Rabu, 2 Januari 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BONGKAR] Edisi Penuh - Deepak Beli Barang Kemas RM13 juta Untuk Rosmah

Posted: 02 Jan 2013 12:32 AM PST


Keadilan hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.

Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.

Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.

Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.

Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya.

"Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti," kata Rafizi.

Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1) Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;


2) Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);


3) Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;


4) Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;


5) Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;


6) Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;


7) Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);


8) Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;


9) Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;br>

10) Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; danbr>

11) Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).



Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

[BERGAMBAR] Badi Mengamuk Terengganu Lagi, Bumbung Astaka Runtuh!

Posted: 01 Jan 2013 09:31 PM PST


Kemaman - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh! Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.

Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.

Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012! Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran 'Terengganu Darul Runtuh' yang memalukan.

"Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar 'Terengganu Darul Runtuh' dan ini memalukan kita.

"Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu.

Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada siri lawatannya di Dun Air Putih dan Dun Chukai, 31 Disember lalu.

Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat 'hangus' angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini.

Buletinonline dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh.

"Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat," ujarnya.

Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.

Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi.

"Dua tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka, laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu tidak diluluskan.

"Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000.

Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun.

Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.-Buletin Online


Kes Wanita Bersuami Dua

Posted: 01 Jan 2013 07:50 PM PST


Batu Pahat – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.

Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.

"Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

"Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

"Kami difahamkan doktor yang menjadi 'suami kedua' diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya," katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

"Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

"Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

"Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak," katanya. -SHbr>

[HARI INI] Kes Nizar Saman TV3: Nizar Beri Keterangan Pagi Ini

Posted: 01 Jan 2013 06:01 PM PST

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang itu merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu.

Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.

Beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.

Nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida Sultan Johor.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Utusan sudahpun didapati bersalah memfitnah Nizar dan telah diperintah membayar gantiirugi kepada bekas MB Perak tersebut.

Sila baca:

[EDISI TERDESAK] UMNO Mainkan Politik Perkauman & Ugama Fitnah ADUN Sekincan

Posted: 01 Jan 2013 03:52 PM PST


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) ini yang sudah dimenanginya selama dua penggal sejak 2004.

Ujar beliau, sebaran risalah dan fitnah yang disebar mendakwa Suee Lim akan 'lari' ke DUN lain adalah strategi terdesak pihak BN yang cuba mengaburi mata rakyat dengan membohongi masyarakat dengan fakta yang tidak berasas.

Pagi ini, masyarakat di Kawasan Perumahan Taman Ria Sekinchan dikejutkan dengan taburan risalah lapan muka surat yang bertajuk 'Dosa-dosa Ng Swee Lim' bagi memburukkan imej Adun Sekinchan itu.

Risalah berbahasa Melayu itu diletakkan di setiap rumah yang dipercayai disebarkan pada waktu malam tahun baru 2013 yang juga dipercayai disebarkan di kawasan lain di DUN Sekinchan.

Ia mengutarakan sembilan isu yang menyerang keperibadian Suee Lim dengan cuba menyalahkan pengundi kerana memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lepas.

"Ia adalah provokasi BN untuk mengelirukan rakyat.

"Dalam tahun baru ini mereka (BN) hilang pedoman di DUN Sekinchan dan Parlimen Sungai Besar serta seluruh Sabak Bernam," kata Suee Lim ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau, kekuatan Pakatan Rakyat (PR) semakin terserlah di Parlimen Sungai Besar, Parlimen Sabak Bernam dan juga Parlimen Tanjong Karang.

"Rakyat semakin hari mempercayai Pakatan Rakyat dan merasai kebahagiaan kepada PR dengan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Katanya beliau akan jika dipilih akan terus melakukan kesinambungan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Suee Lim ketika menjawab tuduhan dalam risalah fitnah berkenaan isu Billboard tertera wajah Suee Lim itu adalah disebabkan BN cemburu dengan kejayaan beliau mempromosikan Sekinchan sebagai kawasan pelancongan baru di Selangor.

"Saya hanya mempromosikan DUN Sekinchan sebagai satu destinasi eko-pelancongan.

"Dan rakyat di Sekinchan sudah mengetahui pelancongan di sini telah berkembang dengan pesat dengan ramai pelancong daripada luar negeri datang ke Sekinchan untuk melawat keunikannya seperti bendang padi, perikanan dan industri kecil sederhana.

"Potensi DUN Sekinchan dicungkilkan dengan mengadakan billboard yang besar dan akhirnya kejayaan ini mereka (BN) iri hati dengan kejayaan ini dan mereka menyerang saya dengan isu billboard ini," ujarnya.

Ulasan GB

Budaya samseng, mencarut, memaki, politik perkauman, fitnah... tu semua dah menjadi talian hayat terakhir golongan UMNO BN.

Bukankah itu petanda jelas UMNO BN sudah berada benar-benar di penghujung usianya?

[GEMPAR] Budak 13 Tahun Ditangkap Cuba Rogol Wanita Di Tandas Pam Minyak

Posted: 01 Jan 2013 06:35 AM PST


Di dalam satu kejadian yang agak memeranjatkan seorang budak remaja berusia 13 tahun telah ditangkap kerana cuba merogol seorang perempuan di dalam sebuah bilik air wanita di stesyen pam minyak SHELL Jalan Munsyi Abdullah Melaka.

Perempuan tersebut, Oon Chen berkata, ketika beliau masuk ke bilik air berkenaan, seorang budak berusia dalam lingkungan 13 tahun tiba-tiba menerjah masuk dan menutup mulutnya serta cuba mencabulnya.

Mangsa menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada yang terdengar, disamping meronta-ronta untuk melepaskan diri dari budak tersebut.

Mangsa berkata, 'dalamasa melawan hendak melepaskan diri, saya berjaya menggigit jarinya, dan setelah itu, saya terdengar ada seseorang datang ke bilik air.

Pembantu jualan dari stesyen Shell kemudiannya datang membantu, dan budak itu di dalam bilik air tersebut sebelum beliau membuat panggilan polis.

Polis berjaya menahan budak tersebut seperti foto di atas.

sumber Ulasan GB

Moral of the story, terutama kepada kaum wanita, jangan pandang budak berusia belasan tahun kecik anak, dizaman ini, bukan saja orang dewasa, budak belasan tahun pun sudah membawa "iblis" di dalam tubuh badannya.

Berwaspadalah!

Tiada ulasan: