Rabu, 9 Januari 2013

dollah yankee

dollah yankee


Tun Mahathir bertambah 'Qaplah'!

Posted: 09 Jan 2013 05:35 AM PST


Siapa kata demonstrasi bukan budaya kita? Hanya Tun Mahathir saja yang masih lagi berfikiran macam tu, maklum lah dia ini 'old-schools' macam mana yang Anwar Ibrahim cakap.. "He is representing old-schools". 

Pada hari ini semua bangsa tak kira melayu, india, cina, iban, dayak, atau benggali semuanya sudah menjadikan demonstrasi sebagai sebahagian dari gaya kehidupan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Orang-orang asli juga tidak terkecuali dan tidak mahu ketinggalan untuk membuat 'protest' sehinggakan Pengarah JAKOA Perak terpaksa lari ikut pintu belakang kerana terkencing dalam seluar bila sekumpulan orang-orang asli yang mewakili kampung-kampung mereka telah ber'demonstrasi dihadapan pejabat JAKOA siap dengan 'banner' mendesak Pengarah JAKOA Perak supaya letak jawatan kerana ajensi kerajaan ini telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan projek latihan memangkah undi untuk orang-orang asli supaya mereka memangkah BN bagi kerusi DUN Chendering dan kerusi Parlimen Tapah bila tiba PRU-13 pada bulan tiga nanti, dan sebagai upah untuk mereka yang hadir pada sesi latihan mengundi itu mereka telah dirasuah sebanyak satu kampit beras 5 kilogram setiap seorang pengundi.

Mereka (kumpulan wakil orang-orang asli) mendakwa yang latihan memangkah kertas undi ini telah berjalan di kampung-kampung orang asli pada bulan November dan Disember lalu.

Yang paling menarik sekali ialah bila kumpulan orang-orang ini telah bercakap mengenai hak mereka sebagai rakyat dan mengatakan yang hak mereka sebagai rakyat Malaysia untuk bebas memilih parti dan calun yang mereka mahu dan mereka suka telah diceroboh olih JAKOA bila mereka telah diarah untuk memangkah BN pada PRU-13 nanti.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. apa kah maknanya bila orang-orang asli sendiri dah tak mahukan BN?

Tiada ulasan: