DIALOG RAKYAT |
- KWSP, KWAP dipaksa untuk membeli saham Felda? Jangan cuba untuk menyekat kebenaran, Muhyiddin!
- ROZALI, jangan susahkan rakyat: Kami akan potong gaji & dedahkan gaya hidup mewah anda!
- Kalimah ALLAH: Minda pondok buat laporan polis
- Gabung demo aman protes Bible BM guna kalimah ALLAH
- Syabas Mohamad Sabu
- 20 belia Pulau Gaya sertai PAS
- Himpunan Sabah lempar bunga mawar ke ‘keranda kezaliman’
- Rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun walau diugut kedutaan
- HKR: Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen
- Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR
- PoliTweet ramal 150,000 sertai perhimpunan semalam
- ISU KALIMAH ALLAH - SEBIJIK KAT MUKA UMNO SEMULA!!
- KL112: Sinar, akhbar Cina boleh jujur
- Najib bakal didesak letak jawatan, terhangat
- 500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun
- Cermin kereta SU 'R' pecah, plak Royalti hilang
- [VIDEO] Ubah Sekarang! Ucapan Presiden PAS Di HKR 211 Stadium Merdeka
- [EDISI MERENG] Media Rejim BN Bagai Cacing Kepanasan Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar"
- Malaysiakini jadi sasaran serangan lagi
- Tahanan lolos: Seorang lagi ditahan, 2 masih diburu
- Enam deretan kedai dan dua rumah terbakar
- Polis buru tahanan ambil tebusan di Bukit Mertajam
- Suhakam puji sikap penganjur dan polis dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Peguam Negara akui kelemahan saman AES
- Anwar ketuai laungan ‘merdeka rakyat’ di Stadium Merdeka
KWSP, KWAP dipaksa untuk membeli saham Felda? Jangan cuba untuk menyekat kebenaran, Muhyiddin! Posted: 13 Jan 2013 03:52 PM PST Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle DIKEMASKINI -Ketua Biro Pelaburan PKR Wong Chien menghidu perbuatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana cuba menyekat rakyat dari berbicara tentang penggunaan wang persaraan rakyat untuk membeli saham Felda yang semakin merosot dan mengugut Suruhanjaya Sekuriti Pertukaran Bursa Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana menimbulkan isu itu. "Kami tidak mengada-adakan data. Data ini dilaporkan oleh analisis dan inilah isu yang kita mahu rakyat mengambil perhatian terhadap isu ini. Persoalannya, walaupun penganalisa memberitahu bahawa saham itu tidak menunjukkan tren menaik, kenapa KWSP dan KWAP berterusan membeli saham itu dalam jumlah yang begitu banyak. Kami mahu KWSP menjelaskan pembelian ini yang jelas bertentangan dengan pergerakan pasaran kepada pencarum yang berhak mengetahui akan keadaan ini," Wong memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat. Adakah KWSP dan KWAP menerima arahan secara langsung atau tidak dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham Felda? Adakah telah wujud perbuatan pecah amanah mahupun salah laku- sila beritahu rakyat. Hampir semua kita mempunyai kepentingan dalam KWSP dan KWAP. Wujudkah perkaitan dengan orang –orang tertentu (Kroni BN) dalam penjualan kepentingan mereka kepada KWSP? Inilah persolan yang mesti dijawab dihadapan rakyat dengan jujur. Menyelamatkan Kroni Wong Chen memberi respon kepada komen terbaru dari Muhyiddin bahawa Anwar sebenarnya iri hati terhadap penyenaraian Felda dalam IPO terbesar dunia pada tahun 2012 dan mahu mempolitikkan isu ini supaya harga sahamnya terus menurun. "Saya tidak pasti sama ada Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia boleh mengambil tindakan terhadap Anwar kerana membuat berbaur hasutan." Bernama melaporkan Muhyiddin sebagai berkata. Minggu lepas, Anwar telah memberi amaran harga saham Felda sepatutnya berada pada paras yang rendah jika tidak kerana campur tangan beberapa institusi kerajaan seperti KWSP. Beliau berkata ia adalah jelas penyenaraian keseluruhan - yang memerlukan peneroka berputus asa semua tanah mereka berjumlah hampir 800,000 ekar - bertujuan memberi manfaat kepada kroni BN. "Hanya kroni-kroni yang mendapat manfaat, termasuk pengerusi dan FGV lembaga pengarah yang mendapat saham dengan mudah dan dijual awal semata-mata untuk keuntungan. Kemudian harga turun," kata Anwar. Rekomendasi membeli tiada lagi Di sidang akhbar pada Jumaat, Wong Chen menunjukkan slaid dari halaman skrin Bloomberg yang disediakan oleh penganalisis pasaran. Menurut Wong, dari segi keseluruhan dan cadangan penganalisis telah bertukar negatif seawal 9 Ogos pada tahun lepas, dengan " tiada lagi terdapat pengesyoran untuk dibeli". "Dari tarikh itu hingga 4 Januari 2013, walaupun pandangan terhadap keseluruhan saham adalah negatif dan harganya juga jatuh, KWSP terus membeli. Ia malah menambah 46.000.000 lagi pembelian saham kepada portfolionya. Untuk tempoh yang sama, KWAP juga menambah 10 juta saham. Tren membeli KWSP dan KWAP amatlah bertentangan. ini memang tidak patut bagi dana pencen, "kata Wong. Aktiviti membeli kembali pada bulan Jun sehingga awal bulan ini dan foray keseluruhan di pasaran terbuka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013, mengakibatkan KWSP telah membelanjakan dalam anggaran RM455 juta dan KWAP RM305 juta, katanya. Harga pasaran semasa berlegar sekitar RM4.60, ini diterjemahkan ke dalam kerugian di atas kertas sebanyak RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta pula kepada KWAP. "PKR percaya bahawa pemegang KWSP dan penjawat awam mempunyai hak untuk mengetahui sama ada pembelian ini yang sebahagian besarnya bertentangan dengan cadangan penganalisis dan pandangan pasaran, bermotifkan politik," kata Wong. KWSP merupakan wang simpanan Pekerja dimana hampir semua rakyat Malaysia yang bekerja telah menyumbang kepadanya, manakala KWAP atau Kumpulan Wang Persaraan menguruskan sumbangan dari kakitangan Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi lain. Menanggung kerugian yang dijual Kroni BN? Wong Chen tidak menolak kemungkinan bahawa KWSP dan KWAP boleh sedang menanggung kerugian sehingga saham yang dijual oleh kroni Umno, yang telah dianugerahkan bahagian besar saham lebih daripada yang telah diberi kepada peneroka Felda semasa penyenaraiannya pada tahun lepas. "Dalam IPO, terdapat kontroversi siapakah pelabur Miti yang diluluskan yang diberi 3 kali lebih bilangan saham yang diperuntukkan kepada peneroka. Ini adalah satu misteri sehingga kini tetapi untuk melayakkan diri sebagai pelabur Miti anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM3 juta dalam nilai bersih, dalam erti kata lain, mereka amat kaya. Mengapa orang-orang kaya ini diberikan saham lebih daripada peneroka Felda? Adakah mereka orang-orang yang sedang menjual saham kepada KWSP dan KWAP untuk menanggung kerugian? ini adalah persoalan hangat sekarang tetapi kita tidak akan tahu sehingga maklumat diberitahu kepada rakyat, " Wong Chen memberitahu Malaysia Chronicle di luar sidang akhbar, sambil menambah bahawa undang-undang privasi boleh menyekat data tersebut dari didedahkan. Adalah dipercayai bahawa pelabur-pelabur Miti diluluskan memegang sekitar 300-600 juta saham. Miti merupakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Wang persaraan dalam bahaya, tren kerugian semakin teruk Wong Chen turut memberi amaran bahawa "kerugian atas kertas" yang ditanggung oleh KWSP dan KWAP adalah berapa pada trend merosot. "Purata harga sasaran semasa penganalisis bagi FGV adalah RM4.19. Jika harga saham jatuh ke tahap itu, KWSP dan KWAP akan kerugian RM146 juta dan RM129 juta. Jika harga saham Felda jatuh kepada RM3.53 yang merupakan nilai kedua terendah di antara 12 yang tersenarai pada cadangan harga saham (yang dikemukakan oleh Ikatan Penyelidikan), KWSP dan KWAP akan mengalami kerugian atas kertas bernilai kira-kira RM327 juta dan RM295 juta, " tambah Wong. | ||||
ROZALI, jangan susahkan rakyat: Kami akan potong gaji & dedahkan gaya hidup mewah anda! Posted: 13 Jan 2013 03:49 PM PST Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleDIKEMASKINI -Pemimpin PKR menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau kepada SYABAS syarikat air untuk "mensabotaj" bekalan air di Selangor dalam usaha terakhir untuk merampas kembali negeri ini oleh parti Umno. Mereka memberi amaran bahawa jika Rozali Ismail, Selangor bekas bendahari Umno dan pengerusi eksekutif di SYABAS sekarang, terus menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan hati "tuan politiknya" dengan membiarkan rakyat menderita, mereka akan mendedahkan gaya hidup mewahnya dan memotongkan gaji lumayannya yang bernilai RM17.25 juta setahun supaya dipotong sebanyak RM10 juta dan jumlah ini diagihkan kepada rakyat yang terjejas oleh masalah air sebagai pampasan. "Kami tidak pernah terfikir ia pergi ke tahap ini - satu bulan tanpa air (bagi penduduk Wangsa Maju) Ia jelas merupakan rancangan untuk mewujudkan satu situasi krisis dan membuat orang benci kepada Pakatan Rakyat bagi saya, Syabas bertanggungjawab kerana cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang diputar belit. Ini merupakan masalah politik dan jawapan politik wajib diberikan. SYABAS tidak patut menjadikan rakyat sebagai tebusan kepada kerajaan negeri seperti ini, "pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat. "Kelangsungan politik Najib bergantung pada kepada Selangor (pada pilihan raya umum akan datang). Tanpa Selangor, ia adalah hampir pasti bahawa Umno akan menolak dia keluar. Tetapi, Rozali Ismail, ketua SYABAS sudah ada. Rozali tidak faham apa itu berunding. Dia hanya memahami cakap-cakap politik. Jadi kita perlu menjelaskan kepada orang ramai apa yang sedang berlaku. Apabila tuan politik SYABAS menyedari betapa kecewa dan bermasalahlah rakyat akibat mainan politik mereka, mereka akan berundur dan SYABAS juga akan berundur. Jika tidak, ia tidak akan berakhir. " Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib telah secara terbuka berikrar untuk mengambil kembali negeri ini dengan "apa jua cara sekalipun". Orang yang digunakan dalam mainan politik kotor Najib untuk mendapatkan S'gor kembali Rafizi merujuk kepada laporan membimbangkan baru-baru ini di mana Rozali telah memberi amaran bahawa kekurangan air di beberapa bahagian di Selangor boleh berterusan sehingga Tahun Baru Cina bulan depan. 4 pam air yang rosak di kawasan Wangsa Maju yang padat, dengan SYABAS yang berdiam diri sama ada ia merancang untuk mengganti atau membaiki pam juga membimbangkan pemimpin-pemimpin PKR. Wangsa Maju adalah sebahagian dari kawasan MP PKR Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin manakala rakan partinya Khalid Ibrahim merupakan ketua menteri Selangor. "Kami telah melakukan dan membuat apa yang diperlukan. Kami juga akan mempertimbangkan untuk membeli pam sendiri. Tetapi kita tidak boleh menerima penjelasan karut dan ancaman Rozali itu lagi. Rakyat yang menderita setiap hari manakala SYABAS hanya melambatkan kerja dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan untuk membuang masa," Zuraida memberitahu Malaysia Chronicle pada persidangan itu. "Kami memutuskan untuk mendedahkan perkara sebenarnya kepada rakyat. Biar rakyat tahu mereka sedang digunakan sebagai bidak dalam permainan politik UMNO. Biarkan mereka tahu siapa yang menggunakan taktik kotor untuk kepentingan politik." Dedahkan gaya hidup mewah dan potong gaji Rozali Sementara itu, Rafizi melancarkan kempen 'Potong Gaji Rozali Ismail', yang katanya merupakan satu-satunya cara untuk mengajar Rozali kerana tidak melakukan tugasnya dan sengaja"bermain politik". "PKR akan menuntut untuk memotong RM10 juta daripada gajinya dan memasukkannya ke dalam dana untuk memberi bantuan segera kepada penduduk yang terlibat. Mengapa Rozali layak mendapat M17.25 juta apabila dia tidak dapat menyelesaikan satupun masalah yang mudah (berkenaan 4 pam di Wangsa Maju), "kata Rozali. Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011. Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali. Rafizi juga berjanji untuk mendedahkan gaya hidup Rozali yang mewah pada "perhatian umum". "Biar rakyat tahu bagaimana orang besar Umno menikmati hidup manakala mereka bersusah payah untuk mengangkut air setiap hari. Lihatlah kereta-kereta sports, rumah-rumahnya dan majlis-majlis perkahwinan anak-anaknya. Ia akan membuka mata rakyat ," kata Rafizi. Pemimpin PKR yang namanya melonjak naik dan memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal NFC yang melibatkan wang sejumlah RM250 juta dan sekarang kes penipuan tanah Deepak-Ropiaah-LTAT menambah bahawa tugasannya untuk mendedahkan Rozali merupakan keutamaan baginya sekarang.Malaysia Chronicle | ||||
Kalimah ALLAH: Minda pondok buat laporan polis Posted: 13 Jan 2013 06:45 AM PST SINAR HARIAN KOTA BHARU - Minda Pondok, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diangotai beberapa sekolah pondok di Kelantan, hari ini membuat laporan polis berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. Antara lain, NGO itu menuntut tindakan tegas diambil terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta pemimpin Islam yang menyokong cadangan penggunaan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu tersebut. Anggota Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff yang mewakili kira-kira 100 guru agama, berkata isu itu mengguris perasaan umat Islam dan tidak sepatutnya berbangkit selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. "Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah dan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Disember 1981 juga mengambil tindakan sama. "Kami bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara berpanjangan di negara yang rakyatnya berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Binjai. Beliau berkata Minda Pondok juga sangat sedih apabila Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan kalimah itu. "Ini semua demi politik dan sanggup menutup mata meskipun sensitiviti agama dipermainkan. Kami guru-guru agama merasa sedih dengan pemimpin Pas ini," katanya. - Bernama | ||||
Gabung demo aman protes Bible BM guna kalimah ALLAH Posted: 13 Jan 2013 06:42 AM PST SINAR HARIAN JOHOR BAHARU - Lebih 200 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Ketua Penerangan Gabung Abdullah Md Yusof berkata, bantahan itu bertujuan mengingatkan semua pihak bahawa kalimah ALLAH adalah hak eksklusif agama Islam dan mana-mana pihak digesa supaya tidak cuba mempermainkan isu sensitif itu. "Kita (Gabung) mengingatkan mana-mana pihak supaya 'tidak menjolok sarang tebuan' kerana isu ini sudah banyak kali cuba diusik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan bantahan itu di hadapan sebuah restoran berdekatan Hentian Bas dan Teksi Ulu Tiram di sini. Terdahulu, Gabung turut membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini supaya siasatan dijalankan terhadap isu itu. Beliau berkata, Gabung bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 17 Februari depan di bandar raya ini bagi tujuan mempertahankan isu-isu berkaitan Islam dan mengajak semua umat Islam di seluruh negara menyertainya. Katanya tempat perhimpunan masih di peringkat perbincangan.- Bernama | ||||
Posted: 13 Jan 2013 06:32 AM PST
Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar stadium bersejarah itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara. Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa. Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai Unit Amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang diketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina Unit Amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar. Dalam ceramah-ceramah saya di seluruh negara saya melihat Unit Amal PAS ini merupakan unit yang telah membantu parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan begitu baik dan tersusun semua program yang parti itu laksanakan. Malahan parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang lain (DAP dan PKR) mendapat bantuan yang begitu baik dari Unit Amal PAS ini. PAS mempunyai pasarana parti yang begitu baik sekali dan tidak ada parti-parti politik lain yang mempunyai satu unit yang khusus untuk menjaga keselamatan serta lalu lintas dalam sebarang perhimpunan, sama ada besar atau kecil. Timbalan Presiden PAS itu telah memberi jawapan yang sinis kepada tuduhan UMNO yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu telah dibayar oleh PAS sebanyak RM150 seorang. Tuduhan UMNO itu amat menjelekkan kerana mereka (UMNO) membuat tuduhan melulu kerana mereka ingat penyokong Pakatan itu sama seperti penyokong UMNO yang sentiasa di bayar untuk hadir dalam majlis keramaian anjuran parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu. Jika UMNOlah yang mengumpulkan rakyat seramai itu semalam, tidak salah jika dikatakan mereka (UMNO) terpaksa berbelanja puluhan juta ringgit untuk membekalkan bas dan pengangkutan, karipap-karipap yang tebal-tebal, topi serta baju T untuk peserta. Sebaliknya PAS dan rakan dalam Pakatan pula dibantu oleh rakyat dengan derma sedikit seorang dari peserta-peserta perhimpunan itu dan telah dapat mengumpulkan wang bantuan dari rakyat dengan jumlah yang mencukupi untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka yang begitu mahal itu. Perhimpunan semalam itu adalah perhimpunan rakyat dan sedikit sebanyak rakyatlah yang membantu membiayai kos perhimpunan itu. Inilah perbezaan di antara UMNO dengan PAS dan PR. Tidak ada siapa yang menanggung kos perjalanan mereka dari Kedah, Kelantan dan tidak kurang ramainya dari Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya perhimpunan ini kecenderungan mereka untuk kekal menyokong Pakatan adalah besar kerana mereka yang hadir itu ada saham dalam perbelanjaan melaksanakan perhimpunan yang begitu besar dalam sejarah perhimpunan politik negara itu. Dalam suasana perubahan yang wujud pada hari ini tidak ada jentera kerajaan yang mampu untuk mendekati kemampuan yang boleh dilakukan oleh jentera parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Kalaulah UMNO berniat untuk mengumpulkan seramai ini rakyat UMNO terpaksa menyewa tidak kurang dari lima ke enam ribu buah bas selain dari van-van dan kenderaan-kenderaan yang lain yang di sewa untuk mengangkut peserta perhimpunan mereka. Saya tetap menyatakan dengan keyakinan yang tinggi yang Pakatan Rakyat tetap mendahului dari segi sokongan yang 'legitimate' rakyat kerana mereka (rakyat) menyertai program anjuran Pakatan Rakyat dengan berbelanja sendiri. Pakatan tidak payah menggunakan anggota keselamatan, agensi-agensi kerajaan serta bebagai-bagai pertubuhan untuk membawa manusia kepada himpunan yang di anjurkannya. Tidak payah ada penyelia untuk makanan seperti nasi bungkus dan kuih muih serta minuman untuk peserta seperti lazim dilakukan oleh BN khususnya UMNO. Ia juga tidak payah membawa kumpulan K-Pop dari Korea atau bidadari dari syurga untuk membuatkan orang ramai hadir di perhimpunan mereka semalam. Semangat yang seperti ini sudah pasti tidak dapat ditanam dalam UMNO kerana segala pergerakkan mesti dilancarkan dengan penggunaan wang yang besar. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah kita terpaksa berbelanja dengan banyak dan segala perbelanjaan itu ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Selepas nyanyian itu mereka akan kembali bercakaran dan berusaha mengenepikan pengaruh mereka yang berlawanan untuk mendapat tempat khususnya semasa pemilihan calon pilihanraya nanti. Himpunan rakyat semalam benar-benar merangsangkan semangat pihak yang mahu melakukan perubahan dan keyakinan mereka telah bertambah berganda-ganda dan semangat ini lah yang akan membakar semangat rakyat untuk melakukan perubahan dengan sukarela dan dengan komitmen yang tinggi. Selalunya pihak yang mempunyai semangat sebeginilah yang akan menempa kejayaan, insyaallah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
20 belia Pulau Gaya sertai PAS Posted: 13 Jan 2013 06:31 AM PST
KOTA KINABALU: Seramai 20 belia di Pulau Gaya dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Putatan, petang tadi. Borang-borang itu diserahkan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu yang turut hadir dalam majlis itu. Lahirul dalam ucapannya menyentuh berkenaan permasalahan utama yang membelenggu kehidupan rakyat serta beberapa isu berkaitan kebangkitan rakyat yang semakin ketara akibat kezaliman dan penindasan yang dilakukan pemerintah Umno dan Barisan Nasional. Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk bersama parti pembangkang kerana parti itu telah membuktikan keupayaan mengurus beberapa buah negeri sejak 2008 termasuk Perak yang dirampas oleh Barisan Nasional. "Kita sudah menjadi kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga di Perak sebelum dirampas semula oleh Barisan Nasional. "Pencapaian di negeri ini cukup membanggakan apatah lagi dengan laporan audit yang memperlihatkan keupayaan dinegeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan pendapatan negeri yang tertinggi," kata Lahirul. Beliau menambah, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat terjamin bersama Pakatan Rakyat. | ||||
Himpunan Sabah lempar bunga mawar ke ‘keranda kezaliman’ Posted: 13 Jan 2013 06:22 AM PST Balqis Abdullah KOTA KINABALU : Lebih 500 orang menyertai Himpunan Sabah Bangkit di Red Square, Taman Chong Thien Vun, semalam. Pada himpunan itu, mereka membaling bunga mawar ke arah keranda yang tertulis 'Keranda Kezaliman'sebagai simbolik melawan kezaliman pemerintah. Dianjurkan gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) berakhir jam 3 petang itu, himpunan itu mengemukakan 11 tuntutan untuk rakyat Sabah. Ia meliputi isu peluang pekerjaan, rumah mampu milik, kos sara hidup rendah, liputan jalur lebar percuma, kadar jenayah minimum, kemudahan pendidikan berkualiti dan percuma, pilihan raya bersih dan adil, negeri hijau dan bersih, lebih royalti minyak dan balak, hak tanah adat dan pembangunan insfrastruktur. Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit, Harieyadi Karmin ketika berucapan menyatakan GEGAR diketuai anak muda Sabah, malah hampir semua ahli jawatankuasa terdiri daripada anak muda dan mahasiswa. Katanya, mereka mahu menyampaikan mesej kepada pemerintah bahawa anak muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok, duduk diam dan melihat. "Anak muda mahukan perubahan. Marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti menuntut hak kita. Tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan. "Kita mahu tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan tunggul yang hanya diam apabila hak mereka tidak diberi. Kita mahukan perubahan, bukan lagi janji kosong yang ditabur," katanya. Beliau berkata, GEGAR memberi amaran kepada pemerintah bahawa rakyat adalah pemegang kuasa dalam sistem demokrasi. Antara penceramah ialah juruakap Bersih Sabah, Andrew Ambrose dan beberapa wakil dari mahasiswa, anak muda dan parti politik dari Pakatan, selain SAPP. Peserta juga memungut sampah disekitar Red Square, Taman Chong Thien Vun setelah usai perhimpunan. | ||||
Rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun walau diugut kedutaan Posted: 13 Jan 2013 06:18 AM PST KEADILAN DAILYKAHERAH : Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan. Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi. Dipetik Harakah Daily, anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat. Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain. | ||||
HKR: Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen Posted: 13 Jan 2013 06:12 AM PST Sidiqin Omar LONDON : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam. Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, 'bebaskan media Malaysia, 'bersihkan senarai undi', 'kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia' dan 'Jom balik undi'. Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster. Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan. Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning. Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur. Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen 'Citizen Election Observers' (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya) Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia. Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah. | ||||
Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR Posted: 13 Jan 2013 06:09 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam. Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau. "Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000. "Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa. "Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer). "Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000," katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer. Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR. Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan. | ||||
PoliTweet ramal 150,000 sertai perhimpunan semalam Posted: 13 Jan 2013 06:00 AM PST PoliTweet.org yang menjejak penggunaan laman sosial media dalam lapangan politik di Malaysia menulis dilaman Facebook mereka anggaran tersebut dibuat berdasarkan gambar dalam perhimpunan oleh media dan yang dikongsi oleh online netizens. Laporan mereka menyatakan berdasarkan bukti visual daripada gambar, peserta yang hadir meliputi hampir 40,000 meter persegi dalam stadium (tidak termasuk yang berdiri ditangga) dan dikawasan sekeliling luar lokasi perhimpunan. "Kepadatan kawasan berbeza, tetapi jika anda mengambil purata 3.5-4 kaki persegi setiap orang, jumlahnya adalah 106037-121185 peserta di luar stadium. "Ini termasuk dengan kapasiti 30 ribu yang dilaporkan berada dalam stadium, saiz orang yang dianggarkan ialah: 136037-151185 orang," lapor agensi penyelidikan dalam artikelnya yang termasuk dengan gambar kawasan sekitar di Stadium Merdeka. "Setiap kawasan dinilai berasingan untuk menentukan jumlah kepadatan orang ramai yang tepat. Tapi angka ini akan disemak semula pada hujung minggu ini," tambah PoliTweet.org tersebut. Semalam, polis telah mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium Merdeka. Namun, penganjur dan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan jumlah peserta mencecah 500,000 menghadiri perhimpunan raksasa tersebut serta mendakwa ia adalah terbesar diadakan di ibu kota. Pada Mei tahun lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menganggarkan 22,270 orang hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0 berdasarkan gambar dari Bernama dengan menggunakan sistem blok komunikasi. Pada bulan Julai 2011, pasukan polis menganggarkan antara 5,000 hingga 6,000 peserta menghadiri perhimpunan Bersih 2.0, tetapi kebanyakan media melaporkan hampir 20,000 peserta. Penganjur Bersih menganggarkan kira-kira 50,000 orang hadir ke perhimpunan itu. Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu kota berakhir petang ini dengan ikrar oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mempunyai toleransi sifar terhadap rasuah atau apa-apa percubaan untuk merampas kekayaan rakyat. Perhimpunan raksasa dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengenai isu-isu mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. | ||||
ISU KALIMAH ALLAH - SEBIJIK KAT MUKA UMNO SEMULA!! Posted: 13 Jan 2013 05:52 AM PST Oleh: WFAUZDIN NSIsu kalimah Allah menjadi modal murahan Umno. Tapi peluru makan tuan. Mereka lupa berpuluh tahun merdeka, ada lagu resmi negeri2 menyebut perkataan Allah dan setiap rakyat negeri tersebut tidak kira apa jua agama telah menyanyikan lagu itu.
Mereka lupa, di dalam pakaian seragam PDRM dan ATM terdapat logo yg tertulis kalimah Allah, dipakai oleh anggota2 PDRM dan ATM tidak kira apa jua agama, bahkan sehingga mereka bawa ke dlm tandas dan ada di antara mereka yg bukan Islam apabila mati, dipakaikan pakaian istiadat yg terdapat butang/badge yg tertera nama Allah dikebumikan bersama jenazah yg bukan Islam itu bersama keranda mereka.
Apakah selama ini PAS, PKR atau DAP yg perintah negara ini? Siapa perintah dan berkuasa di negara ini dahulu dan sekarang? Jawab sendiri.....Maka kita tahulah skrg bahawa isu ini hanya dipermainkan oleh mereka kerana mereka kehabisan isu dan modal utk mnghadapi PRU ke 13. Isu moral Anwar, tak jalan. Isu amanat Hj Hadi dan Hudud pun tak beri kesan bahkan memalukan mereka sendiri apabila Tok Guru Hj Hadi berani utk berdebat dgn mereka. Kini, isu Kalimah Allah umpama mereka menampar pipi mereka sendiri. Umno semakin nazak......!!! | ||||
KL112: Sinar, akhbar Cina boleh jujur Posted: 12 Jan 2013 09:41 PM PST
SINAR DAN AKHBAR CINA BOLEH JUJUR TAPI AKHBAR DAN MEDIA MELAYU PERDANA TERUS BODOHKAN RAKYATCARI MAKAN PUN PATUT-PATUT LAH Akhbar Sinar Harian dan Akhbar Cina nampaknya lebih jujur dan telus dalam melapurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tapi akhbar Melayu dan Media TV Melayu masih terus cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan berita yang menyenangkan hati pemerintah dan megenepikan etika dan sifat pemberitaan dan kewartawanan. | ||||
Najib bakal didesak letak jawatan, terhangat Posted: 12 Jan 2013 09:35 PM PST
Di tempat ke 2 ialah mengenai persoalan yang dibangkitan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mengenai penggunaan nama Allah di dalam lagu-lagu rasmi negeri paparan blog http://omakkau.blogspot.com. Manakala pembaca Harakahdaily memilih tulisan blog http://addin77.blogspot.com bertajuk "Abby Abadi perli ustaz-ustaz Umno" sebagai artikel ke 3 terhangat minggu lepas. Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 6.1.13 ke 12.1.13. | ||||
500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun Posted: 12 Jan 2013 09:34 PM PST
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam. Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan. Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi. Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat. Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain. | ||||
Cermin kereta SU 'R' pecah, plak Royalti hilang Posted: 12 Jan 2013 09:32 PM PST
KUALA LUMPUR: Cermin kereta milik Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak awal pagi tadi. (Gambar) Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri. Hishamuddin berkata, kejadian itu dianggarkan berlaku sebelum Subuh dan hanya disedari kira-kira jam tujuh pagi tadi ketika beliau dan aktivis R lain keluar untuk sarapan. "Sebelum pukul 2 pagi kereta masih dalam keadaan selamat. Saya sedar ketika turun mahu sarapan. Kereta saya diletakkan di hadapan tempat penginapan kami," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur sabotaj kerana barang berharga seperti Sistem Pengesan GPS, walkie talkie dan wang tunai tidak dicuri. Kereta mewah di sekitar tempat penginapan juga tidak diusik. "Kemungkinan ada unsur sabotaj oleh orang yang tak puas hati dengan tuntutan R sebab dokumen berkatan R sahaja yang dibawa lari. "Tambahan pula, kereta saya jadi sasaran selepas dua minggu kereta Presiden R disimbah cat merah dan dipecahkan cermin," katanya. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis di balai polis berdekatan. | ||||
[VIDEO] Ubah Sekarang! Ucapan Presiden PAS Di HKR 211 Stadium Merdeka Posted: 12 Jan 2013 09:25 PM PST KELAB GREENBOC PAS yakin Pakatan dapat tunai janji Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh keyakinan Pakatan Rakyat akan dapat melaksanakan janjinya untuk penghapusan tol kerana ia pernah dilaksanakan di Terengganu. Gambar: TMI "Sebelum ini, apabila kita menang di Terengganu, kita telah berjaya menghapuskan tol," katanya ketika berucap di hadapan puluhan ribu peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka. Puluhan ribu peserta lagi berada di luar stadium kerana tidak dapat memasuki stadium yang telah penuh sesak itu. Ustaz Hadi berkata, perhimpunan ini sangat bersejarah kerana di sinilah kemerdekaan negara diisytiharkan. Katanya, telah lebih 50 tahun rakyat negara ini memberi peluang kepada BN. "Namun apa erti 50 tahun merdeka jika rakyat merempat di tanah air sendiri, anak muda menganggur, harta negara disapu," katanya. Ustaz Hadi seterusnya memberikan satu pantun yang berbunyi: Sila belah buah kedondong Biji dibelah dengan lidi Bukan salah ibu mengandung Yang silap memangkah undi Pulau Pinang dulu, katanya, jadi 'pulau pening' selama 50 tahun di bawah BN. "Bila Pakatan ambik baru jadi tak pening. Di Selangor kita beri air percuma, tapi dimanipulasikan oleh media," katanya. Bagi beliau, rakyat tidak perlu takut kepada BN. "BN bukan hantu, tapi rakyat macam kita, rakyat kena berani. Mari kita isytiharkan kemerdekaan yang kedua. Bila pulang buat kerja. InsyaAllah kita dapat Ubah Sekarang," tegasnya diambuk terikan takbir dari hadirin. | ||||
[EDISI MERENG] Media Rejim BN Bagai Cacing Kepanasan Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar" Posted: 12 Jan 2013 09:20 PM PST KELAB GREENBOC Sungguh memalukan! Sedang media antarabangsa dan portal rasmi berita luar negara menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka sebagai tajuk utama, hampir kesemua media rejim pencacai Barisan Nasional (BN) menyebutnya sebagai 'Himpunan Shamsidar' dengan niat cuba membodohkan penonton mereka. Mendahului senarai sudah semestinya Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang terkenal dengan fitnah menggila menyebut himpunan Shamsidar ini kununnya melanggar syarat yang ditetapkan dalam akta perhimpunan aman (APA). Rupanya bila meninjau ke rangkaian lain, TV9 dan RTM1, ternyata semua pembaca berita menyebut nama himpunan yang sama sehinggakan TV Al Hijrah yang kurang terlibat dalam menyiarkan berita fitnah turut terpalit sama. Ditambah lagi dengan kenyataan ketua polis daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad dalam sidang media 'membetulkan' bilangan peserta dari '80 ribu kepada 45 ribu' yang sebelum itu ditulis mereka sendiri menerusi laman sosial Twitter milik PDRM. Sambil menyebut himpunan tersebut gagal mencapai sasaran yang diunjur penganjur, kesemua stesen televisyen juga 'sepakat' bahawa himpunan seperti ini akan 'mencemar imej negara selain merosakkan perniagaan yang terpaksa menutup operasi masing-masing'. Saya tidaklah mahu memanjangkan polemik himpunan ini milik siapa tetapi adakah patut kredibiliti dan mutu berita stesen penyiaran negara kita kini berada pada tahap 'membodohkan pemikiran rakyat' semata-mata gagal dalam usaha memburukkannya dengan cara keganasan seperti yang dilakukan semasa siri himpunan Bersih sejak empat tahun lalu? Mengapakah editor berita stesen televisyen tidak mahu bertanggungjawab di atas fitnah yang memalukan lagi nama negara malah menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim terlupa untuk memantau kerana terlalu sibuk mengira berapa jumlah peserta himpunan terbabit? Jika isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin yang dijadikan modal fitnah memburukkan Pakatan Rakyat dalam himpunan kebangkitan rakyat ini, saya tidak terkejut sekiranya tuan punya badan akan menyaman kesemua media yang memfitnahnya tanpa merujuk kepada dirinya perkara sebenarnya. Inilah yang terjadi apabila rejim Zionis BN sudah makin hampir di penghujung kuasa, makin banyak mereka melakukan kesilapan demi kesilapan yang akan menjauhkan mereka dari rakyat yang sudah muak dengan pembohongan mereka. -jalanpulang | ||||
Malaysiakini jadi sasaran serangan lagi Posted: 12 Jan 2013 09:10 PM PST MALAYSIA KINI Serangan yang dikesan bermula pada kira-kira jam 12.08 petang semalam menjejaskan laman ini selama kira-kira satu jam sebelum pasukan teknikal Malaysiakini berjaya mengatasinya. Malaysiakini masih diserang pada petang semalam dan terpaksa memaparkan versi ringkas yang hanya menampilkan laporan langsung. Pembaca bagaimanapun dapat mengikuti laporan lain melalui pautan yang disediakan. Malaysiakini sebelum ini mengalami serangan sama semasa pilihan raya negeri Sarawak, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 2011, dan juga semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun lalu. Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata serangan berkenaan dikesan menjadi semakin canggih dan menjangka ia akan dilancarkan sekali lagi semasa pilihan raya umum akan datang. | ||||
Tahanan lolos: Seorang lagi ditahan, 2 masih diburu Posted: 12 Jan 2013 08:56 PM PST SINAR HARIAN TASEK GELUGOR - Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini, awal hari ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat awam sebelum polis menyerbu kafe internet berkenaan pada 1.15 pagi. "Dia berada dalam kafe itu bagi mengelak dikesan polis, tetapi usahanya gagal kerana kita telah mendapat maklumat tentang dia dan berjaya menahannya," katanya kepada pemberita di sini. Sebelum itu, tahanan itu yang dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam dipercayai menjadikan seorang remaja 19 tahun sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dan membawanya ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda. Abdul Rahim berkata, remaja itu ditinggalkan tahanan berkenaan di kawasan Berapit dalam keadaan selamat. "Khairul Anas ditemui selamat oleh orang awam sebelum penemuannya dimaklumkan kepada polis dan remaja itu dibawa ke Balai Polis Kubang Semang untuk merekodkan keterangan," katanya. Katanya usaha memburu dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, serta Hisham Abdul Rahman, 39, diperhebatkan dan polis percaya mereka masih berada di sekitar Permatang Pauh. Semalam, polis menahan Mohamad Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti, pukul 10 malam. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama | ||||
Enam deretan kedai dan dua rumah terbakar Posted: 12 Jan 2013 08:53 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER Kebakaran kira-kira 3.10 pagi itu dipercayai berlaku akibat lintar pintas sebelum merebak ke kedai lain. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Mahathir Muhammad berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.50 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari Jerteh dan Kampung Raja bersama 13 anggota tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian. Katanya ketika sampai di lokasi kejadian, hampir 70 peratus daripada kedai-kedai berkenaan telahpun musnah dijilat api sebelum anggota bomba mengawal sepenuhnya kebakaran kira-kira 5.20 pagi. Dengan bantuan dua jentera bomba dan penyelamat Setiu yang tiba kemudiannya, anggota bomba dapat menyelamatkan beberapa kedai lain seperti restoran, pasar mini, kedai basikal dan rumah kediaman yang terletak berdekatan daripada dijilat api. Semasa kebakaran semua pekerja tidak berada di kedai terbabit manakala penghuni dua rumah pula berada di Kuala Lumpur, katanya kepada kepada pemberita. Polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membantu mengawal keadaan berikutan kejadian itu. – Bernama | ||||
Polis buru tahanan ambil tebusan di Bukit Mertajam Posted: 12 Jan 2013 08:51 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER TASEK GELUGOR – Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam ini di Bukit Mertajam dekat sini. Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda. "Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini. Menurutnya bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian. "Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya. Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam ini. Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam. "Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya. "Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya. Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. – Bernama | ||||
Suhakam puji sikap penganjur dan polis dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 12 Jan 2013 08:49 PM PST Himpunan semalam, yang dihadiri lebih kurang 80,000 orang, menyaksikan perjalanan perarakan hingga ke Stadium Merdeka lancar tanpa sebarang gangguan dan kekasaran daripada pihak berkuasa. "Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sifat keikhlasan dan tolak ansur di kalangan parti yang berkenaan," kata pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga berkata kejayaan semalam berjaya menolak segelintir pandangan negatif segelintir pihak terhadap perhimpunan yang sering dianjurkan di ibu kota negara. "Ia membuktikan hak demokratik berhimpun secara aman boleh dilaksanakan dalam negara ini dan bukannya seperti mana yang diragui oleh skeptis," tambah beliau. Perhimpunan semalam merupaan yang paling aman, tiada sebarang tangkapan, ketegangan dan kecederaan berlaku keatas peserta dan pasukan polis seperti perhimpunan sebelum ini Bersih, Mansuh ISA dan lain-lain. "Suhakam juga berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak polis dan penganjur perhimpunan dalam usaha mengawal keadaan perhimpunan dan persuraian peserta untuk mengelakkan sebarang kejadian dan penahanan yang tidak diingini," kata Hasmy. Himpunan semalam yang dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah akhir untuk mengangkat isu-isu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan tahun ini. PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi BN kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun. | ||||
Peguam Negara akui kelemahan saman AES Posted: 12 Jan 2013 08:47 PM PST Saman AES tersebut yang sering diserang pemimpin Pakatan Rakyat kerana terdapat kelemahan telah dibekukan pada Disember tahun lalu ekoran terdapat banyak bantahan dan tekanan daripada pesalah yang mendapat saman tersebut. AGC sebelum ini memberikan alasan semua prosiding mahkamah berkaitan saman AES dibekukan untuk mengkaji isu perundangan yang dibangkitkan. "Saya akan keluarkan kenyataan kepada media selepas semuanya telah tersedia," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dipetik daripada Mingguan Malaysia hari ini. Menurut laporan itu lagi, Abdul Gani berkata keputusan melibatkan isu tersebut tidak dapat diumumkan pada masa ini kerana pihaknya perlu bekerjasama dengan semua agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci. Beliau turut mempertahankan pengeluaran saman AES itu masih sah tetapi mengakui perkara yang menjadi masalah ialah apabila beberapa aspek undang-undang dan teknikal dibangkitkan. Pembekuan saman oleh AGC berpunca daripada rungutan pelbagai pihak terhadap sistem AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu. Pengerusi gerakan anti-AES dan Kumpulan Anti Saman Ekor, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini mengecam Putrajaya kerana masih degil dan meneruskan pengeluaran saman AES walaupun AGC telah menangguhkan semua prosiding mahkamah. Mahfuz menegaskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan mengutip kompaun AES bakal menyebabkan lambakan kes prosiding di mahkamah, memandangkan pesalah trafik tersebut akan membawa kes berkenaan ke mahkamah. "Sepatutnya, JPJ tak boleh kutip kompaun sebab ia telah ditangguhkan AGC," tegas Mahfuz. Jelas beliau kepada pemberita, AGC telah pun mengeluarkan kenyataan terdapatnya masalah teknikal dalam proses perundangan di mahkamah, dan JPJ seharusnya mengeluarkan kenyataan untuk menghentikan kutipan kompaun sehingga AGC mengumumkan tarikh terbaru untuk prosiding di mahkamah di teruskan. Dalam pada itu, The Malaysian Insider turut melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan saman AES akan tetap dikeluarkan walaupun AGC telah menangguhkan prosiding di mahkamah. Kong memberitahu The Malaysian Insider pihak berkuasa tidak akan berhenti mengeluarkan saman AES walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR). "Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu," kata Kong Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut. Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya. Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar. | ||||
Anwar ketuai laungan ‘merdeka rakyat’ di Stadium Merdeka Posted: 12 Jan 2013 04:02 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Selepas 57 tahun mencapai kemerdekaan, hari ini laungan keramat itu kembali menerjah telinga rakyat Malaysia di Stadium Merdeka, diketuai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu. Laungan tujuh kali oleh Anwar disambut 100,000 rakyat yang dahagakan Pakatan Rakyat menerajui negara. "Saya ingin ulang jeritan merdeka. Tujuh kali dan minta semua bangun. Dengan lafaz Bismillah kita ulangi lafaz keramat laungan kemerdekaan negara seperti 57 tahun dahulu. "Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!," laung Anwar disambut 'Rakyat' oleh peserta himpunan sebagai menutup ucapan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat, petang ini. Selepas itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membaca ikrar deklarasi kemerdekaan rakyat. Menutup himpunan, Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat membacakan doa. Sebelum itu, Menteri Besar Kelantan itu mengucap syukur kerana himpunan berjalan lancar. Terdahulu Anwar dalam ucapannya, menjamin pemimpin yang diangkat daripada kerajaan Pakatan tidak sama sekali menjadikan peluang itu untuk mengaut keuntungan negara. "Jadi kami Pakatan ikrar bahawa dalam pentadbiran kami dalam kerajaan rakyat, tidak izinkan rasuah. "Kalau terpaksa kami dayung, dengan tangan kami dayung, dengan jari kami dayung, tolak rasuah sama sekali," katanya mendapat sorokan rakyat. "Kami tak layak jadi pemimpin kalau tak dengar rungutan rakyat. Saya bersidang ke Stadium Merdeka tempat keramat isytihar merdeka. Jadi kita harus ada semangat kemerdekaan kali kedua yang lebih baik," ujar Anwar. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan