MIMPI SENJA |
- TERKINI - Pergaduhan di Sg Petani
- Pergaduhan di Sg Petani - Puncanya kes curi motor
- STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI
- Berahim katak cemas takut karier politiknya terkubur
TERKINI - Pergaduhan di Sg Petani Posted: 18 Dec 2012 04:24 PM PST Polis: Jangan dengar khabar angin, tiada rusuhan kaum 19 Disember 2012 SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan. "Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi. "Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu. "Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar," katanya. Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang. Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang. Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan. "Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata. "Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan," katanya. Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai. "Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan. "Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama," katanya. Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda. Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan. | ||
Pergaduhan di Sg Petani - Puncanya kes curi motor Posted: 18 Dec 2012 08:41 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama pergaduhan budak budak sekolah di sungai petani telah di perbesarkan oleh bloger umno dan Barisan Nasional kononnya sebagai rusuhan kaum sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah kes curi motor. persoalan kini timbul, siapa yang mencuri motor itu? adakah motor anak india itu yang di curi? atau budak melayu yang cedera ini mencuri motor itu? motor siapakah yang di curi? siapa berak tengah jalan tidak akan mengaku juga dia akhirnya. ini pepatah lama, adakah ini konspirasi umno untuk mencetuskan huru hara bagi terus mengekalkan kuasa? sesuai dengan kata kata ketua wanita umno malaysia bahawa tragedi 13 mei bakal berulang dan putrajaya akan di pertahankan walau dengan apa cara sekalipun dari perdana menteri malaysia Najib Razak. wallahualam.
| ||
STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI Posted: 18 Dec 2012 07:10 AM PST [11.10 Mlm - 1812/12] STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih. - PDRM | ||
Berahim katak cemas takut karier politiknya terkubur Posted: 18 Dec 2012 04:45 AM PST KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan "cemas" hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu. Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu. "Dia (Ibrahim) sudah cemas. "Pilihan raya kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebab itu dia berkata demikian, kariernya politiknya akan terkubur," kata Senator Dr Ariffin SM Omar kepada The Malaysian Insider. Ariffin juga mengecam Ibrahim yang sering menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam, tetapi demi kepentingan diri sendiri sanggup mempertahankan MCA hanya kerana mahu menang pilihan raya nanti. "Ibrahim Ali perlu beri sebab kenapa orang Melayu perlu sokong MCA. Atau adakah ini kerana kepentingan politik?" kata Ariffin yang baru dilantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP. Ahli parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad pula memberitahu The Malaysian Insider kenyataan Ibrahim bukan sesuatu diluar jangkaan memandangkan kesetiaan ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Umno dan BN. Khalid mendakwa presiden Perkasa tersebut tidak mempunyai "wawasan politik" dan masih lagi mengamalkan sikap politik "lapuk" untuk meraih sokongan. "Ini membuktikan Ibrahim Ali tidak mempunyai wawasan politik, kaedah yang digunakannya sudah lapuk dan lama," kata Khalid. "Ia bukan sesuatu yang menghairankan, ini membuktikan beliau menyokong kezaliman sekalipun melanggar prinsip Islam dan menghina orang Melayu." Menurut Khalid, perkara tersebut adalah formula Umno dalam BN yakni penguasaan ke atas MCA dan MIC membolehkan mereka menjadi tuan kepada kedua-dua parti tersebut. "Inilah formula Ketuanan oleh Umno dalam BN, mereka menguasai MCA dan MIC supaya dapat menjadi tuan kepada mereka. "Ia bukti beliau sanggup mengadai apa sahaja demi Umno," tegas Khalid. Pada Oktober lalu, media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung MCA. Kenyataan tersebut juga mendapat sokongan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek hingga menyebabkan tercetus kecaman hebat daripada parti Islam tersebut dan penyokongnya. Walaubagaimanapun, tiada satu pun badan bukan kerajaan Melayu yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati dan lain-lain tampil mengulas mengenai isu tersebut. "Tuan-tuan jangan terasa atau terguris hati, saya lagi terguris bila pemimpin-pemimpin MCA buat macam-macam kenyataan. "Tapi saya tahu, kenyataan-kenyataan oleh MCA itu demi menangkis sikap Chauvinis daripada DAP," kata Ibrahim pada persidangan NGO tersebut hujung minggu lalu. "Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA." Walaupun menggesa supaya memberi sokongan kepada MCA, Ibrahim pada masa sama mengatakan komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi dan akan mengulangi insiden 13 Mei 1969. Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu, ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata presiden Perkasa itu berhak untuk berkata apa sahaja tetapi yakin pengundi sudah matang untuk memilih. "Itu adalah hak Ibrahim Ali tapi rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk memilih. Jadi rakyat juga berhak memilih," ujar beliau. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan