Sabtu, 5 Januari 2013

Addin

Addin


Amanat Sesat Lagi Menyesatkan. Saksikanlah!!

Posted: 05 Jan 2013 08:44 AM PST


Inilah amanat terhebat daripada bekas pemimpin tertinggi Umno. Di atas ini di sertakan koleksi "AMANAT CHE DET" dari pemimpin melayu tersohor abad ini mengenai Islam.

Jika mereka menuduh amanat Tok Guru Haji Hadi sebagai sesat, maka macam mana pulak dia amanat yang Mahathir ni.

Mana dia tok Mufti...?

Mana dia ahli ulamak Umno ?

Mana dia para pejuang Islam Umno...?


Mana JAKIM.....?

Kenapa berdiam diri je?? Dah terkena batang hidung ke?



Gambar ~ pemudagombak.com



Iklan C (ii)




Rupanya Najib Tahu Umno BN Akan Kalah PRU13

Posted: 05 Jan 2013 07:00 AM PST


Najib seolah-olah mengetahui hayat politiknya semakin dekat. Petanda yang paling besar ialah, apabila Njaib tidak mebubarkan parlimen sehingga ke hari ini. Menjadi sejarah dalam negara kita apabila tempoh parlimen sampai ke penamatnya.

Dan petanda yang terbaru ialah apabila Najib mengumumkan pelancaran KLIA2 pada 28 Jun 2013, iaitu tarikh sama pelancaran KLIA pada 1998. Saksikan ucapan minta simpati Najib di bawah..
KLIA2 dibuka 28 Jun, kata Najib 
SEPANG, 5 Jan - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang penerbangan kos rendah yang baharu, KLIA2, akan dilancarkan pada 28 Jun ini, bersamaan dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Perdana Menteri berkata lapangan terbang itu dijadual siap pada Mei tahun ini, tetapi operasi tidak akan tergesa-gesa kerana terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum pembukaannya.

"Kita perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan terminal baru dan apabila ia sedia, maka KLIA2 akan beroperasi sepenuhnya," kata beliau.

"Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan, saya akan berpeluang untuk membuka KLIA2 pada 28 Jun."

Najib berkata demikian pada majlis pelancaran pesawat dengan seragam khas 1Malaysia AirAsia yang direka khas untuk memperingati permulaan Program Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia di LCCT (Terminal Penerbangan Kos Rendah) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad.

Bashir berkata MAHB mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri untuk tidak tergesa-gesa membuka KLIA2 dan bersamaan dengan tarikh perasmian KLIA.

Beliau berkata semua isu berkaitan dengan lapangan terbang baharu itu dijangka diselesaikan sebelum tarikh pembukaan untuk mengelakkan walaupun sebarang masalah kecil semasa operasi.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa. Saya fikir Perdana Menteri mempunyai pemikiran yang sama. Kita telah melihat banyak lapangan terbang di seluruh dunia gagal kerana mereka tergesa-gesa beroperasi.

"Adalah sesuatu yang menarik juga jika tarikhnya sama (KLIA dan KLIA2), kerana ia akan menjadi sambutan berganda bagi kami di MAHB," kata Bashir.

KLIA2 yang dibina pada RM3.6 bilion adalah untuk menampung pertumbuhan pesat yang dijangka dalam perjalanan kos rendah, meliputi kawasan lebih 257,000 meter persegi dan dijangka mengendalikan maksimum 45 juta penumpang setahun.

Lapangan terbang itu akan mempunyai 60 pintu, 80 jambatan udara serta ruang perniagaan meliputi 32,000 meter persegi untuk 225 kedai runcit. ~bernama


Iklan C (ii)




Respon Segera Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Zizan Raja Lawak Tiru Gaya Beliau

Posted: 05 Jan 2013 05:11 AM PST











Iklan C (ii)




Utusan Malaysia Buat Lawak Kelas Dunia.. Saksikanlah!!

Posted: 04 Jan 2013 10:41 PM PST



Akibat di saman bertalu-talu.. akhirnya Utusan Malaysia dah jadi biol. Terbaru, Utusan buat lawak dengan menyiarkan imej ini adalah apa yang telah disiarkan di dalam tabloid 'Mega' yang dikepilkan bersama Utusan Malaysia.

Tajuknya ialah 'fakta Menarik tentang Justin Bieber'.. tapi apa yang terkandung dalam artikel tersebut tiada langsung kaitan dengan Justin Bieber..

Ini laporan dari MSN News..

A tabloid pullout called Mega from the local Malay newspaper Utusan even quoted Justin Bieber as the ninth biggest country in the world.

Reader Firdaus Hassan captured a snapshot of a column that ran in a tabloid pullout named Mega from local Malay newspaper Utusan, which carried a short write-up entitled 'Interesting facts about Justin Bieber'.

The write-up was published today.

The snapshot went viral on Facebook today as the column showcased eight 'facts' about Bieber, as a country.

The first 'fact' read as Bieber was 'freed from the ruling of Communist Party of the Soviet Union on 16 December 1991', whilst the second 'fact' listed Bieber as 'the ninth biggest country in the world with a population of 16.6 million (as of the year 2011)'.

Another 'fact' read as there were 130 ethnic groups in Bieber country, including Kazakh, Russia, German and Ukraine.

Many users find the error as amusing, calling it an 'epic typo' and that the editor must have been a 'Belieber'.




Inilah akibatnya kerana terlalu banyak memfitnah, sumpahan dan cemuhan rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Utusan Malaysia kini menjadi akhbar 'SAMPAH'..
 

Iklan C (ii)



Umno Kantoi!! Tokyo Sahkan RM207 Billion Sudah Di Bayar

Posted: 04 Jan 2013 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR - Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. "Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar) mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

"Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946," katanya lagi.

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan. ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: