MiLo SuaM |
Risalah perang saraf bodoh untuk burukkan DAP disebarkan Posted: 29 Jan 2013 04:00 PM PST SEORANG sahabat menunjukkan sebuah risalah "perang saraf" berbentuk buku kecil untuk memburukkan DAP disebarkan di Kampung Baru semalam. Difahamkan barangkali berpuluh ribu cetakan risalah ini sudah diedarkan seluruh Kuala Lumpur. Gua sempat belek lebih kurang seminit, untuk snap risalah ini. Apa yang gua perhatikan risalah ini dipenuhi dengan fitnah yang terang-terangan kantoi. Contohnya, risalah ini ada memetik salah satu laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk "Tiada lagi DEB". Si pembuat risalah ini masih memasukkan laporan bertajuk "Tiada Lagi DEB" yang tersiar di Utusan Malaysia sebelum ini meskipun akhbar itu sudah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM220,000 kepada Guan Eng kerana laporan fitnah tersebut. Laporan yang terang-terang disahkan oleh mahkamah sebagai fitnah pun boleh dimasukkan dalam risalah ini, nampak sangat si pembuat risalah ini memang nak buat fitnah. Tambahan pula, risalah ini sama seperti risalah memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebelum ini rujuk sini ~ Anwar sembah mayat Teoh Beng Hock, di mana tiada identiti orang-orang yang terlibat menghasilkannya. Namanya pun nak buat fitnah, mana berani nak tulis nama, kalau tulis nama takut kena saman. ReJaM© "Baling batu sembunyi tangan, sudah berak sembunyi punggung... " |
Anak syarikat Kerajaan Negeri Sembilan dikuasai kroni dan wakil rakyat Umno Posted: 29 Jan 2013 11:46 AM PST MENTERI Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan diberi tempoh seminggu untuk mendedahkan pemilikan 49% saham syarikat Negeri Roadstone Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri. Dalam satu kenyataan kepada MiLo SuaM, Ketua Penerangan Parti Islam, PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad mendakwa Negeri Roadstone Sdn Bhd, NRSB sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, PKNNS turut dikuasai oleh "orang kuat Umno dan BN". Kenyataan itu mendakwa kehadiran orang-orang politik Umno dan BN termasuk wakil rakyat yang berselindung di belakang beberapa syarikat yang menguasai 49 peratus pegangan saham NRSB. "51 peratus pegangan saham NRSB dimiliki oleh PKNNS manakala selebihnya sejumlah 49 peratus dikuasai oleh beberapa syarikat, seperti Pembangunan Bumi Sdn Bhd, Cekap Sejagat Sdn Bhd, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd, Nestin Sdn Bhd dan Ahmia Sdn Bhd". Norazman menyifatkan ia sebagai satu jenayah tadbir urus yang berat apabila kepentingan individu berselindung disebalik nama agensi dan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri. "Sebagai rakyat biasa saya mohon Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan untuk mendedahkan siapakah pemilik-pemilik dibelakang Negeri Roadstone Sdn Bhd sebelum pendedahan dibuat pihak kami" tambahnya lagi. ReJaM© "Tak payah dedah pun, kita tahu Umno memang kaki sapu... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan