Rabu, 23 Januari 2013

Addin

Addin


Berita Ni Pasti Menyakitkan Hati Pemimpin Umno BN..

Posted: 23 Jan 2013 03:07 PM PST

KUALA LUMPUR - Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).


Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. ~harakahdaily




Iklan C (ii)





Memalukan!! Lawatan Najib Ke Gaza Di Kecam Oleh Presiden Palestin

Posted: 23 Jan 2013 08:13 AM PST

GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu."Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA."Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin," tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan  dari  Malaysia.Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini  Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam  sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang  menderita akibat  sekatan Israel.`Kita satu umat'Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital  Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. 

Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas  sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai  Malaysia.Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara  Rosmah, mengunjungi hospital  anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin."Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin," kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah."Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan," kata Najib. ~free malaysia today


Addin:

Kesihan sungguh, serba tidak kena apa yang di lakukan najib kebelakangan ni.



Iklan C (ii)





Meriah!! 100 Ribu Sambut Muhyiddin Di Melaka

Posted: 23 Jan 2013 03:12 AM PST


Beginilah suasana sambutan yang diberikan oleh rakyat Melaka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM dalam satu majlis anjuran UMNO/BN dinamakan MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT 1MALAYSIA GELOMBANG BIRU NEGERI MELAKA..walaupun diadakan cabutan bertuah.

LOKASI: KAWASAN PARKIR KOMPLEKS PKNM,MITC, AYER KEROH, MELAKA.

PAKAIAN: KORPORAT BN

Dengan hampir semua guru dipaksa hadir termasuk kakitangan kerajaan, serta disediakan pengangkutan percuma, makan minum disediakan tetapi begini juga sambutan yang diberikan.


MAKNANYA...TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU UMNO TAHAN DENGAN PROGRAM GELOMBANG BIRU. ~omakkau



Iklan C (ii)





Akhirnya Tembelang Kementerian Pertahanan Terbongkar..

Posted: 22 Jan 2013 11:39 PM PST

PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.

"Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan," kata Rafizi.Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

"Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera," kata Ghafir.Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik."Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. 

Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi," kata Ghafir dipetik.Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Gambar Petanda Umno BN Bakal Berkubur PRU 13..

Posted: 22 Jan 2013 09:32 PM PST


Cuba anda perhatikan betul-betul baju yang di pakai ali rustam, muhyiddin Addin tak perasan. Ali rustam pakai baju BN di majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan.

Gambar ni di rakamkan di smk tun hj. abdul malek, cheng. Amat terdesak umno bn, duit rakyat dikatakan duit mereka. Inilah candu pilihanraya.. bagi RM100 untuk tempoh  5 tahun. Anda cuba bahagikan ler.. berapa yang kita dapat.

Projek membodohkan rakyat menjelang pru13..

Baca berita berkaitan di sini.




Iklan C (ii)





Panas!! Sharifah Zohra Di Pulaukan Oleh Umno?

Posted: 22 Jan 2013 06:03 PM PST


Bila kisah buli, biadap, angkuh dan sombongnya tersebar luas, para pemimpinnya terus membidas beliau...Tim Menteri Pengajian Tinggi cakap beliau langsung tidak sopan dan beretika...

KJ kata dia bukannya orang dikenali dalam BN.. NGOnya sekadar nyamuk tumpang tui nama 1M'sia...Presiden KIMAA cakap dia ni jenis wanita liar tak mengaku ahli KIMMA..

Ketua Wanita KIMMA nak saman sesiapa kaitkan dirinya dengan KIMMA... terbaru Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) melalui Naib Canselornya sudah tidak izinkan beliau buat ceramah dalam premis UUM berkuatkuasa serta merta.

Begitulah nasib yang menimpa dirinya...Dihina, dinyahkan, dipinggir dan diboikot oleh sealiran politik.




Iklan C (ii)







Tuan Guru Nik Aziz Bidas Najib

Posted: 22 Jan 2013 04:50 PM PST

KOTA BHARU - Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kejayaan berkenaan.

"Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

"Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang," tegasnya Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

"Islam tidak pernah sekat maklumat.

Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis," ujarnya lagi. ~harakahdaily





Iklan C (ii)







Tiada ulasan: