Sabtu, 12 Januari 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Cerita Presiden R

Posted: 12 Jan 2013 04:30 AM PST

[1]
Program rapat umum Countdown HKR di Penang dan Perlis, penganjur memberikan slot kepada R. Gua mewakili R dijadualkan menyampaikan penerangan.

Malangnya 6 Januari adalah tarikh jangka anak kedua gua. Maka tiadalah berani gua nak jauh dari KB.

[2]
Mesyuarat R memutuskan menghantar wakil lain. Bernama X. Seorang CEO GLC yang setaraf dengan Presiden R. Orangnya baik. Jenis cool. Cuma N3 ini bertujuan menjelaskan satu sisi lain. Mungkin bermanfaat kepada anak muda yang akan memimpin di masa hadapan.

[3]
Sepatutnya, aktivis R dari Kelantan mahupun R mahasiswa di negeri penganjur mengiringi penceramah R.

Uniknya R ini ialah rata2nya anak muda yang 'gila2'. Apabila X dijadual, kesemua anak muda R keberatan untuk follow.

Sehinggakan keluar rasa kesal dari rakan X bahawa aktivis R tidak mahu beri kerjasama. Akhirnya X pergi berseorangan dari Kelantan.

[4]
X orang yang baik. Menjaga solat. Mudah menghulurkan bantuan dan sebagainya. Cuma dilihat elitis oleh aktivis.

Berbeza dengan Presiden R. Walau kini CEO dan Presiden kepada beberapa NGO, tetapi dia mengekalkan statusnya sebagai anak petani.

Apa yang aktivis dapat, itulah yang Presiden dapat. Tidur dalam van, bawah jambatan, kena nyamuk, tidur di masjid dengan budak2 U yang jauh usia, basah kuyup semuanya selevel dengan aktivis.

[5]
Kepada adik2 yang akan menyambung perjuangan, ini adalah satu perkara yang berguna. Berlakon untuk selevel dengan rakyat terbawah dengan jiwa yang berasal dari bawah secara original sangat2 berbeza.

Walau ramai orang bawah meninggalkan jiwa bawah apabila sudah berada di atas, tetapi politik intelek dan rohani di masa hadapan memerlukan origin jiwa.

Wallahualam.


Tiada ulasan: