Kopitiam Bang Nan |
Di Saat Ini, Semua Orang Tau Umno Bodoh Dan...Jahat!! Posted: 04 Jan 2013 12:15 AM PST Tujuan macai Umno, Syabas sengaja membiarkan pam di rumah pam Wangsa Maju (termasuk pam simpanan) rosak adalah untuk sabotaj Kerajaan Negeri Selangor. Kita tak perlu jadi 'rocket scientist' untuk mengetahui niat Syabas yang di dalangi oleh UMNO ini. Kununnya dengan mencipta masalah bekalan air di Lembah Kelang akan membuatkan rakyat marah dan mengundi BN dalam PRU13 akan datang sebagai 'techtical move' yang terbaik meraka di abad ini adalah satu cerminan mentaliti kampong dan bodoh lagi tolol. Kemudian dikaitkan pulak dengan Projek Langat 2. Apa kena mengena Projek Langat 2 dengan pam yang tak diselenggara? Ya Allah! Bangangnya Umno dan macai mereka.... Mereka lupa, mungkin 50% yang terlibat dengan masalah yang mereka sengaja cipta dan susahkan ini adalah orang Umno dan BN sendiri. Baik-baik dia orang nak mengundi BN. agaknya ramai yang telah beralih arah sekarang ni. Realitinya, 80% pengundi telah menetapkan siapa pilihan mereka pada PRU13 akan datang. Mereka cuma tunggu pilihanraya saja untuk exercise their rights. Cuma 20% yang ke sana tidak ke sini tidak. Dengan tektik bodoh Umno ini, saya percaya 15% lagi undi mereka akan pergi ke Pakatan Rakyat. Hmmm....cepatlah PRU... Syabas wujudkan masalah air untuk sabotaj, kata PakatanOleh Md Izwan January 04, 2013 KUALA LUMPUR, 4 Jan — Masalah bekalan air yang berlaku disekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang baru-baru ini bertujuan untuk mensabotaj kerajaan Selangor, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sambil mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak melakukan pemantauan dan penyelenggaraan pam di tangki. Walaupun Syabas memberikan alasan kerosakan pada pam sebagai punca krisis air, Umno menuduh karajaan PR Selangor bertanggungjawab dalam masalah air tersebut. "Saya tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Syabas," kata ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco), Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu. "Bagaimana boleh semua perkara berlaku secara kebetulan. "Ini adalah cubaan mensabotaj kerajaan Pakatan di negeri Selangor. "Bukan sahaja pam utama yang rosak, tetapi pam simpanan juga rosak. Adakah ini semua berlaku secara kebetulan? "Syabas tidak bertanggungjawab, bukan itu sahaja mereka juga tidak melakukan penyelenggaraan ke atas pam hampir setahun," soalnya. Menurut Liu lagi, gangguan bekalan air berlaku dikawasan yang dikuasai PKR manakala kawasan lain tidak pula terganggu. Ahli Parlimen Ampang (PKR) Zuraida Kamaruddin turut mendakwa Syabas gagal menjalankan tanggungjawab yang dipikulnya serta tidak cekap hingga mengakibatkan bekalan air terganggu. "Syabas tidak cekap mengendalikan bekalan air di Selangor, malahan tidak menyelenggara pam di tangki. "Masalah bekalan air terputus ini menyerlahkan lagi bahawa Syabas ini hanya mahu buat keuntungan tetapi bukannya memberi keselesaan kepada orang ramai," katanya. Ketua Wanita PKR juga turun ke padang untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku namun lawatannya baru-baru ini ke rumah pam Wangsa Maju dihalang. "Saya telah pun turun untuk melihat sendiri keadaan tapi dihalang. "Tapi hari ini laporan daripada beberapa penduduk mengatakan bahawa bekalan air sudah kembali beransur pulih," terang beliau. Malahan, Zuraida juga mendakwa memiliki bukti audit dalaman milik Syabas yang menunjukkan mereka tidak menjalankan penyelenggaraan hampir setahun dan akan mendedahkannya dalam satu sidang media minggu depan. Gangguan air kali ini antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor hingga menyebabkan kawasan Wangsa Maju, Ampang, Pandan, Jalan Semarak , Ukay Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya terputus bekalan air. Kecuaian Syabas ini menyebabkan kehidupan harian lebih 60,000 penduduk kawasan terlibat terjejas. Sementara itu, Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan semalam mencabar Syabas supaya membenarkan kerajaan negeri mengambil alih Syabas jika mereka tidak mampu menjalanan tanggungjawab untuk membekalkan air kepada rakyat. Xavier mendakwa kecuaian Syabas tersebut bukan hanya menyebabkan kesusahan kepada orang ramai tetapi juga menyebabkan imej kerajaan negeri Selangor juga tercalar secara tidak langsung. Pemimpin Umno juga mendakwa bekalan air untuk rakyat di Selangor kini berada pada tahap kritikal. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan