Ahad, 20 Januari 2013

Addin

Addin


Anwar Mengeteh Bersama Penyokong Pakatan Rakyat

Posted: 20 Jan 2013 08:03 AM PST


SHAH ALAM 20 JANUARI: Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi, sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat.

Meskipun program bertembung dengan perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dengan Pahang, namun, kehadiran ramai itu menunjukkan rakyat dahagakan maklumat sebenar dari pemimpin Pakatan.Meskipun hanya duduk di tepi jalan, tanpa khemah berbumbung yang selesa, kehadiran rakyat berbilang kaum, pelbagai lapisan usia dan latar belakang melambangkan semangat untuk melakukan perubahan politik yang tinggi.

Puluhan warung niaga 'pasang siap' juga didirikan manakala meja makan di Medan Selera Seksyen Seksyen 17 penuh 'ditempah' hadirin, yang 'sambil-sambil' makan, turut  mendengar ceramah.Antara pimpinan Pakatan yang berucap ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga Shah Alam dilihat sibuk mengedar kalendar, risalah, pemegang kunci dan Selangor Kini.Suasana menjadi gamat sebaik ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim,  namun Ketua Umum KEADILAN itu tidak terus ke pentas ceramah sebaliknya meluangkan masa 'mengeteh' bersama petugas dan aktivis KEADILAN serta penduduk setempat di warung berdekatan.

Kehadirannya menjadi tumpuan, malah orang ramai mengambil peluang bersalaman dan merakam gambar sekali gus membuktikan pimpinan Pakatan, mudah didekati. ~keadilandaily





Iklan C (ii)





Sharifah Zohra Maafkan Bawani

Posted: 20 Jan 2013 05:57 AM PST

SHAH ALAM -  Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan beliau sudah pun memaafkan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video baru-baru ini.Menurutnya, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan-kenyataan pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja."Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

"Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi 'fenomena'.

"Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M."Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya."Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik," katanya.

Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti 'listen, listen, listen'."Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga," katanya.

Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan."Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, AIDS dan rogol.

"Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak," katanya.  ~sinar harian



Iklan C (ii)





Gambar Yang Menyakitkan Hati Najib.. Saksikanlah!!

Posted: 20 Jan 2013 04:03 AM PST


Listen..Listen..Listen.. Mana Royalti Kami? Jikalau Najib lihat banner pasti menyakitkan hatinya. Banner ni di rakamkan di sekitar Kota Bharu, Kelantan sebagai menyambut kedatangan Najib di karnival "Janji Di Capati"..

Addin :

Najib, ada ko bagitau tuan rumah ke nak buat karnival ni? Ke main redah je?





Iklan C (ii)





Mahathir Boleh Di Siasat Bawah Akta Hasutan - Prof. Aziz Bari

Posted: 19 Jan 2013 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Jan: Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.Beliau mengulas syor Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta 'pendatang asing' di Persekutuan Tanah Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan."MCA dan MIC patut kutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah,"Mahathir boleh disiasat di bawah Akta Hasutan sebab ini mempertikai kedudukan bangsa lain dan boleh menimbulkan rasa tak selesa (pelbagai kaum)," ujar pakar undang-undang ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bahawa media cuba mensensasikan prosiding RCI berhubung pemberian kewarganegeraan di Sabah."Apakah Musa merasa kedudukan Umno dalam bahaya maka dia mengatakan isu itu telah disensasikan?

"Tujuan suruhanjaya diraja itu sendiri adalah untuk menyiasat sesuatu isu penting. Prosidingnya sama seperti prosiding mahkamah, boleh dilaporkan dalam media tanpa sekatan," tegas beliau."Apa guna sebuah RCI, yang dibiayai oleh wang rakyat, jika prosidingnya disembunyikan?," tambah beliau.

Malah katanya, Musa boleh diheret ke depan RCI atas tuduhan menghina suruhanjaya itu, sekiranya tidak berhenti membuat sebarang kenyataan.

Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri."Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan," .

"Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu," tegasnya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Mahathir Biadap, Buta Sejarah - Prof. Aziz Bari

Posted: 19 Jan 2013 10:58 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,""Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British.

Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,""Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir," ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily."Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu."Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan."Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja," tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata "Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan."Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura.

Perkara ini berlaku di seluruh dunia," tegas Aziz."Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi."Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini.

Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku," ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction. ~keadilandaily




Iklan C (ii)






Kisah Sebenar Sharifah Zohra Terbongkar

Posted: 19 Jan 2013 09:02 PM PST

JOHOR BAHRU - Kepimpinan Puteri Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengaitkan moderator kontroversi Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan parti berkenaan.Ketuanya, Rohaini Datuk Syed Ibrahim berkata, Sharifah Zohra merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan bagi sesi 2010/2012 dan tidak lagi menyertai Kimma selepas jawatan berkenaan diisi oleh individu lain.

"Apa yang diucapkan oleh beliau ketika forum berkenaan berlangsung sebagai Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Tugasnya sebagai Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan tamat pada April 2012 yang lalu."Jadi beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan Kimma lagi. Saya minta parti pembangkang tidak memperbesar-besarkan isu ini.

Jangan jadikan isu ini sebagai agenda untuk mengalih perhatian menjelang pilihan raya umum (PRU) yang bakal tiba tidak lama lagi."Bukan cara ini untuk menarik perhatian para pengundi," katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemangkin Iltizam Pergerakan Puteri Kimma negeri Johor di Savannah Hill, Sungai Tiram, di sini, semalam.

Klip video selama 24 minit yang dimuatkan itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di akhir forum berkenaan.

Dalam satu laman sesawang pembangkang mengatakan Sharifah Zohrah Jabeen selain menyandang  Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu, beliau  juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan.

Beliau secara peribadi berpendapat, Sharifah Zohra seharusnya menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya dengan profesional dan penuh berhemah serta tidak menggunakan emosi semata-mata ketika  melontarkan jawapan ke atas seorang pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani, bulan lalu.

"Golongan muda perlu diberi input yang sesuai dan sebagai pemimpin beliau perlu bijak untuk mengawal keadaan dan menggunakan pendekatan yang terbaik. Jangan gunakan emosi kerana itu tidak dapat menyelesaikan masalah," katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)





Tiada ulasan: