Isnin, 24 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Datuk Fauzi Shaari menyesal sertai PAS?

Posted: 24 Dec 2012 08:10 PM PST


Fauzi Shaari tidak pernah menyesal sertai PAS

December 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari menafikan pernah mengeluarkan kenyataan beliau menyesal menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS. 
"Kenapa saya perlu menyesal bersama PAS. Saya sudah buat pilihan yang tepat. 
"Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini. 
"Saya rasa tindakan saya menyertai PAS membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dipetik dari Sinar Harian Online. 
Sebelum ini tersebar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai PAS. 
Mesej itu berbunyi: "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. 
"Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan PAS." 
Fauzi menafikan SMS tersebar itu yang menurutnya dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak gembira dengan tindakannya menyertai parti pembangkang. 
"Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama PAS," katanya. 
Selepas pilihan raya 2008, PAS dilihat giat membawa masuk bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai mereka. 
Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai parti Islam itu. 
Ahmad Zabidi Shamsuddin, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia juga berbuat perkara sama. 
Terbaru semasa Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim mengisytiharkan secara terbuka menyertai parti tersebut. 
"Saya dah lama nak menyertai PAS... dan hari ini secara rasmi saya menyertainya," katanya yang pernah juga menjawat jawatan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Siasat Najib Razak dan Taib Mahmud dulu -

Posted: 24 Dec 2012 12:36 AM PST


24 December 2012
KUALA LUMPUR, 24 DIS: Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin," kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.
Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.

Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.
"Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an," ujar Nie Ching.
Beliau juga menambah seorang lagi ahli politik yang mesti disiasat secepat mungkin ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.
Menurut beliau, laporan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland, Bruno Manser Fund menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai RM64 bilion, dengan harta kekayaan Taib sendiri bernilai RM46 bilion.
"Adakah Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan menukar fikirannya dan tidak mahu calon BN disiasat untuk amalan rasuah?" ujar Nie Ching lagi.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP turut menyarankan supaya calon BN melakukan pengisytiharan harta secara terbuka sekiranya mereka benar-benar serius mahu mempamerkan imej yang lebih bersih.
"Kami menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh berubah, jika tidak mereka mesti bersedia untuk diubah oleh rakyat pada PRU-13 nanti," tambah beliau. – Roketkini.com

Kes Umar : Sandiwara Hakim, DPP dan Peguam

Posted: 23 Dec 2012 11:19 PM PST


541675_513316425368468_875094713_nArul
24 Disember 2012, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Pada hari Jumaat yang lalu, Magistrate Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM 1000 keatas aktivis Mahasiswa Umar Mohd Azmi untuk satu kesalahan kecil iaitu menghalang seorang penjawat awam.
Yang tak masuk akal adalah bukan sahaja hukuman yang berat untuk satu kesalahan kecil tetapi apabila mahkamah tidak memberikan penangguhan penghakiman sehingga kes di rayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Adalah satu prosedur biasa Magistrate memberikan penangguhan kehakiman apabila ada hukuman penjara kerana sebagai seorang Hakim yang digelar "yang Arif " konsep kebebasan dalam kehakiman sangat penting dan setiap orang harus diberikan segala ruang dalam proses perundangan, sebelum dijatuh hukum.
Namum tak tahu mengapa Magistrate ini berkelakuan begini. Mungkinkah kerana beliau mahu membodek sesuatu pihak, beliau sanggup berbuat demikian?  Ramai orang pelik dengan tingkahlaku Magistret yang membuat keputusan di luar tabii, barulah mereka sedar bahawa beliau adalah magistrate yang turut memberikan perintah supaya rakyat dihalang berhimpun di Dataran Merdeka semasa Bersih 3. Memandangkan beliau mempunyai kepentingan sendiri, sepatutnya beliau meminta supaya beliau tidak mendengar kes ini kerana ia melibatkan mahasiswa yang "occupy" Dataran Merdeka pada masa itu.
Maka Magistret yang memberikan perintah tidak memerdekakan Dataran Merdeka pada Bersih 3, hari ini didapati tidak mahu memerdekakan seorang anak  muda dan terus menggunakan kuasa untuk menahan beliau terus dipenjara sehingga kes didengar. Jika andaikata, beliau membuat rayuan di mahkamah tinggi dan mahkmah kemudian mendengar kes beliau, sudah pasti masa yang akan diambil adalah lebih lama dari sebulan dan oleh yang demikian dengan tidak memberikan perintah penangguhan adalah satu tindakan kotor menghukum orang dan menjadikan kes asal akademik. Ini adalah tindakan terkutuk, menghalang hak kebebasan seseorang dan langsung tidak masuk akal. Yang turut mempersona saya adalah tindakan Magistrate yang masih gian nak penjarakan Mahasiswa ini walaupun  pihak DPP tiada halangan dalam persoalan memberikan penangguhan penghakiman. Nampaknya Magistet ini mempunyai misi tersendiri.
Jika tindakan Magistret ini boleh dikatakan tidak adil, saya cukup terbeliak mata dengan kenyataan-kenyatan yang dbuat oleh Hakim Amelia Tee. Setelah mendengar Hakim Amelia, saya tidak tahu nak ketwa atau menanggis.
Semasa kes, Hakim Amelia bertanya kepada bapa kepada si Umar samada anaknya akan mendengar cakap beliau dan suruh supaya anak beliau tidak lagi pergi untuk aktiviti tidak sihat seperti Dataran Merdeka atau berhimpun disana. Realitinya  adalah Umar sudah berumur lebih 21, dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri. Ini bukan satu mahkamah keluarga untuk merapatkan hubungan bapa dan anak dan Hakim ini juga bukan guru disiplin, untuk mengawal gerak geri seorang dewasa.
Yang lebih teruk adalah beliau memberi larangan supaya Umar tidak lagi terlibat dan jika terlibat, maka penangguhan kehakiman akan ditarik balik dan beliau akan dipenjara. Ini nampaknya 2 x 5 keputusan magistret.
Pertamanya mahkamah tinggi masih belum putuskan samada rayuan Umar diterima tetapi Hakim Amelia sudah buat ketetapan bahawa apa yang dilakukan oleh Umar pastinya salah dan beliau memberikan syarat tambahan. Hukum dulu, bicara kemudian
Saya cukup terhibur dengan semua sandirwara Hakim, DPP dan Peguam. Di mahkamah ramai anak muda yang hadir mengari diri mereka masing-masing sebagai tanda protes. DPP sibuk mengungkitkan isu-isu remeh temeh yang tidak relewan padahal beliau sendiri tiada halangan untuk penghakiman penjara ditangguh. Peguam bela pula bersunguh-sungguh cuba memastikan Umar dapat dibebaskan sehingga beliau memberi ruang kepada Hakim ini menetapkan syarat-syarat yang tidak demokratik, anti Perlembagaan  perkara 10 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia. Isu kebebasan asasi seorang individu yang kini ditahan 3 hari tidak menjadi topik pokok. Nak ketawa atau menangis.
Namun Umar akhirnya bebas dengan ikat jamin  5 ribu dan syarat supaya beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dalam satu perhimpunan. Semasa saya dan 53 orang lain dulu ditahan dalam kes protes pada tahun 1998, Hakim Mahkamah session turut memberikan syarat bahawa jika kami libat dalam demo lain selepas ini, jamin mahkamah kami akan ditarik balik dan kami masuk semula ke penjara. Kes kami masih berjalan di mahkamah Session KL hari ini dan kami masih hadiri puluhan demonstrasi dan perhimpunan selepas syarat dikenakan.
Saya terfikit bagaimana Umar dan kawan-kawannya hendak ikut syarat mahkamah apabila  slogan Umar sendiri adalah, "Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat ". Sememangnya perjuangan jauh dari tamat dan apa lagi dengan taraf hakim dan magistret yang kita ada pada hari ini.- SUMBER

Tiada ulasan: