Blog-list Malaysia |
- Remaja Mati Ditendang Polis
- Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?
- PRU-13: Tiada Lagi Teka-Teki
- Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu
- Populariti Fathul Bari Mengalahkan Ustaz Azhar Idrus..
- TERKINI - 400 ahli UMNO sertai PKR
Posted: 01 Jan 2013 01:02 AM PST PETALING JAYA 31 Dis: Seorang lagi mangsa kekejaman polis ketika menjalankan tugas. Kali ini, Mohd Azrul Zulkifli, 19, meninggal dunia akibat ditendang polis berpakaian preman. Kejadian berlaku berhampiran Petaling Jaya Selatan sekitar 3 pagi 25 Disember lalu. Rakan mangsa, Asmawi (gambar), 28, berkata, Mohd Azrul dan kira-kira sembilan lagi rakan lain yang membonceng lima motosikal ketika itu dalam perjalanan ke pusat karaoke sempena hari jadi mangsa. "Ketika lalu di jalan gelap, tiba-tiba dua motor tahan mereka. Mereka lari sebab takut ada orang cuba ragut atau rompak mereka. (Lagi pun) mereka berpakaian biasa," katanya menceritakan semula kejadian itu selepas dihubungi salah seorang rakan yang terselamat. Menurut Asmawi, polis yang mengejar berjaya menahan sebahagian dari mereka, manakala mangsa dan rakannya, Khairul Azri Sham Abu Kasim, 22, yang menaiki motor Honda EX5 sempat melarikan diri. "Awalnya jarak mereka dengan polis lebih kurang 500 meter. Tapi polis pakai (motor) Yamaha 135 LC, mesti dapat kejar. Kemudian polis tendang mereka. Arwah meninggal sebab kepala terhentak pada divider jalan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini. Beliau kesal laporan akhbar menyatakan Mohd Azrul meninggal akibat terlanggar pokok, dan polis kononnya gagal mengejar mereka. Memetik laporan Malay Mail 28 Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Tuah Masrom berkata, siasatan awal mendapati motorsikal Azrul hilang kawalan dan terlanggar pokok, dijumpai selepas polis meneruskan rondaan. Pagi tadi, bapa Mohd Azrul, Zulkifli Hashim, 49, bersama Khairul Azri ke IPD Petaling Jaya untuk memberi keterangan. Mereka diiringi Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan peguam keluarga mangsa, Yusmadi Yusoff. Siasatan mesti telus, adil Yusmadi dalam sidang media selepas itu mempersoal kenyataan polis berhubung kes berkenaan sebelum siasatan lengkap dibuat. "Ini tidak wajar. Ia hanya boleh disimpulkan selepas siasatan selesai…Kita harap kehadiran saksi utama, Khairul Azri yang ada di tempat kejadian mampu bantu siasatan. "Kita lihat apa kesimpulan polis, (antaranya) dari segi punca kematian. (Selepas itu) Kita akan ambil tindakan sesuai, seperti tindakan sivil jika ada asas," jelas Ahli Parlimen Balik Pulau itu. Bapa mangsa mahu polis bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya. Zulkifli pula gesa polis siasat kes secara terperinci dan adil. Beliau yang sugul enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semua urusan berkaitan kepada Yusmadi. - www.keadilandaily.com/ |
Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi? Posted: 01 Jan 2013 12:21 AM PST Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu? Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut? Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi? Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial. Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak. Dalam hal ini, Najib atau Zahid mesti bersuara dan memberitahu ketelusan urusniaga tersebut. Sebagai Perdana Menteri, Najib juga mesti meyakinkan rakyat tentang makna ketelusan yang sekalu disebutnya, era kerajaan betul segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai slogan yang molek-molek yang selalu disebutnya untuk menarik perhatian rakyat sebelum ini. Tiada guna sebenarnya Najib bercakap berbunga-bunga dan melontarkan slogan yang indah-indah setiap kali berucap di hadapan rakyat jika perbuatan beliau kerapkali bertentangan dengan apa yang diucapkannya. Di sebalik pelbagai pendedahan Deepak mengenai Najib dan Rosmah mengenai urusniaga tanah yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropeah Raja Abdullah sebelum ini, tiba-tiba diketahui umum bahawa Boustead telah membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh Deepak sebanyak RM30 juta iaitu RM13 juta untuk Raja Ropeah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta sebagai kos perniagaan dan RM2 juta untuk belanja guaman. Deepak kemudiannya memberitahu beliau diberi kata dua dan dipaksa menjual syarikatnya itu. Melalui pembelian secara paksa itu dan kemudian Deepak juga kemuungkinan dipaksa menggugurkan tindakan mahkamahnya, apa yang jelas ialah bahawa segala apa yang didedahkan oleh Deepak sebelum ini mempunyai asas kebenarannya. Walaupun Najib dan Rosmah yang dikaitkan dalam pelbagai pendedahan Deepak hanya berdiam diri, tetapi wujudnya usaha penyelesaian dengan menggunakan LTAT, sebuah tabung kewangan untuk askar pencen dan anak syarikatnya Boustead, untuk menutup segala tembelang yang didedahkan Deepak, turut memperlihatkan usaha terdesak Najib ke arah itu. Dengan isu yang ditumbulkan Deepak ini terus hangat menjadi bualan dan LTAT serta Boustead turut diserang untuk mendedahkan butiran dokumen urusniaga tersebut, tidak dapat tidak, yang paling wajar bersuara merungkaikan persoalan ini ialah Zahid Hamidi dan Najib sendiri. Jika Zahid sebagai Menteri Pertahanan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap LTAT dan Boustead tidak berani bersuara dalam hal ini, ia menunjukkan ada yang tidak kena serta sesuatu cuba disembunyikan dalam urusniaga yang dilihat lebih untuk menyelamatkan masa depan politik Najib dalam pilihanraya umum akan datang. Dan jika Najib selaku pihak yang dituduh secara langsung oleh Deepak dan sebagai Perdana Menteri yang boleh memberi arahan kepada Zahid atau kepada LTAT, juga berani bersuara, maka terbukti bahawa beliau yang merupakan "dalamg besar" di sebalik urusniaga yang mencurigakan itu. Jika dalam ucapan tahun baru 2013 yang disiarkan secara meluas malam tadi, Najib sekali lagi menggunakan kesempatan itu itu untuk merayu rakyat supaya terus bersama-sama dengan kerajaan dan memberi sokongan kepadanya mengemudi negara, tetapi jika persoalan mengenai urusniaga meragukan yang melibatkan LTAT ini tidak dapat dijawab bermakna tahun 2013 ini akan terus disemarakkan dengan angin perubahan yang lebih kuat lagi. Jika wang pencen askar pun sanggup dipergunakan untuk menyelamatkan diri, isteri dan kroni, terus memberi kuasa kepada Najib hanya memungkinkan lebih banyak skandal akan berlaku selepas ini. Inilah antara ketakutan rakyat. Zahid Hamidi pula, jika terus membisu seribu bahawa, hanya mengesahkan cakap-cakap yang banyak kedengaran sebelum ini bahawa keputusan meletakkannya sebagai Menteri Pertahanan tidak lebih hanya untuk menutup "pekung-pekung" Najib yang mungkin terdedah sepanjang beliau mengemudi kementerian itu sebelum ini. Untuk menafikan semua itu dan menjadikan permulaan tahun baru 2013 kelihatan manis, ceria dan penuh makna, Zahid Hamidi atau Najib dan lebih baik jika kedua-duanya sekali, dapat segera bersuara menjelaskan kepada rakyat mengenai urusniaga ini. - (SH 01/01/2013) |
Posted: 31 Dec 2012 08:54 PM PST TIADA lagi permainan teka-teki apabila pilihan raya umum pastinya akan diadakan pada tahun ini. Kehadiran tahun 2013 merupakan permulaan kiraan detik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), di mana tarikhnya menjadi perbualan hangat pemimpin politik dalam tempoh dua tahun lalu. Dengan hanya tinggal 17 minggu saja lagi sebelum penggal Dewan Rakyat tamat pada 28 April ini, semua parti politik bersedia menghadapi pilihan raya yang dianggap paling sengit. Tarikh pembubaran parlimen masih menjadi persoalan kepada semua dan hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri sejak 2009 mengetahui bilakah pilihan raya akan diadakan. Namun Mac dilihat sebagai waktu sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR sudah 100% bersedia menjelang penghujung Februari, ia merupakan tarikh akhir untuk menyiapkan segala persiapan untuk pilihan raya seperti menjamin penggunaan dakwat kekal buat pertama kalinya. Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menyelesaikan lawatan kerja ke luar negara terakhir selewat-lewatnya bulan depan (Februari). Selepas itu mereka akan berada di dalam negara untuk membuat persiapan terakhir menjelang pilihan raya, kata sumber. Jadual perjalanan Najib ke luar negara termasuklah Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland manakala Muhyiddin akan melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) bulan ini. Najib pada ucapan Tahun Barunya turut menyentuh kejayaan yang dicapai kerajaan pada tahun lalu, dan ucapan itu didengar oleh 13.1 juta rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi pada pilihan raya umum dalam masa terdekat. "Kerajaan dan saya sendiri tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat. "Beri kami mandat jelas dan kami berjanji untuk memenuhi kepercayaan anda dengan cara terbaik bagi membina negara Malaysia untuk semua. "Malah buat masa ini, ia terbukti bahawa kami sudah memenuhi segala janji dan komitmen," kata Najib. Muhyiddin dalam ucapan Tahun Barunya menggesa rakyat untuk menyokong kerajaan dalam usaha meletakkan Malaysia di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Tahun Baru ini menjanjikan sesuatu yang menarik kerana parti itu akan berdepan pertempuran hidup atau mati. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ibu pejabat bersedia mengeluarkan arahan kepada peringkat bahagian untuk bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja. "Ia seperti bersedia untuk peperiksaan; kami sudah melakukan persediaan asas dan sedang menunggu semboyan daripada Perdana Menteri," kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S.Murugesan. Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memasuki tahun 2013 dengan semangat yang membara. Satu perhimpunan besar oleh Pakatan dijangka menghangatkan arena politik negara menjelang pilihan raya. - mstar.com.my |
Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu Posted: 31 Dec 2012 05:48 PM PST SHAH ALAM - Sinar Harian sedia menawarkan platform kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu amanatnya yang kembali jadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu. Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesediaan itu adalah demi menyatupadukan rakyat negara ini terutama penyokong Pas dan Umno yang saling tuding menuding sejak 31 tahun lalu. Menurutnya, akhbar itu yang terkenal dengan prinsip Telus & Tulus sedia memberi ruang sepenuhnya kepada Abdul Hadi. "Jika beliau mahukan siaran langsung, kita boleh sediakan ruang menerusi siaran Sinar TV di www.sinarharian.com.my. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan. "Demi agama, bangsa dan negara, kita buka peluang seluas-luasnya kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut," katanya. Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf menjelaskan, peluang untuk membuat penjelasan mengenai sesuatu isu yang jadi polemik serta mencetuskan kontroversi menerusi Sinar Harian atau apa sahaja media terbitan syarikat itu, bukan hanya dibuka kepada Abdul Hadi atau pemimpin Pas tetapi juga kepada semua parti politik termasuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). "Matlamat kita adalah untuk menghentikan persengketaan, tuduh menuduh serta membuang segala kekeruhan. Biarlah apa yang kusut kita rungkaikan menerusi penjelasan seperti ini supaya kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni di tanah air bertuah ini," katanya. |
Populariti Fathul Bari Mengalahkan Ustaz Azhar Idrus.. Posted: 31 Dec 2012 07:49 AM PST |
TERKINI - 400 ahli UMNO sertai PKR Posted: 31 Dec 2012 04:00 AM PST KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah. Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi. Katanya lagi, beberapa cawangan PBS dan UMNO yang keluar dan menyertai parti Pakatan Rakyat ialah iaitu PBS cawangan Shing Kee di ketuai Dalius Lusius Lobinting; cawangan Bangsawan Osman Jambu; Pemuda Bahagian Karamunting Suhardi Awang; Wanita bahagian PBS Faridah Selamat; PBS Karamunting Baru Atang Usop; PBS Cawangan Kg Segaliud Kalana Hj Basah; PBS Cawangan Kg Gas, Imam Abdul Rahman Asan; PBS Cawangan Kg Gas Tengah Nasib Jaapar dan Cawangan UMNO Kampung Tinosa II Manguna Hamzah. Anwar berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen KeAdilan Rakyat Gabungan Cabatan Parlimen Libaran dan Batu Sapi dan majlis Penyerahan Borang-Borang Keahlian kemasukan ke PKR yang dilangsungkan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan petang kelmarin. Katanya, rakyat sudah bosan dengan janji-janji manis para pemimpin BN/UMNO yang banyak menabur janji tetapi yang ditunaikan tidak sampai 40 peratus itupun hanya kroni-kroni mereka sahaja yang mendapat keistimewaan, yang selebihnya telah dianak tirikan. "Seperkara lagi saya ingin tegaskan, sesiapa saja diletakan calon; sama ada di kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar; sama ada daripada PKR, DAP, PAS dan SAPP yang bertanding pada PRU 13 nanti; semua anggota parti PR, wajib saling bantu membantu untuk mempastikan calon-calon daripada pembangkang memperoleh kejayaan dan merampas semua kerusi milik BN/UMNO," tegasnya. Program yang dimulakan dari jam 1.30 dan berakhir jam 5.40 petang telah dihadiri seramai 4,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, DAP, PAS dan SAPP. Turut Hadir ialah Tan Seri Ibrahim Ninuddin, Zuraidah Kamaruddin Ketua Wanita KeAdilan Malaysia dan Ketua Sri Kandi Cabang Semporna Nazmahwati Walli. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan