Anak Sungai Derhaka |
- Kantoi!! Ahli 'PAS' yang demo depan Pejabat Karpal Singh pakai 'T' Shirt Janji ditepati
- Video Pemuda UMNO Johor mengganas di ceramah Nik Nazmi tersebar.. Saksikan!!
- Demo di hadapan pejabat Karpal Singh : PAS Pulau Pinang tidak terlibat dengan demo ini..
- Listen Listen Listen.. Ini Video Kenyataan Media Sharifah Zohra Jabeen.. Saksikan!!
- Apa Khabar Makcik dan Pakcik Felda sekarang?
Kantoi!! Ahli 'PAS' yang demo depan Pejabat Karpal Singh pakai 'T' Shirt Janji ditepati Posted: 22 Jan 2013 08:05 AM PST Ramai mungkin yang tidak menyedari bahawa salah seorang dari beberapa individu yang mendakwa diri mereka adalah ahli PAS Pulau Pinang yang mengadakan demo dihadapan pejabat Karpal Singh pagi tadi mengenakan 'T' Shirt 'Janji Ditepati'. Gambar di atas mungkin kurang jelas yang mana satukah individu yang dimaksudkan itu kerana kemeja yang dikenakan bagi melindungi 'T' Shirt tersebut masih berkancing dengan rapi. Bagaimanapun ianya terselah jika diperhatikan pada gambar di bawah.. Dan gambar dari BERNAMA di bawah ini lebih terserlah 'T' Shirt 'Janji ditepati' yang dipakai oleh lelaki itu.. Ini 'Janji Ditepati'... Yang ini lebih jelas... Kalau nak menyamarpun.. janganlah pakai 'T' Shirt 'Janji ditepati' Najib tu... pasal penyokong PAS rasanya tak ada yang rela nak pakai 'T' Shirt 'Janji ditepati' Najib tu.. kan dah kantoi... Berapa upah agaknya yang depa kat dalam gambar tu dapat untuk memperbodohkan diri sendiri agaknya? Laporan lengkap mengenai demo manusia-manusia yang mengaku ahli PAS ini sila baca di ( SINI ) |
Video Pemuda UMNO Johor mengganas di ceramah Nik Nazmi tersebar.. Saksikan!! Posted: 22 Jan 2013 03:35 AM PST Dalam video yang kedua dari tiga siri video yang disiarkan ini anda akan menyaksikan bagaimana sekumpulan remaja hasil didikan UMNO/BN menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin.. Serangan ala samseng dan kempen politik ganas terhadap program ceramah Pakatan Rakyat di Stualang, Johor ini telah berlaku pada malam 15 Januari lalu. Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad "Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam, berjalan ke flat dan dihalang sekumpulan lelaki berbaju Umno BN. Mereka enggan benarkan kami masuk,". "Mereka turut memaki dan menghambur kata-kata kesat kepada kami. Selepas berbincang dengan polis, kami berundur untuk meredakan keadaan. "Kami cuba masuk menerusi pintu lain tapi terus dihalang. Malah, saya turut ditendang. Apakah ini yang dikatakan pemuda Melayu dan Islam?" soal Nik Nazmi. Menurutnya lagi, kereta anggota KEADILAN yang mengiringinya kemek ditendang. Turut kelihatan dalam video, beberapa kanak-kanak dan wanita. Manakala seorang lelaki dewasa rapat ke pintu kereta dan memegang cermin sambil memberi kata-kata amaran. Justeru, satu laporan polis dibuat Nik Nazmi 16 Januari lalu di Balai Polis Majidee, Johor Bahru ditemani Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru, Tan Poh Lai bersama anggota KEADILAN Pasir Gudang, Gelang Patah dan aktivis PAS tempatan. "Kami datang atas undangan penduduk tempatan melalui Cabang Johor Bahru. Mereka mengalu-alukan program KEADILAN kerana kawasan ini tidak pernah diadakan program Pakatan," kata Ahli Dewan Undangan Seri Setia itu. |
Demo di hadapan pejabat Karpal Singh : PAS Pulau Pinang tidak terlibat dengan demo ini.. Posted: 22 Jan 2013 12:23 AM PST PAS Negeri Pulau Pinang tidak terlibat dengan sebarang penganjuran demonstrasi aman di hadapan yang dijadualkan akan diadakan di hadapan Dewan Sri Pinang jam 9.00 pagi ini. Itu kata Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man semalam bila diminta mengulas sistem pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa individu yang mendakwa ahli PAS mengajak semua ahli dan penyokong PAS menyokong keputusan Majlis Syura dan mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya senyap berhubung isu kalimah Allah kepada Harakahdaily "Ahli dan penyokong PAS kena akur apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS. "Kita harap jangan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengajak ahli dan penyokong PAS berhimpun tanpa usul periksa kerana kita ada cara tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut ekoran ketidakfahaman bukan Islam berkaitan isu kalimah Allah," jelasnya. Hari ini.. Demo telah diadakan tetapi tempat lokasi telah ditukar dari hadapan Dewan Sri Pinang kepada hadapan Pejabat Karpal Singh..
Hmm.. tak habis-habis Hafiz Mohd Nordin.. Bila dah jadi bekas tu.. tak payahlah guna nama PAS lagi.. gila talak ke? Dengar cerita esok ada demo lagi pasal isu ini di Sabak Bernam pula.. |
Listen Listen Listen.. Ini Video Kenyataan Media Sharifah Zohra Jabeen.. Saksikan!! Posted: 21 Jan 2013 08:55 PM PST Sebelum ini Sinar Harian telah menyiarkan kenyataan dariPengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah mengenai isu video yang telah mencetuskan kontroversi yang melibatkan dirinya dan seorang Mahasiswa KS Bawani. Antara kenyataannya ialah.. "Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut. "Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan. Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar. Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi 'fenomena'. "Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M ~ sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Dan berikut adalah video semasa beliau mengadakan kenyataan media tersebut.. |
Apa Khabar Makcik dan Pakcik Felda sekarang? Posted: 21 Jan 2013 07:49 PM PST Apa khabar agaknya sekarang Makcik dan Pakcik Felda yang terlalu percayakan akan janji-janji Najib mengenai penyenaraian ini? Nak kata apa lagi?? Nasi sudah menjadi bubur.. seperti lirik lagu kebanggan UMNO .. "Air mata darah, bercampur keringat... Bumi dipijak kini milik orang......" Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam. Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian. Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar. Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank. Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin. Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011. Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI. Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor "risiko". "Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya," katanya. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH). Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya. Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP ~ Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan