DUNIACACAMARBA |
- [Wajib Baca] Anggaran Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat oleh Pakar Matematik, Jangan Terkejut ....
- Abang Ajak Adik Main "Doktor-doktor" untuk....
- Skandal Seks untuk Gred Tinggi: Pelajar Serah DARA kepada Profesor
- [Video] Ucapan Anwar Ibrahim & Pemimpin PR semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013
[Wajib Baca] Anggaran Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat oleh Pakar Matematik, Jangan Terkejut .... Posted: 13 Jan 2013 01:30 AM PST [PenangInsight] Pakar Matametik terkenal, Prof. Dr. Shahrir Md. Zain dilaporkan turut membuat anggaran berhubung jumlah hadirin yang menyertai jalanan aman dari pelbagai lokasi di ibunegara ke Stadium Merdeka petang semalam. Memetik status di laman sosial Facebook, bekas professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaporkan membuat anggaran, sekurang-kuranya 700,000 rakyat menyertai himpunan aman tersebut. "Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu. "Andaiannya adalah 10,000 kaki sama dengan 1 Kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa. "Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) X 20 (orang) adalah 100,000 (orang per Kilometer). "Pertanyaan saya, berapa Kilometerkah seluruh manusia datang HKR?" tanya Shahrir. Shahrir dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 7 Kilometer jika dilihat dari sisi pandang atas. Shahrir berkata, "Jawapannya, 700,000 (orang)." Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst. Comm. Zainuddin Ahmad dilaporkan memberitahu pemberita, dianggarkan 10,000 peserta berhimpun di luar stadium, manakala, selebihnya bersesak dalam stadium berkenaan. "Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang...di antara 40,000 (hadirin) dan 45,000 (hadirin)," kata beliau menerusi Buletin TV3 dan Tv1 sejak malam tadi. Manakala, Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sebelum pada itu membuat anggaran, 80,000 orang hadir. P/s: WOW! Tolong jangan tanya Rais Yatim. Kalau dia kira guna teknik blok, mungkin jumlah peserta HKR tidak sampai 10 ribu. Hahahahaha! | ||
Abang Ajak Adik Main "Doktor-doktor" untuk.... Posted: 12 Jan 2013 11:00 PM PST
[HM] Kajang: Walaupun baru berusia 14 tahun, tetapi seorang remaja lelaki sudah pandai mengadakan hubungan seks dengan adik perempuannya berusia 12 tahun, sejak setahun lalu. Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja lelaki itu ditahan kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak setahun lalu. "Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain permainan 'doktor-doktor' sebelum merogolnya," katanya. Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya yang murung ke sebuah pusat kebajikan. "Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya sejak setahun lalu. "Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol," kata penjaga pusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak terbabit kepada ibunya. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu mangsa untuk tindakan lanjut. Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan (KK). | ||
Skandal Seks untuk Gred Tinggi: Pelajar Serah DARA kepada Profesor Posted: 12 Jan 2013 06:42 PM PST AsiaOne melaporkan bahawa butiran siasatan terperinci berkaitan dengan kes seks untuk gred tinggi membabitkan profesor undang-undang Tey Tsun Hang, 41, dan pelajar perempuan, Darinne Ko Wen Hui didedahkan di mahkamah. Pada Khamis lalu, mahkamah diberitahu bahawa kedua-duanya bertemu pada Januari 2010, waktu itu Ko ialah pelajar kelas Ekuiti dan Amanah Tey. Ko juga membantu Tey dalam menjalankan kajian untuk bukunya. Shin Min Daily News melaporkan bahawa Ko, kini 23 tahun, telah hilang dara apabila dia mengadakan hubungan seks dengan Tey di pejabatnya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada bulan Julai, 2010. Mereka mengadakan hubungan seks sekali lagi di pejabat yang sama empat hari kemudian. Sekitar Mei 2010, Tey telah memberitahu Ko tentang maklumat sulit berkaitan dengan keputusan dan kedudukan Ko dalam kelas sewaktu makan tengah hari, sesuatu yang menurut Ko tidak diketahuinya atau dapat diketahuinya sendiri. Ko kemudian mula memberikan hadiah kepada Tey. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pen Montblanc bernilai $740 sebagai hadiah hari jadi kerana dia "menyukai" Tey "sebagai teman". Perbicaraan dijangka berakhir pada 22 Jan dan sebanyak 14 orang saksi, termasuk Ko, dipanggil untuk memberikan keterangan.-DCM/AsiaOne Laporan awal di sini. | ||
[Video] Ucapan Anwar Ibrahim & Pemimpin PR semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 Posted: 12 Jan 2013 04:30 PM PST |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan