Selasa, 15 Januari 2013

Addin

Addin


Mahasiswa UM Cabar Cik Pah LISTEN..

Posted: 15 Jan 2013 08:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk berdiskusi di kampus mereka.

Presiden Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam UM Noor Afifah Jamaluddin (gambar) berkata, kehebatan mahasiswi seperti Bawani harus dipuji dan dibanggakann apabila berani membangkitkan pandangan begitu lantang demi mempertahankan hak mahasiswa dan rakyat."Tiada seorang pun mahasiswa yang berani mempertahankan siswi tersebut apabila beliau diasak oleh Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (Sharifah).

"Ini agaknya bila mahasiswa yang dijanjikan Galaxy Note, mahasiswa terus diam membisu? "Mahasiswa tidak sewenang-wenangnya terus diperbodoh sedemikian teman-teman," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan apakah motif sebenarnya penganjuran "Forum Wanita & Politik" ini, bukankah untuk melahirkan Mahasiswi yang cakna mengenai isu semasa.


"Saya kira ini kalilah kebangkitan suara anak muda mahasiswi di Utara" katanya. Justeru, beliau mencabar Sharifah Zohra datang ke UM dan berdiskusi secara 'respect' sesama mahasiswa di sini.

Sementara itu, menurut Naib Presiden 1 Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Nur Afifah Abd. Rahim kesal dengan tindakan memperlekehkan keberanian seorang siswi untuk memberi pandangan dan kritikan.

"Saudari Bawani tidak sewajarnya diaibkan di hadapan khalayak sementelah dia memberi pendapat dengan wadah yang disediakan sendiri oleh program terbabit."

"Sebagai seorang yang lebih berpendidikan, saudari Sharifah Zohra seharusnya bersikap profesional dan memberi respon yang positif dan menyambut baik pandangan dari mahasiswa," kata beliau. ~harakahdaily




Iklan C (ii)




Anwar Tabik Bawani

Posted: 15 Jan 2013 06:25 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.

Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak. "Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.

Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.

Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa. 
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.

Sharifah kemudian berkata 'listen' kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon. Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.

Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara. ~kd



Iklan C (ii)




Menteri Umno 'Rayu' Pada Bawani

Posted: 15 Jan 2013 04:31 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 'merayu' KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.Datuk Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.

Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN. ~kd




Iklan C (ii)




Rupanya Ini Dalang Besar Isu Air Di Selangor

Posted: 15 Jan 2013 12:55 AM PST

SHAH ALAM 15 Jan: Kerajaan Selangor kesal dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan isu air untuk mengugut rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketika rakyat menghadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri (PM) sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

"Sebaliknya, beliau mengugut rakyat Selangor bahawa mereka akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Jelas, beliau merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tidak lama lagi," kata Khalid dalam kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri percaya rakyat Selangor tahu janji Najib adalah umpama 'meludah ke langit' kerana masalah air ini berpunca daripada kegagalan dasar penswastaan air oleh BN yang memberikan konsesi selama 30 tahun kepada syarikat kroni yang tidak berkemampuan.

Beliau berkata, jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambilalih pada 2008, rakyat Selangor sekarang akan dibebani kenaikan tarif air yang tinggi sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus 2012, dan 20 peratus pada 2015.

"Kenyataan terbuka Najib ini sudah cukup untuk membuktikan mengapa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang diluluskan kerajaan BN sendiri.

"Ternyata, hasrat mereka bukan untuk menyelesaikan masalah dengan serta merta, tetapi  untuk mempolitikkan isu ini dan menggunakannya sebagai bahan tawaran untuk meraih undi," kata Khalid.

"BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air. Syabas berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenar menguruskan air di Lembah Klang," sambung beliau.

Khalid berkata, Najib juga sengaja tidak mahu menyerahkan perkhidmatan air kepada Kerajaan Selangor kerana beliau bimbang Selangor dapat melakukannya dengan lebih cekap dengan kos yang lebih efektif sekaligus membuktikan kegagalan BN.

"Kita meragui catuan air yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kita tidak menolak kemungkinan ia sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menyemaikan perasaan tidak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

"Kerajaan negeri menghantar enam pucuk surat kepada menteri sejak Julai 2012 bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air mengikut WSIA, namun nampaknya menteri lebih suka berpolitik dari menyelesaikan perkara ini secara waras," jelas Khalid.

Beliau menambah, sikap tidak acuh dan sambil lewa PM terhadap cadangan pengambilalihan air oleh Kerajaan Selangor membuktikan beliau dan BN sanggup menggadaikan kebajikan rakyat demi kepentingan politik.

Berikutan itu, tegas Menteri Besar, Kerajaan Selangor menggesa Kerajaan Persekutuan hentikan amalan mengugut rakyat negeri dengan meletakkan keperluan asas kehidupan seperti air sebagai sandaran. "Berpolitiklah secara matang, bukannya menzalimi rakyat ala samseng," kata Khalid. ~kd




Iklan C (ii)




Gempar!! Penyokong Pakatan Rakyat Bawak Bendera Israel Di HKR #KL112

Posted: 14 Jan 2013 06:59 PM PST



Sebenarnya Addin ada terima dari pembaca blog Addin berkenaan cerita blogger Umno ni. Tercari-cari maklumat berkenaan isu ni, terjumpa blog Milosuam menceritakan isu ini. Dari awal lagi Addin dah agak ini mesti fitnah terbaru dari blogger pencacai Umno.

Ternyata telahan Addin benar, ruapanya gambar ni telah di edit untuk sebarkan fitnah.. Baca petikan dari blog Milosuam..

Ada saja benda-benda bodoh ditimbulkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dianjurkan baru-baru ini di ibu negara.

Jika semalam blogger obesiti Umno kantoi menyiarkan gambar yang dicedok dari laman web luar negara (Mesir) untuk menuduh kononnya ada penyokong Parti Islam, PAS yang mengambil kesempanan meraba punggung muslimah di dalam himpunan tersebut rujuk sini ~ Blogger Umno

Hasil tinjauan ReJaM© di blog yang sama mendapati ada juga gambar kononnya peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 membawa bendera Israel di dalam himpunan tersebut. Rujuk printscreen di bawah. Malah gambar ini turut disebarkan oleh blog-blog gerombolan yang lain.

Sebenarnya kalau kita lihat dari gambar ini sahaja pun kita dapat tahu bahawa pemuda yang memegang bendera Israel ini sebenarnya penyokong Palestin kerana beliau turut memakai mafla bendera Palestin di lehernya.

Namun gara-gara gila nak memfitnah, gerombolan blogger-blogger United Malays No Otak, Umno ini nampaknya telah melakukan "editing" pada gambar bendera tersebut.

Mereka telah memadam garisan merah yang memangkah bendera itu. Namun jika diperhatikan dengan teliti masih kelihatan kesan kemerah-merahan pada bendera Israel dalam gambar di atas.

Lihat gambar sebenar keadaan bendera yang dibawa oleh pemuda ini di bawah. Terdapat garisan merah memangkah bendera tersebut menunjukkan beliau sebenarnya "anti-Israel".


Di bawah ini sekeping lagi gambar yang jelas membongkarkan fitnah bodoh gerombolan blogger United Malays No Otak, Umno.


ReJaM© pun tak faham, apa tujuan blogger-blogger gerombolan ini membuat fitnah bodoh seperti ini. Seolah-olah mereka sengaja untuk memalukan diri supaya pembaca blog mereka membenci Umno dan Barisan Nasional. ~milosuam



Iklan C (ii)




Panas!! Dari Sumber Dalaman Umno

Posted: 14 Jan 2013 05:38 PM PST


Kemasukan ulamak – satu lagi letupan. www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya.

Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat.

Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat.

Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu lain seperti isu Najib dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2.

UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini. Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan terbentuk buat UMNO.~ kerabubersuara



Iklan C (ii)




Kenyataan Merapu Pemimpin Veteran Umno.. Saksikanlah!!

Posted: 14 Jan 2013 05:05 PM PST

Pemimpin veteran Umno yang nyanyok ni layak duduk diam je. Makin hari makin merapu kenyataannya. Agaknya terlalu takut dengan kebangkitan rakyat yang bakal menumbangkan rejim Umno BN, Mahathir keluar kenyataan bodoh. Addin rasa kalau Mahathir ni jadi PM lagi jangan harap kita dapat berhimpun seaman ni.

Addin teringat akan al marhum Ustaz Fadhil Noor pernah berdoa agar Mahathir di panjangkan umur agar beliau melihat sendiri kejatuhan Umno. Mungkin doa tersebut telah menjadi kenyataan.. wallahualam..

Dr M: Perhimpunan di KL untuk jatuhkan kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) berharap untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti revolusi di negara-negara Arab semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara Sabtu lalu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus menyerang pakatan pembangkang tersebut menjelang pilihan raya umum ke 13.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu berulang kali menuduh PKR-DAP-PAS cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan untuk dijatuhkan, sama seperti di Asia Barat dua tahun lalu.

"Mereka mahu jatuhkan kerajaan, sebab itu mereka adakan perhimpunan, tapi kerajaan ini bukanlah seperti kerajaan negara Arab.

"Kita bukan kerajaan diktator, kerajaan ini dipilih oleh rakyat," katanya selepas sidang medianya di Cyberjaya, merujuk kepada PR yang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Stadium Merdeka.

Himpunan itu dianjurkan oleh pemimpin PR dan kumpulan non-partisan seperti badan bukan kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perhimpunan ini digelar "perhimpunan 112" oleh sesetengah pihak, dan ada juga memanggilnya "Perhimpunan Shamsidar", merujuk kepada isteri timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang dilaporkan menjadi saksi utama dalam kes saman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini bukan caranya untuk berdemonstrasi. Kamu mesti ada sebab yang kukuh untuk berdemonstrasi, tapi demonstrasi ini kerana Shamsidar.

"Apa juga kes di mahkamah, mereka mahu anjurkan demonstrasi," kata Dr Mahathir.

Perdana menteri paling lama mentadbir Malaysia itu berkata Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan membenarkan perhimpunan, tetapi beliau menambah ia memerlukan sebab yang kukuh.

Tahun lalu, bekas perdana menteri itu mendakwa di dalam blog dan ucapannya bahawa perhimpunan yang disokong oleh PR adalah percubaan untuk menjatuhkan kestabilan yang mengakibatkan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya.

Beberapa orang blogger baru-baru ini mendakwa perhimpunan tersebut untuk menghalang Shamsidar Taharin dari menjadi saksi untuk Senator Datuk S Nallakaruppan dalam kesnya menentang Anwar, yang akan diketahui tarikh mula perbicaraannya pada Jumaat ini.

Peguam Anwar bagaimanapun menolak dakwaan ini, sementara akhbar The Sun melaporkan hari ini bahwa Shamsidar akan mengeluarkan kenyataannya pada 18 Januari ini.

Polis semalam berkata jumlah keseluruhan peserta perhimpunan itu berjumlah 45,000 orang, selepas mengatakan melakukan kesilapan mengatakan 80,000 orang di laman sosial Twitter.

Namun begitu penganjur dan pemimpin PR percaya sekurang-kurangnya 500,000 orang telah menghadiri acara tersebut, yang dikatakan perhimpunan terbesar di bandaraya ini.

Kajian bebas PoliTweet.org mengatakan peserta perhimpunan mencecah 150,000 orang, berdasarkan kajian peringkat awal dalam perhimpunan tersebut. ~tmi



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: