Sabtu, 19 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Akibat Najib Hadir Kelantan, Kesian Guru!

Posted: 19 Jan 2013 03:00 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/45873_537375389628918_1500711306_n.jpg

PPPPPUUUUIIIIHHHH!

Terkini!!! Asrama UiTM Lendu Diganggu Kehadiran ORANG MINYAK & PONTIANAK!!!

Posted: 19 Jan 2013 07:31 AM PST

http://lh6.ggpht.com/-V9y-QigfRRo/UPqDb3g0DpI/AAAAAAAACLo/YgBqalCHsxU/IMG_6929.JPG.png


Mendapat info dari adik ipar yang sedang belajar di uitm lendu aku bahawa memang betul kehadiran org minyak dan puntianak di blok2 laki dan perempuan di sana.. keadaan agak seram di sana buat masa ini katanya lagi..

Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.

Dalam sebuah laman blog, http://theruzannapages.wordpress.com, penulisnya yang juga penuntut di situ mendakwa kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.

" Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.

" Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis : "Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain." .

" Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!," katanya dalam blog berkenaan.

Kita tidak pasti sejauh mana 'teruknya' keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir di situ memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.

Untuk rekod, histeria atau apa saja keadaan yang sepertinya berlaku bila syaitan merasuk dan menguasai tubuh manusia, kemudiannya syaitan itu akan bertindak atau mengganggu yang boleh menyebabkan mangsanya sasau (gila) atau mencetus perilaku histerikal.

Ibn Masud ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya yang bermaksud: Apabila Rasulullah bersembahyang, baginda membaca: Wahai Tuhanku aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan syaitan yang direjam, juga daripada rasukan, daripada godaan dan disihirkan.

Rasukan adalah salah satu jenis penyakit gila yang boleh menjejaskan kehidupan seseorang insan. Namun begitu apabila si mangsa pulih, keadaannya akan pulih seperti sediakala sama seperti orang yang bangkit daripada tidur atau sedar daripada mabuk.

Menurut ahli akademik, Dr. Amran Kasimin, hadis ini boleh dijadikan dalil ataupun hujah wujudnya penyakit akibat rasukan jin terhadap manusia. Rasulullah membaca doa perlindungan (yang bermaksud di atas) untuk mengelakkan daripada terkena penyakit tersebut.

Abi Al-Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berdoa dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kerana tua, daripada ditimpa keburukan, kecelakaan, kedukaan, kebakaran serta lemas. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada dirasuk syaitan di saat- saat menghadapi kematian. Lindungilah akan daku daripada ditikam curi (dibunuh), ketika berjihad di jalan-Mu. Dan aku berlindung dengan- Mu daripada mati dipatuk binatang bisa ? maksud hadis riwayat Abu Daud dan Am-Nasaiy.

Safiyyah binti Huyyai berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu mampu bergerak dalam tubuh anak adam melalui saluran-saluran darah Muttafaq alayh.

Ubai Ibnu Ka'ab pernah berkata: Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah seorang Badui telah datang menemui baginda lalu berkata:

" Wahai Nabi Allah, aku mempunyai seorang saudara yang sedang dihidapi penyakit.? Rasulullah bertanya apa sakitnya. Lelaki tadi menyatakan:

" Dia terkena sakit sasau.? Lalu baginda menyuruhnya agar membawakan saudaranya itu menemui baginda.

Pesakit dibawa menghadap dan duduk di hadapan nabi. Baginda telah berdoa memohon kesembuhan bagi pesakit tadi, lalu dengan izin Allah, sembuh.

Menurut Dr. Amran, peristiwa-peristiwa seperti ini banyak tercatat dalam hadis-hadis, membuktikan bahawa sakit seperti ini sememangnya wujud dan pernah berlaku di zaman Rasulullah juga pada zaman sahabat.

Katanya, pemahaman atau keyakinan seseorang terhadap punca penyakit itu bergantung kepada ilmu yang dimiliki dan pengalaman yang diharungi. Jelasnya, penyakit sama ada berpunca daripada gangguan fizikal atau spiritual, ia tetap mengganggu kesejahteraan seseorang.

Kemudahan teknologi moden berupaya mengatasi masalah yang berkaitan gangguan fizikal, iaitu dengan adanya hospital, klinik- klinik dan sebagainya yang dikaitkan dengan kepakaran bidang masing-masing. Sakit gangguan spiritul pula dikaitkan dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional, juga mereka yang arif tentang agama.

Ujarnya, sering berlaku sakit yang berkaitan fizikal, dibawa bertemu dengan mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional dikatakan berpunca daripada gangguan, sihir, saka, penunggu dan sebagainya, yang menyebabkan kecelaruan di mana dalam keadaan tertentu usaha-usaha penyembuhan itu melalui laluan yang begitu panjang menyebabkan penyakit menjadi lebih serius dan sukar untuk diselamatkan.

" Perkara sebegini boleh juga terjadi akibat adanya masalah-masalah lama yang mengganggu kesejahteraan jiwa dan mental. Segala-galanya terus terpendam dalam jiwa, minda dan mental, lalu akhirnya mencetuskan tingkah laku histerikal.

" Gangguan seperti ini juga sering berlaku pada waktu-waktu tertentu, ketika peperiksaan hampir tiba, ketika diadakan pendidikan jasmani, selepas latihan sukan dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah-sekolah.

" Manakala mereka yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, sama ada pelajar ataupun pekerja kilang. Ini membuktikan bahawa histeria mudah berlaku di kalangan mereka yang lemah semangat ataupun tidak mempunyai kekuatan roh, yang mengalami depresi emosi dan mental," ujar Dr. Amran.

Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini.

Sumber : lamanizzs.blogspot.com

Ketua Ekonomi Bank Islam pertahan analisis memihak Pakatan

Posted: 19 Jan 2013 07:18 AM PST


Wartawan Sinar Harian


SHAH ALAM - Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin hari ini menegaskan, beliau berpegang kepada analisis yang mencetuskan kontroversi bahawa Pakatan Rakyat (PR) ada kemungkinan boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Azrul Azwar berkata, beliau mengetengahkan pandangannya pada Singapore Regional Outlook Forum tempoh hari secara profesional, jujur dan tanpa memihak mana-mana pihak.

"Saya berpegang kepada analisis saya dan pembentangan saya pada forum (dimaksudkan)," katanya.

Kata Azrul Azwar lagi, beliau menyediakan analisis berdasarkan tiga senario iaitu kemenangan tipis Barisan Nasional (BN), kemenangan tipis PR dan kemenangan besar bagi PR.

PRU13 dijangka akan diadakan Mac ini. Mandat kerajaan pusat berakhir penghujung April.

Sambil menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau ahli PKR, Azrul Azwar berkata, tidak ada alasan munasabah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya.

"Saya juga memberi notis kepada pemblog-pemblog, ahli-ahli politik dan sesiapa sahaja yang mahu memburukkan reputasi saya dan membuat kenyataan berbaur fitnah berkenaan dengan integriti dan kredibiliti prestasi kerjaya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan bagi melindungi reputasi saya," kata Azrul Azwar.

Azrul yang telah bertindak sebagai penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam di ibu negara yang "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13.

Rabu lalu, pengurusan Bank Islam menegaskan, Azrul Azwar telah digantung tugasnya kerana ia mempunyai "asas-asas yang wajar" untuk mempercayai yang beliau telah melanggar dasar dalaman bank.

Perkara berhubung dengan pelanggaran dasar itu akan diketahui sebaik sahaja siasatan selesai, kata Bank Islam.

Sementara bank itu terus mengulangi yang pandangan politik dan komen Azrul Azwar tidak seharusnya dikaitkan dengan bank berkenaan, ia terus ingin menegaskan yang penggantungan beliau tidak ada kaitan dengan tindakannya menyuarakan pandangan politik peribadi beliau.

Dalam kenyataanya, Azrul Azwar juga berkata, adalah satu tragedi bagi demokrasi Malaysia apabila pendapat yang tidak memihak kepada parti yang memerintah membawa kepada tindakan disiplin dan membuka kepada "pembunuhan karakter" oleh sesetengah pihak.

"Saya percaya kebenaran dan keadilan akan terbela kelak," katanya lagi.

Harun Taib: Saya tidak akan tinggalkan Pas

Posted: 19 Jan 2013 07:15 AM PST


Wartawan Sinar Harian


KUALA TERENGGANU – "Saya tidak akan tinggalkan Pas. Tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti ini!"

Demikian tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan Pas.

Beliau berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana Pas adalah platform beliau untuk memperjuangkan agama Islam sejak dulu lagi.

"Mana boleh tinggal Pas. Pas perjuangan saya, wadah perjuangan saya," kata Adun manir itu.

Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.

Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.

Sementara Harun Taib telah dinasihatkan rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas, walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka juga berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.

Artikel bertajuk 'Dua Harun bakal tinggalkan Pas?' itu dipercayai diterbitkan semasa kontroversi isu kalimah ALLAH, sebelum ia diputuskan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Injil pada 13 Januari lepas dan mendapat lebih 150 komen daripada pelawat blog.

Mengulas isu kalimah ALLAH, Harun berkata, kenyataan yang dibuat beliau sebelum keputusan Majlis Syura dikeluarkan langsung tidak bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi dan juga Nik Aziz.

Video UMMI Pejuang Wanita Melayu Menyanyi Semasa Majlis Kahwin

Posted: 18 Jan 2013 11:27 PM PST






Hidup Melayu?

Tiada ulasan: