Selasa, 15 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Pelajar Bernama Bawani Telah Dijumpai Petang Tadi!

Posted: 15 Jan 2013 07:18 AM PST

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230642_535339269832530_1127121581_n.jpg

Kami Boikot Buletin Utama TV3

Hebatnya Insan Bernama BAWANI... Gara-Gara Soalan & Hujahnya Dibalas Penghinaan Oleh Sharifah, Mahasiswa Ini Terus Mendapat Perhatian Luarbiasa Pengguna Alam Siber Hingga Tercetusnya Fenomena LISTEN, LISTEN, LISTEN!!!... Siang Tadi Beliau Dikunjungi Oleh Ramai Orang Yang Mengucapkan Tahniah Kepada Beliau Di Kediamannya, Tapah, Pera

Ingatkan Dr Asri Je yang Jumpa Ustaz Azhar, Rupanya Ada Ramai Lagi

Posted: 15 Jan 2013 04:00 AM PST

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/24456_494003687310017_605473914_n.jpg

Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

digemari · 2 jam yang lalu melalui mudah alih

Ingatkan Dr. MAZA seorang sahaja yang datang berjumpa Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ahad baru2 ini.. Rupa2nya ramai juga yang datang...

Pasti ada juak2 yang gentar apabila melihat bibit2 'kemesraan' ini...
UAI, Dr. MAZA, Dr. Maszlee & Dr. Juanda Jaya...

Semoga selepas ini semakin ramailah datang jumpa UAI lagi ya..

Subhanallah... Indahnya bila Alim Ulama duduk semeja sebegini...

Takbir... Allahuakbar..


Khas Untuk Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin Dari Kerabu Bersuara

Posted: 15 Jan 2013 02:00 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/46150_549812735028901_1395984586_n.jpg

listen

Panas! Orang Melayu Johor Bergolak Dengan Kenyataan Ini? Mana Perkasa?

Posted: 15 Jan 2013 01:14 AM PST

 http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/306633_535203786512745_771676700_n.jpg

Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

"Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

"Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing," kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

"Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

"Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta," katanya lagi.

Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini.

Video Panas Lagu Rimex Khas Untuk Sharifah. Dance Remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!

Posted: 14 Jan 2013 10:27 PM PST




Klip panelis 'tegur' pelajar hangat di Internet

Wong Teck Chi

Ia bertujuan untuk menjadi satu forum yang melibatkan pelajar universiti, tetapi pada akhirnya salah seorang ahli panel hanya mahu pandangannya saja yang didengar.

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pengguna Internet selepas menonton video forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada bulan lepas.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur seorang pelajar KS Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, yang telah menjadi satu topik hangat perbincangan di Facebook dan forum Internet.

Bawani membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan bahawa sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan
berdiri di depannya.

Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.



Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Posted: 14 Jan 2013 10:00 PM PST

 https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/481214_509426352434826_822967725_n.jpg

Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

"Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them."
- William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4' bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.

Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan 'ikrar mahasiswa' untuk 'menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah' dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.
Universiti atau Tadika?

Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.

Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan 'confront' audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir 'intimidation' sebegini perlu.

Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.

Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz 'Listen' oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?

Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas 'Listen'. Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan 'Let me speak' sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?

Hujah vs hujah

Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai 'When I speak, you listen', 'jangan samakan negara lain dengan Malaysia', 'apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya' (Libya?), 'you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat', 'animals have problem', 'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makanshark finn?' atau 'you are very much to go to another university'.

Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti 'pernah makan shark finn?'. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.

Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status 'degree holder' seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.

Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan 'When I speak, you listen!'.

Fungsi Mahasiswa

Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara.

Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan.

Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut.
Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan 'settle down'.

Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri.

Apa selepas ini?

Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas 'politik-merengek' sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka.

Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan 'Ideologi Kaum Intelektual'. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan 'Suara Wanita 1 Malaysia', saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari.

Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka.

Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka;

Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.
Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas;
Kalau mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.

(Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)

* Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org

(Untuk data lebih komprehensif, sila rujuk Blindspot: http://www.facebook.com/blindspot.msia)

Terkini! Akhirnya Sharifah 'Ikan Paus' Dan 'Listen, Listen, Listen' Bersuara?

Posted: 14 Jan 2013 09:00 PM PST

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/481214_509426352434826_822967725_n.jpg

kesian sangat dengan kau kak pah oit! semua puak umno dah tak nak tolong kau. siap khairy dah cakap jangan kaitkan hujah bodoh kau dengan umno.

kahkahkahkah..

apa citer kak pah oit?

kesian! suara wanita malaysia hanya rosmah saja yang patut tolong.

binatang yang paling banyak masalah ialah ilan paus?

kahkahkahkahkahkah... Pah.. Pah.. Kesian PAH!

Khairy Tak Mahu Masalah Presiden Wanita 1Malaysia Dikaitkan Dengan BN?


http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/6358_10151353478362402_2084117487_n.jpg

Ustaz Saiful Islam Menceritakan Bagaimana 'BODOH'nya Program BTN!

Posted: 14 Jan 2013 07:00 PM PST

 http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/321089_463982156982648_2095551186_n.jpg

Hasrizal Abdul Jamil

SEJARAH PEMBODOHAN ANAK BANGSA

September 1993, saya dan rakan-rakan mengikuti Kursus BTN Di Kem Wirawaja, Janda Baik, Pahang. Kursus ini berlangsung hanya beberapa hari sebelum kami berlepas ke destinasi pengajian masing-masing, membawa cita-cita, harapan ibu bapa serta rakyat dan negara. Pada masa yang sama, saya turut mengingatkan diri bahawa saya adalah hamba Allah dan khalifah-Nya.

Program kami bergabung dengan satu lagi kumpulan pelajar yang akan ke UK. Kami pula akan terbang ke Jordan, Morocco dan Mesir.

Saya diundi menjadi Penghulu. Tugas tambahan, dan saya menerimanya dengan berat hati beriring tawakkal.

"Kamu semua jangan nak tunjuk pandai ya. Kami baru habis mengkursuskan imam-imam masjid Pusat Islam. Kalau Imam pun kami boleh tundukkan macam ni (sambil memegang betis), kamu semua apatah lagi!" kata ketua jurulatih BTN ketika itu.

Telinga saya panas.

Manis benar ucapan 'selamat datang' beliau.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai provokasi dibuat oleh jurulatih kami dan banyaknya adalah untuk memburuk-burukkan pembangkang, khususnya PAS. Saya kira, jika mereka bentangkan fakta tentang kelemahan prestasi PAS, ketidak upayaan PAS menguruskan Kelantan yang baru dimenangi dan pendekatan-pendekatan lain yang berasaskan hujah dan fakta, mungkin ramai sahaja di kalangan kami yang setuju. Kami pun bukannya ahli PAS.

Tetapi, seperti biasa. Kesombongan menghasilkan pembodohan.

Kami diperbodohkan.

Kami diberi gambarajah berbentuk bulat, segi tiga dan segi empat, kemudian disuruh memilih ikut kecenderungan diri. Ulasan selepas pilihan, "kajian menunjukkan, orang yang minat gambarajah bulat, biasanya gila seks. Hati-hati dengan pihak yang lambang bulat!"

Ya, sebuah pembodohan. Bagi biasiswa, suruh cemerlang, tetapi dimulakan dengan proses pembodohan.

Semuanya itu menambahkan rasa panas hati, sedangkan kami hadir sebagai 'happy kids'.

Kami dipaksa makan bercampur antara lelaki dan perempuan. Saya dan rakan berdegil dan kami bertindak sendiri makan minum berasingan.

Kami dikelirukan dengan arahan tinggi rendah berkejar mencari kumpulan dalam permainan simulasi. Peserta berlari-lari di dalam dewan dan berlaga-laga antara lelaki dan perempuan, kami berdiri di tepi dewan sehingga selesai dan kami masuk ke kumpulan yang sudah berhenti berlaga-laga.

Pelbagai cara yang mereka lakukan, tujuannya ialah seperti mahu 'mengubah' kami.

Sungguh memenatkan. Setiap masa, kami kena berfikir selangkah lebih hadapan untuk membaca apa yang sedang cuba jurulatih lakukan.

Menjelang hari akhir, kami diminta mengikuti kembara merentas desa yang dimulakan dengan meranduk kolam. Saya ok sahaja. Tetapi ada pelajar perempuan yang meminta mereka dikecualikan daripada meranduk kolam kerana masalah aurat. Pakaian basah, melekat ke tubuh, pelajar perempuan meminta saya berbincang dengan jurulatih. Walaupun saya kira pelajar perempuan itu boleh secara proaktif memikirkan pakaian yang sesuai untuk mencegah lekit dan penonjolan bentuk tubuh, namun dek 'rakyat' meminta 'wakil rakyat' menyampaikan hasrat mereka, maka saya sampaikan.

Mengejutkan, jurulatih terus bersetuju. Alhamdulillah. Saya pun menyampaikan khabar gembira kepada peserta perempuan.

Selepas solat Subuh, kami beratur di depan kolam.

Ketua jurulatih memberi taklimat, "tiada siapa dikecualikan daripada masuk kolam. Semua kena masuk. Dan peserta mesti disusun lelaki dan perempuan berselang seli.

Apa ini?

Saya mengangkat tangan, tetapi diarahkan diam oleh jurulatih.

Sebagai tanda protes, saya mencampak bata denda yang saya diarahkan gendong 24 jam kerana telur ayam saya pecah dirempuh jurulatih.

Kumpulan saya diarahkan masuk dulu.

Peserta perempuan tanya, "macam mana ustaz?"

Saya jawab "jangan masuk. Semua perempuan jalan ikut tepi kolam. Kami yang lelaki sahaja masuk. Kumpulan lain pun sama!"

Kami meranduk air kolam sedalam paras leher, dengan bergayut kepada tali. Peserta perempuan menunggu kami di hujung kolam, dan kami bergerak semula dalam kumpulan, memulakan perjalanan merentas hutan rimba di Banjaran Titiwangsa itu.

Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada kumpulan lain.

Kumpulan kami tersesat hingga ke perkampungan orang asli dan tiba paling akhir ke Masjid Kg Janda Baik.

"Padan muka, inilah balasan Allah kepada orang yang tidak mengikut arahan!" kata jurulatih kepada kami.

"Balasan Allah kepada tuan belum tahu lagi!" saya menjawab.

Pelbagai kejadian lagi yang berlaku. Semuanya tersimpul di dalam sebuah perkataan iaitu PEMBODOHAN.

Untuk berjaya dalam hidup, kita bukan hanya perlu belajar untuk pandai, tetapi berjuang untuk tidak bodoh.

STUPIDIFICATION: learn the word, spell it correctly, protect the dignity, save the country!

Khairy Tak Mahu Masalah Presiden Wanita 1Malaysia Dikaitkan Dengan BN?

Posted: 14 Jan 2013 05:05 PM PST

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/486290_534947813205009_1473323378_n.jpg

Lucu wei lu khairy!

Lu ingat rakyat bodoh ke?

Hasil didikan BTN?

Video: Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam - Dato' Dr MAZA

Posted: 14 Jan 2013 04:45 PM PST

Tiada ulasan: