Selasa, 22 Januari 2013

Addin

Addin


Gambar Ustaz Nasha Bersama Rombongan PM Ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 08:14 AM PST


Alhamdulillah... Best depa boleh ikut PM....jika bang Zul kita tak kesah laa...nie Abang Nasa pun follow sekali....Nak kata tak berapa nak kena dia pie bawah Yayasan Al Qud dia... 

Namun bila dilihat sekarang nie kirs dis pie dengan Najib nie mudah2an dapat la politikal millage kat Najib dalam Umno dok nyawa2 ikan nie....

Puak Pakatan dok kira nak ke Putrajaya namun Abang Nasa nie kira nak pertahankan Putrajaya lah kot sebab kerap sangat dengan bang Najib.....


Masa nie nak sembang bab wala' dan fikrah perjuangan pon dah tak guna dah aihh....

Sendiri pakat pikiaq laaa....

~kedahlanie



Iklan C (ii)







Panas!! Pegawai HEP Belasah Pelajar Perak Di Mesir

Posted: 22 Jan 2013 07:01 AM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.

Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.

Setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut. Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di pejabatnya.

Setelah perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali adalah apabila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.

Setelah itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat HEP tersebut. Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.

Dengan tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada Wisma Darul Ridzuan B.

Rentetan daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan maaf di atas kelakuan beliau.

Seluruh tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan beliau mempunyai kredibiliti serta moral sebagai seorang pegawai yang diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik semata-mata.

Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.

Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.

Mari sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013



Iklan C (ii)







Nah!! Senarai Kekalahan Utusan Malaysia Dalam Kes Saman Fitnah

Posted: 22 Jan 2013 06:25 AM PST


Nah!! Inilah senarai kekalahan akhbar fitnah no. 1 negara, utusan malaysia.Anda lihat dan nilah sendiri prestasi fitnah akhbar umno ni..



Iklan C (ii)







Gempar!! Bank Islam Ugut Dan Ganggu Pegawainya?

Posted: 22 Jan 2013 03:51 AM PST

KUALA LUMPUR 22 Jan: Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, laporan polis yang dibuat Bank Islam ke atasnya adalah taktik ugutan dan gangguan."Ini hanyalah taktik ugutan dan gangguan terhadap saya. 

Saya tidak melihat mengapa perkara ini bertukar menjadi kes polis."Saya menegaskan dakwaan yang terkandung dalam laporan polis dibuat oleh majikan saya bukannya tentang apa-apa kesalahan jenayah. Azrul"Paling penting, ia hanya satu perkara sivil yang kini merupakan subjek siasatan dalaman antara majikan saya dan diri saya," katanya dalam kenyataan kepada Keadilan Daily.

Bank Islam sebelum ini membuat laporan polis terhadap Azrul atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.Menurut Ketua Jabatan Sumber Manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam, dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

Laporan bertarikh 18 Januari itu menyebut Jamilah mendakwa Azrul menyalin dokumen 'sulit dan sensitif' terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak ketiga. ~keadilandaily





Iklan C (ii)







Umno Makin Jijik.. Ini Buktinya

Posted: 22 Jan 2013 01:23 AM PST

KUALA LUMPUR 22 Jan: Kemunculan pengundi baru yang mendadak di Selangor dengan sejumlah besarnya tidak dapat dikesan, membuktikan komplot Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Umno BN akan berterusan bagi merampas negeri itu.Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, taktik lapuk SPR itu akan dipatahkan dengan kerjasama rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dan adil."Sehingga kini, kita masih menggunakan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) untuk mengesan pengundi hantu.

Proses culaan tetap berjalan hingga ke hari ini bagi memastikan senarai pengundi dapat dikesan," kata Ketua Wanita KEADILAN itu."Rakyat diperlukan untuk bersama-sama menjadi sukarela sebagai pemerhati pada hari mengundi. Kalau ramai yang berkawal, SPR dan polis atau pihak bersekongkol dengan Umno BN takut untuk menipu," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan peningkatan luar biasa jumlah pengundi baru di Selangor mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan.Ekoran itu, Anwar yakin SPR akan mengulangi penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberi contoh kes di kawasannya."Masalah itu akan tetap berlaku walaupun SPR menafikan. Sebab itu kami di Ampang ada kumpulan 'ghostbuster' bagi mengenal pasti pengundi hantu."Di Ampang ada 15,000 pengundi baru, tapi setakat ini ada lebih 1,000 pemilih yang kita tidak dapat kesan. Usaha mencari masih diteruskan sehingga pilihan raya," jelasnya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)






Kantoi!! Pembohongan BERNAMA Terbongkar..

Posted: 21 Jan 2013 09:42 PM PST


Kerja membodohkan rakyat oleh BERNAMA terbongkar apabila kiraan kehadiran Najib oleh sekitar 50,000 orang, bandingkan bagaimana mereka berikan angka kehadiran Himpunan Kebangkitan Rakyat, 45,000 orang je?

Kalau nak suruh rakyat ikut jadi bodoh macam korang agak-agaklah weiii.... BERNAMA tak serik-serik nak memperbodohkan rakyat sekalipun telah banyak kali "tembelang" penipuannya didedahkan.Sama saja tarafnya dengan Utusan Malaysia.





Iklan C (ii)






70 Tahun Solat Salah Kiblat

Posted: 21 Jan 2013 06:49 PM PST

MELAKA TENGAH - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat.Imam satu Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kesalahan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar yang sepatutnya mencondong ke kiri berlaku sepanjang usia masjid itu.

Menurutnya, ia mula dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan, sekali gus mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim)."Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid mula dibina sejak tahun 1940-an.Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini."Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul," katanya.Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

"Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat," katanya.Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

"Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat."Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru," katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)








Lihatlah!! Penghinaan Yang Wajar Buat Utusan Malaysia..

Posted: 21 Jan 2013 05:46 PM PST


Sebelum ini pernah didedahkan di MiLo SuaM bagaimana Utusan Malaysia diedarkan secara percuma di Kedah dengan tajaan pihak tertentu memandangkan jualannya sudah merudum teruk rujuk sini ~ Utusan Malaysia percuma.

Difahamkan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu rupanya turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa, UIAM dengan tajaan pihak tertentu.Almaklumlah, kalau nak jual sudah tiada lagi orang nak beli, siapa nak beli akhbar kaki fitnah betul tak? Mahu tak mahu terpaksalah edar secara percuma.

Namun apa yang lucunya, sudah diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah...Perkara ini didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca yang barangkali merupakan pelajar di UIAM.

Beliau menyaksikan sendiri, banyak longgokan akhbar Utusan Malaysia yang tidak diusik di salah sebuah kolej di Universiti tersebut.Beliau sempat mengambil gambar sebahagian daripada longgokan-longgokan akhbar Utusan Malaysia itu.

Menurutnya lagi,  longgokan-longgokan yang, lain sudah dibawa keluar oleh pekerja pembersihan (makcik cleaner) di situ barangkali untuk dijual di pusat kitar semula.Semalam, sekali lagi Utusan Malaysia menanggung akibat di mahkamah hasil daripada fitnah isu LGBT akhbar milik Umno itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan beliau dicemuh dan dipandang hina.Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala ganti rugi akan ditetapkan pada 15 Februari. Hakim turut marah kerana akhbar Utusan Malaysia gagal untuk mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggung jawab.

Utusan Malaysia memfitnah kononnya Anwar Ibrahim mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan menuduh Anwar mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT). ~milosuam




Iklan C (ii)






"Saya Tak Minta Untuk Di Maafkan" - Bawani

Posted: 21 Jan 2013 03:55 PM PST

SHAH ALAM - Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani menegaskan video 24 minit yang dimuat naik di Youtube itu, adalah video sebenar dan tidak diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu berkata, Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M),Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu memaafkan beliau kerana beliau tidak minta untuk dimaafkan. 

"Seperti yang saya tegaskan, saya tidak minta dimaafkan dan saya juga tidak mendapat permohonan maaf daripada beliau. "Saya rasa paparan video itu tidak diputarbelitkan, dan pada masa itu ada lebih 2000 pelajar yang boleh memberitahu perkara sebenar," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, isu utama adalah tentang kebebasan bersuara oleh mahasiswa bukannya kehangatan video itu dibincangkan. Kelmarin, Sharifah Zohrah memberitahu yang beliau telah memaafkan Bawani dan pemimpin politik yang keras mengutuknya secara sengaja ataupun tidak sengaja. 

Katanya, beliau kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik dirinya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut dan menyifatkan kenyataan seperti ini sebagai tidak profesional. ~sinar harian



Iklan C (ii)






Tiada ulasan: