Ahad, 27 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Najib Razak mengaku bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan

Posted: 26 Jan 2013 10:27 PM PST

BERITA panas hari ini, disiarkan di Metro Ahad muka surat S21 ruangan selebriti. Metro Ahad menyiarkan pengakuan Najib Razak yang mendakwa beliau sama-sama suka dengan pelakon Rozita Che Wan.

"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya" kata Najib Razak seperti yang dipetik dari Metro Ahad hari ini, 27 Januari 2013 dalam sebuah artikel dua muka di akhbar itu yang bertajuk "bukan syok sendiri".



Tapi sebelum gua kena hempap dengan lengan satu tan Lady Gajah, lebih baik gua ceritakan perkara yang sebenar. Paparan sebenar di Metro Ahad hari ini adalah kisah percintaan Rozita Che Wan dengan Zain Saidin.

Namun barangkali wartawan yang menulis, ataupun jurugrafik yang terlibat menyediakan artikel ini telah tersilap membiarkan nama Najib Razak dimasukkan dalam kisah percintaan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini.





ReJaM© "Zain Saidin bercinta, Najib Razak yang dapat nama kah kah kah... "

Isu kalimah Allah, Harussani sudah sampai tahap mengkafirkan mufti

Posted: 26 Jan 2013 06:28 PM PST

POLEMIK isu kalimah Allah sudah semakin hangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Harussani sudah sampai ke tahap mengkafirkan umat Islam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau adalah, membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, bermakna bersetuju dengan pihak berkenaan untuk menyekutukan Allah ~ Bernama



Nampaknya fatwa baru dikeluarkan oleh Mufti Perak ini jelas bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri Perlis sebelum ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bil 1/2008 bertarikh 14-15 jun 2008, memutuskan tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah, atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah ~ Mufti Perlis



Sila baca ayat di bawah ini baik-baik.

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu:

"(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa" Surah Al Maidah ayat 106.

Dalam surah ini jelas Allah menyuruh orang berlainan agama (bukan Islam) bersumpah dengan nama Allah. Jadi bagaimana Mufti Perak boleh mengkafirkan pihak yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah?

Inilah akibatnya bila kalimah Allah dijadikan alat politik untuk meraih undi Melayu menjelang pilihanraya ke 13. Maka keluarlah fatwa-fatwa lucu sehingga sanggup mengkafirkan orang.

Sampai ke tahap mufti mengkafirkan mufti. Sampai ke tahap, mufti menolak ayat daripada kitab suci Al-Quran. Sampaikan mufti pula seolah-olah mengkafirkan Al-Quran yang menyuruh bukan Islam menggunakan  kalimah Allah.

Sebelum ini gua dah kata, dalam dunia ini isu kalimah Allah hanya kecoh di Malaysia sahaja. Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang kecoh tentang isu kalimah Allah baik negara Islam mahupun negara kafir.  Kenapa? Jawapannya mudah, kerana hanya di Malaysia ada Umno rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah.

Sumber: ~ Bernama, Mufti Perlis

Tiada ulasan: