Isnin, 24 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Datuk Fauzi Shaari menyesal sertai PAS?

Posted: 24 Dec 2012 08:10 PM PST


Fauzi Shaari tidak pernah menyesal sertai PAS

December 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari menafikan pernah mengeluarkan kenyataan beliau menyesal menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS. 
"Kenapa saya perlu menyesal bersama PAS. Saya sudah buat pilihan yang tepat. 
"Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini. 
"Saya rasa tindakan saya menyertai PAS membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dipetik dari Sinar Harian Online. 
Sebelum ini tersebar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai PAS. 
Mesej itu berbunyi: "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. 
"Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan PAS." 
Fauzi menafikan SMS tersebar itu yang menurutnya dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak gembira dengan tindakannya menyertai parti pembangkang. 
"Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama PAS," katanya. 
Selepas pilihan raya 2008, PAS dilihat giat membawa masuk bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai mereka. 
Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai parti Islam itu. 
Ahmad Zabidi Shamsuddin, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia juga berbuat perkara sama. 
Terbaru semasa Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim mengisytiharkan secara terbuka menyertai parti tersebut. 
"Saya dah lama nak menyertai PAS... dan hari ini secara rasmi saya menyertainya," katanya yang pernah juga menjawat jawatan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Siasat Najib Razak dan Taib Mahmud dulu -

Posted: 24 Dec 2012 12:36 AM PST


24 December 2012
KUALA LUMPUR, 24 DIS: Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin," kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.

Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.
"Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an," ujar Nie Ching.
Beliau juga menambah seorang lagi ahli politik yang mesti disiasat secepat mungkin ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.
Menurut beliau, laporan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland, Bruno Manser Fund menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai RM64 bilion, dengan harta kekayaan Taib sendiri bernilai RM46 bilion.
"Adakah Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan menukar fikirannya dan tidak mahu calon BN disiasat untuk amalan rasuah?" ujar Nie Ching lagi.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP turut menyarankan supaya calon BN melakukan pengisytiharan harta secara terbuka sekiranya mereka benar-benar serius mahu mempamerkan imej yang lebih bersih.
"Kami menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh berubah, jika tidak mereka mesti bersedia untuk diubah oleh rakyat pada PRU-13 nanti," tambah beliau. – Roketkini.com

Kes Umar : Sandiwara Hakim, DPP dan Peguam

Posted: 23 Dec 2012 11:19 PM PST


541675_513316425368468_875094713_nArul
24 Disember 2012, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Pada hari Jumaat yang lalu, Magistrate Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM 1000 keatas aktivis Mahasiswa Umar Mohd Azmi untuk satu kesalahan kecil iaitu menghalang seorang penjawat awam.
Yang tak masuk akal adalah bukan sahaja hukuman yang berat untuk satu kesalahan kecil tetapi apabila mahkamah tidak memberikan penangguhan penghakiman sehingga kes di rayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Adalah satu prosedur biasa Magistrate memberikan penangguhan kehakiman apabila ada hukuman penjara kerana sebagai seorang Hakim yang digelar "yang Arif " konsep kebebasan dalam kehakiman sangat penting dan setiap orang harus diberikan segala ruang dalam proses perundangan, sebelum dijatuh hukum.
Namum tak tahu mengapa Magistrate ini berkelakuan begini. Mungkinkah kerana beliau mahu membodek sesuatu pihak, beliau sanggup berbuat demikian?  Ramai orang pelik dengan tingkahlaku Magistret yang membuat keputusan di luar tabii, barulah mereka sedar bahawa beliau adalah magistrate yang turut memberikan perintah supaya rakyat dihalang berhimpun di Dataran Merdeka semasa Bersih 3. Memandangkan beliau mempunyai kepentingan sendiri, sepatutnya beliau meminta supaya beliau tidak mendengar kes ini kerana ia melibatkan mahasiswa yang "occupy" Dataran Merdeka pada masa itu.
Maka Magistret yang memberikan perintah tidak memerdekakan Dataran Merdeka pada Bersih 3, hari ini didapati tidak mahu memerdekakan seorang anak  muda dan terus menggunakan kuasa untuk menahan beliau terus dipenjara sehingga kes didengar. Jika andaikata, beliau membuat rayuan di mahkamah tinggi dan mahkmah kemudian mendengar kes beliau, sudah pasti masa yang akan diambil adalah lebih lama dari sebulan dan oleh yang demikian dengan tidak memberikan perintah penangguhan adalah satu tindakan kotor menghukum orang dan menjadikan kes asal akademik. Ini adalah tindakan terkutuk, menghalang hak kebebasan seseorang dan langsung tidak masuk akal. Yang turut mempersona saya adalah tindakan Magistrate yang masih gian nak penjarakan Mahasiswa ini walaupun  pihak DPP tiada halangan dalam persoalan memberikan penangguhan penghakiman. Nampaknya Magistet ini mempunyai misi tersendiri.
Jika tindakan Magistret ini boleh dikatakan tidak adil, saya cukup terbeliak mata dengan kenyataan-kenyatan yang dbuat oleh Hakim Amelia Tee. Setelah mendengar Hakim Amelia, saya tidak tahu nak ketwa atau menanggis.
Semasa kes, Hakim Amelia bertanya kepada bapa kepada si Umar samada anaknya akan mendengar cakap beliau dan suruh supaya anak beliau tidak lagi pergi untuk aktiviti tidak sihat seperti Dataran Merdeka atau berhimpun disana. Realitinya  adalah Umar sudah berumur lebih 21, dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri. Ini bukan satu mahkamah keluarga untuk merapatkan hubungan bapa dan anak dan Hakim ini juga bukan guru disiplin, untuk mengawal gerak geri seorang dewasa.
Yang lebih teruk adalah beliau memberi larangan supaya Umar tidak lagi terlibat dan jika terlibat, maka penangguhan kehakiman akan ditarik balik dan beliau akan dipenjara. Ini nampaknya 2 x 5 keputusan magistret.
Pertamanya mahkamah tinggi masih belum putuskan samada rayuan Umar diterima tetapi Hakim Amelia sudah buat ketetapan bahawa apa yang dilakukan oleh Umar pastinya salah dan beliau memberikan syarat tambahan. Hukum dulu, bicara kemudian
Saya cukup terhibur dengan semua sandirwara Hakim, DPP dan Peguam. Di mahkamah ramai anak muda yang hadir mengari diri mereka masing-masing sebagai tanda protes. DPP sibuk mengungkitkan isu-isu remeh temeh yang tidak relewan padahal beliau sendiri tiada halangan untuk penghakiman penjara ditangguh. Peguam bela pula bersunguh-sungguh cuba memastikan Umar dapat dibebaskan sehingga beliau memberi ruang kepada Hakim ini menetapkan syarat-syarat yang tidak demokratik, anti Perlembagaan  perkara 10 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia. Isu kebebasan asasi seorang individu yang kini ditahan 3 hari tidak menjadi topik pokok. Nak ketawa atau menangis.
Namun Umar akhirnya bebas dengan ikat jamin  5 ribu dan syarat supaya beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dalam satu perhimpunan. Semasa saya dan 53 orang lain dulu ditahan dalam kes protes pada tahun 1998, Hakim Mahkamah session turut memberikan syarat bahawa jika kami libat dalam demo lain selepas ini, jamin mahkamah kami akan ditarik balik dan kami masuk semula ke penjara. Kes kami masih berjalan di mahkamah Session KL hari ini dan kami masih hadiri puluhan demonstrasi dan perhimpunan selepas syarat dikenakan.
Saya terfikit bagaimana Umar dan kawan-kawannya hendak ikut syarat mahkamah apabila  slogan Umar sendiri adalah, "Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat ". Sememangnya perjuangan jauh dari tamat dan apa lagi dengan taraf hakim dan magistret yang kita ada pada hari ini.- SUMBER

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lim Guan Eng - Presepsi DAP Tentang Islam

Posted: 24 Dec 2012 08:31 PM PST

Sabah Goyang : Shafie Apdal Diludah?

Posted: 24 Dec 2012 08:30 PM PST

Memikirkan tentang pendidikan

Posted: 24 Dec 2012 08:27 PM PST

Oleh NURUL IZZAH ANWAR
Hujung minggu lepas menyaksikan saya bersama beberapa ibu, ayah berserta anak-anak yang bakal melangkah masuk ke alam persekolahan di sekitar Lembah Pantai dengan penuh semangat.


Memandangkan ramai akan memulakan kehidupan baru bersekolah, kami anjurkan program santai "Kembali ke sekolah" atau dalam bahasa Inggerisnya, "Back to School" di mana peralatan sekolah serta folder kecil dihadiahkan sekadar pemberi insentif buat anak-anak yang diimpikan akan cemerlang di sekolah oleh setiap ibu dan ayah.

Semuanya mengingatkan saya kepada zaman persekolahan saya sendiri - dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, SMK Sri Hartamas sehinggalah ke SMK Assunta.

Ayah saya mahukan kami adik-beradik menyertai alam persekolahan biasa. Ternyata, pengalaman bersekolah di sekolah kerajaan membantu saya memahami dua perkara:

Pertama, selok-belok kurikulum dan bebanan guru, memberikan gambaran jelas kelebihan serta kekurangan di sekolah-sekolah kita.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis ekonomi pengaruhi mental

Posted: 24 Dec 2012 08:27 PM PST

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Senarionya seolah-olah merupakan rakaman semula seperti di Tuscon, Virginia Tech dan  Columbine. Cuma kali ini ia lebih menyayat hati di mana majoriti mangsa terkorban ditembak terdiri daripada kanak-kanak yang masih bersekolah.


Kejadian di Newton, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah di mana ibu penembak bekerja di situ sebagai seorang guru tadika, membunuh 20 kanak-kanak dan 6 dewasa. Penembak tersebut kemudiannya membunuh diri.
Seorang lagi mangsa, dipercayai ibu kepada penembak ditemui mati di sebuah rumah di Newton, membawa jumlah mangsa kepada 27 orang.

Ini memang kejadian sangat menyayat hati, terutamanya majoriti mangsa terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah masih tidak tahu apa-apa.

Read More / Baca Lagi >>

Politik dengki dan busuk hati Zainudin

Posted: 24 Dec 2012 08:26 PM PST

Rendah betul moral atau martabat bekas wartawan hebat produk Umno yang bernama Zainuddin Maidin ini. Walau pun pernah menjadi menteri penerangan buat seketika kemudian kalah kepada calun PKR dalam PRU 12 yang lalu, namun itu belum cukup mematangkan halatuju politiknya.   

Dari awal sampai pencen kekal dengan politik mengampu dan busuk hatinya. Perbuatannya menghina bekas bekas presiden Indonesia baru-baru ini amat memalukan negara dan rakyat Malaysia.   
 
Begitu mudah beliau melebelkan Habibie, dan rakan baiknya DS Anwar sebagai "anjing imperialisme"  Wow,! dahsyat!  Gelaran sebegini cukup melampau!  Bekas pemimpin Malaysia dan Indonesia yang cukup popular dan berkarisma itu disamakan dengan anjing. Celaka betul si mamak yang mengaku Melayu ini.  Sedarkah dia? yang dia hanya seorang wartawan busuk, wartawan pengampu yang disisih oleh rakyat bahkan oleh Umno sendiri? Bukankah selayaknya beliau dilebel sebagai  Wartawan anjing kurap? - rahimothman

Perutusan Natal: Hanya kerajaan pro-rakyat mampu urus negara dengan baik

Posted: 24 Dec 2012 08:24 PM PST


KUALA LUMPUR, 25 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat dengan segala dasar pro-rakyat yang diketengahkan mampu membawa Malaysia mengecapi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan dengan lebih menyeluruh dan adil berdasarkan kepada prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, biarpun prinsip dan idealisma dasar pro-rakyat tidak dipedulikan mereka yang mentadbir negara kini, ia akan mampu terlaksana dengan bertukar kepada sebuah pentadbiran baru yang pro-rakyat.
"Misalnya dengan melaksanakan tender secara terbuka, ia bukan saja idealistik malah menjadi komponen yang realistik untuk dipraktikkan dan inilah yang memberi sumbangan besar kepada pencapaian Pulau Pinang sehingga kini." Ujar beliau dalam satu mesej sempena Hari Natal yang dikeluarkan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, tanpa berpegang teguh kepada prinsip, sesuatu dasar itu tidak akan jadi praktikal malah akan timbul isu yang menjadi kekhuatiran rakyat terhadap kepentingan dan hak mereka, antaranya ialah;
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur

Posted: 24 Dec 2012 08:23 PM PST


Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur
Kira-kira 2,000 pelajar termasuk kakitangan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota di Kota Bharu tidak dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kawasan tersebut

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
  
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
  
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.   

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).
  
Read More / Baca Lagi >>

Tidak bayar royalti petroleum dianggap lebih menzalimi rakyat Kelantan

Posted: 24 Dec 2012 08:22 PM PST

Oleh Noor Jaafar

RAMAI yang sengaja buat keliru dan kurang jelas mengenai kelulusan kawasan balak seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Gua Musang, oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 2000.
Sedangkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari sudah menjelaskan perkara itu, begitu juga penafian yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Penjelasan yang macam mana lagi yang pemimpin dan penyokong UMNO-BN mahu kalau mereka masih juga tidak faham atau sengaja buat tak faham dengan penjelasan dan penafian itu.
Mungkin perangai pemimpin dan penyokong UMNO-BN suka melakukan fitnah tanpa usul periksa yang akhirnya mereka sendiri yang dapat malu sepertimana yang dilakukan Utusan Malaysia yang akhir kalah dan dikenakan denda kerana memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Roketkini.com juga tidak faham apa maksud Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) yang turut menuduh Kerajaan PAS Kelantan mengkhianati dan mengaibkan rakyatnya dengan memberi tanah balak di Gua Musang kepada pemimpin DAP.
Kalau kerana kes itu dituduhkan menganiayai rakyat Kelantan, bermakna tindakan Kerajaan BN Persekutuan lebih zalim dan kejam apabila menafikan hak royalti petroleum rakyat Kelantan.
Rakyat Kelantan, termasuk PAKATAN yang diterajui Datuk Dr Nordin Ab Razak boleh banding sendiri antara kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kerajaan BN dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang meluluskan tanah itu kepada YIK dan diusahakan pembangunan kawasan balak itu oleh sebuah syarikat yang kebetulan baru saja dimiliki pemimpin DAP Perak.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis

Posted: 24 Dec 2012 05:38 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.

"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.


Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.

Read More / Baca Lagi >>

The Current and Next PM visit Sabah

Posted: 24 Dec 2012 05:37 PM PST

At the end of this month, DS Najib and DS Anwar are going to Sabah. The former will see a bleak future for BN in Sabah. Anwar will be basking in increasing support from Sabahans, tired of being the 12th state in Malaysia. Sarawak on the other hand enjoys more autonomy. UMNO is not there, and its CM is determined by Sarawakians. Sabahans take stock of what is happening in the neigbouring state.
The CM of Sabah on the other hand, is determined by Kuala Lumpur. The non-Muslim majority has seen its dominance diluted by the infamous Project IC. Immigrants were given free passage into Sabah and were given citizenship. Most of them are Muslims thus swelling the number of Muslims in Sabah to about 40-45% now.
Anwar will be experiencing so many more Pensiangans. Pensiangan is a remote rural constituency south of KK. You have to undertake hazardous travel to get there. Yet when Anwar visited Pensiangan not too long ago, 7000 came to greet him.
Read More / Baca Lagi >>

Bayar Ansuran FIDYAH Melalui Maybank2u - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:27 PM PST

ONANI Kerana Isteri PREGNANT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:27 PM PST

Tanda HITAM Atas Dahi - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:26 PM PST

Tanggung HUTANG Tak Boleh Keluar Jihad ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:25 PM PST

Anak Isteri RELA Suami Ke Medan JIHAD - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:24 PM PST

02/02 Kenapa Lelaki MUSLIM 112 Tahun KAHWIN Dengan Gadis 13 Tahun? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

Posted: 24 Dec 2012 12:24 PM PST

01/02 Kenapa Lelaki MUSLIM 112 Tahun KAHWIN Dengan Gadis 13 Tahun? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

Posted: 24 Dec 2012 12:23 PM PST

Afghan Policewoman Kills US Adviser in Kabul

Posted: 24 Dec 2012 12:22 PM PST

NATO murder sets dangerous Afghan precedent

Posted: 24 Dec 2012 12:21 PM PST

Egypt gives Islamist constitution a chance

Posted: 24 Dec 2012 12:21 PM PST

Banjir semakin buruk di Kelantan

Posted: 24 Dec 2012 07:21 AM PST


banjir kelantan
Dua remaja perempuan mengharungi banjir di Kampung Wakaf Bunut, Jalan Jerteh, Pasir Puteh, hari ini.
 
banjir kelantan

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin buruk apabila enam daerah mula dilanda bencana alam itu melibatkan 465 mangsa daripada 110 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sehingga jam 6 petang tadi.
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri, mangsa di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah mula berpindah sejak tengah malam tadi.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila Kampung Telekong dinaiki air menyebabkan 31 keluarga melibatkan 122 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong.
Di Kota Bharu, 113 mangsa daripada 28 keluarga dari Kampung Tiong, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Mulong dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat dan SMK Mulong.
Read More / Baca Lagi >>

Bilik Gerakan Banjir DPP di seluruh negara

Posted: 24 Dec 2012 07:18 AM PST

1. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di PERAK tlh dibuka, hbngi sdr arif shaarani 013-4213636 utk tindakan lanjut

2. Bilik Gerakan banjir Pemuda di TERENGGANU tlh dibuka, hubungi Us Saiful Anbiya 0199229158 utk tindakan lanjut,

3. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di KELANTAN  tlh dibuka, hbgi sdr Nik Asmawi +60129289859 utk urusan di Kelantan

4. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di JOHOR, Penyelia sdr Faizul Salleh 0136263800 sila hbgi utk tindakan lanjut

5. Pemuda PAS tlh buka bilik Gerakan Banjir di negeri KEDAH sila hbgi ust Zelani 0194156624 utk tindakn lanjut

6. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di MELAKA, sila hbgi sdr Mohd Puhat 012-242-8942 utk tindakan lanjut,

7. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di WILAYAH PERSEKUTUAN sila hubungi sdr Shidi 012-2428942 utk tindakn lanjut

8. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di PERLiS, hbgi sdr Mior Hassan  0194575605 utk tindakan lanjut

9. Bilik Gerakan Banjir tlh dibuka di PULAU PINANG, hbgi sdr Norazman 0134076770 utk tindakan lanjut

10. Bilik gerakn banjir Pemuda PAS tlh dibuka di PAHANG, sila hubungi sdr Sharudin 0139191721  fadli 0199111163 utk info & bantuan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tengku Abdullah: Sistem parit di Kuantan perlu dikaji semula

Posted: 24 Dec 2012 07:17 AM PST


banjir
Kelihatan seorang kakitangan sebuah hotel Shiaha Salleh,48, melihat bandar Kuantan yang dilimpahi air banjir hari ini. - Foto Bernama
 
banjir
Sebahagian 131 keluarga menikmati makanan yang disediakan di pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Galing, Kuantan hari ini. - Foto Bernama
 
KUANTAN - Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengkaji semula sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan kerana ia didapati menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat di sini hari ini.
Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.
"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah

Posted: 24 Dec 2012 07:17 AM PST



(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.
Read More / Baca Lagi >>

Rise in domestic debt places Malaysia at risk of crisis, economists warn

Posted: 24 Dec 2012 07:14 AM PST

Kuala Lumpur skyline at dusk. WSJ reported that Malaysia had one of the higher figures of debt levels in the region, with the country's credit-to-GDP ratio this June rising to 117 per cent from 96 per cent in late 2007. – Reuters pic
KUALA LUMPUR, Dec 24 – Economists warn that a rise in domestic debt that has been keeping Asia's economy strong could place the region, which includes Malaysia, at risk of a major crisis, the Wall Street Journal (WSJ) reported. The WSJ noted the great increase in the number of loans being taken by Asian businesses and individuals due to the low interest rates offered by banks.
But Frederic Neumann, co-head of Asian economic research at HSBC, warned that the Asia could be at the brink of a major debt crisis, saying: "I believe we are at the beginning of a major debt cycle in Asia."
"We are certainly seeing the early symptoms of a debt bubble emerging, and I think it's worth keeping a close eye on," he told the international business paper last Friday.
The WSJ reported that Asia's debt levels had jumped far greater than the troubled Euro zone and the US.
Asia's credit-to-GDP ratio shot up to 104 per cent this June from 82 per cent in December 2007, while the Euro Zone's was a slower rise of 131 per cent from 123 per cent and the US' ratio had went down by one per cent to 62 per cent.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LAWAK SKIT

Posted: 24 Dec 2012 12:18 AM PST


Tukar Tiub

Tukar Tiub


RAKYAT MALAYSIA BERSEDIA - KITA ADA PERDANA MENTERI BARU

Posted: 24 Dec 2012 07:29 PM PST







SATU JUTA 
DI KUALA LUMPUR 
JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG

woit... APA MAKNA BERITA INI?.... kah kah kah...

kah kah kah...PASAL APA PULAK JUMPA MALIKUL SEMBAB...kah kah kah...

kah kah kah..MALIKUL ....MENTERI PELAJARAN....kah kah kah..

kah kah kah.... IKUT  PROTOKOL... JUMPA AGONG ATAU PM ATAU MENTERI LUAR...kah kah kah....

kah kah kah... DI MALAYSIA LEBIH AFDAL... JUMPA ROSMAH...kah kah kah

kah kah jkah...YANG NI JUMPA MALIKUL...APA  PUNYA TUUUUR.... kah kah kah...

NOTA:
muhyiddin sedang menyediakan diri
untuk menjadi perdana menteri
sedang memberi taklimat
kepada para diplomat




Muhyiddin terima kunjungan 3 duta baharu

PUTRAJAYA 24 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat tiga bakal duta besar Malaysia ke luar negara yang baru dilantik, di pejabatnya di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Mohd. Zamri Mohd. Kassim yang akan ke Filipina, Anuar Kasman ke Bosnia Herzegovina, dan Tajul Aman Mohammad ke Timor Leste.

Mohd. Zamri yang sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Konsular di Kementerian Luar dari 2010 sehingga 2012, berkata beliau akan memainkan peranan untuk memperkukuhkan hubungan diplomasi yang terjalin antara Malaysia dan Filipina.

Katanya selari dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, beliau memikul tanggungjawab untuk merapatkan hubungan ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Filipina.


------

SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA

Posted: 24 Dec 2012 05:00 PM PST


SEMOGA  KITA SEMUA
DAPAT  BERHIMPUN
PADA
12 JANUARI DI KUALA LUMPUR
 PERUTUSAN HARI NATAL DARI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat Kristian di Malaysia! Moga musim perayaan ini membawa keharmonian, kebahagiaan dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Natal adalah masa untuk bersama keluarga dan masa bersama dengan orang yang tersayang. Marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada dan tidak dilupakan juga kepada yang kurang bernasib baik.
 
Masyarakat Kristian memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama dalam negara kita. Hubungan antara masyarakat Kristian dan kerajaan seharusnya dibina atas kepercayaan dan semangat kerjasama, dan kebebasan fundamental mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan wajib dihormati dan dilindungi. Ini adalah perkara yang sangat esential untuk Malaysia bergerak maju bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan. Negara tidak tampak hebat dengan masyarakat yang tidak bersatu.
 
Sempena dengan kehadiran musim perayaan ini, saya ingin ulangi bahawa kegembiraan, kestabilan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia harus menjadi batu pengukur kepada kekuatan negara bangsa ini dan kemampuan untuk mengharungi cabaran di hadapan. Marilah kita bersatu di bawah panji keamanan, kebebasan, reformasi dan keadilan untuk semua.
 
Saya bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat bekerja keras bertahun-tahun untuk memastikan komitmen kami bahawa Malaysia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat itu, kami ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
Kuala Lumpur



------

WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN

Posted: 24 Dec 2012 06:30 AM PST



SILA DENGAR LAGU
dari 
KLIP VIDEO INI
dan
SELAMAT SEJAHTERA
untuk semua

KOMENTAR TUKAR TIUB
 mauludul rasul nabi isa ini
adalah hari yang tepat
dimana semua umat manusia
mengucap selamat kesejahteraan untuk semua


tetapi

united malays national organisation
melarang nama tuhan digunakan
hanya united malays national organisation
sahaja yang boleh menggunakan nama tuhan


sedar lah wahai bani melayu

kebenaran bukan milik satu satu bani
kebenaran bukan milik satu satu agama
kebenaran bukan hanya milik yang beragama
melakukan kebaikan bukan hanya ajaran satu agama
tidak ada satu agama yang memonopoli kebenaran
yang tidak beragama pun memiliki kebenaran
yang tidak beragama pun  menabur kebaikkan

Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."



 
----------

MAULUDUL RASUL NABI ISA - PENCERAHAN PEMBACA

Posted: 24 Dec 2012 12:30 AM PST




SELAMAT  MENYAMBUT

MAULUDUL RASUL NABI ISA

tim tukar tiub
mengucapkan
selamat menyambut mauludul rasul nabi isa
kepada semua penganut agama kristian

PADA MALAM ITU
nyanyikan lagi si malam kudus
nyanyikanl lagi si rindu suci
untuk kau
wahai isa dari nazarerth

2012 tahun dahulu
dimalam  yang sejuk ini
di dalam kandang itu
kau dilahirkan untuk membawa pencerahan

pencerahan  menentang kezaliman
pencerahan  menentang periba
pencerahan  menentang kekufuruan
kau membawa kebenaran

lalu kau disalib
hari ini aku nyanyikan lagu malam kudus
hari ini aku nyanyikan lagu rindu suci

 ADA KE SYURGA DAN NERAKA?
Anon 24.12.12 10.53 am, buang masa aje kau cakap macam tu ini orang mana ada percaya neraka ke syurga. Fakta pasal nabi Isa pun salah ikut kajian ahli sejarah Nabi Isa atau Jesus of Nazareth lahir antara tahun 30 hingga tahun 5 sebelum masihi bukan 2012 tahun yang lalu, Isa a.s atau Jesus lahir semasa musim bunga (bulan mac,april atau mei) dan bukan musim sejuk (bulan disember, januari atau februari) dan Nabi Isa tak pernah kena salib. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/24/12
  
KESAH DI REKA REKA
selamat menyambut maulud nabi isa..xkish la benar atau tidak..tepat atau kisah 25 dis direka2..semua manusia berhak utk meraikan hari kemuliaan agama masing2..tak rosak akidah pun kalau nak ucap pada sape2..yang jumud..korang nak hidup dalam kepompong kebodohan korang

..silakan..tt pub xlarang..sumea agama mengajak manusia kepada kesejahteraan..usah dibeda2kan..isa ikut ajaran ibrahim..muhd juga ikut ajaran ibrahim..lu org umat kononnya islam terlbih pandai sebenarny ikut agama pak arab saud..bukannya ikut ajaran ibrahim..bukak kitab lu dan baca!!!!, salam srjahtera utk sekalian manusia..- INDAHSINARSANGSURIA on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Merekaseganilmu Merekamalasbaca
on 12/24/12

MENYAMBUT DENGAN CHIVAS
Oiiiii...TT esok pegi rumah gua..ada beer dan Level 5.Chivas Regal pun ada. Kalau ko tak nak. aku kasi air oren je...kah..kah..kah..makanan ditanggung halal..petai takda..bawa sendiri la TT. email gua..tapairock@yahoo.com.. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12


PENJUAL AGAMA
Penjual agama diatas mencaci TT kerana tidak faham apa maksud pencerahan yang ditulis oleh TT. Penjual agama di Malaysia sekarang adalah sama dengan penjual agama di Jerusalem lebih kurang 2000 tahun yang lalu yang menyalibkan Nabi Isa kerana Nabi Isa menentang hipokrit-hipokrit dan munafik-munafik yang memperalatkan agama untuk menipu orang ramai.

Jika penjual agama di Malaysia ada kuasa macam penjual agama di masa yang lampau, sudah tentu, Hishamuddin Rais akan disalibkan juga. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
UM NO!
on 12/24/12


LAHIR ATAS POKOK KURMA
Jesus A.S dilahirkan bawah pokok kurma laa... di atas bukit.. di bawah bukit itu ada sungai. Kalau lahir kat kandang, bentan laa Mary A.S lepas bersalin, pasal banyak sangat kuman kat kandang.. Jesus tu bukan tuhan, dowh.. jesus tu dari kalangan bani manusia jugaaaakk... on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12

TAK ADA HUBUNGAN DENGAN HARI INI
Sudah beribu tahun Nabi Isa telah mati/wafat dan beliau berasal di dunia Arab. Pastinya warga kini dah tiada hubungan brmakna dengan Nabi Isa seperti kita tiada lagi hubungan yang bermakna dengan nenek moyang kita sekitar 100 tahun lalu,

jadi bagaimana nak mengapresiasi Nabi Isa, malahan Nabi Adam, Musa dan ramai lagi, kita tiada koneksi lagi mungkin kalu ada pun melalui 'kepercayaan buta' aje. Kan lebih baik kita menyambut mereka yang kita mempunyai hubungan yang masih akrab dan telah menyumbang kepada kepada kebaikan hidup kita.Kan elok kita meraikan ulang tahun mereka yang membela, mendidik, memberi kita makan yang ikhlas daripada mereka yang kita tiada hubungan konkrit langsung on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12

WE Muslim love Jesus as a messenger of Allah as we love Muhammad as a messenger of God if you say u are Christiane we Muslim are more Christiane than you WE follow Isa teaching as Islam by Mohammad. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12
 
Menyambut Kelahiran Nabi Isa as bukan satu masalah....menyanjung perjuangan nabi Isa as sama seperti perjuangan para nabi as merupakan perbuatan terpuji... Menganggap Nabi Isa as anak Mariam sebagai tuhan - ini kerja gila tak pakai otak.... on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12

depa sendiri pun tak tau bila nabi isa as diputerakan. 25 dis adalah hari pesta pagan. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
kampong lad
on 12/24/12


Tanpa nama: Tak takut ke neraka tu patut tanya pada United malay national organazation.. bukan TT.. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Rain
on 12/24/12

artikel bodoh-bodoh alang. on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12

krismas bukan hari kelahiran nabi isa on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Anonymous
on 12/24/12


HATI HATI
Aku harap Hishamuddin berhati-hati mengenai perkara Maulud Nabi Isa ini kerana perkara ini amat sensitif buat penganut Islam. Tiada bukti kukuh yang menyatakan Nabi Isa dilahirkan pada 25 Disember. Tarikh ini hanyalah rekaan Raja Augustine yang secara kebetulan bertemu dengan penganut agama gnostic.

 Mereka sedang meraikan tuhan mereka dengan menari dan bergembira di jalanraya. Mereka melilitkan ikatan bunga di kepala, lantas hingga ke hari ini terdapat lambang salib "nabi Isa" yang dililitkan dengan bunga. Untuk menarik mereka ke agama Kristian, raja Augustine menyatakan kepada penganut gnostic bahawa Nabi Isa dilahirkan pada hari yang sama, dan mereka boleh pula meraikan perayaan itu bersama di dalam Kristian, lantas 25 Disember difikirkan sebagai tarikh lahir Nabi Isa.

 Dan ada juga orang Islam bodoh yang percaya dan mengikut. Hati-hati ... kalau anda tidak percaya akan tuhan, jangan pula menyelewengkan mereka yang berTuhan! on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA
Hansley Arnaz Hawana
on 12/24/12
  


 YAM SEENG
selamat untuk umat kristen dan selamat tahun baru pada dunia...DUNIA BARU UNTUK AKU PROPAGANDAKAN AGAR LALUAN PAKATAN MEMERINTAH CERAH...ahhh ITU bukan aku kata...itu TT yang kata...apa apahal..DIA BUAT KAMI SOKONG..ITU KUMPUM.....

SELAMAT MEMBOTOM UP KEPADA YANG MENYELEBERET....JANGAN LUPA JALAN PULANG..TAK TAHAN TIDUR DULU..NAMPAK SIKIT BARU JALAN....JANGAN LUPA MAKAN CHEWING GUM SEBELUM TEGUR BINI...HEHEHEHEHEHEHE..COVER SIKITLER BAU TU....HEHEHEHEH..ITU PUN KALAU ADA BINI..KAH KAH KAH KAH.... on SELAMAT MENYAMBUT MAULUD DUL RASUL NABI ISA


---------


SUSILO BINCANG KES ROGOL AMAH DAN KES ZAINUDDIN MAIDIN

Posted: 23 Dec 2012 11:30 PM PST



Pembantu Rumah Asing Pilih Negara Lain Bayar Upah Lebih Tinggi

Dengan negara-negara lain yang membayar gaji lebih tinggi dan kadar pertukaran semasa rendah ringgit, pembantu rumah boleh memilih untuk pergi ke tempat lain, kata pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata, walaupun akan ada permintaan lebih besar untuk pembantu rumah, terutama dengan penduduk yang semakin berusia, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengupah mereka.
"Melainkan jika pendapatan kita dapat bersaing dengan kos yang semakin meningkat, semakin kurang orang akan mampu untuk mendapatkan pembantu rumah," katanya.
Beliau berkata, dengan peningkatan ekonomi di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia tidak lagi boleh dilihat sebagai pasaran kerja yang berpotensi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit... SELAIN DARI GAJI MURAH ...ADA LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN BUAT BUAT TAK TAHU.... kah kah kah...

woit... KAH  KAH KAH KAH....kah kah kah

kah kah kah...PEMBANTU RUMAH TAKUT KENA ROGOL.... kah kah kah...

kah kah kah... TAK CAYA... TANYA ORANG JELEBU.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK JUMPA ORANG JELEBU... TANYA RAIS YATIM... kah kah kah

kah kah kah... TAK JUMPA RAIS YATIM... TANYA ROCKY BRU.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK JUMPA ROCKY... BACA WIKILEAKS... kah kah kah..


---------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI TELAH DISUSUN

Posted: 23 Dec 2012 08:15 PM PST



PROGRAM MENGHASUT
TELAH DISUSUN
SILA AMBIL TARIKH
SILA BUAT RAMAI
datang ke empat yang hampir


26 DISEMBER MACANG KELANTAN

28 DISEMBER KUALA LUMPUR

1 JANUARI  - MELAKA

5 JANUARI JAY BEE