ANAK SENGAT |
DEEPAK...SIAPA TOK DALANGNYA...?? Posted: 02 Jan 2013 06:27 AM PST Deepak dilaporkan kecewa dengan DSAI yang khabarnya belum memberi sokongan terbuka terhadap pendedahannya. Kata Deepak dia tertekan dan terpaksa ambil ubat tidur kerana tekanan tersebut. Beliau juga menyatakan kekecewaan sebab pemimpin pembangkang lain juga tidak bersama. Dalam laporan yang sama, Deepak menafikan pendedahan Rafizi. Deepak mengejutkan negara apabila mendedahkan kaitan Rosmah dan Najib dengan penarikan balik akuan bersumpah penyiasat persendirian Bala yang kini menyembunyikan diri di luar negara. Deepak yang pada asalnya diserang kerana kaitan rapat dengan Rosmah tetiba meletup dengan pendedahan dan sikap menongkah arus menentang "kawan rapatnya" atas beberapa sebab kecewa... Sebelum itu Musa Hasan mendahului Deepak dalam serangan melawan tauke... Perlu diingat...kedua duanya menyerang Najib ... Deepak melaui isteri Najib dan Musa melalui sepupu Najib... Belum ada yang seberani keduanya menyerang orang yang dilihat paling berkuasa di negara ini. Saya masih ragu dan bertanya ... SIAPA DI BELAKANG MEREKA???? saya tidak fikir mereka berani mendedahkan diri mereka kepada petaka di saat genting PRU 13 yang semakin menghampiri... paling menarik... Mahathir yang kuat berkokok akhir akhir ini seakan terlepas pandang dan tak peduli dengan pendedahan besar ini... Begitu juga Muhyidn yang dlihat tak nampak jalan nak bela bosnya... atau sememangnya mereka ada peranan di belakang pendedahan besar ini??? Dalam politik segalanya berkemungkinan berlaku.. Apatah lagi ia peluang terbaik mengakhiri politik Najib... Muhyidin tentunya dah tak sabar untuk menanti waktu lebih lama kerana jangka hayat Bn semakin mereput... Jika Bn menang kali ini.. Muhyidin mengharapkan dia dapat memanjangkan jangka hayat BN... Mahathir??? Jangan lupa Mukhriz!!!! Anak Tun Razak dah jadi PM, anak Tun Husin dah jadi menteri dalam negeri yang sedang membina jalan sebagai PM...anak Mahathir...?? Berbalik kepada Deepak...ia masih menjadi tandatanya... Jadi pemimpin pembangkang jangan masuk perangkap.. saya tak fikir deepak bersendirian... |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan