Selasa, 29 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Solat Jumaat berimamkan radio kerana terpengaruh Amanat Hadi

Posted: 28 Jan 2013 06:00 PM PST

NAMPAKNYA Utusan Malaysia terus mainkan isu "Amanat Hadi". Rasanya sudah lebih dua bulan isu "Amanat Hadi" diulang pagi petang siang dan malam di media-media kawalan Umno dan Barisan Nasional.

Terbaru Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) melaporkan kononnya ada seorang penyokong tegar Parti Islam, PAS bernama Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil melakukan solat Jumaat berimamkan radio kerana memulaukan imam Umno akibat terpengaruh dengan "Amanat Hadi".



Nampak sangat akhbar yang berpuluh kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu tidak pernah serik untuk terus menyebarkan fitnah jahat. Memang sah Ketua Pengarang dan editor Utusan Syaitan ni hisap gam!

Kalau betul Aziz Jusoh ini pulaukan imam Umno, dan apa kejadah dia berimamkan siaran langsung di radio setiap minggu semasa solat Jumaat? Imam dalam radio tu imam PAS ke? Kah kah kah...

ReJaM© "Utusan Syaitan surat khabar orang gila... "

Laman web rasmi PAS pula digodam (hacked)

Posted: 28 Jan 2013 03:27 PM PST

JIKA semalam laman web Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali berjaya digodam (hacked) rujuk sini Web Azmin Ali oleh individu yang dipercayai menyokong Pakatan Rakyat, kali ini nampaknya giliran laman web rasmi Parti Islam, PAS pula menjadi sasaran.

Penggodam meninggalkan mesej yang sama seperti semalam, iaitu memperkenalkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army, dan memberi amaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat terhadap keselamatan laman web dan serangan cyber pihak lawan dari Barisan Nasional yang lebih canggih dan berkepakaran tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Di bawah ini screenshot yang diambil dari laman web rasmi PAS, pas.org.my.



Barangkali selepas ini, lebih banyak laman web milik Pakatan Rakyat sendiri akan digodam oleh penggodam-penggodam ini untuk menguji tahap keselamatan laman web mereka.

Ini menunjukkan masih banyak kelemahan pada sistem keselamatan laman web ini.

ReJaM© "Jika benar mereka berniat baik, terima kasih diucapkan... "

Tiada ulasan: