DIALOG RAKYAT |
- Debaran 'Sonamu'; Amaran Kecemasan Telah DiAktifkan!
- Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz
- YIJN Bantu Hampir 700 Kanak-Kanak
- Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz
- Jawatan MB Pahang jadi rebutan, Pakatan makin mantap
- Tanah runtuh: Dalang bertanggungjawab perlu dihukum
Debaran 'Sonamu'; Amaran Kecemasan Telah DiAktifkan! Posted: 06 Jan 2013 04:14 PM PST Editor BULETIN KUALA TERENGGANU - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari. Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E. Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu. [Gambar Kanan - Imej satelit yang dirakam memaparkan pergerakan Sonamu (awan tebal puti) yang bergerak dari Vietnam menuju Laut China Selatan yang dijangka melanda Pantai Timur Semananjung pada pagi 8 Januari] Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu. Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan. Susulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut. Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing. Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga. [Gambar kiiri - Ilustrasi yang melukiskan pergerakan Sonamu ] "harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur). "Banyakkan doa semoga semua ok. Cuti 'emergency staff' dibekukan,"sebagaimana yang dipetik dari pesanan ringkas itu. Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz azman Shapawi Abdul Rani, beliau juga diberitahu oleh anaknya yang bersekolah di Batu Rakit, satu persiapan berjaga-jaga teah diambil pihak pihak sekolah. "Anak saya di Batu rakit telefon, Cikgu arah kemas barang untuk pindah ke tingkat tiga (asrama), dijangka 9akan berlaku) banjir besar,"respon beliau pada Ahad malam 6 Januari. | |||
Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz Posted: 06 Jan 2013 04:09 PM PST MSO "Seekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, iaitu sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan. Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu berani dan tulus membuka gate Kementah. Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman diseberapa laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan. Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai. Beliau perlu utamakan ialah di sekitar kementeriannya. Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu. Sebaliknya apa yang perlu diutamakan Zahid ialah menyelesaikan isu yang ada dalam 'pinggan mangkuk makannya' sendiri. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd. Baru-baru ini Deepak mendedahkan bagaimana beliau diarah oleh KP supaya menjual saham miliknya dalam syarikat itu untuk menampung kewangan dalam pembelian tanah yang ada kaitan dengan pemimpin betina Umno. Penjulana itu kurang disenangi oleh Deepak semacam ada paksaan. Urusniaga itu juga telah memberi keuntungan kepada kroni Umno. Selain itu dalam proses pembelian itu juga seolah ianya telah menggunakan wang bekas pesara tentera dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk kepentingan pihak tertentu. Penggunaan wang LTAT itu tanpa 'kelulusan' penyimpannya tidakkah ia satu penyelewengan besar? Perkara ini dulu yang perlu diutamakan oleh Zahid. Sebagai menteri bertanggungjawab Zahid harus clearkan kedudukan atau peranan LTAT yang ada hubung kait dengan tanggungjawab sebagai menteri pemantau. Sebelum Zahid mahu bersihkan laman rumah orang dia kena bersihkan halaman rumah tangganya sendiri dulu. Betapa pun Zahid ikhlas dalam perkara itu tetapi orang nampak beliau munafik kerana keadaan kotor dalam rumahnya sendiri gagal dibersihkan. Apa lagi kalau kotor itu sampai peringkat nais mughalazah. Sebenarnya bukan itu saja yang perlu diberikan tumpuan oleh Zahid. Berbagai isu lagi yang boleh menjejaskan integriti kementerianya dan reputasi dirinya sendiri yang boleh dipersoalkan. Misalnya pembelian peralatan perang seperti kapal selem, (Scorpene) kereta kebal, kehilangan injin jet sebelum ini dan lain-lain menjadi persoalan. Kenapa Zahid tidak menumpukan untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak obses sangat kepada soal-soal membersihkan perkara itu dengan mempelawa SPRM masuk ke Kementah? Tindakan Zahid mendedak ROS agar menyiasat DAP itu dilihat sebagai songsang. Kerana sikap soangsang dilakukan Zahid inilah menyebabkan orang ramai konfis dan kecewa dengan Zahid. Apakah dia diletak di kementerian itu untuk mengawal kementerian itu sebagai sebuah kementerian yang terehebat dan sifit dari sebarang penyelewengan kerana kementerian itu harus menjadi sebuah kementerian terbersih, atau sebaliknya. Dari sudut itu Zahid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Disebabkan itu maka orang membuat kesimpulan mudah Zahid di KP bukan berfikir dan mencari idea-idea macam mana hendak memperkuatkan pertahanan negara sebaliknya semacam hendak mempertahanankan kedudukan dan kekuasaan Najib Razak serta sekali lagi menutup kesalahan Najib di KP itu. Satu demi satu isu yang bangkit dari kementerian itu menyusahkan Zahid dan menjadikan dia sebagai pengandang biawak hidup milik Najib. Kalau dikira semua isu-isu yang timbul di kementerian itu ia menetas di zaman Najib menjadi menterianya. Apakah Zahid sudah terjerat dengan Najib maka beliau tidak dapat menjengukkan kepala dan akur atas apa saja arahan atau mempolotkan dia dengan najis? Zahid masa ada peluang untuk membaiki keadaan. Beliau tidak perlu menumpukan pemikirannya untuk memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya kena membuat kerja yang ditugaskan ke atas bahunya sebagai menteri pertahanan. Kerja-kerja memburukan parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya serah kepada Ahmad Maslan, Khairu Jamaluddin yang tidak ada kerja itu ataupun swastakan sepenuhnya kepada beberapa ekor ahli parlimen yang lompat parti. Bayar dan upah mereka, tahulah mereka membuatnya. Para ahli lompat ini seakan kekeringan idea dan kehabis isu untuk membantu UBN. Sayanglah kalau Zahid tidak memahami harapan dan impian rakyat yang disandarkan kepadanya. Beliau yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tidak seharusnya bersubahat dengan kejahatan dan kebejatan. Biarlah ada 'gundal' di dalam Umno orang baik dan bersyaksiah seprti Zahid. Beliau patut menjadi pengislah di dalam Umno dengan peranan utamannya menyelesaikan kes-kes seperti ditinggalkan oleh Najib dalam KP itu. Selepas ini kita mahu dengar Zahid menjemput SPRM menyiasat berhubung skandal Scorpene, projek Puspahas, pemberian tander pembelian peralatan perang dan sebagainya. Kalau Zahid tidak bersedia meniru langkah diambil Nik Aziz eloklah Zahid berhenti sebagai menteri. Lebih baik kita tidak berjawatan daripada kita disumpah dan dicemuh sepanjang masa bermula dari Januari hingga ke Disember | |||
YIJN Bantu Hampir 700 Kanak-Kanak Posted: 06 Jan 2013 04:05 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 692 kanak-kanak yang mempunyai penyakit berkaitan jantung telah menerima bantuan untuk menjalani pembedahan sejak 2006 hingga November 2012 di bawah Program Bantuan Pesakit Yayasan Institut Jantung Negara (YIJN). Pengurus YIJN, Ritzzawati Rosli Mohd Rosli berkata, bantuan itu diperoleh menerusi sumbangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan. Beliau berkata, sehingga November tahun lepas, seramai 163 kanak-kanak telah dibantu hasil sumbangan berjumlah RM4 juta di bawah program itu. "Setiap tahun yayasan membelanjakan purata RM2 juta untuk membiayai kos pembedahan pesakit kurang mampu yang mana setiap pembedahan menelan belanja sekurang-kurangnya RM35,000 bergantung kepada keadaan pesakit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran album muzik 'Gustav & Hannes' di sini, Ahad. Pelancaran album itu adalah usaha sepasang suami isteri iaitu Christian Schwanz dan Haanim Bamadhaj bertujuan membantu yayasan mengumpul dana selain mengingati kematian seorang anak kembar mereka, Gustaz pada 2011 ketika berusia tiga minggu kerana masalah jantung. Haanim berkata, sebanyak 100 keping cakera padat yang memuatkan album itu dicetak dan tiada harga jualan ditetapkan, sebaliknya bergantung kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan mereka. "Kami berharap untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM35,000 iaitu cukup untuk pembedahan dan rawatan jantung seorang bayi," katanya. Mereka yang berminat untuk mendapatkan album berkenaan dan seterusnya menyumbang kepada YIJN boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.ijnfoundation.com. | |||
Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz Posted: 06 Jan 2013 04:03 PM PST KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya. Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat. "Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24 jam. "Dengan cara itu saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru sempena Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu suruhanjaya ditubuhkan bagi merungkai rasa tidak puas hati rakyat negeri ini berhubung penjelasan yang dibuat kerajaan negeri berhubung pajakan tanah tersebut. | |||
Jawatan MB Pahang jadi rebutan, Pakatan makin mantap Posted: 06 Jan 2013 03:55 PM PST DI KALANGAN orang Umno, mereka sedang rancak serang menyerang mengenai siapa bakal Menteri Besar (MB) Pahang, jika BN masih memerintah di negeri yang paling luas di Semenanjung Malaysia ini. Bagi yang menyokong Dato' Seri Dr Jamaluddin Jarjis, masing-masing mengatakan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak lebih berminat dengan bekas menteri kabinet ini menjadi MB, berbanding yang lain-lain. Dalam diam-diam, ada juga yang menyebut nama Exco Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin lebih layak menggantikan Dato' Seri Adnan Yaakob, memandangkan Sharkar sekarang adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang, satu jawatan yang dilantik oleh Najib selaku Presiden Umno. Kenapa dengan Adnan? Mestikah beliau digantikan? Apa sebabnya? Rata-rata yang enggan menerima Adnan menyifatkan Adnan sebagai MB Pahang yang "overstay". Kehadirannya sudah tidak diperlukan, bukan sahaja di kalangan pembangkang, malahan, di kalangan Umno-BN sendiri. Sikapnya yang kasar, brutal dan samseng tidak menyenangkan sesiapa. Mungkin, suatu ketika dahulu, Umno berbangga dengan tindak-tanduk Adnan yang kasar dan brutal ini, tetapi, apabila Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat mendekati rakyat dengan cara yang lebih lembut dan sopan, perangai Adnan dilihat berlawanan dengan sikap PM dan Timbalan Perdana Menteri. BN kehilangan dua kerusi Parlimen di Pahang, Indera Mahkota dan Kuantan. Ia tentunya mengejutkan Najib selaku PM yang juga datang dari Pahang. Kebetulan Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan berdekatan dengan Pekan, kawasan yang diwakili Najib sendiri. Hari ini, negeri Pahang seperti dirempuh garuda apabila isu Lynas yang tidak berpenghujung menjadi barah. Adnan dilihat gagal menyakinkan rakyat negeri Pahang bahawa Projek Lynas itu tidak memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan rakyat. Beria-ia sangat Adnan mempertahankan isu itu, tetapi dipertahankan dalam bentuk politik dan menggugut. Setakat ini, tiada seorang pun Exco Kerajaan Negeri Pahang dilihat bersama-sama Adnan mempertahankan isu Lynas dari serangan pembangkang. Najib juga dilihat bermain politik dalam isu siapa bakal MB Pahang selepas PRU13, jika BN kembali memenangi Pahang. Suatu ketika, beliau Pahangdikatakan mahu Adnan kekal tetapi dalam masa yang sama, khabarnya Najib bermain mata dengan Dr Jamaluddin yang tidak dilantik menganggotai kabinet, selepas tamat tempoh jawatan Duta Khas ke Amerika Syarikat. Lebih dahsyat, ada desas-desus mengatakan senarai calon BN dari Pahang, Najib terima dari Dr Jamaluddin dan bukan yang disediakan Adnan. Padahal Adnan adalah MB dan Pengerusi BN negeri! Kalau TPM Muhyiddin bersifat jujur dengan Najib, beliau tentulah sudah menyampaikan laporan, mengenai apa yang dilihatnya sejak berkali-kali turun ke Pahang dalam program "walk about". Orang Cina di Kuantan tidak memberikan sambutan kepada program "walk about" yang dilakukan Muhyiddin dan Adnan. Lebih menyedihkan BN, pernah satu majlis makan malam yang dihadiri Muhyiddin dan Adnan di Kuantan, kerusi meja kosong. Khabarnya Muhyiddin cuba mendapatkan guru-guru dan kakitangan Jabatan Pelajaran seluruh Pahang tetapi Adnan dikatakan tidak bersetuju kerana yakin orang Umno-BN akan memenuhi kerusi meja tersebut. Malangnya, ia tidak berlaku dan dari 2,000 kerusi yang disediakan, khabarnya tidak sampai 50 peratus kehadiran malam itu. Banyak lagi perkembangan kurang menarik buat Umno-BN di Pahang. MB Pahang sedaya upaya mahukan Najib lebih kerap balik ke Pahang dengan menganjurkan program-program besar. Malangnya, Najib lebih menumpukan kawasan Pekan dan bukan dibuat di kawasan-kawasan lain. Muhyiddin pula memang sejak sekian lama, tidak mendapat sokongan dari Umno Pahang. Pernah berlaku, ketika Muhyiddin mahu menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno dalam tahun 2000, tiada satu pun percalonan yang Muhyiddin terima dari Pahang. Apabila diajukan persoalan ini kepada Adnan, beliau menyalahkan Dato' Fauzi Abdul Rahman (yang ketika itu Ketua Umno Bahagian Kuantan dan kini sertai KeADILan) yang merupakan orang kuat Muhyiddin dan Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (Allahyarham) yang menjadi Ketua Umno Bahagian Maran. Padahal, ada satu sumber memberitahu, Umno Pahang tidak dibenarkan memberi pencalonan kepada Muhyiddin kerana Muhyiddin dilihat sebagai saingan utama Najib untuk menjadi TPM dan PM ketika itu. Sehingga sekarang, terlalu sukar untuk Muhyiddin kembali bertapak di Pahang, lebih-lebih lagi selepas Fauzi meninggalkan Umno dan Tan Mohd Aminuddin meninggal dunia baru-baru ini. | |||
Tanah runtuh: Dalang bertanggungjawab perlu dihukum Posted: 06 Jan 2013 03:48 PM PST Kira kira dua minggu lalu, penduduk di Lembah Klang digemparkan dengan insiden tanah runtuh di Bukit Setiawangsa. Akibatnya, beberapa buah rumah banglo milik Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjadi mangsa bencana itu. Kesudahannya, rumah mereka terpaksa dirobohkan atas faktor cerun tanah yang kurang selamat. Apa yang menghairankan, terdapat juga rumah-rumah yang dibina di atas kawasan bukit, sesuatu yang tidak sepatutnya dibenarkan dalam konteks pembangunan rumah. Dan beberapa hari yang lalu pula, satu kejadian tanah runtuh turut berlaku di Putra Heights, Subang. Dalam insiden yang berlaku jam 6.15 petang Khamis itu, tujuh kenderaan tertimbus akibat lumpur yang dibawa oleh tanah runtuh itu. Mujur dalam kedua-dua malapetaka terbabit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu jelas mengundang satu situasi yang merunsingkan. Sejauhmanakah selamatnya rumah-rumah yang dibina di atas kawasan tanah tinggi? Berapakah lagi kawasan lain yang terdedah dengan risiko sedemikian? Mungkinkah juga terdapat kes-kes sama yang tidak dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa? Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu tidaklah mengejutkan. Sebaliknya, tanda-tanda mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh sudah pun ketara sejak dahulu lagi. Malangnya, tidak ramai yang tidak menyedarinya. Mungkin juga ramai yang memilih untuk tidak mengendahkannya sehinggalah berlakunya tragedi. Inilah tabiat buruk kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya bertindak apabila ditimpa bencana. Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, merupakan detik hitam dalam sejarah pembangunan negara. Bukan sahaja nyawa tidak berdosa melayang begitu sahaja, bahkan kelemahan dari segi pemantauan pihak berkuasa terhadap projek-projek pembangunan terbongkar. Barangkali, tragedi Highland Towers tidak akan berlaku jika pihak berkuasa tempatan, PBT kita lebih peka dan tidak memberikan kelulusan kepada pemaju membina projek perumahan secara sewenang-wenangnya. Seperti kebiasaan, reaksi oleh pihak berkuasa tempatan, PBT terhadap insiden-insiden sebegini cukup mengecewakan. Apabila kes dilaporkan oleh pihak media, baharu ada sedikit kemajuan dari segi reaksi mereka. Mereka nampaknya lebih bertindak mengikut musim dan hanya bergerak apabila didesak. Lebih membingungkan, sering kali kedengaran reaksi semerta PBT apabila berlakunya sesuatu bencana alam, sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuh untuk menegakkan kebenaran. Agak menghairankan, di negara kita, begitu banyak jawatankuasa bertindak ditubuhkan saban kali berlakunya sesuatu bencana. Anehnya, apa lagi yang perlu disiasat jika bukti kesalahan adalah jelas di hadapan mata kita? Proses mengumpul data, menyiasat dan memberikan konklusi kepada isu mungkin memakan masa berbulan-bulan lamanya. Dalam konteks ini, apa yang ingin dimahukan rakyat ialah solusi atau jalan penyelesaian yang dikemukakan daripada jawatankuasa terbabit. Rakyat tidak mahu mendengar alasan tetapi satu jawapan jujur dan ikhlas daripada PBT serta pihak berwajib. Rakyat sering diberi janji bahawa satu penyelesaian terperinci akan dilakukan namun ketuntasan laporan akhir siasatan pula tidak memperincikan hukuman terhadap dalang. Sewajarnya, dalang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan. Tidak timbul soal belas kasihan terhadap mereka yang bersalah. Hanya dengan cara ini sahaja, mereka yang bersalah akan merasa gerun dengan peraturan sedia ada dan tidak melampaui batas-batas yang dibenarkan. Mungkin ada baiknya PBT "bangun" daripada mimpi ini dan bertindak segera sebelum kredibiliti rakyat terhadap mereka terus tercalar. Jika proses keadilan sedemikian tidak dapat ditegakkan, kepada siapa lagi rakyat boleh bergantung harap kepada sistem keadilan negara untuk membela nasib mereka? Penubuhan jawatankuasa bertindak hanyalah sebahagian daripada proses untuk mengenal pasti masalah yang timbul tetapi ianya tidak membantu menangani akar-umbi masalah itu. Justeru, adalah penting untuk pihak berwajib lebih "hands-on" dalam isu ini sebelum lebih ramai nyawa penduduk tidak berdosa terus melayang. Jangan biarkan berlaku lagi satu tragedi seperti Highland Towers. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Apa yang menghairankan, terdapat juga rumah-rumah yang dibina di atas kawasan bukit, sesuatu yang tidak sepatutnya dibenarkan dalam konteks pembangunan rumah. Dan beberapa hari yang lalu pula, satu kejadian tanah runtuh turut berlaku di Putra Heights, Subang. Dalam insiden yang berlaku jam 6.15 petang Khamis itu, tujuh kenderaan tertimbus akibat lumpur yang dibawa oleh tanah runtuh itu. Mujur dalam kedua-dua malapetaka terbabit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu jelas mengundang satu situasi yang merunsingkan. Sejauhmanakah selamatnya rumah-rumah yang dibina di atas kawasan tanah tinggi? Berapakah lagi kawasan lain yang terdedah dengan risiko sedemikian? Mungkinkah juga terdapat kes-kes sama yang tidak dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa? Apa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu tidaklah mengejutkan. Sebaliknya, tanda-tanda mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh sudah pun ketara sejak dahulu lagi. Malangnya, tidak ramai yang tidak menyedarinya. Mungkin juga ramai yang memilih untuk tidak mengendahkannya sehinggalah berlakunya tragedi. Inilah tabiat buruk kebanyakan rakyat Malaysia yang hanya bertindak apabila ditimpa bencana. Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, merupakan detik hitam dalam sejarah pembangunan negara. Bukan sahaja nyawa tidak berdosa melayang begitu sahaja, bahkan kelemahan dari segi pemantauan pihak berkuasa terhadap projek-projek pembangunan terbongkar. Barangkali, tragedi Highland Towers tidak akan berlaku jika pihak berkuasa tempatan, PBT kita lebih peka dan tidak memberikan kelulusan kepada pemaju membina projek perumahan secara sewenang-wenangnya. Seperti kebiasaan, reaksi oleh pihak berkuasa tempatan, PBT terhadap insiden-insiden sebegini cukup mengecewakan. Apabila kes dilaporkan oleh pihak media, baharu ada sedikit kemajuan dari segi reaksi mereka. Mereka nampaknya lebih bertindak mengikut musim dan hanya bergerak apabila didesak. Lebih membingungkan, sering kali kedengaran reaksi semerta PBT apabila berlakunya sesuatu bencana alam, sebuah jawatankuasa bertindak akan ditubuh untuk menegakkan kebenaran. Agak menghairankan, di negara kita, begitu banyak jawatankuasa bertindak ditubuhkan saban kali berlakunya sesuatu bencana. Anehnya, apa lagi yang perlu disiasat jika bukti kesalahan adalah jelas di hadapan mata kita? Proses mengumpul data, menyiasat dan memberikan konklusi kepada isu mungkin memakan masa berbulan-bulan lamanya. Dalam konteks ini, apa yang ingin dimahukan rakyat ialah solusi atau jalan penyelesaian yang dikemukakan daripada jawatankuasa terbabit. Rakyat tidak mahu mendengar alasan tetapi satu jawapan jujur dan ikhlas daripada PBT serta pihak berwajib. Rakyat sering diberi janji bahawa satu penyelesaian terperinci akan dilakukan namun ketuntasan laporan akhir siasatan pula tidak memperincikan hukuman terhadap dalang. Sewajarnya, dalang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan. Tidak timbul soal belas kasihan terhadap mereka yang bersalah. Hanya dengan cara ini sahaja, mereka yang bersalah akan merasa gerun dengan peraturan sedia ada dan tidak melampaui batas-batas yang dibenarkan. Mungkin ada baiknya PBT "bangun" daripada mimpi ini dan bertindak segera sebelum kredibiliti rakyat terhadap mereka terus tercalar. Jika proses keadilan sedemikian tidak dapat ditegakkan, kepada siapa lagi rakyat boleh bergantung harap kepada sistem keadilan negara untuk membela nasib mereka? Penubuhan jawatankuasa bertindak hanyalah sebahagian daripada proses untuk mengenal pasti masalah yang timbul tetapi ianya tidak membantu menangani akar-umbi masalah itu. Justeru, adalah penting untuk pihak berwajib lebih "hands-on" dalam isu ini sebelum lebih ramai nyawa penduduk tidak berdosa terus melayang. Jangan biarkan berlaku lagi satu tragedi seperti Highland Towers. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan