Rabu, 30 Januari 2013

Addin

Addin


Petanda Umno BN Johor Bakal KO?..

Posted: 30 Jan 2013 08:04 AM PST


Johor bangkit!! KO BN..BN KO! Pulai diwarnai bendera Pakatan Rakyat. Pemandangan di waktu petang jambatan pejalan kaki Taman Perling. Billboard Markas Besar PAS Kaw Pulai di Taman Dahlia.







~FB DPP Kawasan Pulai


Iklan C (ii)


Gambar Mesra Ustaz Nasha Bersama Hassan Ali Tersebar

Posted: 30 Jan 2013 06:23 AM PST


Program khas sekarang ini di Masjid Negara:"Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" Tengah mesyuarat sekarang di Masjid Negara;Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI... 

BEKAS Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (kiri) dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (kanan) berbual semasa hadir pada majlis taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" oleh Sekretariat mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.





Iklan C (ii)


Selangor Bubar DUN Hujung Februari

Posted: 30 Jan 2013 03:28 AM PST

SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu."Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen," katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

"Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi  kepentingan rakyat," jelas Khalid.Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN. ~keadilandaily




Iklan C (ii)


Ali Rustam Meroyan Lagi..

Posted: 30 Jan 2013 02:09 AM PST

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.

"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.

"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.

Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. ~bernama


Addin :

Muka tak tahu malu,sudah terpalit kes rasuah semasa pemilihan umno namun dengan selamba je masih memegang jawatan ketua menteri. Sepatutnya ali rustam sudah lama letak jaeatan, bukannya sibuk dengan hal ehwal pati lain.



Iklan C (ii)





Pelakon Popular Ini Bakal Sertai PAS?

Posted: 30 Jan 2013 12:18 AM PST


Khalid Ismath (bertopi) bersama pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ~ Ahmad Busu (bertongkat).Kepada peminat-peminat sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti kenal kepada watak Mat Deris yang dilakonkan oleh Ahmad Busu.

Sejak beliau diserang strok pada tahun 2009, beliau semakin uzur dan kurang muncul di kaca TV.Kali terakhir berita beliau ada di khabarkan 'dekat' dengan PAS pada sekitar tahun 2011 apabila hadir dalam sebuah program ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam.

Bob Lokman ketika itu menjadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama Profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang ketika itu masih lagi menjadi pensyarah UIA.Bagaimanapun Ahmad Busu tidak berucap di dalam forum tersebut dan sekadar hadir sebagai hadirin dalam majlis tersebut.

Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan ketika itu sempat mempelawa Ahmad Busu untuk bersama-samanya menyertai PAS. Bob Lokman juga meminta ahli PAS yang hadir supaya menghulurkan borang keahlian PAS kepada Ahmad Busu.Ahmad Busu ketika hadir mendengar sebuah forum anjuran PAS sekitar 2011.

Namun selepas program itu, tiada khabar berita akan kehadiran Ahmad Busu di dalam program-program PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Barangkali juga beliau ada hadir sebagai hadirin namun tidak dapat dikesan orang ramai.Bagaimanapun, malam semalam Ahmad Busu yang kelihatan uzur dan bertongkat berjaya menarik perhatian ramai apabila muncul ke programCeramh Perdana PRU 13 di Seri Andalas. Khalid Ismath sempat merakamkan gambar bersama-sama Ahmad Busu sebaik selesai program.

Mungkin ada yang berpendapat, kehadiran beliau ke program-program seperti ini bukanlah bermakna Ahmad Busu itu PENYOKONG PR dan BENCIKAN UMNO.

Betul sekali pendapat itu.Namun setidak-tidaknya, kecekalan Ahmad Busu yang menggagahkan diri hadir ke program-program seperti ini, walaupun di dalam keuzuran memberikan isyarat kepada bahawa 'sumber maklumat' dari TV tidak sepatutnya ditelan bulat-bulat, tetapi harus diseimbangkan dengan ruang maklumat/jawapan balas daripada pihak lain.

Ini secara tidak langsung mengurangkan virus 'dungu' dan 'tolol' kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing berupaya membuat penilaian yang bijak selepas mendapat maklumat daripada kedua-dua belah pihak.

Apapun kepada Ahmad Busu, TAHNIAH!.

~mindarakyat


Iklan C (ii)





Ke Mana Haluan Ustaz Nasha Selepas Ini?

Posted: 29 Jan 2013 06:11 PM PST

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan."Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas.

Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno. ~sinar harian




Iklan C (ii)





Syarikat Bumiputra Gulung Tikar Kerana Menteri Kabinet Bolot Kontrak

Posted: 29 Jan 2013 04:56 PM PST

KUALA LUMPUR 29 Jan: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) mendedahkan, perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.

Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.

Perkara ini dibongkar kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan 'trip' perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.

Jesteru, Badrul Hisham dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini."Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB."Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.

"Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar," menurut kandungan surat itu.Menurut Badrul, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.

Mengulas isu sama, Badrul Hisham berkata, kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB."STSB ini naik dengan cepat sekali, dari cuma beberapa lori kini dikatakan sudah memiliki 80 lori sehingga STSB disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara," katanya dipetik MediaSelangorku.

Menurutnya, dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran."Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.

"Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh," katanya lagi.STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi.Badrul Hisham yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Tiada ulasan: