DIALOG RAKYAT |
- MB : Hanya Lulus Pembinaan Kem Tentera
- MB Arah Jurutera MDKS Kenalpasti Punca Tanah Mendap Di Ijok
- Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi
- Selebriti Haire & Aishah Gesa Rakyat Bangkit Tumbangkan UMNO BN
- Tunku Ismail ‘bom’ Annuar Musa
- Tujuh kenderaan tertimbus runtuhan tanah di Subang Jaya
- GMI seru keluarga, bekas tahanan ISA hadir 12 Jan
- Pelakon Zarina Anjoulie dijamin adik tiri
- Pukul wartawan, anggota PPS didenda RM3,000
- Krisis air: Selangor mahu pengguna saman Syabas
- Soi Lek pertikai ketelusan DAP berhubung pemilihan jawatan CEC
- Silap kira undi, Pengarah Pemilihan DAP letak jawatan
- Menilai Amanat Hadi dengan adil
- PKR dakwa Najib laku penyelewengan anugerah projek Puspahanas
- Pojok: Belek – GERAKAN sibuk selak kain orang, tidak sedar kainnya cuba ditanggal rakan sendiri
- Tahanan mati dalam lokap polis bukan isu remeh, DAP desak kerajaan bertegas
- MB: Tiada pembangunan dibenar di tanah Boustead
- Eh Najib, #BubarParlimen Sekarang!
- Bukti Kerajaan PR Selangor mampu siapkan projek rumah terbengkalai ditinggalkan BN selama 20 tahun
MB : Hanya Lulus Pembinaan Kem Tentera Posted: 04 Jan 2013 03:31 PM PST SHAH ALAM : Tidak ada kelulusan pembinaan bangunan lain, melainkan pembinaan kem tentera seperti yang ditetapkan sebelum ini. Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang. Mengikut kenyataan akhbar yang di keluarkan Sekretariat Ahkbar Pejabat Menteri Besar, jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah-tanah tersebut maka ia dilakukan tanpa pengetahuan dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam. "Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)," kenyataan itu dipetik. Pada mesyuarat MTES itu, Menteri Besar dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah-tanah ini masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu. Menteri Besar berkata, keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban. |
MB Arah Jurutera MDKS Kenalpasti Punca Tanah Mendap Di Ijok Posted: 04 Jan 2013 03:27 PM PST IJOK: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pasukan jurutera khas Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang diketuai Yang Dipertuanya, Noraini Roslan mengenalpasti punca kejadian bumbung condong yang berlaku di Taman Pancaran, Ijok. Menurut Abdul Khalid, setakat ini keadaan tidak begitu serius dan aspek rekabentuk bumbung, pembinaan serta kualiti bumbung akan diberikan tumpuan dalam mencari punca kejadian. "Kita akan betulkan semuanya. Kos pembaikan akan ditanggung Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)," katanya pada sidang media selepas melawat tempat kejadian Kejadian runtuhan bumbung ini melibatkan 14 buah rumah yang kebanyakan mengalami kerosakkan dibahagian siling. Turut kelihatan beberapa retakkan struktur dinding rumah terutama di kawasan bilik air. Sementara itu, Abdul Khalid juga turut menyampakan sumbangan khas kepada semua mangsa berjumlah RM500 bagi setiap rumah. Jelasnya lagi, terpulang kepada penduduk sama ada untuk berpindah sementara sehingga keadaan kembali selamat. Seorang penduduk, M Kumaran menceritakan kejadian ini berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam. Ketika kejadian beliau dimaklumkan bapanya yang ketika itu mendengar bunyi runtuhan di belakang rumah. "Bapa saya dengar bunyi macam ada benda jatuh. "Bila masuk nampak kesan pasir di lantai. Kemudian nampak ada ketulan batu kecil pada siling. "Kita periksa dan tanya orang sebelah mereka kata tidak ada apa-apa. "Kemudian jiran pun beritahu dia juga nampak pasir ketika sedang menyapu," katanya yang menetap di sini hampir 20 tahun. |
Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi Posted: 04 Jan 2013 05:15 AM PST KELAB GREENBOC Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini. Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo. "Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily. Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan cerdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta. klik untuk baca |
Selebriti Haire & Aishah Gesa Rakyat Bangkit Tumbangkan UMNO BN Posted: 04 Jan 2013 05:07 AM PST KELAB GREENBOC Saya Leftenan Adnan moden menentang BN" Pelakun terkenal Haire Othman bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN). Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun. "Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun. "Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam. Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN. Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada. Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat. "Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya. Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.
|
Tunku Ismail ‘bom’ Annuar Musa Posted: 04 Jan 2013 05:02 AM PST Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha yang turut dikenali sebagai Mat Yo.Justeru, baginda mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak. Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa. "Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional. "Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Semalam, Annuar antara lain berkata, bekas penyerang Kelantan itu belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Kafa walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim. Annuar berkata, mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu. "Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM. "Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya. Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa. Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas. Mengulas mengenai jumlah baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa seperti yang dinyatakan Annuar, Tunku Ismail berkata, Mat Yo akan menjelaskan bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti ditetapkan oleh FAM. "FAM sudah menetapkan bahawa beliau (Mat Yo) perlu membayar sebanyak RM250,000. Jadi Mat Yo menerusi peguam yang dilantik akan berbuat sedemikian seperti diarahkan FAM. Janganlah ambil kesempatan. "PBNJ sendiri sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan FAM malah begitu juga pemain kami. Janganlah bersikap kebudak-budakan dan cakap belakang-belakang," katanya. Justeru, Tunku Mahkota Johor mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk Annuar untuk berdepan dengan beliau sekiranya mahu menuntut sebarang penjelasan mengenai pelbagai perkara. "Rumah saya sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja datang jika ada sebarang masalah. Bersikap profesional dalam sukan dan janganlah membangkitkan isu bukan-bukan. "Hentikanlah drama dan politik anda. Jangan jadikan sukan bola sepak seperti berkempen dalam politik. Jika tidak suka, datang jumpa dan cakap depan-depan," katanya. |
Tujuh kenderaan tertimbus runtuhan tanah di Subang Jaya Posted: 04 Jan 2013 04:55 AM PST Tujuh buah kenderaan melibatkan lima kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya petang semalam. Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata banjir lumpur berlaku di laluan itu akibat daripada runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang sedang dalam proses pembinaan rumah semi-D. "Tanah tersebut runtuh kemudian memasuki ke dalam kolam takungan air yang berhampiran dan menyebabkan kolam itu pecah. "Air dan campuran lumpur tersebut melimpah ke jalan raya yang mana jarak antara kolam dan jalan kira-kira 20 meter," katanya di lokasi kejadian. Kenderaan-kenderaan yang pada mulanya tertimbus kemudiannya 'dihanyutkan' banjir lumpur itu dan pengguna-pengguna kenderaan itu dapat menyelamatkan diri, katanya. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.12 petang dan sampai di tempat kejadian dua minit kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang. "Kejadian tersebut berlaku 500 meter daripada Balai Polis Putra Heights," katanya. Beliau berkata kerja-kerja pembersihan jalan raya sedang dilakukan dan diharap selesai pada tengah malam ini supaya orang ramai dapat melalui semula jalan tersebut. Manakala, pihak pemaju projek perumahan tersebut Kingsley Hills Sdn Bhd, Tan Sri Barry Goh berkata pembinaan rumah tersebut bermula pada awal tahun lepas dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun. "Kita mungkin terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut dan akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengenai tindakan seterusnya," katanya sambil menambah keluasan projek itu kira-kira 40.46 hektar. Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie meminta semua kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan sehingga satu kajian dibuat. Bernama |
GMI seru keluarga, bekas tahanan ISA hadir 12 Jan Posted: 04 Jan 2013 04:53 AM PST MALAYSIA KINI Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru bekas tahanan dan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini. Sekretariat GMI, Ahmad Shukri Razab berkata, salah satu tuntutan yang diketengahkan dalam perhimpunan itu ialah menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Semalam, katanya, genap setahun empat bulan dan 19 hari daripada tarikh pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan Hari Malaysia tahun 2011. Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini, masih ada tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Di samping itu, katanya dalam satu kenyataan semalam, ia diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA. Oleh itu, katanya, GMI menyeru semua bekas mangsa ISA, keluarga mangsa dan rakyat Malaysia untuk turun pada 12 Januari dan menyuarakan tuntutan agar kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA. Perhimpunan besar itu dirancang sebagai acara penamat kepada perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pembangkang di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu. Selain itu, Syukri berkata, sebelum ini, GMI mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat dengan mengikuti jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Johor, Pulau Pinang dan Perak. Menurutnya, peluang itu digunakan bagi memberi pendedahan kepada rakyat mengenai cerita sebenar di sebalik pemansuhan ISA yang diumumkan perdana menteri pada tahun 2011. Katanya, sekiranya merujuk kepada perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, tahanan terakhir hanya akan dibebaskan pada bulan Januari 2014 iaitu dua tahun empat bulan selepas ISA diumumkan termansuh. "Kami telah mengedarkan risalah mengenai kempen bebaskan tahanan ISA kepada masyarakat umum selain berkesempatan memberi ucapan penerangan di pentas yang disediakan untuk aktivis NGO. "Melalui desakan yang konsisten daripada rakyat, GMI percaya kerajaan akan terpaksa akur untuk membebaskan kesemua tahanan ISA," katanya lagi. |
Pelakon Zarina Anjoulie dijamin adik tiri Posted: 04 Jan 2013 04:52 AM PST Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya hari ini selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang. Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap. Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Dis lalu. Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan. Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya. Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.- Bernama |
Pukul wartawan, anggota PPS didenda RM3,000 Posted: 04 Jan 2013 04:45 AM PST Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Lim Ah Chye, 52, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan iaitu memukul dan menyebabkan kerugian terhadap wartawan akhbar Cina. Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan untuk tuduhan pertama kerana menyebabkan kecederaan Ang Kean Siang, 32, pada 30 Disember lepas pada 1.40 pagi. Tertuduh juga didenda RM2,000 atau penjara dua bulan untuk tuduhan kedua kerana dengan niat telah menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1,200. Ah Chye didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi yang masih bebas, di hadapan kontena PPS di Lorong Perak ketika mangsa membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri di Jalan Perak di George Town. Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara setahun, denda minimum RM2,000 atau kedua-dua sekali. Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara dua tahun, boleh didenda atau kedua-dua sekali. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairoz manakala Ah Chye diwakili peguam Sukhindarpal Singh.- Bernama |
Krisis air: Selangor mahu pengguna saman Syabas Posted: 04 Jan 2013 04:43 AM PST SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang mengalami gangguan bekalan air ekoran kerosakan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru memfailkan tuntutan pampasan ke atas Syabas. Lebih 100,000 akaun pengguna dilaporkan berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak enam hari lalu dan ia dijangka berterusan beberapa hari lagi. Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, rakyat harus diberi penjelasan bahawa pembekalan dan penagihan air adalah tanggungjawab Syabas dan bukannya Kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air. "Kerajaan Negeri bersedia menjadi saksi kepada pengguna bagi memfailkan tuntutan terhadap Syabas dengan membekalkan beberapa dokumen laporan siasatan terhadap kecuaian Syabas menyelenggarakan unit pam serta peralatan berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. |
Soi Lek pertikai ketelusan DAP berhubung pemilihan jawatan CEC Posted: 04 Jan 2013 04:38 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikaikan ketelusan DAP yang mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu selepas dua minggu pemilihan berlangsung. Beliau berkata insiden itu merupakan sesuatu yang pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan. "Apa yang lagi luar biasa ia melibatkan seorang Melayu, dan kerana kesilapan ini, dia (Zairil Khir Johari) dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Adakah ia sengaja dilakukan supaya dapat memenuhi apa yang sering diperkatakan oleh DAP bahawa mereka adalah sebuah parti yang dikatakan pelbagai kaum, dan bukan sebuah parti yang dikatakan berasaskan kaum Tionghua?," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Dis lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20. Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. Dalam pada Dr Chua turut mempersoalkan kewibawaan DAP untuk mentadbir negara ini dan mengubah nasib rakyat yang berjumlah 28 juta, memandangkan pemilihan jawatan dalam parti yang hanya membabitkan 1,800 anggota, tidak dapat diuruskan dengan cekap, amanah dan telus. "Saya rasa kecewa dan terperanjat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan parti DAP dengan slogan yang diutarakan oleh DAP ialah 'Ubah'. Kononnya DAP berwibawa dan mampu membuat perubahan kepada nasib dan membela nasib rakyat Malaysia. "Tetapi dalam pilihan parti yang melibatkan hanya 1,800 anggota mereka melakukan kesilapan dan perkara ini didapati selepas dua minggu," katanya.- Bernama |
Silap kira undi, Pengarah Pemilihan DAP letak jawatan Posted: 04 Jan 2013 04:37 AM PST GEORGETOWN - Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, peletakan jawatan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab. Beliau berlaku, berikutan itu, DAP akan melantik firma audit serta syarikat perakaunan bebas untuk mengesahkan semula keputusan pengiraan undi. Pemilihan diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP pertengahan bulan lalu. "Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif. "Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi begitu," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), hari ini. Kesilapan pengiraan undi itu sekali gus menjejaskan kedudukan 20 ahli CEC. Salah seorang calon Melayu yang bertanding, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi sebenarnya menerima 803 undi hasil kiraan semula. Ia sekalig us berjaya meletakkan Zairil dalam CEC. Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya menerima 669 undi sekaligus menyebabkannya terkeluar dari barisan CEC. Zairil dalam laman twitternya menyebut masih lagi terkejut dengan laporan berkenaan. |
Menilai Amanat Hadi dengan adil Posted: 04 Jan 2013 04:33 AM PST Isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkitkan menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih daripada 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja. Kedua belah pihak - kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, 'kelebihan' kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian. Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak? Amanat Haji Hadi itu berbunyi: "Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. "Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. "Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. "Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'." Fatwa-fatwa Pantai Timur Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional. Amanat Haji Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang PAS sendiri. Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan. Saya sendiri pernah berjumpa orang PAS yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya 'sekular' dan seumpamanya. Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut. YB Dr Mujahid Yusuf, seorang ahli Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas presiden dan mursyidul am PAS dalam bukunya Menuju PAS Baru menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut: "Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam... penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan 'fatwa' sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah 'Amanat Haji Hadi' telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini." (ms 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd). Mungkin Abdul Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan. Konteks Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada tahun 70-an dan 80-an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini. Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-regim Arab yang sangat zalim dan khianat. Mereka juga biadap terhadap Allah dan rasul-Nya. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat. Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga mursyidul am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku Du'aah La Qudah (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini. Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh 'Abd al-'Aziz 'Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam erti kata lain menjadikan seseorang kafir. Abdul Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut: "Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad SAW itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum Allah (aturan-aturan taghut), dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW, maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. "Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain. "Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini...." Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang PAS ketika itu telah menggunakannya ketika secara 'borong' untuk mengkafirkan setiap penyokong Umno. Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama PAS yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan. Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, Umno pada era 70-an dan 80-an bukanlah seperti Umno hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam Umno belum berlaku ketika itu. Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang PAS dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas. Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum Umno dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan PAS mengkafirkan keseluruhan Umno, namun itulah realiti ketika itu. Sikap Umno ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu. Pada masa tersebut kematangan PAS dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Abdul Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini. Ulama Umno juga mesti dikritikHari ini jika kita membaca Mujahid menulis dalam bukunya Rejuvenasi PAS, beliau membincangkan tajuk 'Islam Dalam Kerangka Perlembagaan', kita mendapati tokoh PAS ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam PAS. PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Hadi termasuk diri Abdul Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan Amanah lama Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf perlembagaan. Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kaca mata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian. Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan Umno maka Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang. Di samping PAS, jangan lupa dalam Umno juga ada yang 'kaki pengkafir dan penyesat' orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk Umno, ada yang menghukum akidah menteri besar Kelantan sesat bahkan kufur. Di Arab Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat. Golongan ulama muda Umno amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam Internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik. Media-media Umno juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang PAS lakukan dalam era 80-an. Umno hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. Umno hari ini seakan menuju PAS era Amanat Hadi. Kembali pada politik membina negara Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'kafir' atau 'musuh Allah' sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam Majmu'at al-Fatawa: "Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. "Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa." Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara. |
PKR dakwa Najib laku penyelewengan anugerah projek Puspahanas Posted: 04 Jan 2013 03:25 AM PST PKR mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah ketika menjadi menteri pertahanan kerana menganugerahkan projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta kepada syarikat yang didakwanya tidak layak. Syarikat Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah (kiri) itu - Awan Megah Sdn Bhd - mengikut carian Suruhanjaya Syarikat, telah dorman sejak tahun 1993, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini. Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata, ini bermakna, antara 1994 sehingga kini, Awan Megah tidak menjalankan apa-apa aktiviti dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif Katanya, ia juga bermakna bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu, telah menyalahgunakan kuasanya dengan menganugerah projek penswastaan bernilai puluhan juta itu pada tahun 2005 kepada Awan Megah, "apabila ia adalah jelas bukan sebuah syarikat pembinaan yang mampu menjalankan projek tersebut." |
Pojok: Belek – GERAKAN sibuk selak kain orang, tidak sedar kainnya cuba ditanggal rakan sendiri Posted: 04 Jan 2013 03:23 AM PST Roketkini.com Dalam erti kata lain, mana-mana parti boleh mengaku berbilang kaum, tapi belum tentu dapat merealisasikan kehendak itu. Sekiranya akhbar ini bertujuan memperli DAP maka tidaklah pelik. Dah memang itu kerja geng-geng MCA. Bidang tugas yang diberi UMNO kepadanya barangkali. Tapi apabila ditenung-tenung muka depan akhbar itu. Kelihatan selain lambang DAP dan PKR, rupanya Gerakan, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pun kena sekali. Nampaknya kegelian geng-geng pro-MCA terhadap parti berbilang kaum sudah di tahap kawan satu Barisan Nasional (BN) pun kena ditibai. Kesian Gerakan. Di saat dirinya sibuk menyelak tepi kain orang, orang yang rapat dengannya sendiri sedang cuba menanggalkan kainnya. Bahaya betul! Mungkin sudah tiba masanya parti komponen lain dalam BN mengikuti jejak abang mereka, UMNO dan MCA. Biarlah parti di dalam Pakatan Rakyat saja berusaha bersungguh-sungguh cuba mewakili rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum, agama dan tempat. Gerakan, PBS dan SUPP misalnya boleh mula mengorak langkah lebih serius menjadi parti berasaskan kaum. Mesti juga banyak belajar dengan abang besar BN bagaimana mahu melihat sesuatu isu daripada sudut perkauman. Gerakan mungkin tiada masalah kerana kelihatan semakin mahir. Yang lain perlu lebih berusaha. Kawanan BN boleh bersama-sama bergerak ke zaman lampau dengan sekadar memainkan isu kaum. PR sila teruskan usaha memecut ke zaman baru.- Roketkini.com |
Tahanan mati dalam lokap polis bukan isu remeh, DAP desak kerajaan bertegas Posted: 04 Jan 2013 03:18 AM PST Roketkini.com "Daripada sudut tanggungjawab sivil, ini bermakna undang-undang itu akan meletakkan tanggungjawab berat ke atas pegawai polis yang melakukan siasatan terhadap apa juga kes ke atas tahanan melainkan jika ada bukti bukti sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan. Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, selain bertanggungjawab, kerajaan juga perlu menyiasat mana-mana pegawai yang terbabit dalam jenayah terutama melalui kecederaan atau kematian tertuduh ketika dalam tahanan. "Undang-undang ini perlu meletakkan beban kehakiman ke atas mereka sehingga mereka dapat membuktikan kecederaan atau kematian bukan disebabkan kelalaian mereka. "Jika pihak polis diletakkan dengan tanggungjawab lebih berat, mereka akan memastikan tahanan dijaga sebaik mungkin ketika dalam tahanan," katanya. Namun tambah Gobind, situasi sekarang menunjukkan kerajaan gagal melakukan usaha untuk menghentikan kematian dalam tahanan. "Kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan dalam menangani masalah serius itu. Ia meliputi pelbagai langkah yang wajar diambil untuk memastikan kemudahan keselamatan terutama menggunakan kamera CCTV," katanya. Dalam realiti yang berlaku di Malaysia, beliau berpendapat tidak ada jalan lain melainkan perkara itu diambil tindakan segera dan tegas oleh kerajaan. "Saya tidak lihat sebarang perubahan sikap ke atas pihak polis untuk menghentikan kejadian tidak diingini termasuk serangan dan kematian yang berlaku dalam tahanan," katanya. IPMC boleh bantu tahanan yang teraniaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Wong Kah Woh yang juga seorang peguam pula berkata, isu penderaan dan kematian tahanan dalam lokap bukan lagi perkara asing di Malaysia. "Kita sering mendengar aduan mangsa atau ahli keluarga tahanan dan berpendapat agar Majistret bukan sahaja mendengar permohonan melanjutkan tempoh tahanan seseorang tetapi perlu mengambil berat terhadap keselamatan tahanan," katanya ketika dihubungi hari ini. Tambah beliau, Malaysia perlukan satu sistem check and balance yang benar-benar berfungsi dan tegas melayani, menyiasat dan bertindak terhadap sebarang insiden buruk yang berlaku terhadap tahanan. "Jika ada aduan, badan itu boleh dirujuk kepada pengadu. Dulu kita sudah mendengar cadangan daripada Tun Mohamed Dzaidin Abdullah supaya menubuhkan sebuah badan pemantau Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC), tetapi kerajaan seolah-olah tidak berminat," kata Kah Woh. Laporan Hak Asasi Manusia yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009 menyatakan sejumlah 1,535 tahanan lokap mati antara 2003 dan 2007, seramai 255 mati dalam penjara dan 13 lagi mati dalam lokap pada 2008. Pada Mac 2009, Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula menyatakan seramai 2,571 tahanan mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antara 1999 dan 2009. Daripada jumlah itu, 2,563 tahanan mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara. – Roketkini.com |
MB: Tiada pembangunan dibenar di tanah Boustead Posted: 04 Jan 2013 03:13 AM PST MALAYSIA KINI Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada pembangunan akan diluluskan atas tanah yang dijual oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga kepada Boustead Holdings di kawasan perindustrian Bukit Raja. "Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang," katanya. "Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)," kata menteri besar. "Jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah tersebut, maka ianya dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MTES yang dipengerusikan Abdul Khalid selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam. Dalam mesyuarat MTES itu, menteri besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah tersebut masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu. Menteri Besar berkata keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban. [Baca berita penuh] |
Eh Najib, #BubarParlimen Sekarang! Posted: 04 Jan 2013 03:10 AM PST Oleh Izmil Amri Saya pasti ramai antara kita yang tertangguh banyak urusan kerana menanti berlangsungnya pilihan raya. Saya sendiri sudah muak menanti. Selagi belum pilihan raya, adalah amat rumit untuk saya menyusun jadual keluar berkencan dengan kekasih dan merancang hari bahagia kami. Itu pun dengan syarat, kekasih hati perlu dicari dulu. Tapi tak apa. Cinta dan segala yang terkait dengan kehidupan peribadi boleh duduk di nombor corot. Yang penting mesti langsai dulu PRU-13 ini. Kemudian kita boleh cerita soal nikah kahwin. Sejak mengambil alih tugas di Jabatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dengan selambanya menolak sebarang keperluan untuk memperlihatkan kemampuannya mendapatkan mandat daripada rakyat. Sungguh pun ada beberapa pilihan raya kecil yang berlangsung sebaik sahaja beliau mengambil alih kuasa, tetapi itu pastilah tidak cukup untuk meletakkan beliau sebagai manusia yang berhak menjadi Perdana Menteri; dikeranakan tiadanya mandat rakyat terbanyak melalui proses pilihan raya di peringkat nasional. Najib Razak sekadar menjadi Perdana Menteri melalui jalan warisan, tanpa dipilih rakyat. Inilah dia demokrasi ala United Malays National Organisation. Demokrasi yang meletakkan pucuk pimpinan sebagai dewa-dewi yang tidak boleh dipersoal atau dibantah; apatah lagi untuk disuruh menguji kemampuan politiknya di lapangan pilihan raya. Tetapi ini bukan kisah datuk hartawan yang meninggal dunia dan mewariskan harta kekayaan berbilion kepada anak cucu. Pak Lah juga masih ada, sihat walafiat duduk di kerusi Parlimen Kepala Batas, ekor matanya sentiasa memerhati gelagat penggantinya. Dan barangkali sekali dua beliau melirik kepada Timbalan Perdana Menteri dan berfikir sejenak, kalau-kalau beliau sudah tersalah membuat pilihan. Adalah salah untuk kita bertanya 'apa sebenarnya yang ditunggu si Najib ini?' Najib Razak sebenarnya tidak menunggu apa-apa. Seandainya beliau punya sekelumit keyakinan kepada diri dan kekuatan politik UMNO-Barisan Nasional; tahun lepas lagi sudah dibubarnya Parlimen. Tetapi Najib Razak tidak punya kekuatan sedemikian. Najib Razak tidak akan bubar Parlimen sebelum tamat usia mandatnya secara semula jadi. Dan pada ketika Izrail sedang menarik nyawa sehingga takat tekak di jasad yang menjadi kerjaya politik Najib Razak itulah, baru beliau akan terkinja-kinja mahu membubarkan Parlimen. Secara mudah, Najib tidak jantan. Kokoknya sahaja kuat, diajak bersabung; lari. Bacaan yang sebegini membuatkan kita berkonklusi bahawa Najib tidak layak menjadi pemimpin nombor satu negara. Pemimpin jenis apa yang tidak punya keberanian mahupun keyakinan diri untuk mendapatkan mandat rakyat sebaik sahaja menggantikan jawatan Perdana Menteri? Apalah diharap pada bibirnya yang mungil, jika yang manis hanya kata-kata namun beraninya tiada dan bebolanya belum tentu ada dua. Adalah juga tidak tepat untuk bersangka buruk dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; kononnya Parlimen hanya akan dibubarkan setelah FLOM itu sudah puas membeli belah. Ini nakal dan sangat tidak tepat. Beliau masih lagi boleh membeli belah sebagai isteri Ketua Pembangkang. Cumanya mungkin shoppingnya itu sekadar di Uptown. Itu pun kalau Najib Razak kekal di kerusi Pekan. Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; dan saya tidak pasti jika ada mana-mana pihak yang menuntut supaya Parlimen dibubarkan agar pilihan raya umum dapat diadakan secepat mungkin. Justeru saya menyeru pihak terbabit untuk sama-sama menuntut supaya Najib Razak membubarkan Parlimen secepat mungkin tanpa berlengah-lengah lagi. Sudah terlalu lama sebenarnya kita membiarkan seorang Perdana Menteri berkuasa tanpa mandat rakyat jelata. Sudah terlalu lama juga kita rakyat Malaysia menunggu untuk membetulkan keputusan Mac 2008 yang sepatutnya sudah memperlihatkan kemusnahan Barisan Nasional sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan. Rakyat pastinya sudah tidak sabar lagi mahu menghumban Barisan Nasional ke jurang paling gelap dalam sejarah Malaysia untuk dilupakan dan tidak lagi diceritakan kepada anak cucu kecuali untuk menakut-nakutkan mereka supaya tidak merayau-rayau di waktu senja. 'Hafiz… apa lagi dibuat kat luar tu? Balik, hari dah gelap. Kau duduklah lama-lama kat situ.. Nanti datang orang UMNO makan kau!' Atau pun sekadar digunakan sebagai gantian kata caci maki. Sebagai contoh; 'Celaka punya jantan. Siang malam kebas duit aku. Macam UMNO!' Jadi inilah dia tuntutan kita kepada Perdana Menteri Najib Razak: Sila bubarkan Parlimen sekarang! Tak perlulah berlengah-lengah lagi. Tak perlulah ditunggu sampai bintang berbaris selari baru mahu dibubar Parlimen itu. Lagipun beliau sudah berkali-kali mengacah mahu pergi mengadap Yang DiPertuan Agong dengan tujuan membubarkan Parlimen. Maka apalah yang ditunggu lagi. Bubarlah sekarang! Bubarlah kalau berani! – Roketkini.com |
Bukti Kerajaan PR Selangor mampu siapkan projek rumah terbengkalai ditinggalkan BN selama 20 tahun Posted: 04 Jan 2013 03:07 AM PST Roketkini.com Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek perumahan itu dijangka siap sepenuhnya Mac ini dengan dilengkapi tapak masjid, tapak tadika dan kawasan rekreasi. "Ini adalah bukti kerajaan PR negeri Selangor komited membela hak rakyat. "Bila kerajaan negeri cadang menyelesaikan projek itu pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana tertipu oleh kerajaan terdahulu yang meminta mereka menandatangani untuk beri hak kepada pemaju yang akhirnya tanah itu tergadai. "Sekarang rumah itu sudah siap dan surat rasmi diberi, rakyat mula yakin kerajaan negeri mampu mengotakan janji. Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri," katanya berucap pada Majlis Penyerahan Tawaran Rasmi tapak perumahan kepada penduduk Bukit Botak, semalam. Pada majlis itu, Abdul Khalid turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Pejabat Daerah Gombak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di atas usaha mereka melaksanakan projek itu sehingga berjaya. Bagi EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, masalah perumahan di Bukit Botak cuma memperlihatkan kerajaan BN sekadar menabur janji manis. "Penduduk tertipu. Ia bukan satu masa yang singkat. Selepas PR mengambilalih pentadbiran Selangor, kita cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu," katanya ketika dihubungi. Kerja membina 1,422 unit rumah berkembar di kawasan seluas 66 hektar di Bukit Botak bermula setelah kerajaan PR Selangor mengambilalih tanah dan projek itu daripada swasta pada September 2010. Sehingga kini, 1,020 pemohon disahkan layak memiliki rumah di Bukit Botak manakala 400 pemilik lain sedang melalui proses kelayakan yang diuruskan Pejabat Tanah Gombak. Rumah berkembar bagi unit standard ditawarkan pada harga RM99,000 bagi setiap unit dan dibina dengan rekabentuk moden berkeluasan 850 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air. Biarpun hanya satu penggal mentadbir Selangor, sehingga kini 29 peratus daripada 49,451 unit perumahan terbengkalai yang ditinggalkan kerajaan UMNO-BN sebelum ini berjaya disiapkan. -Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan