Isnin, 24 Disember 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lim Guan Eng - Presepsi DAP Tentang Islam

Posted: 24 Dec 2012 08:31 PM PST

Sabah Goyang : Shafie Apdal Diludah?

Posted: 24 Dec 2012 08:30 PM PST

Memikirkan tentang pendidikan

Posted: 24 Dec 2012 08:27 PM PST

Oleh NURUL IZZAH ANWAR
Hujung minggu lepas menyaksikan saya bersama beberapa ibu, ayah berserta anak-anak yang bakal melangkah masuk ke alam persekolahan di sekitar Lembah Pantai dengan penuh semangat.


Memandangkan ramai akan memulakan kehidupan baru bersekolah, kami anjurkan program santai "Kembali ke sekolah" atau dalam bahasa Inggerisnya, "Back to School" di mana peralatan sekolah serta folder kecil dihadiahkan sekadar pemberi insentif buat anak-anak yang diimpikan akan cemerlang di sekolah oleh setiap ibu dan ayah.

Semuanya mengingatkan saya kepada zaman persekolahan saya sendiri - dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, SMK Sri Hartamas sehinggalah ke SMK Assunta.

Ayah saya mahukan kami adik-beradik menyertai alam persekolahan biasa. Ternyata, pengalaman bersekolah di sekolah kerajaan membantu saya memahami dua perkara:

Pertama, selok-belok kurikulum dan bebanan guru, memberikan gambaran jelas kelebihan serta kekurangan di sekolah-sekolah kita.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis ekonomi pengaruhi mental

Posted: 24 Dec 2012 08:27 PM PST

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Senarionya seolah-olah merupakan rakaman semula seperti di Tuscon, Virginia Tech dan  Columbine. Cuma kali ini ia lebih menyayat hati di mana majoriti mangsa terkorban ditembak terdiri daripada kanak-kanak yang masih bersekolah.


Kejadian di Newton, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah di mana ibu penembak bekerja di situ sebagai seorang guru tadika, membunuh 20 kanak-kanak dan 6 dewasa. Penembak tersebut kemudiannya membunuh diri.
Seorang lagi mangsa, dipercayai ibu kepada penembak ditemui mati di sebuah rumah di Newton, membawa jumlah mangsa kepada 27 orang.

Ini memang kejadian sangat menyayat hati, terutamanya majoriti mangsa terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah masih tidak tahu apa-apa.

Read More / Baca Lagi >>

Politik dengki dan busuk hati Zainudin

Posted: 24 Dec 2012 08:26 PM PST

Rendah betul moral atau martabat bekas wartawan hebat produk Umno yang bernama Zainuddin Maidin ini. Walau pun pernah menjadi menteri penerangan buat seketika kemudian kalah kepada calun PKR dalam PRU 12 yang lalu, namun itu belum cukup mematangkan halatuju politiknya.   

Dari awal sampai pencen kekal dengan politik mengampu dan busuk hatinya. Perbuatannya menghina bekas bekas presiden Indonesia baru-baru ini amat memalukan negara dan rakyat Malaysia.   
 
Begitu mudah beliau melebelkan Habibie, dan rakan baiknya DS Anwar sebagai "anjing imperialisme"  Wow,! dahsyat!  Gelaran sebegini cukup melampau!  Bekas pemimpin Malaysia dan Indonesia yang cukup popular dan berkarisma itu disamakan dengan anjing. Celaka betul si mamak yang mengaku Melayu ini.  Sedarkah dia? yang dia hanya seorang wartawan busuk, wartawan pengampu yang disisih oleh rakyat bahkan oleh Umno sendiri? Bukankah selayaknya beliau dilebel sebagai  Wartawan anjing kurap? - rahimothman

Perutusan Natal: Hanya kerajaan pro-rakyat mampu urus negara dengan baik

Posted: 24 Dec 2012 08:24 PM PST


KUALA LUMPUR, 25 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat dengan segala dasar pro-rakyat yang diketengahkan mampu membawa Malaysia mengecapi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan dengan lebih menyeluruh dan adil berdasarkan kepada prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, biarpun prinsip dan idealisma dasar pro-rakyat tidak dipedulikan mereka yang mentadbir negara kini, ia akan mampu terlaksana dengan bertukar kepada sebuah pentadbiran baru yang pro-rakyat.
"Misalnya dengan melaksanakan tender secara terbuka, ia bukan saja idealistik malah menjadi komponen yang realistik untuk dipraktikkan dan inilah yang memberi sumbangan besar kepada pencapaian Pulau Pinang sehingga kini." Ujar beliau dalam satu mesej sempena Hari Natal yang dikeluarkan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, tanpa berpegang teguh kepada prinsip, sesuatu dasar itu tidak akan jadi praktikal malah akan timbul isu yang menjadi kekhuatiran rakyat terhadap kepentingan dan hak mereka, antaranya ialah;
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur

Posted: 24 Dec 2012 08:23 PM PST


Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah di Pantai Timur
Kira-kira 2,000 pelajar termasuk kakitangan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota di Kota Bharu tidak dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kawasan tersebut

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.
  
Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.
  
Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.   

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).
  
Read More / Baca Lagi >>

Tidak bayar royalti petroleum dianggap lebih menzalimi rakyat Kelantan

Posted: 24 Dec 2012 08:22 PM PST

Oleh Noor Jaafar

RAMAI yang sengaja buat keliru dan kurang jelas mengenai kelulusan kawasan balak seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Gua Musang, oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 2000.
Sedangkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari sudah menjelaskan perkara itu, begitu juga penafian yang dibuat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Penjelasan yang macam mana lagi yang pemimpin dan penyokong UMNO-BN mahu kalau mereka masih juga tidak faham atau sengaja buat tak faham dengan penjelasan dan penafian itu.
Mungkin perangai pemimpin dan penyokong UMNO-BN suka melakukan fitnah tanpa usul periksa yang akhirnya mereka sendiri yang dapat malu sepertimana yang dilakukan Utusan Malaysia yang akhir kalah dan dikenakan denda kerana memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Roketkini.com juga tidak faham apa maksud Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) yang turut menuduh Kerajaan PAS Kelantan mengkhianati dan mengaibkan rakyatnya dengan memberi tanah balak di Gua Musang kepada pemimpin DAP.
Kalau kerana kes itu dituduhkan menganiayai rakyat Kelantan, bermakna tindakan Kerajaan BN Persekutuan lebih zalim dan kejam apabila menafikan hak royalti petroleum rakyat Kelantan.
Rakyat Kelantan, termasuk PAKATAN yang diterajui Datuk Dr Nordin Ab Razak boleh banding sendiri antara kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kerajaan BN dengan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang meluluskan tanah itu kepada YIK dan diusahakan pembangunan kawasan balak itu oleh sebuah syarikat yang kebetulan baru saja dimiliki pemimpin DAP Perak.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis

Posted: 24 Dec 2012 05:38 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.

"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.


Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.

Read More / Baca Lagi >>

The Current and Next PM visit Sabah

Posted: 24 Dec 2012 05:37 PM PST

At the end of this month, DS Najib and DS Anwar are going to Sabah. The former will see a bleak future for BN in Sabah. Anwar will be basking in increasing support from Sabahans, tired of being the 12th state in Malaysia. Sarawak on the other hand enjoys more autonomy. UMNO is not there, and its CM is determined by Sarawakians. Sabahans take stock of what is happening in the neigbouring state.
The CM of Sabah on the other hand, is determined by Kuala Lumpur. The non-Muslim majority has seen its dominance diluted by the infamous Project IC. Immigrants were given free passage into Sabah and were given citizenship. Most of them are Muslims thus swelling the number of Muslims in Sabah to about 40-45% now.
Anwar will be experiencing so many more Pensiangans. Pensiangan is a remote rural constituency south of KK. You have to undertake hazardous travel to get there. Yet when Anwar visited Pensiangan not too long ago, 7000 came to greet him.
Read More / Baca Lagi >>

Bayar Ansuran FIDYAH Melalui Maybank2u - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:27 PM PST

ONANI Kerana Isteri PREGNANT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:27 PM PST

Tanda HITAM Atas Dahi - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:26 PM PST

Tanggung HUTANG Tak Boleh Keluar Jihad ? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:25 PM PST

Anak Isteri RELA Suami Ke Medan JIHAD - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Dec 2012 12:24 PM PST

02/02 Kenapa Lelaki MUSLIM 112 Tahun KAHWIN Dengan Gadis 13 Tahun? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

Posted: 24 Dec 2012 12:24 PM PST

01/02 Kenapa Lelaki MUSLIM 112 Tahun KAHWIN Dengan Gadis 13 Tahun? - Dr Zakir Naik (subtitle BM)

Posted: 24 Dec 2012 12:23 PM PST

Afghan Policewoman Kills US Adviser in Kabul

Posted: 24 Dec 2012 12:22 PM PST

NATO murder sets dangerous Afghan precedent

Posted: 24 Dec 2012 12:21 PM PST

Egypt gives Islamist constitution a chance

Posted: 24 Dec 2012 12:21 PM PST

Banjir semakin buruk di Kelantan

Posted: 24 Dec 2012 07:21 AM PST


banjir kelantan
Dua remaja perempuan mengharungi banjir di Kampung Wakaf Bunut, Jalan Jerteh, Pasir Puteh, hari ini.
 
banjir kelantan

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin buruk apabila enam daerah mula dilanda bencana alam itu melibatkan 465 mangsa daripada 110 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sehingga jam 6 petang tadi.
Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri, mangsa di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah mula berpindah sejak tengah malam tadi.
Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila Kampung Telekong dinaiki air menyebabkan 31 keluarga melibatkan 122 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong.
Di Kota Bharu, 113 mangsa daripada 28 keluarga dari Kampung Tiong, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Mulong dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong, Pejabat Penggawa Peringat dan SMK Mulong.
Read More / Baca Lagi >>

Bilik Gerakan Banjir DPP di seluruh negara

Posted: 24 Dec 2012 07:18 AM PST

1. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di PERAK tlh dibuka, hbngi sdr arif shaarani 013-4213636 utk tindakan lanjut

2. Bilik Gerakan banjir Pemuda di TERENGGANU tlh dibuka, hubungi Us Saiful Anbiya 0199229158 utk tindakan lanjut,

3. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di KELANTAN  tlh dibuka, hbgi sdr Nik Asmawi +60129289859 utk urusan di Kelantan

4. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di JOHOR, Penyelia sdr Faizul Salleh 0136263800 sila hbgi utk tindakan lanjut

5. Pemuda PAS tlh buka bilik Gerakan Banjir di negeri KEDAH sila hbgi ust Zelani 0194156624 utk tindakn lanjut

6. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di MELAKA, sila hbgi sdr Mohd Puhat 012-242-8942 utk tindakan lanjut,

7. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di WILAYAH PERSEKUTUAN sila hubungi sdr Shidi 012-2428942 utk tindakn lanjut

8. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di PERLiS, hbgi sdr Mior Hassan  0194575605 utk tindakan lanjut

9. Bilik Gerakan Banjir tlh dibuka di PULAU PINANG, hbgi sdr Norazman 0134076770 utk tindakan lanjut

10. Bilik gerakn banjir Pemuda PAS tlh dibuka di PAHANG, sila hubungi sdr Sharudin 0139191721  fadli 0199111163 utk info & bantuan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tengku Abdullah: Sistem parit di Kuantan perlu dikaji semula

Posted: 24 Dec 2012 07:17 AM PST


banjir
Kelihatan seorang kakitangan sebuah hotel Shiaha Salleh,48, melihat bandar Kuantan yang dilimpahi air banjir hari ini. - Foto Bernama
 
banjir
Sebahagian 131 keluarga menikmati makanan yang disediakan di pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Galing, Kuantan hari ini. - Foto Bernama
 
KUANTAN - Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengkaji semula sistem perparitan di sekitar bandar Kuantan kerana ia didapati menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat di sini hari ini.
Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.
"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah

Posted: 24 Dec 2012 07:17 AM PST



(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

Kawasan-kawasan popular seperti Berjaya Megamall, Sri Dagangan, East Coast Mall and Zenith Hotel diselubungi air dengan kenderaan dilihat di bawah air setinggi paras pinggan.
Read More / Baca Lagi >>

Rise in domestic debt places Malaysia at risk of crisis, economists warn

Posted: 24 Dec 2012 07:14 AM PST

Kuala Lumpur skyline at dusk. WSJ reported that Malaysia had one of the higher figures of debt levels in the region, with the country's credit-to-GDP ratio this June rising to 117 per cent from 96 per cent in late 2007. – Reuters pic
KUALA LUMPUR, Dec 24 – Economists warn that a rise in domestic debt that has been keeping Asia's economy strong could place the region, which includes Malaysia, at risk of a major crisis, the Wall Street Journal (WSJ) reported. The WSJ noted the great increase in the number of loans being taken by Asian businesses and individuals due to the low interest rates offered by banks.
But Frederic Neumann, co-head of Asian economic research at HSBC, warned that the Asia could be at the brink of a major debt crisis, saying: "I believe we are at the beginning of a major debt cycle in Asia."
"We are certainly seeing the early symptoms of a debt bubble emerging, and I think it's worth keeping a close eye on," he told the international business paper last Friday.
The WSJ reported that Asia's debt levels had jumped far greater than the troubled Euro zone and the US.
Asia's credit-to-GDP ratio shot up to 104 per cent this June from 82 per cent in December 2007, while the Euro Zone's was a slower rise of 131 per cent from 123 per cent and the US' ratio had went down by one per cent to 62 per cent.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: