Addin |
- Gempar!! Nik Nazmi Di Tendang Samseng Umno
- (Video) Bawani Tak Sangka Video Forum Cik Pah LISTEN Meletop
- Cik Pah LISTEN Dakwa Di Ugut, Kini Menyembunyikan Diri
- Penjelasan Bawani Berkenaan Isu Cik Pah LISTEN
Gempar!! Nik Nazmi Di Tendang Samseng Umno Posted: 16 Jan 2013 08:00 AM PST Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengutuk serangan ala samseng yang dilakukan oleh sekumpulan Pemuda Umno BN terhadap Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Sri Setia) bagi menghalang program ceramah diadakan di Flat Sri Stulang, Johor Bahru malam tadi. Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut berada di Balai Polis Majidee selepas dimaklumkan mengenai insiden itu, menyelar tindakan pemuda Umno/BN yang tidak menghormati dan memahami sistem demokrasi yang di amalkan di negara ini. Beliau turut mengingatkan agar Pemuda Umno BN mengamalkan politik matang bukan mengamalkan politik rakus dan menyerang ganas seperti binatang. Beliau juga meminta agar Ketua Pemuda Umno Johor mentarbiah pemudanya agar bertindak matang dan bukan bertindak kebudak-budakan. Kejadian ini juga jelas membuktikan bahawa Umno BN mendidik anak muda supaya menjadi pelaku jenayah, samseng serta menjadi penyebab kepada kerosakan ahlak anak muda dengan tindakan serangan ganas terhadap beberapa program Pakatan Rakyat sebelum ini. Justeru beliau menyeru anak-anak muda agar bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum nanti. Jelas apa yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda Umno BN adalah ketakutan mereka sendiri yang berdepan dengan jentera penerangan Keadilan yang semakin aktif dan mengorak langkah serta serius untuk menumbangkan Umno BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Nazri juga meminta kerjasama mana-mana Ketua Cabang untuk mengadakan perbincangan dengan AMK di cabang masing-masing sebelum mengadakan aktiviti atau program parti yang melibatkan kepimpinan pusat agar AMK dapat membuat tinjauan di kawasan tersebut terlebih dahulu dan membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau turut mengingatkan agar AMK di setiap cabang perlu aktif dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum. Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang berjaya menghalang pemuda Umno BN dari bertindak lebih ganas. Pun begitu, YB Nik Nazmi turut ditendang di kakinya manakala sebuah kenderaan turut di tendang sehingga kemek di bahagian pintu. Nazri juga mengucapkan terima kasih kepada AMK Pasir Gudang, Johor Bahru dan Gelang Patah yang hadir memberi bantuan dan sokongan. AMK Johor |
(Video) Bawani Tak Sangka Video Forum Cik Pah LISTEN Meletop Posted: 16 Jan 2013 05:44 AM PST Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir. Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang. "Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam. Bawani menjelaskan, program yang diberi tajuk Forum Mahasiswa dan Politk itu membangkitkan pelbagai isu politik di negara ini khususnya melibatkan mahasiswa. Program yang bermotif politik itu, katanya turut diisi dengan pelbagai video yang mengutuk pembangkang seperti Himpunan Bersih, isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah dan Himpunan Hapus PTPTN. Jelasnya, pelbagai isu telah diceritakan oleh panelis termasuklah mempertikai protes PTPTN oleh mahasiswa dan mengatakan tuntutan pendidikan percuma tidak masuk akal. "Saya cuba bangun mencelah untuk memberikan pandangan tetapi tidak dilayan dan saya menunggu sesi soal jawab. "Namun semasa sesi soal jawab saya tidak sempat kerana hanya dua soalan yang boleh ditanya dan saya mengambil keputusan ke pembesar suara dan memberikan pandangan berhubung apa yang dibangkitkan. "Saya terus memberikan hujah-hujah terutama isu pendidikan percuma tetapi belum sempat menghabiskan ucapan, moderator yang juga Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah enggan memberi saya peluang untuk menghabiskan ucapan saya dengan mengatakan listen, listen, listen seperti yang dapat dilihat di video itu," jelasnya lagi. Tegas beliau, ini adalah satu penindasan kepada mahasiswa yang berhak bersuara dan memberikan pandangan. Bawani berkata, sepatutnya moderator memberi peluang kepadanya menghabiskan ucapan kerana ia berkaitan isu yang dibangkitkan. Ketika ditanya apakah respons daripada rakan mahasiswa yang lain, beliau menjelaskan, pada mulanya semua memberikan respons negatif terhadap saya yang dilihat tidak respect kepada Sharifah Zobra. Namun katanya, selepas menonton kembali video tersebut, rakan-rakan memberikan sokongan padu kepadanya dan melihat tindakan Sharifah seolah-olah menyekat suara mahasiswa. Beliau yang diminta mengulas tentang video yang menjadi buah mulut masyarakat itu, Bawani sangat terkejut dengan sambutan tersebut dan menganggap ianya menggambarkan masyarakat prihatin dengan isu mahasiswa. "Ketika ini saya mendapat panggilan tanpa henti daripada rakan-rakan terutama daripada UUM yang memberikan sokongan padu kepada saya," jelasnya. Bawani secara peribadi berterima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan padu kepadanya dan berharap suara mahasiswa terus menjadi perhatian masyarakat. ~harakahdaily |
Cik Pah LISTEN Dakwa Di Ugut, Kini Menyembunyikan Diri Posted: 16 Jan 2013 05:35 AM PST Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) mendakwa presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.Emalee yang lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" yang menguruskan akaun Facebook SW1M menyatakan perkara tersebut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider."Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan," kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet."Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius," tambah beliau lagi. Beliau mengesahkan Sahrifah Zohra tidak menyerahkan kuasa kepadanya untuk sebarang muatnaik di Facebook SW1M sambil menambah presidennya tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.Menurut Emalee, pertubuhan tersebut yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak ditubuhkan sekitar Januari-Febuari tahun lalu.Beliau berkata SW1M membantu wanita dengan mendengar masalah mereka, termasuk kes-kes penderaan domestik, dimana organisasi tersebut kemudian menyerahkan kepada Perdana Menteri dalam bentuk memorandum.Beliau mengakui bahawa ada yang melihat SW1M sebagai "NGO untuk BN" akan tetapi menekankan organisasi tersebut bebas dan "tidak mewakili mana-mana parti politik". Beliau bersetuju bahawa kehadiran slogan "1 Malaysia" dalam nama organisasi mungkin menyebabkan kekeliruan, tetapi berkata bahawa salah satu daripada sebab-sebab ianya dipilih adalah kerana mereka "menghormati" perdana menteri.SW1M telah mempertahankan Sharifah Zohra diatas video yang menunjukkan beliau mencaci pelajar undang-undang Bawani KS dengan kata-kata seperti "apabila ini adalah program kami, kami benarkan anda untuk bercakap "dan" apabila saya bercakap, anda dengar".Video menunjukkan Bawani bercakap mengenai perhimpunan Bersih untuk pembaharuan pilihan raya dan pendidikan percuma, sebelum ahli panel forum Sharifah Zohra mengganggu serta merampas mikrofon beliau. Beliau kemudiannya memanggil pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis" dan memberitahu pelajar universiti untuk pergi ke negara-negara lain jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara luar.Pentadbir organisasi telah berkata Sharifah Zohra tidak tidak perlu meminta maaf kepada Bawani berhubung kenyataannya.Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Bawani di Twitter dan berkata bahawa Sharifah Zohra tidak berkaitan dengan gabungan pemerintah itu.Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam berkata Sharifah Zohra tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, sebelum menuduh beliau mempunyai "sukar mengawal" tingkah laku. Semalam Emalee berkata politik tidak pernah disebut sepanjang forum dan mendakwa Bawani tidak bercakap semasa sesi soal-jawab tetapi hanya berdiri selepas program berakhir.Beliau berkata bahawa Sharifah Zohra tidak memberi ruang Bawani dan masa untuk bercakap, tetapi mengucapkan perkataan terkenal "dengar, dengar, dengar" garisan apabila pelajar tersebut enggan membiarkan ahli panel bercakap.Beliau berkata forum, yang bertajuk Seiringkah mahasiswa dan politik telah dijalankan?' anjuran oleh SW1M dengan kerjasama UUM.Bawani, seorang aktivis sosial berumur 27 tahun, memberitahu The Malaysian Insider video menunjukkan bagaimana universiti yang dibiayai oleh negara menggunakan forum pelajar untuk "cuci otak" mereka. ~tmi |
Penjelasan Bawani Berkenaan Isu Cik Pah LISTEN Posted: 15 Jan 2013 11:00 PM PST Insiden memalukan di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jelas memperlihatkan sisi hodoh bagaimana universiti kita hanya mahu mengajar surah-surah yang memuja Barisan Nasional (BN) dan memburukkan Pakatan Rakyat semata-mata. Jika tidak dengan keberanian mahasiswa bernama Bawani KS mempertahankan hujah hingga gagal dijawab panelis serba dangkal pro-BN, Sharifah Zohra Jabeen tersebar di laman perkongsian video Youtube, tiada siapa yang terasa panas termasuk timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah. "Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani. Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat. "Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi. Nampaknya Saifuddin lebih berminat mencari publisiti murahan sanggup meminta supaya Bawani berhubung dengannya daripada meminta penjelasan Sharifah Zohra yang terang-terang menghina keintelektuakan mahasiswa dalam konteks minda terbuka, mengkritik dan dikritik. "Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya. Sepatutnya Saifuddin menasihatkan mana-mana panelis yang dijemput hadir ke sesi percambahan minda sebegini supaya mengenepikan sentimen 'mahu menang' sebaliknya menumpukan perhatian dengan mendengar pandangan mahasiswa kemudian menjawabnya dengan fakta bukannya ikan jerung. Jika beginilah yang ditunjukkan Sharifah Zohra bermakna Saifuddin telah gagal 'mendisiplinkan' penyokong BN seperti Sharifah Zohra dan harus meminta maaf secara terbuka kerana ia bukan setakat menghina mahasiswa malah program cuci otak sebegini sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa yang maklumat diterima begitu pantas. Nyata kementerian pengajian tinggi sekali lagi hanya membenarkan program memandulkan pemikiran mahasiswa diadakan di universiti awam tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap kemajuan negara pada masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan