Anak Sungai Derhaka |
- #Listen : Sharifah Zohra Jabeen maafkan semua yang mengutuknya..
- Kajiselidik yang menambahkan pening kepala Najib.
- Billboard Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami? menyambut Najib di Kota Bharu..
- Bible diedar kepada pelajar Sekolah Menengah, laporan Polis dibuat.
#Listen : Sharifah Zohra Jabeen maafkan semua yang mengutuknya.. Posted: 20 Jan 2013 04:45 AM PST Yang dituntut meminta maaf dari KS Bawani ialah Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah kerana beliau menghina Mahasiswa tersebut tapi sekarang ianya sudah terbalik.. Yang menghina pula memaafkan yang dihina.. apa cerita perempuan nih? Baca ni... Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini. |
Kajiselidik yang menambahkan pening kepala Najib. Posted: 20 Jan 2013 02:41 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin terpaksa melepaskan jawatannya jika gabungan Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya gagal memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen, kata badan tinjauan bebas Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel). "Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau perdana menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku (Abdul Rahman), pada Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga," kata pengarah Umcedel Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dipetik dari Sinar Harian Online. Hasil kajian Umcedel baru-baru ini menunjukkan mustahil bagi BN memenangi semula majoriti tradisi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini dan perkembangan semasa. Menurut badan bebas itu lagi, Najib hanya mampu membawa BN untuk mengekalkan status quo. "Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat (PR) 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus "Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo. "Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira," katanya. Menurut Mohammad Redzuan lagi, Najib adalah satu-satunya perdana menteri yang masuk ke gelanggang pilihan raya tanpa dapat melakukan persempadanan semula kerusi pilihan raya dan ini adalah satu kekurangan kepada ahli parlimen Pekan itu. "Disebabkan persempadanan semula itu Umno mendapat majoriti kerusi. Bukan undi. Buktinya Abdullah Badawi popular 64 peratus tetapi kerusi 90 peratus (pada 2004). Tetapi Najib adalah perdana menteri pertama yang memasuki pilihan raya tanpa persempadanan (semula bahagian pilihan raya)," katanya. Beliau yang juga Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya itu mengatakan PR sudah merapatkan jurangnya menghampiri BN. "Kali ini kalau yang keluar mengundi lebih 82 peratus, maknanya semua ramalan akan salah. Katakanlah keluar mengundi 90 peratus, ada yang tidak kena. Itulah yang menyebabkan orang turun beramai-ramai pada 12 Januari lalu. Bagi parti pembangkang, pilihan raya ini buat penat sahaja," katanya lagi. PRU 13 perlu diadakan selepas mandat BN tamat pada 28 April akan datang. Akan tetapi ramai pihak yang menjangkakan ianya akan diadakan lebih awal disebabkan ada beberapa negeri yang akan habis mandat pada akhir Mac seperti dewan undangan negeri Johor yang akan terbubar secara automatik pada 21 Mac dan Negeri Sembilan pada 26 Mac. Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu. The Malaysian Insider |
Billboard Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami? menyambut Najib di Kota Bharu.. Posted: 19 Jan 2013 09:39 PM PST Salah satu banner yang didirikan bagi menyambut kunjungan Najibdan Rosmah Mansor ke Kota Bharu, Kelantan hari ini demi mengemis simpati dan undi dari rakyat Kelantan agar beri beliau mandat untuk 5 tahun lagi memerintah negara. Laporan berkaitan.. KOTA BARU, 20 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi. Apa kata rakyat Kelantan pula.. |
Bible diedar kepada pelajar Sekolah Menengah, laporan Polis dibuat. Posted: 19 Jan 2013 08:22 PM PST Perkara membabitkan soal agama sepatutnya dipandang serius olih semua pihak lebih-lebih lagi mendakwah agama lain kapada orang orang beragama Islam, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyalahi undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutian Perkara 11(4). Kerajaan Negeri memandang serius kejadian yang dilaporkan dalam akhbar tempatan kelmarin sepertimana dilaporkan terdapat 2 orang yang tidak dikenali dipercayai sedang mengedar bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar termasuk pelajar-pelajar Islam di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong. Saya difahamkan pelajar tersebut sudah membuat lapuran polis dan saya telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang Dato Hj Abdul Rahim Hanafi untuk mendapat pengesahan. Pihak polis telah mengesahkan menerima lapuran dan siasatan sudah dimulakan. Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan segera menyiasat insiden ini dan mengambil tindakan membawa mereka yang melakukan kesalahan undang-undang ke mahkamah. Ini akan mengelakkan spekulasi dan apa-apa andaian masyarakat yang mungkin timbul atau segaja ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya juga ingin menyeru agar semua pihak mengambil sikap bertanggungjawab dan jangan menimbulkan ketegangan agama dengan tidak melakukan perkara seperti ini dan saya ingin menasihati masyarakat Islam khasnya menyerah kepada pihak yang berkuasa seperti PDRM dan JAIPP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya juga akan meminta JAIPP menyiasat insiden ini dan jika terdapat usaha-usaha seumpama ini supaya mengawasi dan mengambil tindakan segera. * Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 20 JANUARI 2013* |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan