DUNIACACAMARBA |
- Aktivis Wanita Mesir Berbogel Lagi, Kali Ini "Live"
- [Video] Tiada Jihad di Palestin: Penjelasan Dr Maza dan Ustaz Azhar Idrus tentang Kenyataan Ulama Muda UMNO
- [PANAS] KeAdilan Minta Penjelasan Rosmah Mansor tentang Dakwaan Deepak Bayar Barang Kemas Mewah (Disertakan Dokumen)
- Gadis Mengaku Anak Sultan untuk Elak Diri Ditahan JAWI
- Susulan Kes Rogol dan Campak di India, 5 Lelaki Didakwa
- Wanita Bersuami Dua Dicekup JAIP
- Contohilah Lelaki Cina Ini...
- Lelaki Sembunyi di dalam Tangki Air Hotel Elak Dicekup JAIS
- Wanita Dakwa Dicabul Remaja Lelaki Berusia 13 Tahun
- Pasangan Dicekup Khalwat LARIKAN Kenderaan JAIP
Aktivis Wanita Mesir Berbogel Lagi, Kali Ini "Live" Posted: 02 Jan 2013 04:00 AM PST [Kosmo] KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru in. Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia. Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu. Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki Mesir. Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN. Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel. Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu. Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita. Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember tahun lalu. Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar. "Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan. Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan. Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden. Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter. - Agensi | ||
Posted: 02 Jan 2013 02:04 AM PST Apa kata Dr Maza? Apa kata Ustaz Azhar Idrus? | ||
Posted: 01 Jan 2013 08:45 PM PST [KD] PETALING JAYA 2 Januari: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah. Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd. Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd. Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan. Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah. Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya. Inilah cincin berlian tersebut sebagaimana terkandung dalam dokumen pembelian "Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti," kata Rafizi. Sumber Berita: Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah [RafiziRamli] Urus niaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa. Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau. Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan): 1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com; 2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250); 3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd; 4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invois dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763; 5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah; 6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu; 7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009); 8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya; 9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu; 10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan 11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta). Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti. Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak. Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera. RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 2 JANUARI 2013 P/s: Pautan dan imej dokumen, invois di sini. | ||
Gadis Mengaku Anak Sultan untuk Elak Diri Ditahan JAWI Posted: 01 Jan 2013 07:53 PM PST [UM] KUALA LUMPUR - Gara-gara ingin melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi cegah maksiat, seorang gadis sanggup mendakwa dia adalah puteri kepada seorang sultan. Gadis berusia 26 tahun itu mendakwa sedemikian ketika ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini awal pagi ini. Dia yang berasal dari Kapit, Sarawak turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung statusnya pada 3 November lalu. Operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu dijalankan bagi mencegah maksiat yang dilakukan umat Islam sempena sambutan tahun baharu. | ||
Susulan Kes Rogol dan Campak di India, 5 Lelaki Didakwa Posted: 01 Jan 2013 07:03 PM PST [SH] NEW DELHI - Polis India semalam, mengesahkan akan mendakwa lima suspek yang disyaki memperkosa seorang pelajar perubatan dalam sebuah bas yang bergerak pada pertengahan bulan lalu. Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, suspek keenam kes sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara berumur 18 tahun dan tidak boleh didakwa membunuh berdasarkan perundangan India. Setakat ini, polis telah mengarahkan jabatan forensik melakukan ujian tulang bagi mengesahkan umur suspek tersebut. "Kes ini akan difailkan pada Khamis depan bersama laporan bedah siasat mangsa," kata Rajan. Menurut Rajan, kesemua suspek mungkin berhadapan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Minggu lalu, seorang pelajar perubatan berumur 23 tahun meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth akibat kegagalan fungsi organ dan kecederaan otak selepas dirogol dan dipukul oleh sekumpulan lelaki di dalam bas. - Al-Jazeera Berkaitan: Lelaki cuba letak bom dekat kediaman suspek kes rogol [HM] NEW DELHI: Polis India semalam menahan seorang lelaki yang cuba meletak sebutir bom buatan sendiri dekat kediaman seorang daripada suspek kes rogol berkumpulan dan bunuh. Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di lorong sempit Ravi Dass Camp, kawasan setinggan di barat daya Delhi, di mana empat daripada enam suspek tertuduh tinggal, kata pegawai polis di bilik kawalan bandar raya itu. Alat berkualiti rendah itu diisi dengan bahan letupan yang biasa digunakan untuk mercun. Insiden itu menggambarkan kemarahan yang kian memuncak di negara itu sejak pelajar perubatan berusia 23 tahun diperkosa secara bergilir-gilir dan diserang dengan batang besi di atas sebuah bas pada malam 16 Disember lalu. - AFP Berita awal di sini. | ||
Wanita Bersuami Dua Dicekup JAIP Posted: 01 Jan 2013 06:54 PM PST [SH] BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa. Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit. Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand Julai lalu. "Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka. "Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta. "Kami difahamkan doktor yang menjadi 'suami kedua' diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya," katanya. Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan. Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya. "Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami. "Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa. "Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak," katanya. | ||
Posted: 01 Jan 2013 04:31 PM PST
[HM] KUALA TERENGGANU: "Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama," kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam. Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam. Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir. Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu. "Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum. "Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel," katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu. Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu. "Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan. "Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik," katanya. P/s: Saya kata contohilah lelaki Cina yang juga bapa kepada murid perempuan comel ini bukanlah meminta agar rakan-rakan bukan Melayu memakaikan anak mereka tudung, tetapi mengikut jejaknya menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan berusaha memastikan anak-anak dapat bergaul dengan rakan-rakan daripada bangsa lain. Menurut lelaki ini, tindakannya menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan dipertikai oleh rakan dan ahli keluarga. Mengapa hal ini berlaku? Walhal rakyat Malaysia sepatutnya mengutamakan sekolah kebangsaan yang menggunakan medium bahasa kebangsaan dan menempatkan murid daripada pelbagai latar masyarakat. Untuk memastikan murid bukan Melayu menguasai bahasa ibunda masing-masing, subjek Mandarin dan Tamil diwujudkan di sekolah kebangsaan. Langkah ini turut memberikan peluang kepada murid Melayu mempelajari bahasa tersebut. Tindakan masyarakat bukan Melayu meminggirkan sekolah kebangsaan menyebabkan masalah ketidakfasihan berbahasa kebangsaan dalam kalangan mereka yang berakar umbi sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu gagal ditangani sepenuhnya sehingga hari ini. Bukan setakat itu, pengasingan murid berdasarkan jenis sekolah menyukarkan kita untuk mewujudkan masyarakat yang benar-benar bersatu juga. Salut Lee Chee Peng! | ||
Lelaki Sembunyi di dalam Tangki Air Hotel Elak Dicekup JAIS Posted: 01 Jan 2013 04:03 PM PST
[Kosmo] KUCHING – Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik. Namun, penguat kuasa tersebut curiga apabila menemui beberapa barangan milik lelaki seperti jam tangan, baju, topi keledar dan kasut di dalam bilik itu manakala tingkap bilik yang terletak di tingkat lima itu didapati terbuka. P/s: Macam-macam! | ||
Wanita Dakwa Dicabul Remaja Lelaki Berusia 13 Tahun Posted: 01 Jan 2013 03:56 PM PST [Mstar] MELAKA: Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa seoarng remaja lelaki berusia 13 tahun mencabul kehormatannya dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah. Lareece Low Mei Yuet memuat naik cerita tersebut di laman sosial Facebooknya, mendakwa kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.25 petang Isnin apabila tiba-tiba seorang remaja lelaki meluru ke arahnya ketika dia sedang keluar daripada tandas tersebut "Saya sedang meninggalkan tandas itu ketika dia meluru ke arahnya dan segera menutup mulut dia. "Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri," dakwa Low. Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu. "Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya," katanya. Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit. Suspek ditahan oleh polis ketika berada di tempat kejadian dan daripada soal siasat yang dijalankan mereka mendapati remaja berkenaan baru berusia 13 tahun. Ketua Polis Negeri, Asisten Komisioner, Raja Sharom Raja Abdullah mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Tatacara Jenayah atas kesalahan mencabul, katanya. P/s: Berdasarkan laporan beberapa blog, imej budak tersebut seperti yang ditampal di bawah ini. Kemas Kini: Yang berikut ialah tulisan mangsa yang disalin dan tampal dari FB: "Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers.. "After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here.. "And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX.." (X- Mynewshub sendiri memadamkan data-data ini) "This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his 'adik' at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime.." "This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??".. Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol.. Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam.. See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is "i sudah key in la, tak boleh nak tukar".. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said " i kasi u tukar sampai u puas hati".. Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time.." Sumber di sini. | ||
Pasangan Dicekup Khalwat LARIKAN Kenderaan JAIP Posted: 01 Jan 2013 03:50 PM PST [SH] KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang. Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu. Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri. Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian. Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan. Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan