. |
Ahmad Awang: Belum Ada Fatwa Tentang Amanat Hadi Posted: 01 Jan 2013 02:17 AM PST POLEMIK Menurut bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang belum ada mana-mana badan atau institusi agama termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan membuat apa-apa fakta terhadap kata-kata Abdul Hadi Awang berkaitan dengan apa dinamakan amanat Haji Hadi itu.
Penjelasan Ahmad Ahamd itu paling berwibawa dan boleh dipercayai kerana beliau pernah berkhidmat di jabatan Hal Ehawal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri ketika isu itu meletup. Juga... kalaulah sudah ada mana-mana pihak memfatwakan amanat Haji Hadi itu sudah tentu ia dipamer dan ditayangkan hari ini sebagai bahan dan modal kempen. Fatwa yang menunjukkan Abdul HAdi salah itu sudah pasti akan dipamir dan diuar-uarkan seperti mana statistik-statistik kecemerlangan kerajaan dalam bidang ekonomi. Sudah pasti tv nombor tiga atau pun tv Rais Yatim akan menayangkan siang malam di tv perkara itu. Begitu juga dengan akhbar arus perdana kelas penjilat bontot akan menyiarkan hari-hari di muka depan sehingga rapat ke hari mengundi untuk memberi tahu rakyat yang betapa kejamnya Abdul Hadi menerusi fatwa berkenaan. Ataupun boleh jadi juga pihak Fatwa Kebangsaan atau Jabatan-Jabatan Agama Islam sudah pun bersidang mengkajikan apa yang dilafazkan oleh Abdul Hadi itu secara senyap-senyap tetapi tidak diuar-urakan kerana ia tidak menyalahi adat dan hukum ataupun memang menempati kehendak syariah Islam? Mustahil perkara itu tidak dikaji dan diteliti kerana ia dianggap satu ucapan yang boleh menimbulkan bahana. Pastinya orang Umno yang celik Islam, tahu fakeh dan tauhid mahukan jawaban tegas apakah mereka sudah menjadi kafir atau tidak berdasarkan amanat berkenaan. Dan kalaulah ianya sudah dibincang dan didapati amanat itu tidak sampai menjadi kafir seperti mana difahamkan, tidak ada sebab kenapa ia tidak perlu dihebuhkan? Saya tidak fikir orang Umno akan membiarkan dirinya seperti ikan termasuk tual yang beronak, di mana hendak keluar tidak boleh hendak terus biarkan ditikam onak pun sakit dengan amanat berkenaan? Boleh jadi. Maka itu perihal amanat itu disenyapkan saja atau dibiarkan tanpa diurus dengan baik. Ataupun pihak Umno sudah mengkaji amanat itu tidak begitu berkesan untuk menarik undi disebabkan sebahagian besar rakyat umum faham kecuali mereka yang mengilik keris telanjang Umno yang terus merasa sakit dengan amanat itu disebabkan kejahilan mereka. Begitu juga dengan Raja-Raja Melayu. Kalau amanat itu sesuatu yang serius dan boleh atau telah memecahkan perpaduan ummah Islam apakah Raja-raja Melayu tidak membincang dalam persidangan mereka. 'Komang' sangatlah Raja-raja Melayu kalau mereka membiarkan perkara berkenaan. Kerana itu amanat itu remeh dan tidak mengugat stabiliti negara justeru Raja-raja tidak membincangnya. Apa yang kena fikir amanat itu sudah lama berlaku. Usianya kini sudah 31 tahun. Ia meletus pada tahun 1981. Kalau ia serius dan sesuatu yang berat kenapa sampai dibiarkan 31 tahun? Ada juga sesetengah orang yang galak hendak memburukkan Abdul Hadi dan PAS bercerita kononnya kerana amanat itulah maka berlaku tragedi berdarah Memali tahun 1985 yang membunuh 13 orang penduduk kampung itu termasuk Ibrahim Mahmud. Memang pun ada laporan sebelum ini cuba mengaitkan kejadian itu dengan amanat berkenaan. Kalaulah benar adalah satu kesalahan besar kerajaan pimpinan Umno kerana tidak menyelesaikan segera perkara ini. Kalau benar tragedi Memali itu kerana terpengaruh dengan amanat itu kenapa tindakan segera ke atas Abdul Hadi tidak diambil, misalnya menangkap beliau dan dipenjarakan? Sekali lagi perkara itu tidak benar dan ia sengaja diada-adakan. Kalau benar tuduhan itu dan tidak diambil tindakan, bermakna kerajaan BN yang ditulangi Umno tidak bertanggungjawab dan begitu lemah sekali. Saya tidak nampak begitu, yang saya fikir Umno memang sengajakan isu itu berpanjangan kerana ia akan digunakan sebagai isu dan modal politik. Bukankah kerajaan Malaysia ini terutamanya pihak keselamatan cekap dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu isu yang memudaratkan kepada negara? Kalau isu paling mencabar dan bahaya seperti komunis dapat diselesaikan, kenapa isu amanat yang hanya berupa kata-kata itu tidak termampu mengatasinya. Logiknya kalau kejadian Memali itu disebabkan amanat Hadi kenapa Abdul Hadi dibiarkan. Bukankah untuk kita tidak membiarkan air membazir dan melimpah dari sesuatu paip itu kita menutup kepala paipnya? Sebab itu saya yakin seperti mana kata bekas menteri Umno dari Terengganu itu, amanat Abdul Hadi itu sengaja dibiarkan. Dan kalaulah ada kebenaran bahawa gara-gara amanat itu menyebabkan Melayu berpecah, bunuh membunuh, pulau memulau kesalahannya terpikul di atas bahu Umno selaku kerajaan. Umno yang bertanggungjawab bermula dari Mahathir Mohamad sampai ke Najib Razak hari ini. Nah, kegagalan Umno menyelesaikan isu amanat yang remeh temeh itu jelas menunjukkan ketidakupayaan Umno serta integriti sebagai sebuah kerajaan maka sudah sampai masanya untuk rakyat menukar dan menumbangkan parti nasionalis itu. Berbalik kepada saranan Ahmad Awang tadi agar Jakim menyelesaikan isu berkenaan dengan memanggil Abdul Hadi, saya tidak nampak ia akan berjaya. Selagi Umno masih berfikir kolot dan usang, menjadikan isu-isu berkaitan agama untuk kepentingan politiknya selama itulah ia akan dibiarkan. Hakikat kini terbalik Umno 'kecur' mengatakan PAS memperalatkan agama, sedangkan yang menyalahi agama adalah dia. Inilah sikap dan perangai buruk Umno yang mengamalkan teori politik matlamat mernghalalkan cara. Apa cara pun akan digunakan asalkan memberi kebaikan duniawi kepadanya. Parti politik seperti itu tidak mengira apakah ianya benar atau tidak, apa difikirkan ia boleh dimnfaatlkan. Politik sebeginilah ia tidak ubah seperti buaya tembaga yang akan membaham apak saja bangkai demi memenuhi tembolok bodohnya. Kalau Umno terus-terusan mengamalkan teori politik demikian dan mengambil pendekatan menggunakan apa saja isu (bangkai) untuk kemenangan lama kelamaan Umno akan ditolak oleh rakyat. Generasi muda dan mereka yang terpelajar hari ini sudah mula membuat perkiraan dan berfikir mereka bukan Umno tidak ada ada jasa selama ini tetapi dosa-dosanya makin jelas kelihatan bertompok-tompok di mana-mana saja. Maaflah Mat... Mat mana lagi Mat Maslanlah..., kerana harga saham Felda menjunam. [wm.kl.5:37 pm 01/01/13] | ||
Kalau Amanat Hadi Dibangkit Kenapa Memali Didiamkan? Posted: 31 Dec 2012 06:12 AM PST SEBELUM TENGAH MALAM Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?
Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan sengaja tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur. Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno dalam menopengkan elemen agama dalam politik. Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan. Isu itu ialah tragaedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libaya ditembak mati bersama 12 orang penduduk kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan kemesterian. Banyak perkara yang belum terjawab secara tuntas. Plot-plot yang dihidangkan kepada umum tidak logik dan meninggalkan simpulan tanda tanya besar di kepala dan buku nota sejarah. Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kesadisan pihak polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaaan UBN. Sebaliknya kalau dilihat dari versi polis yang jahat dan banduknya ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali. Akal manusia yang waras tidak menerima drama yang dinukilkan semula dari kejadian asal di Mukim Siong, Baling Kedah itu. Sesuatu kejadian itu boleh diputarbelitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuanya (producer). Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya terutamanya dramatik saat penduduk kampung dikepung kemudian ditembak. Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku, tidak mengetahuinya. Mungkin mereka tidak pernah pun mendengar perkataan Memali. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dekomentari mengenainya di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya. PAS sendiri seakan sudah terlupa dengan tragedi kejam itu. PAS Kedah sendiri sejak menang dan memerintah Kedah rasanya tidak begitu ghairah mengangkat kejadian itu atau merai keluarga mereka yang syahid dalam kejadian itu. Ataupun saya tidak mengetahuinya? Setelah PAS memerintah Kedah rasanya elok kalau kerajaan PAS mendirikan sebuah memorial di tempat kejadian itu sebagai kenangan sejarah. Ataupun kerajaan Kedah dengan keraja sama kerajaan Kelantan yang kini sedang membangunkan industeri filem Islam boleh filemkan tragedi berdarah Memali itu. Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata peralatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di Cina. Mesej apa yang hendak ditunjukkan? Apakah Musa Hitam yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri (KDN) sudah merasakan dirinya putih dengan kejadian itu? Walaupun kertas putih mengenai tragedi 27 tahun itu sudah didedah di Parlimen, namun itu secara formaliti saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya. Saya juga ada sedikit akses dengan kejadian itu. Semasa bertugas dengan akhbar Minggu Islam, KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan termasuk penerbitan kami. Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu? Sesuatu yang buruk boleh disembunyikan pada masa kejadian tetapi tidak tahun-tahun selepasnya. Ahli sejarahwan senantiasa peka dan akan menggali serta mencari jawaban sebenar. PAS sebuah parti yang baik. Yang menerima kejadian itu seadanya seperti mana disampaikan kerajaan. Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAS tidak berbuat begitu. Inilah bezanya PAS dengan Umno. Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya. PAS tidak tergamak menang secara pukul curi tetapi rela kalah dengan kebenaran. Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat. Tetapi kalau modal usang Amanat Haji Hadi itu terus diecer oleh Umno secara gila-gila, PAS juga mungkin boleh berfikir untuk ikut sama mengungkitkan tragedi Memali itu sebagai modal politik. Mungkin generasi lama sudah memaafi diatas pembunuhan itu tetapi generasi baru yang baru tahu akan kesadisan Polis dan kerajaan UBN termakan dengan isu berkenaan. Isu Memali itu boleh menyebabkan mereka akan murih dan mengatakan celaka kepada Umno. [wm.kl.10:10 pm 31/12/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan