Rabu, 30 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis Malaysia Buat Lawak Ke Ni..?

Posted: 30 Jan 2013 01:00 AM PST

Sidang Media Berhubung Dengan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat

SUSULAN DARI PERHIMPUNAN AMAN PADA 12.1.2013, PIHAK POLIS KUALA LUMPUR TELAH MEMBUKA SIASATAN BERHUBUNG DENGAN KESALAHAN PELANGGARAN SYARAT OLEH PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (KL 112), KHUSUSNYA MEMBAWA KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR 15 TAHUN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT. PERBUATAN MEMBAWA KANAK-KANAK DIBAWAH 15 TAHUN MENJADI SATU KESELAHAN DIBAWAH SEK. 4(2) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DAN DIBAWAH SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001. JIKA DISABIT BERSALAH KESALAHAN-KESALAHAN TERSEBUT MEMBAWA HUKUMAN BERIKUT:

I. SEK. 4(2) AKTA PERHIMPINAN AMAN 2012 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000


II. SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000 DAN PENJARA TIDAK MELEBIH 10 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI

OLEH ITU PIHAK POLIS KUALA LUMPUR MEMERLUKAN BANTUAN ORANG RAMAI YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT UNTUK TAMPIL MEMBERI KETERANGAN KEPADA POLIS. GAMBAR-GAMBAR SAKSI YANG BOLEH MEMBANTU DALAM SIASATAN TELAH DIRAKAM SEMASA MEREKA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT.

DENGAN ITU PIHAK POLIS KUALA LUMPUR MENYIARKAN BEBERAPA GAMBAR SAKSI-SAKSI BERKENAAN UNTUK TAMPIL MEMBANTU DALAM SIASATAN. PIHAK POLIS JUGA MENYERU SAKSI-SAKSI YANG GAMBAR MEREKA DISIAR MENGHUBUNGI TERUS PEGAWAI PENYIASAT KES ASP TONNY LUNGGAN TEL. BIMBIT O14-6225262 ATAU PEJABAT 03- 90516222 ATAU BERHUBUNG DENGAN BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

MANA-MANA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT AKAN SAKSI-SAKSI TERSEBUT DIMINTA MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT TERSEBUT DIATAS ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN.

SETAKAT INI KERJASAMA ORANG AWAM DALAM SIASATAN INI AMAT MENGALAKKAN DAN PIHAK POLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH.







Seterusnya Disini

Umno Yan Sanggup Terina Nasharuddin Mat Isa

Posted: 29 Jan 2013 11:56 PM PST

Nasharuddin bakal kembali ke parlimen Yan

PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Yan di Kedah dianggap paling sesuai dan paling selamat untuk bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.

Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.

"Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.


"Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.

"Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin," kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.

Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.

Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.

'Tidak berpura'

Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.

Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.

Nasib Nasharuddin menjadi samar apabila dipecat dari jawatan Majlis Syura PAS minggu lalu. Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan Bachok tidak mencalon nama Nasharuddin dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kita mengalu-alukan Nasharuddin untuk kembali bertanding di Yan tidak kira atas tiket apa sekalipun. Masyarakat Yan masih sayangkan beliau.

"Walaupun Nasharuddin bukan seperti pemimpin-pemimoin PAS yang lain yang kononnya berpakaian imej Islam tetapi Nasharuddin lebih sayangkan Islam.

"Nasharuddin tidak berpura-pura walaupun di bukan lulusan sekolah pondok," tambahnya lagi.

Usaha untuk menghubungi Nasharuddin bagi mendapatkan perkembangan terbaru beliau gagal.

freemalaysiatoday.com/



Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku

Posted: 29 Jan 2013 10:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak meninggalkan pusat pengundian sehingga proses pengiraan undi selesai bagi menghalang sebarang penipuan yang bakal dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Peringatan tegas ini disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang percaya kerja-kerja penipuan sudah pastinya dirancang pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menyekat kemenangan PR ke Putrajaya.

Mengimbau suasana pengiraan semula undi pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 katanya, perkara ini perlu dijadikan pengajaran selain iktibar daripada kisah pejuang Islam dalam Perang Uhud.

"Semua perlu berhati-hati, jangan bagi penipuan berlaku lagi dalam PRU kali ini.

"Ahli parti jangan tinggalkan 'post'. Pastikan ikut peti undi bagi mengelakkan penipuan," katanya pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran PKR Lembah Pantai.

Semasa pengiraan undi pada PRU-11, Dr Wan Azizah yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh mula-mula kalah dengan majoriti tipis kepada calon Umno-BN Datuk Pirdaus Ismail.

Tetapi selepas pengiraan semula dibuat, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.



'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'

Posted: 29 Jan 2013 08:02 PM PST

Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.


"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

Ke mana Nasha selepas ini?

Posted: 29 Jan 2013 04:42 PM PST

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

"Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.


Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.

Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?

Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas. Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).

Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno. - SinarHarian


Alahai.. Bangsat Ni Nak Menyibuk Jugak..

Posted: 29 Jan 2013 07:48 AM PST

Zulkifli Noordin Persoal Pemecatan Nasha tanpa Bela Diri.

KUALA LUMPUR 29 Jan - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini mempersoalkan tindakan memecat bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Menurut Zulkifli, tindakan yang dilakukan oleh parti yang 'melabelkan' diri sebagai parti Islam itu tidak bertindak sebagai parti yang Islamik.


"Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.

"Saya tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal,hak asasi serta fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakat bertamadun," katanya menerusi satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.

Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Tambah beliau yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malasysia (PERKASA), tindakan yang dilakukan oleh Pas ini bukanlah kali pertama kerana perkara yang sama dilakukan terhadap tokoh pemimpin Pas, Datuk Dr. Hasan Ali.

"Sebab itu saya mempersoalkan tindakan PAS memecat Nasharudin daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS. Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.

"Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri. Ini disahkan sendiri oleh Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu pemecatan beliau melalui media," katanya.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut memberi beberapa persoalan mengenai isu pemecatan Nasharuddin.

"Satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat?

"Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunseling kepada bini orang jam 3 pagi? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa?

"Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti dan keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat serta menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak, Bisu dan Buta untuk menerima haq dan kebenaran," ujarnya.

Kahkahkah.. Hadoi.. Geli lubang telingalah bangsat oii.. Lawak gilee laa nko yob...



Tragedi 13 Mei: KEADILAN mahu SPR tarik balik ugutan ke atas rakyat

Posted: 29 Jan 2013 05:57 AM PST

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof digesa menarik balik kenyataan meminta rakyat tidak meraikan dan membantah di jalan raya selepas keputusan pilihan raya umum diumumkan bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan Abdul Aziz itu tidak profesional dan sengaja mahu mengugut rakyat dengan kuasa yang ada padanya.


"Tidak wajar SPR buat kenyataan seperti itu. Langsung tidak profesional. Malah beliau seperti mengulangi hujah Umno yang mengatakan demonstrasi boleh mengakibatkan tragedi 13 Mei.

"Kalau Abdul Aziz rasa bertanggungjawab, beliau mesti tarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat kerana memberikan gambaran buruk kepada rakyat," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau mempersoal tindakan SPR cuba mengaitkan tragedi 13 Mei dengan keputusan pilihan raya. "Kenapa nak ugut orang awam?

Kita ada undang-undang. Mengapa SPR nak ungkit tragedi 13 Mei untuk takutkan rakyat," soal Tian.

"Sebetulnya jika SPR ini bebas, dia (Abdul Aziz) mesti minta rakyat turun menunaikan tanggungjawab mengundi dan memberi jaminan pilihan raya diadakan telus.

Tapi kenapa nak diungkit 13 Mei pula," ujar Ahli Parlimen Batu itu. Abdul Aziz juga dilaporkan meminta pihak yang menang juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR.

Menurutnya, lima kerajaan negeri bertukar selepas Pilihan Raya Umum 2008 menunjukkan kononnya kebebasan SPR.

"Ini seperti SPR akan lakukan penipuan. Mana dia jaminan SPR untuk pastikan tiada penipuan dalam pilihan raya?

Kerja SPR sepatutnya tolong pastikan pilihan raya berjalan telus dan bersih, bukan jadi alat politik kerajaan," tempelak Tian.~ kd

SPR: Jangan demo lepas p'raya, elak tragedi 13 Mei


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan kesemua parti agar tidak meraikan atau membuat bantahan di jalan raya selepas keputusan pilihan raya diumumkan, bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar berbahasan Cina Oriental Daily yang disiarkan hari ini, Abdul Aziz berkata SPR mengambil teladan daripada tragedi tersebut dan memperkenalkan peraturan yang mengharamkan sambutan atau bantahan demikian.


Katanya, pihak lain akan turut ke jalan raya dengan jumlah yang besar sehingga menyebabkan perintah berkurung terpaksa dikeluarkan.


Abdul Aziz seterusnya menasihatkan semua parti politik agar mamatuhi peratus pilihan raya dan bekerjasama untuk memastikan kestabilan dan keamanan, tidak kira pihak mana yang menang dalam pilihan raya umum akan datang.


Beliau juga mengingatkan BN dan pembangkang agar tidak menggunakan isu kaum dan agama semasa pilihan raya.


Katanya, agama adalah perkara yang dekat di hati orang ramai dan ada yang sanggup menggadai nyawa demi agama mereka.


Beliau turut meminta pihak yang menang dan juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR.


Katanya, lima kerajaan negeri bertukar selepas pilihan raya umum 2008 yang didakwanya menunjukkan kebebasan SPR.~ fmk



Najib Jangka 'Permata Rosmah' Akan Diserang Lagi..

Posted: 29 Jan 2013 03:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengatakan hari ini beliau menjangkakan pembangkang akan mengkritiknya kerana beliau mencadangkan Permata diberikan tugas untuk membantu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kerana melibatkan isternya.

Bercakap dalam seminar disini, perdana menteri mencadangkan Permata, yang mana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor adalah penaung, bekerjasama dengan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) untuk mendirikan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.


"Lupakan (fakta tentang) isteri (saya) yang terlibat. Kerja dengan Permata kerana ia adalah program untuk pendidikan awal," kata Najib dalam ucapannya semasa di seminar "Wanita Sebagai Pemandu Transformasi" disini.

"Tetapi kita tahu pembangkang akan memperkecilkannya jika Permata terlibat. Pembangkang, mereka tidak konstruktif. Mereka hanya tahu untuk memperkecilkan semua perkara."
Rosmah telah dikaitkan dengan beberapa pertuduhan rasuah termasuklah pertuduhan pengelibatannya sebagai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana beliau seringkali menafikannya.

Isteri perdana menteri itu juga dituduh mempunyai kekayaan luar biasa sehingga terpaksa menafikan baru-baru ini pernah membeli cincin berlian berharga RM24juta.

Pertuduhan pertama timbul pada 2011 apabila bekas ahli majlis pimpinan pusat Badrul Hisham Shaharin mendakwa beliau menerima maklumat cincin berharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menjelaskan kemudian walaupun cincin itu dibawa masuk ke dalam negara, ianya tidak berjaya dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah juga mendakwa beliau telah menjadi nombor sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik.

Najib, dalam mempertahankan isterinya telah berkata, pembangkang "kehabisan idea" untuk menyerang pentadbiran beliau dan mengatakan serangan peribadi dengan menjadikan Rosmah sasaran.

Perdana Menteri dalam ucapannya hari ini menggesa pengundi agar tidak terpengaruh dengan retorik pembangkang, mengulangi pembangkang tidak berminat untuk memainkan peranan konstruktif kerana menyerang lawatan beliau ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

"Sehinggakan perjalanan Gaza saya diperkecilkan. Mereka tidak konstruktif," kata Najib.- MI



Tiada Halangan Nasharuddin Sertai Parti Lain - Nik Aziz

Posted: 29 Jan 2013 02:06 AM PST

KOTA BHARU 29 Jan - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan bahawa dengan rela hati melepaskan dan tiada halangan untuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain.

Menurut Nik Aziz, terpulang kepada Nasharuddin untuk menyertai parti lain


"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

"Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia," katanya kepada media.

Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.


Tiada ulasan: