Selasa, 18 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI - Pergaduhan di Sg Petani

Posted: 18 Dec 2012 04:24 PM PST


Polis: Jangan dengar khabar angin, tiada rusuhan kaum
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
19 Disember 2012
Abdul Ghafar ketika mengadakan sidang media di IPD Kuala Muda malam tadi.
Abdul Ghafar ketika mengadakan sidang media di IPD Kuala Muda malam tadi.
SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

"Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

"Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

"Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar," katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

"Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.
"Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan," katanya.
Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.
"Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.
"Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama," katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.
Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.

Pergaduhan di Sg Petani - Puncanya kes curi motor

Posted: 18 Dec 2012 08:41 AM PST

Kuala Lumpur - by @tiewnama
pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger
umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat 
yang sebenarnya adalah kes curi motor.

persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu 
yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah 
yang di curi?


siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. ini pepatah lama,
adakah ini konspirasi umno untuk mencetuskan huru hara bagi terus mengekalkan
kuasa? sesuai dengan kata kata ketua wanita umno malaysia bahawa tragedi 13 mei
bakal berulang dan putrajaya akan di pertahankan walau dengan apa cara sekalipun
dari perdana menteri malaysia Najib Razak. wallahualam.




Puncanya Siapa Yang Curi Motor Siapa?
SUMBER - ERA PASCA

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI

Posted: 18 Dec 2012 07:10 AM PST

[11.10 Mlm - 1812/12] STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih. - PDRM

Berahim katak cemas takut karier politiknya terkubur

Posted: 18 Dec 2012 04:45 AM PST


KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan "cemas" hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu.
Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu.
"Dia (Ibrahim) sudah cemas.
"Pilihan raya kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebab itu dia berkata demikian, kariernya politiknya akan terkubur," kata Senator Dr Ariffin SM Omar kepada The Malaysian Insider.
Ariffin juga mengecam Ibrahim yang sering menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam, tetapi demi kepentingan diri sendiri sanggup mempertahankan MCA hanya kerana mahu menang pilihan raya nanti.
"Ibrahim Ali perlu beri sebab kenapa orang Melayu perlu sokong MCA. Atau adakah ini kerana kepentingan politik?" kata Ariffin yang baru dilantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.
Ahli parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad pula memberitahu The Malaysian Insider kenyataan Ibrahim bukan sesuatu diluar jangkaan memandangkan kesetiaan ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Umno dan BN.
Khalid mendakwa presiden Perkasa tersebut tidak mempunyai "wawasan politik" dan masih lagi mengamalkan sikap politik "lapuk" untuk meraih sokongan.
"Ini membuktikan Ibrahim Ali tidak mempunyai wawasan politik, kaedah yang digunakannya sudah lapuk dan lama," kata Khalid.

"Ia bukan sesuatu yang menghairankan, ini membuktikan beliau menyokong kezaliman sekalipun melanggar prinsip Islam dan menghina orang Melayu."
Menurut Khalid, perkara tersebut adalah formula Umno dalam BN yakni penguasaan ke atas MCA dan MIC membolehkan mereka menjadi tuan kepada kedua-dua parti tersebut.
"Inilah formula Ketuanan oleh Umno dalam BN, mereka menguasai MCA dan MIC supaya dapat menjadi tuan kepada mereka.
"Ia bukti beliau sanggup mengadai apa sahaja demi Umno," tegas Khalid.
Pada Oktober lalu, media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung MCA.
Kenyataan tersebut juga mendapat sokongan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek hingga menyebabkan tercetus kecaman hebat daripada parti Islam tersebut dan penyokongnya.
Walaubagaimanapun, tiada satu pun badan bukan kerajaan Melayu yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati dan lain-lain tampil mengulas mengenai isu tersebut.
"Tuan-tuan jangan terasa atau terguris hati, saya lagi terguris bila pemimpin-pemimpin MCA buat macam-macam kenyataan.
"Tapi saya tahu, kenyataan-kenyataan oleh MCA itu demi menangkis sikap Chauvinis daripada DAP," kata Ibrahim pada persidangan NGO tersebut hujung minggu lalu.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA."
Walaupun menggesa supaya memberi sokongan kepada MCA, Ibrahim pada masa sama mengatakan komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi dan akan mengulangi insiden 13 Mei 1969.
Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata presiden Perkasa itu berhak untuk berkata apa sahaja tetapi yakin pengundi sudah matang untuk memilih.
"Itu adalah hak Ibrahim Ali tapi rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk memilih. Jadi rakyat juga berhak memilih," ujar beliau.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Berubahlah Polis Malaysia! Jadilah Insan Yang Berani Membuat Perubahan...

Posted: 17 Dec 2012 11:52 PM PST



Musa muka tak tau malu...

Kisah bekas ketua polis bergasak dengan bekas-bekas pegawai tertinggi polis yang lain dan KPN sekarang dan bapak-bapak menteri sudah bukan satu rahsia lagi.

Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri KDN boleh cakap apapunlah tetapi seperti yang telah menjadi rahsia umum, Polis DiRaja Malaysia memang kalut. Lama dah kalut sejak Mahathir dok sibuk nak penaya Anwar lagi.

Musapun boleh cakap apa sekalipun tetapi pada pandangan aku, beliau adalah macai Mahathir nombor wahid. Sampai sekarang, walaupun dia bersuara lantang dia masih macai Mahathir.

Macai ni zamai Firaunpun ada macai, zaman Namrudpun ada macai, zaman diktator manapun ada macai. Dan yang pastinya , macai memang ada sejarahnya yang tersendiri. Jadi Musa bakal ada sejarah beliau sendiri, lebih teruk dari Ibrahim Ali.

Saya nak tanya, mana ada polis dalam dunia ni yang pikul tilam boleh jadi KPN? Mana ada KPN dalam dunia ni yang mahkamah dapati keterangannya tak boleh dipakai dan dia dianggap saksi yang tidak boleh dipercayai selain dari Musa Hassan dan kekal sebagai KPN? KPN mana dalam dunia ni yang sibuk frame bos dan anak buah dia?

Macai ni kau orang tengoklah nanti, kalu Najib nak tutup mulut dia senang aje. Bagi dia jadi Deputy Chairman of Genting ke, Magnum ke, senyaplah dia! Tak boleh pakai mamat ni.

Cuma aku sebenarnya kesian kepada anggota2 PDRM. Di antaranya ramai juga yang baik-baik. Imej mereka sangat buruk kerana perangai bos-bos mereka yang gila kuasa, gila jadi macai dan gila nak kumpul harta.

Tetapi itulah!



Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Sempena PRU13 yang bakal menjelang tiba ini, marilah sama-sama kita menggunakan hak demokrasi masing-masing membuat perubahan dengan memilih kerajaan yang adil dan mampu membuat reformasi dan transformasi kepada institusi Polis Di Raja Malaysia.

55 tahun tuan-tuan dan puan-puan di psyco kununnya hanya BN dan Umno yang mampu menjaga hak melayu dan hak tuan-tuan. Fatwa Umno sahaja yang boleh memerintah adalah khurafat yang nyata. Selama 55 tahun itu hak-hak orang melayu dikikis dengan rakusnya. 

Bukankah dalam masa 4 tahun setengah yang lalu tuan-tuan dan puan-puan semua telah menyaksikan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak (selama 11 bulan) telah diperintah dengan baik dan sejahtera oleh Pakatan Rakyat? Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak percaya kepada Harakah, Suara Keadilan ataupun akhbar Roket, tidak mengapa. Tuan-tuan dan puan-puan rujuklah kepada Laporan Ketua Audit Negara yang melaporkan prestasi cemerlang negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat tersebut. 

Saksikan juga betapa berbagai skandal dan salahguna kuasa dan salah urus di peringkat pusat dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN termasuk agensi-agensi kerajaan dan GLCnya berleluasa.

Bukalah mata dan jangan makan gaji buta.

Keberanian bukan kerana tuan-tuan dan puan-puan berkerja secara berpasukan dengan senjata di tangan tetapi keberanian yang hakiki ialah ketika tuan-tuan dan puan-puan berseorangan di mana di tangan tuan-tuan dan puan-puan ketika itu ada pensel dan kertas undi. Di situlah titik tolaknya di mana letaknya diri masing-masing? Adakah tuan-tuan dan puan-puan masih di bawah tempurung yang lama ataupun tuan-tuan dan puan-puan mahu melangkah membuat perubahan?

Tepuk dada tanyalah selera...


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pas: PGU 6.0 lambang inspirasi rakyat

Posted: 18 Dec 2012 09:07 PM PST

KUALA TERENGGANU – Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0 dianggap terbesar dan terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah program, Ariffin Deraman berkata, himpunan tersebut sebagaimana penganjuran PGU lain sebelum ini akan memberi penjelasan kepada rakyat bagi memastikan peralihan kuasa di negeri ini dan membantu laluan pakatan pembangkang menuju ke Putrajaya.

Sebagaimana diketahui sebelum ini, PGU adalah program pembangkang memujuk rakyat menolak parti kerajaan.

"Ia lambang inspirasi rakyat supaya tolak Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Antara pimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ke program tersebut bermula 13 hingga 15 Disember lalu di Paka ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Selain golongan artis yang pernah membuat pengumuman menyertai PR hadir memeriahkan majlis, Ariffin berkata, badan bukan kerajaan (NGO) turut dijemput menyampaikan ceramah, antaranya Sekretariat R, Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan wakil anti-Lynas.

Read More / Baca Lagi >>

May 13, Kg Medan – Never again!

Posted: 18 Dec 2012 09:05 PM PST

Even though biologically, there is no such basis for a category known as "race", the social construction of race is ever present in this country.

By Kua Kia Soong

The launch of "Violence against an Ethnic Minority in Malaysia: Kampung Medan 2001" by S Nagarajan and K Arumugam yesterday is a wake-up call for Malaysians to get wise to the Malaysian state's attempts to portray racist/fascist pogroms against ethnic minorities in Malaysia as so-called "racial riots" that came about "naturally" because of social conditions and dissatisfaction.
This is the first book written to put the record straight on the racial violence against ethnic Indian Malaysians at Kampung Medan in 2001. For this racial violence to happen more than 30 years after "May 13" is a scandal and an indictment of Malaysia's modern day institutions which are still steeped in racism and racial discrimination.
My 2007 title, "May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969" challenged the official version that the violence (in which the victims were mainly ethnic Chinese) was the result of "riots" between "Malays" and "Chinese" who had been provoked by irresponsible opposition politicians. The official version of the Kampung Medan violence in 2001 was that the "riots" had been sparked by incidents which ignited "naturally" in a neglected urban ghetto.
The facts on May 13 point to an orchestrated pogrom in which a complicit state allowed the violence to drag on until July 1969, before the security forces demonstrated their full capacity to restore order. As documented in Nagarajan and Arumugam's new book, the Kampung Medan violence, which started on March 8, 2001, was allowed to continue over a number of days in a relatively small enclave of Petaling Jaya – with the last tragic incident occurring on March 23.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Abby akan bantu kempen PR

Posted: 18 Dec 2012 09:04 PM PST


Abby Abadi KANGAR - Bekas pelakon popular drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

"Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi," katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

Read More / Baca Lagi >>

Politik curang dan seni tidak berakhlak rosakkan rakyat

Posted: 18 Dec 2012 09:03 PM PST

TERAS mengingatkan agar semua pihak berwaspada kepada dua kerosakan yang perlu dicermati dalam negara sekarang iaitu politik yang curang dan seni yang tidak berakhlak.
Budaya politik yang terlalu tertumpu kepada merebut kuasa sehingga mengguna prinsip matlamat menghalalkan cara sangat merbahaya. Para ahli politik yang cenderung mengguna politik sogokan dan saling memfitnah akan meletakkan rakyat hanya sebagai alat untuk
meraih sokongan untuk kemudiannya dipijak setelah berkuasa. Natijahnya ialah semua pendekatan dihalalkan dan semua prinsip kebenaran dan keadilan diketepikan.

Para ahli politik yang berfikiran sempit dan melihat pencalonan dalam pilihan raya sebagai karier yang boleh meraih keuntungan material dan status dalam masyarakat sangat merosakkan.

Sebab itu kami mengingatkan semula pihak yang mengungkap kata-kata "PRU13 adalah ibu segala pilihran raya" dan "kita akan pertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir" hendaklah berwaspada bahawa rakyat akan melihat ini sebagai provokasi untuk menyaksikan bahawa segala manipulasi dan tipu helah dalam pilihan raya bakal berlaku dan akan menimbulkan ketegangan jika mereka kalah dalam PRU 13.

Politik curang dan pincang inilah yang akan meletakkan negara di ambang kehancuran.
Read More / Baca Lagi >>

Kenali Pemuda Yang Tikam Penyokong PR Di Gombak Minggu Lepas

Posted: 18 Dec 2012 08:58 PM PST

Akhirnya admin pemudabatu.com berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. Sila lihat betul-betul dan camkan.

Namanya Herry. Duduk berhampiran dengan kawasan kejadian.

Baru berusia dalam 22-23 tahun.Masih budak lagi. Pernah bekerja sebagai polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. Abang dia pula org kuat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak, megat zulkarnain omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Sebarkan perkara ini! biar satu Malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya! -pemudabatu.com

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Taib, Freemasons and his succession plan

Posted: 18 Dec 2012 08:56 PM PST

Taib Mahmud's skilful manipulation of money politics and the art of deception is similar to tools used by the Illuminati and the Freemasons.

The Freemason is an exclusive global secret society that carries out its activities according to the agenda of the Zionist-Jewish supreme body called the "Illuminati".
For those who do not know, the Illuminati is formed by powerful global Zionist-Jewish financial and business organisations.
These organisations are operated by Jewish multi-billionaires and trillionaires who control the major international banks. The Illuminati also own many well-known big international corporations.
By controlling all the major financial and business entities globally, this "group" is able to control a host of governments in their respective countries through their appointed Freemason nominees and proxies which could be a nation's president, congressmen, heads of governments, heads of international organisations, CEOs and others.
In order to ensure they continue to maintain control of these governments and the world, the Illuminati wield the power of money to the fullest to create interlinked webs of conspiracies.
Read More / Baca Lagi >>

'KUNG FU INFIGHTING' menular dlm Umno: Sabotaj tugas utama, wang asas perjuangan

Posted: 18 Dec 2012 08:54 PM PST

Masih ingat lagi pada lagu 'Everybody was Kung Fu Fighting'?'
'KUNG FU INFIGHTING' menular dlm Umno: Sabotaj tugas utama, wang asas perjuanganAda satu set lirik lagu (ditulis semula di bawah) yang hangat diperkatakan dan mencerminkan apa yang sedang berlaku dalam UMNO baru-baru ini semasa perhimpunan agung Umno diadakan walaupun Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin parti yang lain mendakwa semangat bersatu lebih menebal dalam Umno dari tahun 2008 apabila UMNO diketuai oleh Abdullah Badawi.
Walaupun mereka berkata demikian, apa yang sebenarnya mahu ditekankan oleh mereka adalah kegagalan teruk pilihanraya umum pada tahun 2008 dibawah pimpinan Abdullah Badawi.
Pertelingkahan ini sememangnya petanda atau bukti bahawa kemelut dalaman Umno semakin parah.
Everybody in UMNO was sabotaging (Semua dalam UMNO sedang mensabotaj)

Those warlords really loved their infighting (Panglima Umno suka bergaduh sesama sendiri)

In fact, it was is little bit frightening (Sebenarnya agak menakutkan)

But they seem to care like nothing (Namun mereka bagaikan tak peduli)
Fokus hanya untuk mensabotaj

Sebenarnya, ia adalah normal bagi dua parti politik yang berbeza untuk mensabotaj antara satu sama lain, tetapi apabila para pemimpin dari parti yang sama meletakkan kepentingan sendiri sebagai keutamaan dengan ghairahnya memperlekehkan ahli yang lain dari pecahan yang bertelagah- ia menandakan bukan sahaja masalah besar yang bakal melanda, tetapi kekalahan tidak akan boleh dielakkan lagi.
Walau bagaimanapun, perteligkahan yang begitu hebat untuk merebut kawasan dan habuan yang bakal diperolehi darinya, bakal dipilih untuk memenangi kerusi pada pilihanraya umum ke 13, menjadikan para pensabotaj dalam Umno tahu bagaimana untuk bermain permainan ini. Inilah yang mendominasi perhimpunan agung ke-66 Umno. Malah, para pengkritik mula menuduh UMNO tidak mampu mengawal pemimpin-pemimpinnya dari segenap peringkat yang nampaknya sudah bersedia untuk memberontak percaya apa yang mereka dakwa selama ini adalah benar.
Malah, Najib sendiri terpaksa menenangkan mereka dalam perhimpunan itu. Ugutan dan ancaman telah gagal memberi sebarang kesan dan sekarang, dia seperti lembu dicucuk hidung- bukan sebaliknya. Dia terpaksa memujuk, memuaskan hati mereka malah merasuah mereka untuk setia kepadanya. Sebagai contoh, apabila lembaga disiplin UMNO baru-baru ini melucutkan 2 ahli dari Sabah, tindakan itu menjadi perhatian. Pertelingkahan masih berterusan malah menjadi semakin parah.
Kenapa ini berlaku? Kenapa ahli UMNO saling mensabotaj? Apabila ahli veteran bertanya, jawapan yang tidak boleh mereka elakkan adalah KENAPA TIDAK? Semua di dalam UMNO berbuat demikian! Jika saya tidak dapat apa yang saya mahukan, kenapa musuh saya boleh- apabila kami berada dalam parti yang sama- faham? Apakah ini sahaja puncanya- keruntuhan akhlak?
Wang asas perjuangan
Read More / Baca Lagi >>

Kase mahu semua saman AES dibatal

Posted: 18 Dec 2012 08:53 PM PST


AES SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan kerajaan menyerahkan keputusan untuk membekukan semua prosiding kes saman Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) kepada Peguam Negara.

Pada masa yang sama kata beliau, kerajaan seharusnya membatalkan kesemua notis saman yang telah dikeluarkan, bukannya hanya menggantung sementara meneliti aspek-aspek perundangan dan teknikal yang dipertikaikan.

"Sepatutnya bukan menggantung tetapi menangguhkan semua pelaksanaan AES.

Read More / Baca Lagi >>

The Question is What will Malays Gain rather than what willl Malays lose if UMNO Loses

Posted: 18 Dec 2012 08:51 PM PST


Everyone is free to criticize any party. DAP is no exception. DAP will readily acknowledge that it is a party far from perfect. UMNO cyber troopers can throw all the invectives but if the criticisms do not extend beyond one- liners, that will only reveal their shallowness. That which is written trivially, shall not be taken seriously.

The barrage of xenophobic responses hurled recently at the DAP's election of CEC is a case in point. The morbidity of the criticisms can only indicate extreme paranoia at insisting that Malays must be elected into the CEC. As a Malay, you have a birthright to earn a place on the CEC? As a Malay DAP member, I don't subscribe to the view that one must be elected because one has a certain status. Rights are earned not given.

That is precisely the idea behind the recent  comments by a leader of a Malay business organization who said that DAP is a threat to Malay business. How is that so? A system that actually helps the powerless and the voiceless Malay businessmen is said to be a threat to Malay business? Which kind of Malay business? The kind that Izzat Emir is accustomed to? The system that allows shortcuts and establish a reward system that enriches people who don't have to work? A system that favors people like Izzat Emir who has cables and political connections? That is precisely the system spawned by UMNO which have inbuilt mechanisms that favor the rich, powerful and the connected.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan dibakar jambatan sebelum menyeberang

Posted: 18 Dec 2012 08:50 PM PST

Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat.
Bagi saya secara jujur, dan realistik pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini.
Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi.
Bagi BN isu-isu besar yang mereka hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah menjadi 'stigma' kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk menghilangkan 'stigma' itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hina bekas presiden Indonesia: PM perlu segera minta maaf

Posted: 18 Dec 2012 08:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Datuk Seri Najib Razak diseru meminta maaf kepada Indonesia atas penghinaan seorang bekas menteri Malaysia yang menggelar mantan presiden republik itu sebagai "pengkhianat bangsa" dan "anjing imperialisme".
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaaan DAP, Zairil Khir Johari berkata bahawa untuk mengelak tercetusnya krisis diplomatik, Perdana Menteri harus segera meminta maaf atas kesilapan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas menteri penerangan Malaysia, yang menghina bekas Presiden B.J. Habibie, dengan bahasa yang sangat kasar dan tidak sopan.
"Kejumudan minda Tan Sri Zainuddin dan keengganan beliau serta Utusan Malaysia untuk meminta maaf kepada Indonesia, sehingga menerima teguran yang memalukan daripada Presiden Indonesia, akan pasti meregangkan hubungan dua hala antara negara kita dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Benar petugas media undi pos, Pakatan khuatir BN manipulasi

Posted: 18 Dec 2012 08:44 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis: Pakatan Rakyat khuatir apabila kerajaan membenarkan petugas media mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria dalam pengumumannya menyatakan, kaedah itu akan terpakai melibatkan wartawan, jurugambar, juruteknik dan pemandu.
Undi pos kononnya terpakai kepada petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Bimbang dengan pelaksanaan itu, Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menganggap ia sebagai permainan SPR.
"Kita tak boleh semak siapa petugas media itu, sama ada benar dia orang media atau sebaliknya. Lagipun tiada masalah jika wartawan mengundi macam biasa," katanya kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>

Derhaka: Tajol Rosli lupa sejarah bapanya Ghazali Jawi

Posted: 18 Dec 2012 08:43 PM PST

IPOH: PAS Perak menyifatkan mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali lupa sejarah apabila menuduh Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh Koo Ham sebagai menderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategiknya, Salman Saleh berkata, Adun Pengkalan Hulu dalam ucapan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari kedua hari ini menganggap kedua-dua pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak mengenang budi dengan pemberian anugerah serta gelaran Datuk daripada Sultan Perak.

Katanya, jika diimbau kembali sejarah pada tahun 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi iaitu bapanya telah menderhaka pada Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah yang tidak perkenan dengan perlantikan Tan Sri Ghazali untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua.

"Kami juga boleh sifatkan Tan Sri Ghazali pada ketika itu juga tidak mengenang budi di atas penganugerahan tersebut.

"Kami sedih isu penganugerahan kebesaran oleh Seri Paduka Sultan Perak telah menjadi pertikaian oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah tidak menghormati penganugerahan yang telah diberikan," katanya.

Menurut Salman, PAS Perak lebih melihat, BN khususnya Umno terdesak membawa isu derhaka ini bagi memancing 'undi' orang Melayu pada PRU13 nanti.

"Ternyata Umno sudah tidak yakin dengan sokongan Melayu terhadap mereka menyebabkan mereka membuat pelbagai persepsi dan dakwaan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat khususnya PAS," jelas beliau.

Mahkamah : Beta Tegap boleh cabar arahan turun kamera AES

Posted: 18 Dec 2012 08:42 PM PST

Syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd telah mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap arahan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk menurunkan dua kamera had laju.

NONEPeguam Beta Tegap, Fiona Bodipalar (kiri dalam foto) berkata
Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran untuk semakan kehakiman itu didengar pada 14 Februari.

Dalam surat bertarikh 6 Disember, MPS telah mengarahkan syarikat itu menurunkan dua kamera had laju di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dalam tempoh 14 hari.

Bagaimanapun, berdasarkan nasihat guaman, arahan itu kemudiannya dipinda kepada 'menutup' peralatan tersebut dalam tempoh 24 jam.

Fiona berkata Hakim Datuk Zaleha Yusof yang mendengarnya dalam kamar,  turut mengeluarkan perintah supaya MPS "tidak akan mengambil tindakan untuk menurun atau menutup" kamera berkenaan sehingga kes itu selesai.

"MPS telah bersetuju dengan perintah itu," katanya hari ini.

Dalam permohonannya, Beta Tegap turut memohon pengisytiharan bahawa MPS tidak mempunyai bidangkuasa ke atas kedua-dua lebuh raya.

Menteri Pengangkutan diminta batalkan saman AES

Posted: 18 Dec 2012 08:41 PM PST

 
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha diminta membatalkan 300,000 saman dikeluarkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat apabila dilihat sebagai penswastaan dalam penguatkuasaan undang-undang jalanraya.
Kerajaan Pulau Pinang memberitahu Putrajaya hari ini untuk tidak hanya menangguhkan saman dikeluarkan AES, tetapi membayar semula kepada orang ramai saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 23 September.
"Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) seharusnya menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ sebagai menebus kesilapannya menyokong AES.
"Jika Kong tidak melakukan demikian, beliau harus letak jawatan kerana menyokong AES, dan memburuk-burukkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengatakan kami menggalakkan kemalangan berlaku," kata Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan hari ini.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan semalam mengarahkan penangguhan kepada semua prosedur mahkamah melibatkan saman AES untuk mengkaji semula undang-undang, walaupun saman itu masih lagi sah.

'Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah'

Posted: 18 Dec 2012 08:40 PM PST

Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang peka dan tajam pemikirannya.
Tulisan Zainudin yang merupakan bekas ketua pengarang Utusan dan mantan menteri penerangan, mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlien) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.

NONEKemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.

Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi.  Pada era pemerintahan Soeharto,  hampir separuh anggota kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.

Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia- Indonesia di zaman Mahathir.

Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia.

Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin.
Read More / Baca Lagi >>

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

Posted: 18 Dec 2012 08:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

"Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil  tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan  penuh daripada Menteri Kewangan.

Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ekoran laporan badan pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.


Read More / Baca Lagi >>

Majlis Fatwa Pahang Wajib Buat Pendirian Isu Lynas

Posted: 18 Dec 2012 08:38 PM PST

lynas
GOMBAK, 19 DIS: Majlis Fatwa Pahang wajib menyatakan pendirian berhubung isu projek pemprosesan nadir bumi, Lynas di Gebeng kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Kuantan, Pahang.
Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada media selepas Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam.
"Mereka perlu terlibat dengan semua pihak untuk dapatkan gambaran sebenar mengenai Lynas dan berikan pandangan dari kacamata Islam, apakah boleh gadaikan kesihatan dan nyawa demi keuntungan.
"Maka mereka perlu berikan solusi dari sudut Maqasid Syariah," ujar beliau.
Projek Lynas di Gebeng mendapat tentangan pelbagai pihak kerana mempunyai risiko tinggi, membawa pencemaran bahan radioaktif kepada manusia dan alam sekitar.
Terdahulu, Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan berjaya menarik 250 peserta yang terdiri dari ahli akademik dan pelajar seluruh negara.
Antara yang hadir termasuklah, Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram, Ketua Penasihat Syariah Bank Negara, Dr Daud Bakar dan Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Datuk Profesor Dr Mahmood Zuhdi.

Saman AES: Peguam Negara perlu bertanggungjawab, letak jawatan

Posted: 18 Dec 2012 08:37 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis: Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail segera meletak jawatan kerana gagal memberi nasihat dari sudut perundangan berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Beliau menjelaskan, kenyataan pejabat Peguam Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan.
"Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan.
"Malah ia juga menunjukkan kegagalan Peguam Negara menasihati kerajaan berhubung tindakan sewajarnya diambil atas pelaksanaannya," katanya dipetik Harakah Daily.
Tambah Zulhazmi, Peguam Negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan segera meletak jawatan kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai orang yang bertanggungjawab dari sudut perundangan sehinggakan prosiding kes saman ditangguhkan.
Read More / Baca Lagi >>

BE AFRAID, BE VERY AFRAID of Mahathir and Umno-BN

Posted: 18 Dec 2012 08:37 PM PST

"If I contest, I will definitely be accused of being a homosexual, of having sex with animals and others. You do not know him (Dr M) like I do. At that time, I also did not have the financial clout. All monies were held by Daim."
That is a translation of what Malaysia's fifth Deputy Prime Minister Musa Hitam (1981-1986) had to say about the evil and racist Mahathir Mohamad whom he served for five years.
Malaysia's seventh Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim (1993-1998) paid and is still paying a heavy price for having the courage to defy and challenge Mahathir and the Umno-led Barisan Nasional (BN) system.
The only difference between Musa and Anwar is that the latter seems to have the stamina and resolution to wage a protracted political battle against Mahathir and BN-Umno.
Dr M is really that bad
The not-so-flattering words hurled at Mahathir and Daim by Musa, and by many other former BN-Umno leaders are telling.
As deputy prime ministers, each having served only five years under Mahathir's 22-year authoritarian regime, they surely know the dirt in the Mahathir-Umno-BN system and what they are talking about.
Now Mahathir has been exposed by Wikipedia as the second richest former head of government after deposed Egyptian President Hosni Mubarak whose wealth stands at somewhere between US$40 billion and US$70 billion.
Read More / Baca Lagi >>

‘No black or white knight, just truth’

Posted: 18 Dec 2012 08:32 PM PST

Ex CCID chief Ramli Yusuff strikes back at his rival, Musa Hassan, for claiming that the former is trying to be the saviour of the police force.

PETALING JAYA: Former CCID chief Ramli Yusuff today dismissed claims by former inspector-general of police Musa Hassan that he is attempting to paint himself as the saviour of the police force.
"There is no black knight, white knight in the equation at all. It is just an issue of me telling the truth.
"If you (Musa) want to attack someone in the police force, we ex-police officers are responsible to say something about it as well," he told FMT.
Ramli was referring to Musa's recent allegations that ministers had attempted to interfere with police investigations during the latter's time in the force – a practice which Musa claims continues unabated even under Ismail Omar's current reign as IGP.
In response to Musa's "revelations", Ramli told reporters that Musa himself had ties with underworld figures such as Goh Cheng Poh, or Tengku Goh, and this raised Musa's ire.
"From the outside, it seems like [Ramli is] the white knight, saviour of PDRM [Royal Malaysian Police]… while I'm the black knight who is destroying PDRM… the picture has been painted as such," Musa had said at a press conference last week.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan to win with 118 seats?

Posted: 18 Dec 2012 08:31 PM PST

The EC is BN's last bastion to cling to power and the only way to curb its shenanigans is for the rakyat to come out in droves to monitor vote tallying

A neutral Chinese political analyst who is a friend of this columnist has informed that it is possible for Pakatan Rakyat to win the 13th general election by 118 seats, with BN getting 104. The total number of parliamentary seats is 222.
However, he also cautioned that hooligans may disrupt the general election campaign or the vote-counting process, thereby making it possible for the Election Commission (EC) to annul the polls results.
Certainly, anything can happen in the current political scenario and therefore the rakyat are encouraged to come out in full force to vote besides volunteering their time to monitor the election process, to prevent foreign workers from voting and also to prevent extra ballot boxes from being brought in to sabotage the results.
The situation here is such that the rakyat must work hard to usher in the change that they want. Indications are already at hand that Pakatan has enough support to win the 13th general election and the figure of 118 seats had already factored in the phantom/dubious/foreign voters.
Read More / Baca Lagi >>

VIOLENCE against an ethnic minority by Umno-BN: MAY 13 - NEVER AGAIN!

Posted: 18 Dec 2012 08:27 PM PST

The launch of "Violence against an Ethnic Minority in Malaysia: Kampung Medan 2001" by S. Nagarajan & K. Arumugam is a wake-up call for Malaysians to get wise to the Malaysian state's attempts to portray racist/fascist pogroms against ethnic minorities in Malaysia as so-called "racial riots" that came about "naturally" because of social conditions and dissatisfaction.
VIOLENCE against an ethnic minority by Umno-BN: MAY 13 - NEVER AGAIN!This is the first book written to put the record straight on the racial violence against ethnic Indian Malaysians at Kampung Medan in 2001. For this racial violence to happen more than thirty years after "May 13" is a scandal and an indictment of Malaysia's modern day institutions which are still steeped in racism and racial discrimination.
My 2007 title, "May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969" challenged the official version that the violence (in which the victims were mainly ethnic Chinese) was the result of "riots" between "Malays" and "Chinese" who had been provoked by irresponsible opposition politicians. The official version of the Kampung Medan violence in 2001 was that the "riots" had been sparked by incidents which ignited "naturally" in a neglected urban ghetto.
The facts on May 13 point to an orchestrated pogrom in which a complicit state allowed the violence to drag on until July 1969, before the security forces demonstrated their full capacity to restore order. As documented in Nagarajan & Arumugam's new book, the Kampung Medan violence, which started on March 8, 2001, was allowed to continue over a number of days in a relatively small enclave of Petaling Jaya – with the last tragic incident occurring on March 23.
This delay in taking action reveals a serious credibility problem surrounding our law enforcement and security forces. How is it that these forces failed in their duty to apprehend the thugs who unleashed the racial violence and also failed to investigate those who had organized the violence? Eye witness accounts show that in some of the racial attacks there, the police just stood by without stopping and apprehending the thugs. This was the same observation noted during the "May 13" pogrom, namely, the security forces did not play the professional role expected of them.
Read More / Baca Lagi >>

Aliran wang haram cecah RM200 bilion, membarah di zaman Najib

Posted: 18 Dec 2012 08:26 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis: Aliran wang haram hampir RM200 bilion mengalir keluar pada 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global menunjukkan jenayah ini semakin membarah pada era pemerintahan Najib Razak.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kegagalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan Umno BN bertindak menangani kepincangan tersebut membuktikan mereka bersekongkol dalam aktiviti itu.
"Ia disokong aktiviti haram terbaru iaitu kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pemimpin Umno Sabah. Ini belum lagi mengambil kira (pengaliran wang) ketika pembelian kapal selam Scorpene.
"Malah, jumlah wang keluar itu melebihi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan sepatutnya sudah tekan 'butang kecemasan', tapi tidak (berbuat demikian). Inilah bukti mereka sendiri bersekongkol," katanya ketika dihubungi.
Badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang

Posted: 18 Dec 2012 08:26 PM PST


Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

Read More / Baca Lagi >>