Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Pejuang Syahid Di Dalam Sungai Tidak Reput Di Syiria. Allahuakhbar!
- Anwar Ibrahim: Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu & Islam Di Negara Ini
- Tragedi 13 Mei: KEADILAN mahu SPR tarik balik ugutan ke atas rakyat
- Bukti Surat Menyurat Warga Asing Minta Kerakyatan Di Sabah
- Surat Terbuka Warga Johor Kepada Najib Razak Mengenai Gelagat Hishamuddin
- Luahan Hati Seorang Muslimah Buat Majalah Hijabista
- Rupanya Kak Wan Lebih Banyak Skill Bola Berbanding Najib
- DS Anwar Sabar Menjawab Pelbagai Soalan Di Twitter
- Krisis FAM, Annuar Musa sedia lawan raja?
Gambar Pejuang Syahid Di Dalam Sungai Tidak Reput Di Syiria. Allahuakhbar! Posted: 29 Jan 2013 06:16 AM PST Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria Sungai-sungai di Malaysia apabila air kering dipenuhi sampah sarap dan ranting kayu, manakala sungai di Syria apabila air surut terbujur jasad-jasad para syuhada. 50 Jasad penduduk awam ditemui di Aleppo bersama tangan diikat dan kesan tembakkan di belakang. Mayat-mayat mereka kemudiannya dibuang ke sungai ini oleh anjing-anjing Syiah Assad. |
Anwar Ibrahim: Saya Tidak Sekali-Kali Akan Korbankan Kepentingan Melayu & Islam Di Negara Ini Posted: 29 Jan 2013 06:01 AM PST Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat, Pekan Pasir Besar, N Sembilan 27/01/2013 |
Tragedi 13 Mei: KEADILAN mahu SPR tarik balik ugutan ke atas rakyat Posted: 29 Jan 2013 03:33 AM PST (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR 29 Jan: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof digesa menarik balik kenyataan meminta rakyat tidak meraikan dan membantah di jalan raya selepas keputusan pilihan raya umum diumumkan bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan Abdul Aziz itu tidak profesional dan sengaja mahu mengugut rakyat dengan kuasa yang ada padanya. "Tidak wajar SPR buat kenyataan seperti itu. Langsung tidak profesional. Malah beliau seperti mengulangi hujah Umno yang mengatakan demonstrasi boleh mengakibatkan tragedi 13 Mei. "Kalau Abdul Aziz rasa bertanggungjawab, beliau mesti tarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat kerana memberikan gambaran buruk kepada rakyat," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, beliau mempersoal tindakan SPR cuba mengaitkan tragedi 13 Mei dengan keputusan pilihan raya. "Kenapa nak ugut orang awam? Kita ada undang-undang. Mengapa SPR nak ungkit tragedi 13 Mei untuk takutkan rakyat," soal Tian. "Sebetulnya jika SPR ini bebas, dia (Abdul Aziz) mesti minta rakyat turun menunaikan tanggungjawab mengundi dan memberi jaminan pilihan raya diadakan telus. Tapi kenapa nak diungkit 13 Mei pula," ujar Ahli Parlimen Batu itu. Abdul Aziz juga dilaporkan meminta pihak yang menang juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR. Menurutnya, lima kerajaan negeri bertukar selepas Pilihan Raya Umum 2008 menunjukkan kononnya kebebasan SPR. "Ini seperti SPR akan lakukan penipuan. Mana dia jaminan SPR untuk pastikan tiada penipuan dalam pilihan raya? Kerja SPR sepatutnya tolong pastikan pilihan raya berjalan telus dan bersih, bukan jadi alat politik kerajaan," tempelak Tian. |
Bukti Surat Menyurat Warga Asing Minta Kerakyatan Di Sabah Posted: 29 Jan 2013 02:56 AM PST |
Surat Terbuka Warga Johor Kepada Najib Razak Mengenai Gelagat Hishamuddin Posted: 29 Jan 2013 12:33 AM PST Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Ibu Pejabat UMNO Malaysia Tingkat 38, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur 29hb Januari 2013 Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia. Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri. Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13. Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama. Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri. Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti. Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan. Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri. Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim. Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu. Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti. Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu. Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu. Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui. Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta. Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya. Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti. Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri. Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor? Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ? Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ? Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar. Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini. Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini. Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini. Sekian Warga-warga Johor |
Luahan Hati Seorang Muslimah Buat Majalah Hijabista Posted: 28 Jan 2013 11:01 PM PST Dear Hijabista ( @hijabistamag) , Hijabister I am writing to express my concern over the portrayal of 'hijab' women in your magazine. I believe in the concept of modesty accompanying the muslimah attire (the hijab included) is a fundamental core one must embrace. The Hijab is not a replacement of the 'hair' we cover. The hijab isn't just a cloth or layers of cloth on your head. It comes with a package. Of intellect, manners and adab. It is a symbol of the believing women, her 'modesty'- A sign of dignity and pride. Your magazine bears no sign of 'modesty' and I say this clearly, this is definitely very WRONG! Portraying hijab women and "doll-ing" them up like models in Vogue but then only to cover her hair is an absolute disgrace and mockery to us the believing women. What more the women and cover girls who allow themselves to be exploited as an object and fool themselves into thinking they are on their 'Deen' and pleasing Allah by just covering their hair… How can you even think you are pleasing Allah with all that make up, ridiculous styles whilst purposely showing off your beauty and body. Your magazine just as the likes of vogue and cosmopolitan has NO intellectual nor spiritual dimensions to it except to brainwash and create an unnecessary desire to the 'hijabisters' to own more and more stuff. In reality, a real, true believing women DOES not need to display her adornments to entice others. The believing woman has self confidence that what is INSIDE her heart and MIND will indeed be of much more value than all the silly bangles, sunglasses, shoes and handbags you bombard the pages of your magazine with. Your magazine corrupts young, sincere minds into foolishly thinking that they are more beautiful with more shoes, accessories or ridiculous tudung styles they do not need. The best garments as the Quran states is Taqwa. And tell me where, in which page of your magazine do you propagate this message? None, not one I'm afraid. It is clearly a consumer driven magazine casting a spell with women, where one will then start to wish on owning and buying or to 'copy' the 'Photoshop-ed' girls you portray. I am afraid you are only destroying the hijab sisters filling their minds with superficial beauty. Please take a sincere step back and help many lost sisters out there to care more about diseases of their hearts instead of merely emphasizing a message of "what is important is how you look and tie your tudung' Sincerely, A worried Muslimah Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi… Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda 'mempamerkan' wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep 'kesederhanaan' haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda Tudung ini bukan berfungsi sebagai 'ganti' rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan 'kesederhanaan' yang dituntut' Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali. Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda? Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya 'brainwash' minda para hijabisters dengan menaikkan hawa' nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda. Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek. Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata. Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu'alam Ikhlas, Muslimah yang Risau |
Rupanya Kak Wan Lebih Banyak Skill Bola Berbanding Najib Posted: 28 Jan 2013 08:41 PM PST |
DS Anwar Sabar Menjawab Pelbagai Soalan Di Twitter Posted: 28 Jan 2013 06:16 PM PST |
Krisis FAM, Annuar Musa sedia lawan raja? Posted: 28 Jan 2013 05:55 PM PST
Dalam wawancara panjang itu, Annuar menyentuh dengan tegas isu-isu berkaitan kepincangan FAM di bawah Sultan Ahmad Shah, kontroversi kehadiran pasukan bersenjata di stadium semasa perlawanan antara pasukan Johor dan Kelantan. Pertembungan Annuar dengan Sultan Ahmad Shah yang memuncak tahun lalu ditingkatkan lagi dengan kenyataan-kenyataan tegas dalam wawancara ini, yang menunjukkan Annuar mendapat sokongan yang agak kuat, kerana sukar untuk beliau mendapat ruang wawancara yang besar itu pada hari Ahad sekiranya berada dalam kedudukan terpinggir. Beliau turut memperlihatkan sikap kritikal terhadap tindakan menghadirkan pasukan tentera bersenjata di Kota Bharu dalam perlawanan 15 Januari lalu, tindakan yang dipertanggungjawabkan pada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor. Perkembangan ini meletakkan Annuar bertembung dengan istana di dua negeri; Pahang dan Johor, dan Annuar kelihatan mempunyai sokongan yang agak kuat, dan bukan hanya daripada peminat bola sepak Kelantan. Dominasi Sultan Ahmad Shah, dan kepincangan pengurusan FAM dilihat sebagai salah satu punca utama kedudukan bola sepak negara yang tidak berkembang, atau tidak mencapai tahap yang diharapkan walaupun pernah disegani di Asia. Pandangan-pandangan yang dikemukakan Annuar memberi gambaran beliau mempunyai ide yang jelas tentang usaha memajukan sukan bola sepak negara, dan beliau mungkin dapat diberikan kredit hasil kejayaan pasukan Kelantan kebelakangan ini, tetapi juga memperlihatkan cita-cita besar beliau berkait kepimpinan FAM. Walau bagaimanapun, Annuar mewakili golongan politik dan daripada parti Umno, yang juga dikaitkan dengan dominasi ke atas persatuan-persatuan bola sepak sehingga menjejaskan pembangunan sukan ini. Tetapi Annuar kini berada di posisi kritikal berdepan dengan sultan Pahang, yang memungkinkan beliau terpinggir ekoran sensitiviti isu ini, tetapi berpotensi juga menarik sentimen populis menentang institusi monarki yang semakin dinilai dengan kritikal kebelakangan ini. Ini berdasarkan populariti sukan bola sepak di negara ini, dan sentimen terhadap kelemahan pengurusan FAM yang meluas. Berdasarkan perkembangan sejak setahun lalu, dan kesediaan beliau meneruskan dan meningkatkan serangan dalam krisis panjang ini, Annuar dijangka akan terus membina momentum, dan menerima sokongan ramai. Isu ini juga tidak dapat dielakkan akan meningkatkan lagi sikap kritikal terhadap sultan Pahang yang menguasai pengurusan bola sepak di negara ini, menambahkan lagi senarai rungutan terhadap institusi raja. Siasah Daily |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan