DUNIACACAMARBA |
- Paderi Dituduh Lakukan Seks dengan Gadis Bawah Umur
- [Video] Listen, listen, listen...Let me speak, let me speak, let me speak
- Wanita Diculik, Disamun, Dipukul, Dirogol Bergilir-gilir, Dirakam dalam keadaan Mengaibkan
- Padma Arah Bunuh Pemandu Sosilawati
Paderi Dituduh Lakukan Seks dengan Gadis Bawah Umur Posted: 15 Jan 2013 04:00 AM PST [HM] Singapura: Seorang paderi semalam dituduh mengadakan seks dengan seorang gadis berusia 15 tahun. Polis tidak mendedahkan butir lanjut tuduhan itu tetapi akhbar Straits Times mengenal pasti paderi itu sebagai lelaki berusia 45 tahun dan bapa tiga anak. Namun, namanya tidak disiarkan kerana mahu melindungi identiti gadis berkenaan. Mereka didakwa mengadakan seks di sebuah taman awam dan seks oral di perkarangan gereja pada 2011, kata akhbar itu. Menurut Undang-Undang Singapura, adalah satu kesalahan mengadakan seks dengan sesiapa yang berusia bawah 16 tahun, meskipun dengan persetujuan. Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. - AFP | ||
[Video] Listen, listen, listen...Let me speak, let me speak, let me speak Posted: 14 Jan 2013 06:58 PM PST P/s: TM respek pelajar perempuan tadi. Berita Berkaitan: Klip Panelis 'Tegur' Pelajar Hangat di Internet [MK] Ia bertujuan untuk menjadi satu forum yang melibatkan pelajar universiti, tetapi pada akhirnya salah seorang ahli panel hanya mahu pandangannya saja yang didengar.Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pengguna Internet selepas menonton video forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada bulan lepas. Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur seorang pelajar KS Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, yang telah menjadi satu topik hangat perbincangan di Facebook dan forum Internet. Bawani membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. Bawani juga menegaskan bahawa sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton. Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap. Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya. "Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani. | ||
Wanita Diculik, Disamun, Dipukul, Dirogol Bergilir-gilir, Dirakam dalam keadaan Mengaibkan Posted: 14 Jan 2013 05:19 PM PST
[HM] Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu. Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu. Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik. Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan. "Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka. "Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku," katanya kepada Harian Metro. Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas. Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam. Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis. Kes Lain: Mangsa Samun Nyaris Diperkosa [HM] Kuala Lumpur: Seorang wanita bukan saja disamun malah nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki ketika melalui Jalan Sang Peng, di sini, Jumaat lalu menyebabkan kerugian RM400. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun yang sedang berjalan bersendirian untuk ke unit kondominiumnya di lokasi kejadian sebelum diekori seorang lelaki tidak dikenali. Mangsa dan lelaki itu menaiki lif sama hingga ke tingkat enam dan sebaik pintu lif terbuka, lelaki itu tiba-tiba bertindak ganas dan menarik tangan mangsa ke arah tangga berhampiran sebelum meraba seluruh tubuhnya. Mangsa menolak lelaki itu sebelum menjerit sekuat hati dan terus berlari ke arah unit kediamannya. P/s: Hati-hati. | ||
Padma Arah Bunuh Pemandu Sosilawati Posted: 14 Jan 2013 04:33 PM PST [Bernama] SHAH ALAM - Tertuduh keempat kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa N. Pathmanabhan mengarahkannya memegang pemandu jutawan kosmetik itu dari arah belakang selepas diberitahu lelaki itu hendak memukul bekas peguam tersebut. R. Kathavarayan, 32, berkata, tindakannya memegang pemandu Sosilawati menyebabkan mereka bergelut sehingga terjatuh atas kerusi dalam sebuah bilik karaoke di Ladang Gadong. "Kemudian, tangan pemandu itu telah diikat guna tali pinggang sebelum dia disuruh duduk dan dipukul kira-kira tiga kali," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Hasshahari Johari Mawi, yang dilantik mahkamah bagi menggantikan peguam Ravi Nekoo, yang telah menarik diri daripada mewakilinya. Kathavarayan, 32, diperintah membela diri bersama Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, dan R.Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Kathavarayan berkata Pathmanabhan bersama sembilan individu termasuk Sosilawati, pemandunya, seorang peguam dan seorang pengurus bank datang ke ladang pada kira-kira 7 petang, 30 Ogos 2010, menaiki tiga kereta dan merekakemudian mengadakan perbincangan di sebuah bilik karaoke yang terletak di ladang berkenaan. "Kira-kira setengah jam kemudian, saya dengar bunyi jeritan dan bunyi seperti berlaku pergaduhan. Bila saya buka pintu bilik itu, saya dapati pemandu Sosilawati sedang pegang gelas di tangannya dan sedang bergaduh dengan Pathmanabhan," katanya. Kathavarayan berkata, selepas diikat dan dipukul, pemandu Sosilawati kemudian dibawa ke sebuah kawasan berhampiran bilik karaoke sebelum dia diarah duduk berlutut dan dipukul lagi dalam tempoh masa lama. Tertuduh keempat berkata dia kemudian mendengar Pathmanabhan mengarahkan Thilaiyalagan untuk 'menghabiskan' pemandu itu dan ketika ditanya Hasshahari apa maksud 'menghabiskan', Kathavarayan menjawab "bunuh." "Daripada siapa arahan dikeluarkan," soal Hasshahari. "Pada mulanya, Pathmanabhan bercakap-cakap dengan Sosilawati dan saya nampak Sosilawati ada beritahu sesuatu pada Pathmanabhan, dan kemudian Pathmanabhan telah suruh Thilaiyalagan habiskan," katanya. Kathavarayan berkata, Pathmanabhan kemudian berbincang berhubung arahan untuk 'habiskan' pemandu Sosilawati dengan seorang lelaki yang datang bersama lapan individu lain ke ladang berkenaan sebelum peguam itu menghampiri dan memarahi mereka. "Dia (peguam) cakap kenapa nak bunuh dia (pemandu), kalau nak, pukul sahajalah atau serah pada polis. Peguam itu seterusnya bergaduh dengan Pathmanabhan. Thilaiyalagan kemudian telah pukul peguam itu kerana telah bercakap kasar dengan Pathmanabhan, dan Pathmanabhan beri arahan untuk ikat peguam lelaki itu. "Pathmanabhan kemudian suruh peguam itu buat panggilan ke rumahnya, dan beritahu dia tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari. Peguam itu hubungi rumahnya seperti disuruh dan beritahu supaya jaga anak-anaknya," katanya. Tertuduh berkata, peguam itu kemudian dibawa ke satu kawasan di ladang di mana Pathmanabhan sekali lagi mengarahkan Thilaiyalagan untuk 'menghabiskannya'. Kathavarayan berkata, dia cuba menghalang Pathmanabhan daripada berbuat demikian ke atas peguam itu, tetapi Pathmanabhan meminta dia supaya tidak campur tangan dan meninggalkan kawasan tersebut. "Saya kemudian dimaklumkan oleh Thilaiyalagan bahawa pemandu Sosilawati, peguam itu dan beberapa lelaki yang datang ke ladang telah dibawa ke ladang ketiga yang terletak selang satu ladang dari Ladang Gadong," katanya. Tertuduh keempat berkata, pada keesokan harinya (31 Ogos 2010), Pathmanabhan memberitahu bahawa dia kesuntukan masa dan sekali lagi telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya 'menghabiskan' pemandu Sosilawati dan peguam berkenaan. "Thilaiyalagan telah bawa pemandu Sosilawati ke kawasan berhampiran pintu kandang kambing dan tidak berapa lama kemudian Thilaiyalagan beritahu Pathmanabhan "selesai". Bila Thilaiyalagan cakap selesai, saya nampak pemandu itu terbaring," katanya. "Sebelum dibawa ke sana, apa berlaku kepada pemandu itu," soal Hasshahari. "Dia tidak pakai baju dan tangannya diikat. Ketika saya nampak Thilaiyalagan dan Matan angkat pemandu itu, saya cuma nampak badannya basah, rambut pun basah dan tiada sebarang pergerakan," katanya. Kathavarayan berkata, dia kemudian melihat Thilaiyalagan memasukkan kepala peguam berkenaan ke dalam takungan air yang dibina sendiri di ladang itu, dan disebabkan tidak sampai hati melihat kejadian tersebut, dia telah balik ke rumahnya. Tertuduh keempat berkata, dia kemudian keluar ke pekan Banting, dan sebelum meninggalkan kawasan ladang, dia ternampak tiga lelaki terbaring di kawasan bersebelahan dengan longgokan kayu api yang telah disusun oleh Thilaiyalagan, Matan dan seorang lelaki India. "Siapa yang awak nampak terbaring," soal Hasshahari. "Yang saya ingat salah seorang ialah peguam, pemandu dan seorang lagi saya tidak tahu. Dari tempat saya berdiri, saya hanya boleh lihat tiga orang sahaja, saya tidak pasti kalau ada orang lain," katanya. Perbicaraan di depan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan