Sabtu, 26 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Demonstrasi lucu bantah Kalimah Allah di Kelantan

Posted: 25 Jan 2013 05:22 PM PST

SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana sekumpulan makhluk menyamar kononnya mereka adalah ahli Parti Islam, PAS membuat bantahan di depan pejabat Karpal Sigh, sambil membawa bendera PAS berhubung isu kalimah Allah.

Tapi penyamaran mereka terkantoi, apabila salah seorang daripada mereka memakai baju T-Shirt Janji Ditepati yang menjadi slogan untuk program jelajah Barisan Nasional. Ahli PAS pakai baju Janji Ditepati betul-betul epic fail! Kah kah kah...

Sumber gambar: Bernama



Kali ini satu lagi bantahan kononnya dibuat oleh ahli Parti Islam, PAS di Kelantan pula berhubung isu kalimah Allah. Apa yang gua nak tergelak tu kumpulan yang mengaku sebagai ahli PAS ni bawa bendera bapak besar! Betul-betul penyokong tegar PAS ni kah kah kah...

Tapi bendera besar yang dibawa mereka ada fungsi rupanya, iaitu untuk menutup wajah-wajah mereka dari diambil oleh kamera wartawan kah kah kah...

Lihat gambar di bawah, masing-masing bersembunyi di belakang bendera besar PAS yang dibawa oleh mereka. Lihat juga anak panah berwarna merah lihat bagaimana mereka menyembunyikan wajah.



Buat pengetahuan anda sahabat pembaca yang budiman, gambar ini diambil dari laman web Bernama. Dalam banyak-banyak gambar, takkanlah ini gambar terbaik yang boleh dipaparkan di web tersebut? Kah kah kah...

Kalau sudah namanya penyamar, mana berani nak tunjuk muka, kalau tunjuk muka kantoi, tak pergi demo sayang pulak tak dapat upah RM20 kah kah kah...

Sumber gambar di bawah ini juga dari laman web Bernama



Isu Kalimah Allah ini hanyalah isu politik Umno untuk menarik sokongan Melayu Islam dalam pilihanraya umum ke 13 nanti rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah


ReJaM© " Ada saja benda bodoh dibuat Umno ni kah kah kah..."

Anwar Ibrahim dituduh sembah mayat Teoh Beng Hock pula

Posted: 25 Jan 2013 02:32 PM PST

SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan risalah perang saraf yang disebarkan di Masjid Jamek Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas solat jumaat semalam.

Antara risalah yang disebarkan begitu melampau sampai ke tahap dilihat menuduh Anwar Ibrahim turut melakukan upacara menyembah mayat Teoh Beng Hock.

Risalah itu menuduh kononnya sebagai penganut pluralisme, Anwar Ibrahim biasa mengamalkan ajaran agama lain seperti menyembah mayat orang yang sudah meninggal dunia.



Kita faham, bila isu agama seperti ini dimainkan, ini bermakna risalah gerak saraf yang disebarkan adalah untuk menarik sokongan orang-orang Melayu agar mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya ke 13 nanti.

Tambahan pula risalah melampau ini disebarkan di masjid selepas solat jumaat, jelas menunjukkan usaha terdesak menarik sokongan Melayu Islam kepada Umno dan Barisan Nasional.

Namun kalau dilihat, berlaku kebodohan di situ. Taktik pembunuhan karakter ini sudah sampai ke tahap melampau, sehinggakan orang ramai sudah tidak mampu untuk percaya.

Ibarat mahu membunuh kumbang dengan menyembur racun serangga, kumbang tak mati-mati sembur semakin lama semakin banyak, akhirnya si penyembur pensan terhidu racun serangga yang disembur sendiri.

Pernah satu ketika di kawasan pedalaman Sabah, seorang imam masjid terkejut melihat Anwar Ibrahim mengimamkan solat berjamaah, membaca doa dan memberi tazkirah kepada kariah masjid tersebut.

Imam itu yang selama ini percaya dengan propaganda dan cerita bohong media arus perdana kawalan Barisan Nasional menyangka Anwar Ibrahim seorang yang kafir dan tidak mengenal Al-Quran.

Itu cerita di pedalaman Sabah, kita tak hairan. Tapi ini cerita di Masjid Jamek Kuala Pilah, bukan kawasan yang terlalu pedalaman. Orang Kuala Pilah ada akses internet, anak-anak mereka bijak pandai dan belajar di universiti.

Pembodohan seperti ini sudah tidak laku lagi. Pakatan Rakyat sibuk cerita tentang dasar, tawaran ekonomi, pendidikan percuma dan sebagainya, Umno masih lagi dengan sentimen agama, bangsa dan raja untuk menakut-nakutkan rakyat.

ReJaM© "Baik cakap sahaja Anwar Ibrahim sebenarnya seorang sami kah kah kah... "

Tiada ulasan: