Sabtu, 5 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Identiti Suspek Rogol dan Campak Wanita Didedah, Hadapi Hukuman Mati

Posted: 05 Jan 2013 04:00 AM PST


[HM] NEW DELHI: Lima lelaki yang didakwa merogol seorang mahasiswa universiti selama berjam-jam dalam sebuah bas ketika kenderaan itu dipandu di sekitar ibu negara India, kini berdepan tuduhan membunuh, merogol serta beberapa tuduhan lain.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati. Pendakwa, Rajiv Mohan, memfailkan tuduhan berkenaan semalam.

Selain merogol, lima lelaki terbabit juga didakwa melakukan pencemaran bahan bukti, menculik, membunuh serta beberapa tuduhan lain.

Kertas tuduhan tidak didedahkan dan Rajiv memohon supaya perbicaraan itu dijadual hari ini dijalankan secara tertutup. Tertuduh dikenali sebagai Ram Singh seorang pemandu bas; adiknya, Mukesh Singh (tukang cuci bas di syarikat sama); Pavan Gupta, (penjaja buah-buahan); Akshay Singh (tukang cuci bas) dan Vinay Sharma (jurulatih kecergasan).
Tertuduh keenam, seorang remaja berusia 17 tahun dijangka dibicarakan di mahkamah juvana yang menyediakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun.

Pemilik bas berkenaan juga ditahan dan didakwa kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit mengendalikan perkhidmatan bas persendirian.

Semua tertuduh tidak hadir di mahkamah.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman mati.

Rancangan itu mendapat sokongan bapa mangsa.

Katanya, hukuman paling berat perlu dikenakan ke atas pesalah yang merogol anaknya. "Jika ada undang-undang baru digubal, ia patut dinamakan sempena anak saya," katanya.

Serangan ke atas wanita berusia 23 tahun itu menyebabkan mangsa mati kerana kecederaan dalaman yang parah.

Insiden itu juga mencetuskan perdebatan mengenai layanan pihak berkuasa terhadap wanita di seluruh India serta mendorong demonstrasi harian bagi mendesak kerajaan bertindak tegas.

Sementara itu, Persatuan Peguam India berkata, ahli badan itu tidak sepatutnya memberikan sebarang khidmat membela tertuduh kerana kekejaman yang mereka lakukan. Mahkamah dijangka melantik peguam bela untuk mewakili semua tertuduh dalam perbicaraan nanti. - AP


Berkaitan:

Bapa buat aduan gambar anak disalah guna dalam Facebook

[HM] THIRUVANANTHAPURAM (India): Seorang bapa membuat aduan kepada polis selepas pengguna Internet menyebarkan sekeping gambar di Internet dengan mendakwa dia adalah mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi, semalam.

Gambar yang dikaitkan dengan mahasiswa mangsa rogol dalam bas pada 16 Disember lalu dilaporkan tersebar pantas di Facebook. 

Nama dan identiti mangsa sebenar dirahsiakan polis daripada media selaras dengan undang-undang melindungi mangsa daripada pandangan serong masyarakat. 

Jurucakap polis di Kerala berkata, gambar yang tersebar di Internet itu adalah palsu dan menyebabkan tekanan kepada individu terbabit. 

"Kami mengarahkan Facebook memadamkan gambar berkenaan dan membantu mengesan dalang yang menyebarkannya," katanya. - AFP


P/s: Adakah gambar di bawah ini yang dimaksudkan oleh berita di atas? TM jumpa gambar ini dalam beberapa blog. 

Selain gambar, tulisan yang disalin dan ditampal dari FB itu turut mendakwa mangsa selain dirogol turut disula dari bahagian vagina sehingga ususnya cedera teruk. Gila kejam!

Moga-moga suspek akan dikenakan hukuman mati. Kepada wanita di luar sana, berhati-hati, kerana budak berusia 13 tahun pun mampu menggelapkan masa depan anda! Baca di sini.

Sebelum ini, DCM ada menyiarkan berita budak berusia 9 tahun merogol rakan sekelasnya. Mahu baca? cari di bahagian bagasi kiriman atau klik label yang berkenaan.
 



Laporan awal kes ini di sini dan di sini.


Budak 13 tahun Mengaku Peluk, Cium, Raba Wanita Berusia 28 Tahun

Posted: 05 Jan 2013 12:56 AM PST



[BH] Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

"Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya. 
 
 
Laporan awal di sini.
 
 
 P/s; Apakah yang mendorong budak mentah ini berbuat demikian? Rasa-rasanya banyak orang tahu sebab banyak remaja terlibat dalam salah laku seks dan aktiviti antimoral.



 
 

[Gambar] Cara Terakhir Cari Peluang Kerja

Posted: 04 Jan 2013 04:30 PM PST


Graduan Adam Pacitti, dari Isle of Wight, melakukan sesuatu yang unik untuk menarik perhatian majikan. Dia dilaporkan menggunakan wang terakhirnya, iaitu £500 untuk menyewa tapak iklan. Gambar iklannya menjadi hangat selepas Adam memuatnaikkan gambar tersebut di Tweeter. 
 
 
P/s: Kreatif!






Tiada ulasan: