagi aku nak tanya, what's your problem? Sekarang samada pemimpin boleh kahwin atau pun tidak menjadi urusan kita pula ke? BODOH NAK MAMPOS. kah kah kah - amenoworld |
Apa bukti negara bahaya jika bertukar kerajaan Posted: 08 Jan 2013 05:29 AM PST KUALA LUMPUR: "Insya Allah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Justeru, beliau mempersoalkan atas asas apa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Matahir Mohamad bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan. Menurutnya, mungkin Mahathir tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang. "Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. "Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Mahathir dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana. Beliau mengharapkan semua semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya menggemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam. "Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya," kata Idris. Beliau berkata, Mahathir masih menggunakan taktik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya dengan memberi ingatan kepada generasi muda supaya mengenang jasa Umno kepada negara. "Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80-an," ujarnya. Katanya, Mahathir terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni. "Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan. "Selepas PRU12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negara akan menggemblengkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat," ujarnya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15786-apa-bukti-negara-bahaya-jika-bertukar-kerajaan?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter |
Posted: 08 Jan 2013 02:18 AM PST Bangang yang semakin menjadi-jadi.. Tu dia jilat dan terus membelit...adoyaiii.......Rosak Akidah tu bermula dari rosak akhlaklah...AJL bukan lagi ada unsur rosak akhlak tapi memang untuk akhlak yg rosak contohnya Islam tidak menetapkan fesyen pakaian, tetapi menentukan etika berpakaian iaitu orang islam wajib menutup aurat AJL semuanya nampak aurat dengan terkinja2 atas pentas.....manakala amanat tu hanyalah amaran dan peringatan tentang batas-batas kufur. - btmmari |
Posted: 08 Jan 2013 01:24 AM PST Deepak dakwa nilai tanah Bukit Raja RM400j Ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan berkata beliau sanggup membeli semula sebidang tanah di Bukit Raja yang dibeli Boustead Holdings Bhd dengan harga RM160 juta memandangkan tanah berkenaan kini didakwanya bernilai RM400 juta. "Saya sanggup membeli semula syarikat dan tanah tersebut. Mereka bayar RM160 juta... Tanah itu bernilai RM400 juta," kata Deepak dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Deepak berkata beliau sanggup berbuat demikian memandangkan beliau boleh menjual semula tanah tersebut dengan harga RM400 juta, mengikut harga pasaran semasa tanah di kawasan itu. "Jika saya letakkan tanah itu di pasaran dengan harga RM350 juta, saya masih boleh menjualnyna semula, dan bawa semua orang untuk cuti panjang di Maldives. "Saya cuma mahu pastikan kerajaan Selangor akan memberi hakmilik tanah berkenaan kepada saya," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan