Jumaat, 25 Januari 2013

.

.


Kalimah Allah Bukan Isu Serius

Posted: 25 Jan 2013 01:52 AM PST

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                         

Perkara kalimah Allah masih belum reda-reda lagi. Ia terus dicanang dan dilaungkan. Yang melaung dan mempersoalkan bukan Umno tetapi NGO yang mengambil upah untuk mendapat sesen dua dengan Umno bagi memelihara anak dan isteri. Ada juga yang jadi tukang laung kerana mengharapkan sebuah kerusi dari Umno dalam pilihan raya akan datang.
Raja-Raja Melayu Malaysia.

Setiap hari mereka mencanang ke hulu ke hilir. Beribu ela kain sudah digunakan untuk membuat sepanduk mengutuk pihak Pakatan Rakyat. Penjelasan, seruan dan sebagainya agar menghentikan perkara itu tidak dipedulikan.

Mereka yang kurang cerdik akan memuji golongan yang memperjuangkan kalimah Allah agar tidak digunakan dalam Bible. Tetapi bagi mereka yang cerdik, faham dengan kedudukan kalimah berkenaan hanya tersenyum simpul sambil melihat kebangangan politik mereka. Mereka melihat gelagat yang pertahanan isu itu sebagai perbuatan laksana anak kambing menghidu buntut ibunya saja. Bodoh dan tiada faedah.

Sebenarnya isu kalimah Allah ini tidak payah dipedulikan. Sebab yang lantang menentangnya mereka yang tidak masak dan arif dalam Islam. Yang imannya bagaikan daun kayu mudah tergerak bila disentuh angin. Bahkan ada yang menjadi juara memperjuangkan kalimah Allah ini, sebut nama Allah pun tidak sampai 33 kali sehari. Maaf cakaplah kita kena seekor-sekor.


Bagi kerajaan sendiri, Umno pula tidak serius dengan kalimah Allah. Umno juga mengerti mengenai kedudukan dan statusnya. Umno juga tahu menghormati dan keperluan agama lain terhadap kalimah Allah ini. Kenapa kita berkata begitu, kerana tiada apa-apa bantahan daripada Umno berhubung kalimah berkenaan. Umno tidak begitu vokal mengenai kalimah Allah ini.Kalau ada pun seorang tokguru Umno nun jauh di Tumpat, itu pun tidak boleh diambil kira sangat mengenai kedalaman ilmunya.

Yang ada, pemimpin Umno mempertikaikan dan mengkritik PAS yang memberi kelonggran di dalam penggunaan kalimah berkenaan. Umno cuba menayangkan yang mereka marah kepada PAS, sedangkan aksinya tidak menunjukkan begitu. Kerana itu tiada pendirian tegas Umno di dalam soal ini. Najib Razak misalnya tidak pernah bersuara menyatakan pendiriannya. Najib tidak pernah mengumumkan sikap Umno didalam soal ini? Itu bekas presiden Umno yang selalu menjadi seperti ikan lapam bawah jamban juga diam membisu berhubung isu kalimah Allah ini. Apa ertinya?

Mesyuarat MT Umno juga tidak mengambil apa-apa ketetapan mengenai penggunaan kalimah ini. Umno juga tidak mengarahkan supaya institusi-instutis tertinggi agama yang ada untuk ikut campur dan menyatakan sikap sebenar mengenai perkara ini. Sehingga kini polis juga tidak membuat apa-apa tangkapan terhadap mereka yang memiliki Injil yang mempunyai kalimah Allah. Kalau Najib dan kerajaan concern terhadap perkara ini sudah tentu berbagai arahan dibuat menerusi kementerian dan jabatan berkenaan sebagai menghalang perkara ini.

Perkara paling jelas ialah meminta mahkamah memutuskan segera berhubung rayuan dibuat oleh sebuah persatuan Kristian yang merujuk kepada mahkamah mengenai isu itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permnintaanya tentang perkara ini. Tetapi kenapa tidak dibuat? Bukankan kelewatan 'mengarahkan' mahkamah membuat keputusan menjelaskan isu ini tidak penting?

Ini semua membuktikan bahawa kalimah Allah bukan isu sebenar didalam negara ini. Ia adalah isu politik remeh yang cuba diperbesar-besarkan oleh golongan yang pandir mengenai agama dan yang pekak terhadap penjelasan orang lain. Isu ini disokong pula oleh Umno yang kini dalam keadaan tertekan dan semakin dipulau.

Bagi saya kalau isu ini penting dan merbahaya sudah pasti Raja-Raja Melayu telah mengadakan persidangan khas membincang perkara ini. Sebab soal agama, kesucian agama dan apa-apa yang menyentuh agama serta adat istiadat Melayu berada di bawah bidang kuasanya. Apakah ada Raja-Raja membuat persidangan khas dan membincangkan perkara ini? Kalau perkara ini penting kenapa Raja-Raja juga membisu. Tidak ada adalan bagi raja-raja untuk menyepikannya.

Kalau Majlis Raja-Raja menangani perkara ini kemudian menitahkan dikeluarkan kenyataan melarang penggunaanya, tidak sampai dua hari isu ini akan dihentikan. Siapa berani sanggah raja? Apabila Raja-Raja tidak mengambil berat menerusi tindakan misalnya mengadakan sidang khas bermakna isu kalimah Allah bukan perkara serius. Raja-Raja ternyata lebih cerdik berbanding dengan ketua-ketu NGO yang menjadi pengambil upah atau penarik kereta buruk Umno. Setengah ketua NGO itu telah dimurai sultan dan anugerah darjah kebesaran ditarik balik.

Kepada rakyat pula jangan mudah terpengaruh dengan propagda atau isu dimainkan oleh NGO-NGO 'ngor' ini. Mereka tidak ada autoriti untuk memberi apa-apa pandangan berhubung dengan kalimah berkenaan dalam konteks hari ini. Perjuangan mereka terhadap isu kalimah Allah saya tengok sama sahaja dengan sikap sesetengah Melayu yang marah kepada kerajaan yang tidak memberi kemudahan modal untuk berniaga.

Apabila kerajaan menghulurkan modal, modal itu bukan pun digunakan untuk berniaga tetapi untuk tujuan lain yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan saja atas apa yang ada. Bila hidup mereka tidak berubah mereka marahkan kepada kerajaan.

Nah... begitu dengan isu kalimah Allah, mereka bukan mujahid agama yang sejati. Mereka adalah pengacau agama yang menggunakan nama agama. Mereka adalah munafikun. Jadi usah pedulikan mereka, biarlah mereka mabuk dan semabur dengan keadaan itu. Biarlah mereka jerit sampai pecah halkum. Selepas selesai pilihan raya mereka akan bercemperaian melarikan diri dan isu itu pun akan ditinggal di tepi hutan. Mereka bukan mujahid, bukan.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh pemakan upah Umno atau penarik kereta Umno ini juga tidak konsisten. Mereka memperjuangkan mengikut tiupan angin dan musim. Masa timbul isu ekonomi mereka akan perjuangkan ekonomi, masa timbul isu agama mereka akan berpaling kepada agama. Masa timbul isu Melayu mereka perjuangkan Melayu. Isu-isu ini pula sengaja dicari dan diadakan-adakan selepas isu-isu memburuk dan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat sudah tidak laku lagi. Mereka bukan saja tidak konsisten tetapi tanpa tujuan dan matlamat jelas.

Jadi biarlah mereka bising di mana-mana saja, kerana bising mereka tidak akan membawa apa-apa erti dan makna. Bagi mereka bising adalah sifat yang ditiru dari anjing dan dubuk dengan harapan mereka akan dapat sesuatu darinya. Mereka bukan bising macam burung walit yang bersarang dan sarangnya tinggi nilai harganya.Mereka adalah anjing dan dubuk.

Apabila kita kenal sifat anjing yang suka menyalak bukit, dan sikap dubuk yang suka membuat bising, maka kita tidak perlu bimbang. Hanya untuk sementara ini tutup kedua lubang telinga habis cerita. [wm.kl.5:38 pm 25/01/13]

Bendera PKR Dan PAS Dicalit Degan Lambang Salib

Posted: 24 Jan 2013 07:41 PM PST

BERITA                                                                                                                                    

Bendera PKR yang dicop lambang salib diturunkan.
Satu perbuatan jahat yang sungguh mencelakan dilaporkan berlaku di Johor malam tadi apabila bendera PAS dan PKR dicalitkan (print) dengan lambang salib. Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Johor.

Selain bendera itu dicop dengan lambang salib ianya juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti itu, ini menggambarkan si pelakunya seorang yang belum tamadun ataupun "gedebe tahi kucing."

Cara berpolitik tidak bermoral ini juga menunjukkan pihak yang melakukan perbuatan itu dalam keadaan terdesak dan nazak.

Tidak dipastikan apakah perletakan lambang salib itu pada bendera kedua-dua parti itu yang telah dipasang, atau ia disiapkan awal-awal kemudian dipasang malam tadi.

Beberapa helai bendera yang dicop lambang salib itu telah diturunkan. Satu laporan polis berhubung kejadian itu dikatakan telah dibuat pagi ini.

Kegiatan atau perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku dan semua pihak harus berkempen secara tertib mengikut lunas-lunas demokrasi.

Pihak polis dan juga SPR perlu memastikan ia tidak merebak. Paling penting pastikan apakah ia perbuatan salah satu pihak yang bertentangan di antara satu sama lain atau pun ada anasir-anasir lain yang berniat jahat melaga-lagakan kedua-dua pihak.

Dibimbangi sekiranya perkara jahat ini tidak dibenteraskan kemungkinan ia boleh mencetuskan sesuatu yang lebih buruk kelak apabila ada pihak yang tidak dapat mengawal keadaan bertindak membalas balik perbuatan itu.

Perletakan lambang salib ini mungkin ada hubung kait dengan isu kalimah Allah dan juga provokasi oleh pihak tertentu yang memperbodoh-bodohkan rakyat kampung kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ianya akan dikuasai oleh Kristian. [wm.kl.11:36 am 25/01/13]

Tiada ulasan: