Kerabu Bersuara ® |
- Live #KL112: Video Penuh Ucapan Pemimpin Semasa Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka.
- Himpunan #KL112: TV3, TV1, Utusan Malaysia Dan Berita Harian Akan Tipu Rakyat Esok?
- Peserta Himpunan #KL112 Seramai 45 Ribu Sahaja?
- Live #KL112: Beberapa Keping Gambar Yang Menarik Dan Bermakna Yang Patut Anda Lihat
- Live #KL112: Gambar TG Haji Salleh Bersama TG Haji Nik Aziz Nik Mat
- Live #KL112: Gambar TG Nik Aziz Memimpin Bacaan Doa. Allahuakhbar!
- Live #KL112: Berita Panas Yang Diterima Sempena Sambutan Najib Di Semenyih! Sebarkan!
- Live #KL112: Allahuakhbar! Bangkit Rakyat! Suasana Rakyat Dalam Stadium!
- Live #KL112: Pecacai Umno Cakap Himpunan Tak Sampai 100 Ribu?
- Live Streaming #KL112: Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Dan NGO Sedang Berucap!
- Live #KL112: Dato Tuan Ibrahim Naik Motor Kuasa Besar Ke Stadium! Cayalah!
- Live #KL112: YB Salahuddin Mengepalai Himpunan Rakyat Dari Masjid Negara Ke Stadium Merdeka
- Live #KL112: Jemaah Masjid Negara Ambil Wuduk Dalam Kolam Disebabkan Orang Terlalu Ramai
- Live #KL112: YB Husam Musa Ketuai Perarakan Geng R Tuntut Royalti Dari Negeri Terlibat Terutama Kelantan!
- Live #KL112: Gambar Yang Diambil Sekitar Stadium Merdeka. Abang Mat Sabu Dah Datang!
- Live #KL112: YB Azmin Ali Sedang Berada Di Tempat Himpunan
- Live #KL112: Kumpulan Rakyat Mula Bergerak. Gambar Dari Segenap Sudut Dipaparkan
- Live #KL112: Deepak Kawan Rosmah Pun Turun!
- Live #KL112: Gambar Dari Kamera Abang Misai. Polis Diraja Malaysia
- Live #KL112: LRT Gombak Kecoh Dengan Manusia Pakaian Merah! Wanita Tulang Semangat!
- Live #KL112: Dataran Masjid Negara Ditawan Oleh Rakyat Marhaen!
- Live #KL112: Gambaran Di Universiti Malaya. Anak Muda Tawan Kawasan!
- Live #KL112: Risalah Syiah Provokasi Burukkan PAS Djumpai. Tahniah Unit Amal
- Live #KL112: Penyokong Dsri Johor Sudah Datang! Hancur Kezaliman!
- Live #KL112: Robongan Dari Dun Wakaf Bharu Mengaminkan Bacaan Doa
Live #KL112: Video Penuh Ucapan Pemimpin Semasa Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka. Posted: 12 Jan 2013 06:59 AM PST Sumber Video http://www.youtube.com/user/nurislah?feature=watch Tuan Mohammad Alinor Abdul Kadir: |
Himpunan #KL112: TV3, TV1, Utusan Malaysia Dan Berita Harian Akan Tipu Rakyat Esok? Posted: 12 Jan 2013 06:42 AM PST Pembangkang Tak Capai Sasaran Sejuta Peserta Pada Perhimpunan Di Stadium KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Perhimpunan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil perhimpunan kebangkitan rakyat 2013 di Stadium Merdeka di sini berakhir petang ini dengan kehadiran peserta menyimpang jauh daripada sasaran sejuta orang yang dilaungkan oleh penganjur sebelum ini. Mengikut anggaran pemerhati, bilangan peserta tidak melebihi 50,000 orang memandangkan stadium itu mempunyai kapasiti 30,000 orang manakala padangnya dianggarkan mampu menampung lebih 10,000 orang. Bagaimanapun, polis menganggarkan jumlah kehadiran peserta pada perhimpunan selama tiga jam itu adalah 45,000 orang. Berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara, April lepas, yang berakhir dengan dengan keganasan dan rusuhan tetapi perhimpunan kali ini berlangsung dalam keadaaan sebaliknya. Peserta disajikan dengan dengan ucapan-ucapan politik penuh retorik oleh barisan pemimpin pembangkang yang melahirkan keyakinan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti. -- BERNAMA Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya Oleh Mohd Faizal Hassan KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari Sabtu lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka. Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara. Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi. Suasana hingar-bingar dengan tiupan vuvuzela seolah-olah ketika perlawanan bola sepak juga menimbulkan persoalan apakah 'amanat' yang disampaikan pemimpin pembangkang terbabit sampai ke telinga hadirin? Malah, ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakan media lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu. Anwar dalam ucapannya seperti biasa, meminta rakyat yang berhimpun hari ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang mentadbir negara dengan modal basi iaitu kerajaan sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat. "Rakyat bangkit hari ini kerana ingin mengubah sistem rasuah di negara kita. Saya lihat sendiri semangat rakyat, saya rasa sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat. "Kami dalam pakatan berikrar kami tidak akan izinkan rasuah dan rompakan kepada rakyat," katanya cuba membakar emosi hadirin. Beliau juga membaca skrip sama ketika berceramah di tempat lain iaitu dakwaan kronisme, angan-angan Mat Jenin untuk menurunkan harga barangan serta menghapuskan pinjaman pendidikan. Sebelum itu, dalam ucapannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "memakmumkan" Umno sejak 55 tahun lepas selain pemimpin Umno tidak menunjukkan "wajah" pemimpin Islam sebenar. Ironinya ucapan Abdul Hadi hanya menerima reaksi hadirin ketika ada seruan "takbir" atau "bangkit", sedangkan pada kebanyakan masa tiupan vuvuzela mengiringi patah ayat yang keluar daripada mulut pemimpin PAS itu. Menurut seorang rakan media yang berjaya melepasi kawalan keselamatan, Abdul Hadi yang kini dihambat kontroversi 'Amanat Haji Hadi' bergegas meninggalkan kawasan stadium ketika diaju pertanyaan mengapa isu semasa membabitkan pakatan tidak dibangkit. Peluang menjelaskan kontroversi pemilihan CEC di hadapan rakyat juga tidak dimanfaat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggunakan pentas hari ini untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES). Selepas tiga jam mendengar 'ceramah' daripada kira-kira 10 orang termasuk tiga pemimpin utama parti pembangkang, penulis menyimpulkan isu yang disentuh hanya membabitkan segelintir rakyat, malah itupun tidak dinyatakan bagaimanapun masalah berkenaan akan diselesaikan. -- BERNAMA |
Peserta Himpunan #KL112 Seramai 45 Ribu Sahaja? Posted: 12 Jan 2013 06:01 AM PST |
Live #KL112: Beberapa Keping Gambar Yang Menarik Dan Bermakna Yang Patut Anda Lihat Posted: 12 Jan 2013 02:52 AM PST |
Live #KL112: Gambar TG Haji Salleh Bersama TG Haji Nik Aziz Nik Mat Posted: 12 Jan 2013 02:00 AM PST Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) Gambar eksklusif. SENYUM |
Live #KL112: Gambar TG Nik Aziz Memimpin Bacaan Doa. Allahuakhbar! Posted: 12 Jan 2013 01:20 AM PST Alhamdulillah.... berlangsung dengan baik... terima kasih kepada pihak polis dan peserta HKR yang menjaga adab susila terbaik... Moga Allah lindungi kita semua... |
Live #KL112: Berita Panas Yang Diterima Sempena Sambutan Najib Di Semenyih! Sebarkan! Posted: 11 Jan 2013 11:54 PM PST Semenyih Kini sekitar himpunan bersama pm di tesco semenyih gambar 1-treler panjang yg kedua... gambar 2-barang2 dl beg kain antaranya beras sekampit dan tepung gandum gambar ketia-kelihatan org ramai dari serata pelusuk berbaris panjang untuk mendapatkan beg beras sementara itu juga mereka khuatir takut tertinggal bas yg mereka naik untuk dtg ke program |
Live #KL112: Allahuakhbar! Bangkit Rakyat! Suasana Rakyat Dalam Stadium! Posted: 11 Jan 2013 11:45 PM PST untuk perhatian wartawan arus perdana. allahuakhbar! |
Live #KL112: Pecacai Umno Cakap Himpunan Tak Sampai 100 Ribu? Posted: 11 Jan 2013 11:36 PM PST rakyat dok kalut berhimpun di stadium. pencacai dok kalut fitnah dalam twitter! |
Live Streaming #KL112: Pemimpin Utama Pakatan Rakyat Dan NGO Sedang Berucap! Posted: 11 Jan 2013 10:38 PM PST Live Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Stadium Merdeka Admin: Pihak kami juga meletakkan video di bahagian atas post. Semoga mendapat manfaat bersama. Allahuakhbar! |
Live #KL112: Dato Tuan Ibrahim Naik Motor Kuasa Besar Ke Stadium! Cayalah! Posted: 11 Jan 2013 10:07 PM PST Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) Senyum Geng masjid negara |
Live #KL112: YB Salahuddin Mengepalai Himpunan Rakyat Dari Masjid Negara Ke Stadium Merdeka Posted: 11 Jan 2013 10:00 PM PST Allahuakhbar! |
Live #KL112: Jemaah Masjid Negara Ambil Wuduk Dalam Kolam Disebabkan Orang Terlalu Ramai Posted: 11 Jan 2013 09:15 PM PST mereka golongan oku tapi mereka tidak buta hati. Allahuakhbar! |
Posted: 11 Jan 2013 09:00 PM PST Allahukahbar! Rakyat tolak kerajaan zalim! |
Live #KL112: Gambar Yang Diambil Sekitar Stadium Merdeka. Abang Mat Sabu Dah Datang! Posted: 11 Jan 2013 08:40 PM PST http://www.facebook.com/media/set/?set=a.541776975832614.130216.161086313901684&type=1 |
Live #KL112: YB Azmin Ali Sedang Berada Di Tempat Himpunan Posted: 11 Jan 2013 08:32 PM PST semasa ditemubual oleh seorang wartawan. Allahuakhbar! |
Live #KL112: Kumpulan Rakyat Mula Bergerak. Gambar Dari Segenap Sudut Dipaparkan Posted: 11 Jan 2013 08:00 PM PST kumpulan pecahan mula bergabung. mereka nak nyatakan bahawa kerajaan zalim dan jahat akan musnah pada pru13 nanti. allahuakhbar! KUALA LUMPUR 12 JAN : Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak jam 11.00 pagi tadi. Tujuh lokasi yang menjadi tumpuan sebelum bergerak ke Stadium negara tersebut adalah KLCC,Brickfield, Masjid Universiti Malaya,Pasar Seni, Himpunan yang di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat ini mensasarkan seramai mungkin rakyat turun untuk memberi sokongan selain memberi tekanan kepada BN. Selain tiga komponen besar PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP beberapa parti bebas dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan menyertai himpunan yang mendapat permit dari pihak polis ini. Turut serta dijangkakan juga beberapa NGO seperti BERSIH 2.0, Anti-Lynas, Anak, SAMM, Gamis, Muafakat, Kase serta beberapa lagi. Orang ramai dari semua tujuh lokasi tersebut akan berarak ke stadium negara dimana majlis himpunan tersebut bermula jam 2.00 petang nanti Dijangkakan hampir satu juta akan membanjiri Stadium merdeka. Sementara itu pihak polis yang menyedia 50 Marshal untuk membantu pihak media juga kelihatan dibeberapa lokasi. Sejak malam tadi pihak polis kelihatan berada dibeberapa lokasi yang bertugas sebagai pengawal trafik. 11.00 pagi – Selebriti Abby Abadi memilih untuk bersama penyokong Gerakan Menuntut Royalti 'R' sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 sebagai tanda sokongan bersama warga Kelantan dan Terengganu yang teraniaya selama ini. Menurutnya sebagai warga Kuala Lumpur, beliau ingin menyambut kehadiran tetamu yang ingin menyatakan sokongan rakyat demi membawa perubahan kepada negara. "Alhamdulillah saya diberikan sempatan untuk bersama mereka. Sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai mereka. "Saya harap kerajaan sudi untuk mengembalikan hak mereka sebelum rakyat membuat perubahan," katanya di hadapan KLCC. Beliau berharap himpunan hari ini berlangsung aman dan tiada sebarang provokasi yang bakal mencemar kelangsungan KL112. 11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0. Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus. 10.25 pagi .. Di Pasar seni dan Jalan Petaling.. orang ramai mula bergerak ke Stadium Negara dengan Laungan Takbir dan Reformasi. |
Live #KL112: Deepak Kawan Rosmah Pun Turun! Posted: 11 Jan 2013 07:44 PM PST lu buat najib dan rosmah sakit kepala la bro! |
Live #KL112: Gambar Dari Kamera Abang Misai. Polis Diraja Malaysia Posted: 11 Jan 2013 07:30 PM PST caya lah, abang misai sekarang semakin bagus. tolong ambil gambar. tapi sayang, gambar yang diambil dekat kumpulan kecik saja. pandai tau abang misai ni |
Live #KL112: LRT Gombak Kecoh Dengan Manusia Pakaian Merah! Wanita Tulang Semangat! Posted: 11 Jan 2013 07:15 PM PST Topeng Perak Unmasked I #KL112 LRT Gombak - Rakyat Bangun Melawan. kredit kepada unit amal yang banyak membantu! wanita tonggak kejayaan kita semua. semangat berjuang wahai muslimah! |
Live #KL112: Dataran Masjid Negara Ditawan Oleh Rakyat Marhaen! Posted: 11 Jan 2013 07:00 PM PST pakcik bertongkat datang. anda? Unit amal sudah siap siaga. Syabas Unit Amal! bangkit rakyat! bangkit orang muda! tunjukkan rasa anda! Pesanan dari sahabat: topeng perak Topeng Perak Unmasked I #KL112 Salam,tlg sebarkn secepat mungkin.polis menyamar sebagai unit amal dgn pakai baju unit amal utk membezakn unit amal polis dgn pas ialah pas pakai topi,seluar hitam dan kasut hitam dan kad tag unit amal sdgkn polis hanya baju amal saja jika polis pakai seluar hitam tengok kasut,topi dan tag pula.rakam gambar dan tnya dari unit amal mana dia dtg . ada yang dah mulakan perjalanan. ayuh kita berkumpul! |
Live #KL112: Gambaran Di Universiti Malaya. Anak Muda Tawan Kawasan! Posted: 11 Jan 2013 06:45 PM PST Mahasiswa & anak muda memenuhi perkarangan Masjid Ar Rahman, UM utk mula berarak #KL112 ! Terus solidariti! |
Live #KL112: Risalah Syiah Provokasi Burukkan PAS Djumpai. Tahniah Unit Amal Posted: 11 Jan 2013 06:30 PM PST risalah nak burukkan pakatan rakyat dah mula diedarkan. dah ada tangan syaitan! provokasi gila! ini bukan yang kita mahukan! |
Live #KL112: Penyokong Dsri Johor Sudah Datang! Hancur Kezaliman! Posted: 11 Jan 2013 06:15 PM PST #KL112: Bangkit Rakyat! Kami dari Johor sudah tiba! :) Hampiri Stadium Merdeka. |
Live #KL112: Robongan Dari Dun Wakaf Bharu Mengaminkan Bacaan Doa Posted: 11 Jan 2013 06:00 PM PST Diketuai Adun Wakaf Bharu. Meminta doa supaya segala perjalanan hari ini lancar! Allahuakhbar! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan