Ahad, 27 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tamparan Kepada UMNO BN: Pelabur Terbesar Rapid Pengerang Tarik Diri

Posted: 27 Jan 2013 01:05 AM PST

Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.

"Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.

"Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.

BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu.

Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid.

Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru.

Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid.

Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan.

"Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan," kata Hasnul. -KD

RCI: Najib Juga Perlu Disiasat- Anwar

Posted: 26 Jan 2013 11:45 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga perlu disiasat, kerana ini projek terus menerus dari era Mahathir, dan tidak pernah berhenti IC terus diberikan," kata Anwar di Majlis Dialog bersama penduduk Batu Pahat di Hotel Garden, semalam.

Anwar turut membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu menutup kesalahan beliau dengan mempertikai kewarganegaraan penduduk Cina dan India yang diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Sekarang dia (Mahathir) nak salahkan 'Jus Soli' pula, nampak tak bagaimana dia pertikai kewarganeraan penduduk Cina dan India yang sememangnya layak menjadi warganegara? "Semua anak Cina, India, Kadazan, Dayak, yang lahir di tanah ini sebelum kemerdekaan adalah warganegara dan semua akan kita lindungi!" kata Anwar disambut tepukan 300 tetamu.

"Kewarganegaraan ini kalau mengikut prosedur, undang-undang tidak menjadi isu, tapi ini melibatkan korupsi Perdana Menteri ketika itu," katanya lagi.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk dipanggil ke suruhanjaya siasatan yang sedang berlangsung ketika ini.

"Panggillah saya, saya tak kisah. Saya bersedia. Saya juga sudah 'check' dengan Datuk Chua Jui Meng dan Tan Sri Fadzir Sheikh Kadir, mereka pun selama dalam kabinet tidak pernah diberitahu apa-apa berhubung program itu, hanya Mahathir yang tahu," katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali. -KD

Isu Kalimah "Allah": Harussani "Kafirkan" Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari?

Posted: 26 Jan 2013 09:40 PM PST

Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. - Bernama


Use of Bahasa Bible is fine, says ulama


PETALING JAYA: The usage of Bahasa Malaysia Bible is perfectly fine both in the eyes of Islam and the Federal Constitution, said Umno ulama Fathul Bari Mat Jahya.

He said people must not confuse the fact that a language did not represent a particular religion.

"Arabic is the original language used in the Al-Quran. But Prophet Muhammad had never stopped or forbade others in using Arabic to spread their own religions," he said.

Fathul said although the Federal Constitution forbade the preaching of other religions to Muslims, the AlKitab (Bible) did not contravene its spirit.

"It should only be for Christians.

If the Bahasa Malaysia Bible is not used to preach to Muslims, then there is nothing wrong," he said.

Fathul said it was also perfectly acceptable for Christians to use the word "Allah".

"However, I made it very clear that this can only be used in a Christian context, and not to mislead Muslims," he said, adding that most Islamic scholars in the Middle East thought the same as well.

PAS ulama council chief Datuk Harun Taib said Christians should not be denied the right to use the Bible in Bahasa Malaysia as it was the country's national language.

"Will the faith of Muslims be affected by a translation of the Bible? No, it is just a Bible read by Christians, that is all. Why must there be any opposition?" he told an online news portal yesterday.

Harun also said Christians could use the word "Allah" as long as it was within the confines of their religion.

"If Christians want to use the term 'Allah' for their God no problem. If they are convinced that 'Allah' is their God, let them be," he said, explaining that this was different from Islam's 'Allah s.a.w'.

It was also reported that PKR information chief Dr Muhammad Nur Manuty said Muslims need not worry about the use of the word "Allah" and the Bahasa Malaysia Bible.

"This is the right of religion and Bahasa Malaysia is the official language of the country so we cannot restrict other religions, including Christians from using it," he said, urging Muslims to be more open-minded and not take matters in their own hands.

Malaysian Ulama Association president Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir had earlier agreed that everyone should be allowed to read and worship in the language of their choice.

He had said that even the Quran had been translated into many languages such as Chinese, and that every person had the right to use Bahasa Malaysia.

However, he added that "Allah" should be exclusive for Muslims.

-TheStar

Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura

Posted: 26 Jan 2013 05:39 PM PST


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti.

Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. -sanggahtoksago

Ulasan GB

Hal ini disahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Jasin semalam sewaktu menghadiri Majli Munaqashah Ucapan Dasar Presiden.

Berita ini sekaligus dapat menyembuhkan luka-luka ummah terutama ahli-ahli PAS yang sebelum ini mempertikaikan beberapa tindakan Nasharuddin yang dilihat kontroversi dan merugikan jemaah.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya Nasharuddin perlu dilucutkan keanggotaaannya sebagai ahli Majlis Syura. (baca berita di bawah)

Alhamdulillah, Allah mendengar dan memperkenankan doa GB.

Namun sekalipun beliau bukan lagi ahli Majlis Syura, belau masih tetap ahli PAS, dan diharap beliau istiqamah bersama jemaah dan menjadi seperti Khalid Al-Walid yang terus berjuang di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun tidak dilantik apa-apa jawatan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


YB Salahuddin Mahu Najib Jelaskan Tujuh Isu Yang Belum Terjawab

Posted: 26 Jan 2013 02:50 PM PST


Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau menjelaskan tujuh isu yang belum terjawab sehingga kini.

Pertama ialah berhubung kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Datuk Syed juga mengatakan rakyat Johor paling miskin disebabkan harga rumah & hartanah di Johor yang sangat membebankan.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia (RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yang dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawah paras IPO.

Ketujuh mengenai pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Menurut Salahuddin, ketujuh-tujuh isu tersebut perlu dijawab oleh Najib kerana ia melibat kepentingan rakyat seluruhnya.

Salahuddin berkata demikian di Majlis Mengeteh dan Santai bersama rakyat di Merlimau petang ini.

Pada sebelah paginya, Salahuddin telah menghadiri dan berucap di Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden ke 58 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Kompleks PAS Jasin, Dataran Hamas Jasin.

Turut sama membentangkan kertas kerja ialah Tn Hj Asmuni Awi dan Ustaz Idris Ahmad, kedua-duanya AJK PAS Pusat.

Tn Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka di dalam ucapan alu-aluannya meminta ahli-ahli PAS negeri Melaka bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi dan berusaha menangkis segala serangan pihak lawan dengan pantas sebelum ianya meracuni pemikiran rakyat.

Munaqasyah tersebut telah dihadiri oleh seluruh pimpinan PAS Negeri, Dewan-dewan dan PAS Kawasan-kawasan di dalam negeri Melaka.

Rafizi Kepada Zahid Hamidi: Jumpa Di Mahkamah, Lawan Tetap Lawan!

Posted: 26 Jan 2013 06:32 AM PST

Rafizi tidak akan tarik balik kenyataan, lawan saman Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli tidak akan tarik balik kenyataannya berkenaan Kementerian Pertahanan menggunakan dana awam untuk membeli saham Astacanggih, milik peniaga permaidani Deepak Jaikishan berharga RM30 juta dan membeli tanah Raja Roopiah bernilai RM160 juta di Bukit Raja.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, rakyat Malaysia secara umumnya sudah mengetahui kes ini dan beliau sedia ke mahkamah menghadapi saman dari Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ya, saya akan hadapi saman tersebut. Saya akan go through dengan lawyer saya mengenai isu ini," kata Rafizi.

Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyaman Rafizi berkenaan tulisannya di dalam blognya, yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Menteri Pertahanan itu antaranya menuntut ganti rugi am dan khas bagi fitnah bertulis, ganti rugi teladan dan melampau serta menarik balik sepenuhnya kata-kata fitnah itu.

Pengarah strategi PKR itu berkata, beliau bersedia untuk ke mahkamah agar semua dokumen yang terlibat dapat disapina di mahkamah.

"Kalau dia saman saya, baguslah, kita boleh sapina semua dokumen nanti.

"Apa yang saya katakan, beliau selaku Menteri Pertahanan harus bertanggungjawab kepada dana awam," kata Rafizi lagi.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.


Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi


Menteri Pertahanan Datuk Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel yang di tulis Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli palsu dan ditulis dengan niat jahat.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Dr Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Dr Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.
-Bernama

JAKIM Diselar Kerana Guna Khutbah Jumaat Semai Kebencian Terhadap Agama

Posted: 26 Jan 2013 03:41 AM PST

Teks khutbah Jumaat adalah percubaan wujudkan kebencian agama, kata pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa orang pemimpin PAS membidas penguatkuasa Islam Malaysia kerana pertuduhan menwujudkan kebencian agama semasa solat Jumaat semalam bagi umat Islam dengan menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai "musuh Islam".

Pemimpin PAS yang dihubungi The Malaysian Insider berkata tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyediakan teks khutbah Jumaat tersebut tidak mencerminkan imej Islam sebagai sebuah agama keamanan dan memahami sebaliknya menggambarkannya sebagai tidak bertolak ansur.

"Langkah Jakim ini cubaan untuk mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.

"Sikap adu-domba mereka ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Dalam teks khutbah Jakim semalam, penguatkuasa agama tersebut memberi amaran kepada umat Islam diseluruh negara tentang percubaan "musuh Islam" untuk menyesatkan mereka dengan memberi gambaran semua agama adalah sama.

Umat Islam juga diberitahu terlalu berminda terbuka dan membenarkan hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah tindakan "merbahaya".

"Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.

"Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka," tulis teks tersebut.

Jakim semalam menegaskan kalimah "Allah" tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.

"Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord)," tulis Jakim lagi.

Khalid juga menyelar Jakim kerana sikap melulu menunding jari dan berprasangka buruk kepada penganut Kristian seolah-olah agama tersebut mempunyai niat untuk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

"Tuduhan Jakim ini tanpa bukti, mereka hanya menuduh sahaja.

"Kenapa nak burukkan semua orang Kristian, bukan semua penganut Kristian tidak baik.

Malahan Islam tidak menganjurkan sikap berprasangka buruk kepada agama lain," tambah beliau.

Khalid sebaliknya menuduh Jakim sebagai punca umat Islam berada dalam keadaan keliru kerana gagal memainkan peranan dalam memantapkan fahaman Muslim di dalam negara.

"Merekalah (Jakim) punca umat Islam lemah kefahaman dan akidah.

"Sepatutnya Jakim melaksanakan tanggungjawab dan tugas memantapkan umat Islam di Malaysia, tapi apa yang saya lihat setakat ini mereka gagal lakukannya," kata Khalid lagi.

Dalam pada itu, Khalid juga berkata tidak bersetuju dengan Jakim yang mengatakan tuntutan bukan Islam untuk menggunakan kalimah "Allah" adalah bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam.

"Kalau Jakim berkata demikian, maka terbuktilah Jakim yang selama ini tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik.

"Lebih baik khutbah itu menerangkan tentang perbezaan akidah umat Islam dan bukan Islam, supaya Muslim lebih memahami tentang Islam yang sebenarnya," ujar beliau lagi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mendakwa tindakan Jakim tersebut hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang ketika ini serta membidas agensi tersebut sebagai menjadi "alat" kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sebelum itu saya mahu tanya, apakah peranan dan tanggungjawab Jakim dalam berdakwah kepada umat Islam.

"Jakim jangan jadi alat kepada BN, malahan mereka juga memutar-belit kenyataan yang diputuskan semasa Majlis Syura Ulama PAS pada awal Januari lalu," katanya.

Salahuddin menentang tindakan Jakim yang mengeluarkan khutbah menyerang penganut Kristian sebaliknya agensi tersebut perlu menerangkan dan menjelaskan kepada bukan Islam tentang kemelut penggunaan kalimah suci tersebut.

Menurut Salahuddin, tindakan Jakim tersebut hanya mengundang rasa tidak puas hati dan rasa benci bukan Islam kepada orang Muslim kerana seolah-olah memberi gambaran yang tidak baik kepada bukan Islam di Malaysia.

"Jakim sepatutnya memainkan peranan proaktif dalam menerangkan dan menghuraikan dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.

"Tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya langkah Jakim mengeluarkan teks khutbah ini hanya menambah rasa tidak puas hati dan benci bukan Islam kepada Muslim," terang MP Kubang Kerian tersebut lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dihubungi The Malaysian Insider enggan memberikan komen berkenaan teks khutbah dikeluarkan Jakim itu.

"Tiada komen, saya tidak dengar khutbah tersebut," tulis Mustafa dalam satu teks pesanan ringkas.

Isu kalimah "Allah" kembali diperkatakan semula selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena Hari Natal menuntut agar Putrajaya membenarkan penggunaan kaimah Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah "Allah" jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube -TMI

Tiada ulasan: