MiLo SuaM |
- Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah
- Penyokong tegar Pakatan Rakyat ditangkap bersama 36 GRO?
- Blogger Umno dedah dokumen pembelian barang kemas Wan Azizah pulak!
- Logo Barisan Nasional serupa dengan lambang puak Yahudi DAN
Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah Posted: 02 Jan 2013 10:57 PM PST JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak? Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan. Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong "survival" Utusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai. Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan berlaku pengedaran Utusan Malaysia di Kedah secara percuma termasuk di kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM. Dalam kes ini menurut pengirim, beliau menerima akhbar Utusan Malaysia secara percuma yang ditaja oleh Pemimpin Umno Kedah yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah. Sendiri punya syarikat akhbar, sendiri cetak, sendiri beli, kemudian sendiri edar secara percuma. Lepas tu kena saman kerana banyak fitnah, sendiri juga yang rugi. Bukan ke ini namanya kerja gila dan bodoh? Kah kah kah... ReJaM© "Tutup sajalah syarikat Utusan Malaysia ni, buat rugi Umno je... " |
Penyokong tegar Pakatan Rakyat ditangkap bersama 36 GRO? Posted: 02 Jan 2013 04:51 PM PST MALAM tadi gua ada siarkan kisah bodoh blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan dokumen bukti kononnya isteri Anwar Ibrahim, iaitu Wan Azizah membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit, rujuk sini ~ Dokumen. Kali ini salah seorang blogger United Malays No Otak membayangkan pula kononnya Bekas Ketua Setiausaha yang juga penyokong tegar Pakatan Rakyat telah ditangkap dalam keadaan mabuk bersama 36 GRO malam tahun baru yang lalu. Berita itu sebenarnya diambil dari portal MyMetro. Kalau dia nak sangat teka KSU ini adalah penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, bukanlah sesuatu yang sukar. Lihat baik-baik pada jawatannya sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian. Kalau sudah namanya kementerian sudah terang lagikan bersuluh berkaitan dengan kerajaan pusat. Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin. Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk. Menurut sumber, 'Datuk' terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang. "Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan. "Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat. "Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya ~ MyMetro. ReJaM© "Gua rasa kalau tanya blogger ni soalan matematik 1+1 pun mesti dia pening... " Peringatan Penting! Jom turun ramai-ramai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka). Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan bersama sejuta rakyat! Sejuta Jiwa! |
Blogger Umno dedah dokumen pembelian barang kemas Wan Azizah pulak! Posted: 02 Jan 2013 04:35 AM PST HARI ini pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli telah mendedahkan dokumen pembayaran barang kemas Rosmah Mansor bernilai lebih RM13 juta yang dibayar oleh saudagar karpet Deepak Jaikisnan sila baca lanjut di sini ~ RafiziRamli.Com Apa yang lucunya, blogger-blogger United Malays No Otak, Umn0 di dalam usaha untuk mempertahankan wanita solehah, Datin Paduka Rosmah Mansor telah mendedahkan pula dokumen pembelian barang kemas Datin Wan Azizah. Apa yang lucunya dokumen yang diedit daripada dokumen pendedahan Rafizi Ramli itu masih lagi tertulis nama Rosmah Mansor kah kah kah... Baca cerita lanjut di blog sahabat gua rujuk link ini ~ ASD ReJaM© "Konon nak tunjuk pandai, tapi makin nampak bodoh kah kah kah... " |
Logo Barisan Nasional serupa dengan lambang puak Yahudi DAN Posted: 02 Jan 2013 01:09 AM PST HASIL tinjauan gua di internet hari ini, gua jumpa beberapa benda yang agak mengejutkan untuk dikongsi kepada sahabat pembaca MiLo SuaM semua tentang logo yang digunakan pada parti Barisan Nasional. Barisan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1973 iaitu merupakan gabungan 14 parti-parti di dalamnya menggunakan lambang yang sangat mirip dengan lambang yang digunakan oleh puak Yahudi DAN sejak sekian lama. Menurut kepercayaan Yahudi, mereka terdiri daripada 12 puak-puak atau suku-suku iaitu, Benjamin, Ephraim, Manasseh, Naptali, Dan, Asher, Issachar, Judah, Zebulon, Simeon, Reuben, dan Gad. Setiap puak ini mempunyai lambang mewakili puak masing-masing. Kalau kita lihat, lambang yang digunakan oleh salah satu puak Yahudi bernama Dan ini sangat mirip dengan lambang yang digunakan oleh Barisan Nasional iaitu menggunakan lambang dacing. Malah pada tahun 1955-56, Israel ada mengeluarkan setem khas bagi memperingati 12 puak-puak Yahudi ini. Kalau kita lihat secara jelas, salah satu setem yang dikeluarkan bagi mewakili puak Dan, adalah setem berwarna biru menggunakan lambang dacing. ~ StampAlbum Tidak cukup dengan itu, kalau kita lihat di laman sesawang gerakan freemason, lambang dacing juga digunakan sebagai lambang Grand Inspector Inquisitor Commander rujuk link ini ~ freemason. Sebelum ini gagasan 1 Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga telah mencetuskan kontroversi apabila ia sangat mirip dengan konsep One Israel berslogankan People First yang dibawa oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau memang disengajakan? Dalam banyak-banyak lambang, kenapa lambang dacing jadi pilihan? ReJaM© "Adakah Israel yang meniru Barisan Nasional? Kah kah kah... " Peringatan Penting! Jom turun ramai-ramai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Masa: 14:00 petang Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka). Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan bersama sejuta rakyat! Sejuta Jiwa! |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan