Biaqpila |
- Fitnah Husam : Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi
- CARA BERAK YANG MEMBAHAYAKAN DIRI
- LAWAK FELDA JALAN GURNEY
- RAIS YATIM DAN UMNO DOK TUNGGU APA LAGI?
Fitnah Husam : Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi Posted: 03 Jan 2013 02:00 PM PST KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini. Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo. "Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily. Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. |
CARA BERAK YANG MEMBAHAYAKAN DIRI Posted: 03 Jan 2013 06:36 AM PST Ketahui Beza Buang Air Besar: Bercangkung VS Duduk Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan. Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu. Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat. Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah di bawah ini. Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain. Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung. Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung. Sumber myberita |
Posted: 02 Jan 2013 08:00 PM PST DEY MACHA!!! LAWAK TAHUN BARU 2013 DARI ANJUNG FELDA JALAN GURNEY KAH! KAH! KAH! BIG MAMA PUN TANGKAP NANGIS KALAU TENGOK SEMUA BANNER NI BETAPA CINTANYA DEPA PADA PM NAJIB KAH! KAH! KAH! |
RAIS YATIM DAN UMNO DOK TUNGGU APA LAGI? Posted: 02 Jan 2013 05:00 PM PST Amanat: Penjelasan 'live', Umno tunggu apa lagi? KUALA LUMPUR: PAS mendesak Umno untuk segera memberikan ruang kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang muncul secara langsung di televisyen bagi menjelaskan polemik berkaitan isu 'Amanat Hadi'. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Umno sewajarnya tidak perlu berlengah selepas Presiden PAS itu telah menyatakan hasrat mahu membuat penjelasan secara langsung sama ada di saluran RTM ataupun TV3. Sebelum ini katanya, Umno bertali arus menggunakan seluruh saluran mereka menyerang Tuan Guru Abdul Hadi dengan mencabar Presiden PAS itu menjelaskan 'amanat' yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun dahulu di Banggol Peradong. "Umno nak tunggu apa lagi? Ustaz Hadi sudah buat permintaan. Segerakan kemunculan Presiden PAS di TV1 dan TV3. "Saya harap akan ada suatu tindakan dalam masa yang terdekat untuk menunjukkan komitmen mereka," katanya kepada Harakahdaily. Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, Umno kini dilihat tersepit dengan permintaan Presiden PAS itu sehingga terpaksa mencipta pelbagai alasan untuk mengelaknya. Malah katanya, Umno kini dilihat cuba 'mencuci tangan' dengan meletakkan pula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta mufti untuk berdepan dalam isu ini. "Umno jangan guna institusi agama termasuk mufti untuk menggagalkan permintaan Ustaz Hadi ini. "Taktik ini samalah seperti yang digunakan untuk membatalkan Debat PAS-Umno pada tahun 1985," katanya lagi. Najib wajar dijemput Sebelum ini ketika bercakap kepada Sinar Harian, Salahudin secara sinis mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipanggil bersama dalam forum yang dicadang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Salahudin berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di televisyen bersama Ustaz Hadi adalah lebih baik. Bagaimanapun, Salahuddin berkata, jemputan dibuat itu adalah perkara kedua, yang penting bagi PAS penjelasan amanat presiden perlu dibuat secara langsung di televisyen. Dalam laporan media kelmarin, Rais berkata, tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam satu forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Ustaz Hadi bagi memperjelas amanatnya. Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita." HD |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan