Sabtu, 12 Januari 2013

Addin

Addin


Mazidul Akmal Meroyan Kerana HKR #KL112 Dapat Sambutan

Posted: 12 Jan 2013 09:14 AM PST


Mazidul Akmal pada tulisan terkini dalam blognya memperlekeh Pakatan Rakyat di mana Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tidak mendapat sokongan rakyat. Dalam tulisannya dengan merujuk gambar awal perarakan yang menuju ke Stadium, Mazidul meramalkan hanya 6000 orang sahaja yang turut berarak.

Dalam nada sinis, dia bertanya mana pergi yang lain? Mana sejuta?? Mazidul merujuk kepada laman PAPAGOMO sebagai sandaran.

Mengakhiri tulisan Mazidul menyindir


Tanyakan kepada diri, mengapakah tidak menyertai HKR? Nyatakan pendapat di sini, mungkin ramai ingin mengetahui, silakan...
Manakala kawan rapat Mazidul pula (papagomo) dalam tulisan mengatakan hanya 20, 000 sahaja yang hadir dengan memampar gambar stadium padamasaawal. Tujuannya nak manipulasi..

Ini tulisan perlinya..



1 juta akan memenuhi stadium kata Mat Sabu sejak berhari hari yang lalu. Bagi rakyat ataupun penyokong yang kurang cerdik pastinya akan percaya kata kata Mat Sabu untuk 1 juta dalam Stadium Merdeka. Hakikatnya secara logik akal stadium Olimpik pun tak mampu muatkan 1 juta orang. Hahaha.

Sebenarnya pencacai Umno ni terasa amat kecewa kerana Himpunan Kebangkitan Rakyat menjadi sejarah himpunan paling besar dalam sejarah negara kita. Dengan sokongan padu rakyat membuatkan mereka meroyan tak tentu pasal..



Iklan C (ii)





Lagi Gambar Terbaik Sekitar HKR #KL 112

Posted: 12 Jan 2013 07:38 AM PST
















Gambar ~pelbagai sumber


Iklan C (ii)




(Gambar) Hanya 380 Orang Hadir HKR #KL112.. Saksikanlah!!

Posted: 12 Jan 2013 06:25 AM PST









Iklan C (ii)


(Gambar) Perkembangan Terbaru HKR #KL112

Posted: 11 Jan 2013 06:57 PM PST

Kuala Lumpur kini bergegar lagi!Setakat jam 840 pagi tadi, puluhan ribu sudah berada di beberapa lokasi utama bagi menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat!Antara lokasi paling mencuri tumpuan adalah di Masjid Negara yang ketika ini dianggarkan sudah 160 buah bas diletakkan di sepanjang jalan sekitar masjid tersebut sejak awal pagi tadi.Kebanyakkannya datang dari negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak manakala Masjid Wilayah Persekutuan pula menjadi lokasi utama peserta dari pantai timur.

Selain itu Dataran Merdeka yang laluan utama sudah ditutup sejak dua hari lalu dikhabarkan agak lengang tetapi peserta sudah mula kelihatan ribuan berkumpul terutamanya di Stesen LRT Masjid Jamek dan kawasan sekitar sehingga Pasar Seni (Central Market).

Stadium Merdeka yang menjadi lokasi utama perhimpunan sudah dikawal ketat anggota polis dan dijangka kehadiran akan mencecah ribuan dalam masa setengah jam lagi.Di Universiti Malaya, atau lebih tepat di Masjid Ar-Rahman, mahasiswa yang memakai baju tema berwarna putih sudah mula berkumpul sejak Subuh tadi dan menunggu ketibaan Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka.

Menurut satu mesej di Twitter milik PDRM, tiada sekatan jalan raya dibuat sekitar ibu kota namun anggota polis trafik ditempatkan sekitar persimpangan utama di KLCC, Jalan Sultan dan Jalan Tan Cheng Lock.Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali kini berada di Wisma Yakin, Masjid India dan akan bergerak ke Masjid Negara sebentar lagi.Sementara itu, menurut satu laporan, lebih 50 anggota polis Cawangan Khas (SB) kini berada di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi bagi mendengar taklimat namun butir maklumat masih belum diperolehi.

Peserta yang mahu ke Stadium Merdeka masih boleh berbuat demikian dinasihat keluar awal dan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT yang masih lagi berhenti di stesen utama seperti Masjid Jamek, Hang Tuah dan Plaza Rakyat manakala perkhidmatan monorel masih berhenti di stesen Maharajalela untuk ke Stadium Merdeka dari stesen KL Sentral.

Sebentar tadi, skuad bom PDRM meneliti sebuah basikal yang dipercayai dimuatkan dengan bom sebagai 'provokasi' namun peserta yang berada di sekitar KLCC itu tidak menghiraukan tugas mereka.Jalan utama menuju ke pusat bandaraya dikhabarkan sesak sejak jam 7 pagi tadi dari arah Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta manakala pusat trafik ITIS meramalkan keadaan itu akan menjadi lebih sesak dua jam dari sekarang.Perkembangan lanjut akan menyusul sejam dari sekarang dan teruskan bersama Jalan Pulang bagi mengikuti berita terkini langsung dari beberapa lokasi.







Iklan C (ii)








Gambar Menarik 'Warm Up' HKR #KL112 Malam Tadi

Posted: 11 Jan 2013 05:36 PM PST









Iklan C (ii)




Tiada ulasan: