RAKYAT MARHAEN |
- Pas: PGU 6.0 lambang inspirasi rakyat
- May 13, Kg Medan – Never again!
- PRU13 : Abby akan bantu kempen PR
- Politik curang dan seni tidak berakhlak rosakkan rakyat
- Kenali Pemuda Yang Tikam Penyokong PR Di Gombak Minggu Lepas
- Taib, Freemasons and his succession plan
- 'KUNG FU INFIGHTING' menular dlm Umno: Sabotaj tugas utama, wang asas perjuangan
- Kase mahu semua saman AES dibatal
- The Question is What will Malays Gain rather than what willl Malays lose if UMNO Loses
- Jangan dibakar jambatan sebelum menyeberang
- Hina bekas presiden Indonesia: PM perlu segera minta maaf
- Benar petugas media undi pos, Pakatan khuatir BN manipulasi
- Derhaka: Tajol Rosli lupa sejarah bapanya Ghazali Jawi
- Mahkamah : Beta Tegap boleh cabar arahan turun kamera AES
- Menteri Pengangkutan diminta batalkan saman AES
- 'Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah'
- Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram
- Majlis Fatwa Pahang Wajib Buat Pendirian Isu Lynas
- Saman AES: Peguam Negara perlu bertanggungjawab, letak jawatan
- BE AFRAID, BE VERY AFRAID of Mahathir and Umno-BN
- ‘No black or white knight, just truth’
- Pakatan to win with 118 seats?
- VIOLENCE against an ethnic minority by Umno-BN: MAY 13 - NEVER AGAIN!
- Aliran wang haram cecah RM200 bilion, membarah di zaman Najib
- Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang
Pas: PGU 6.0 lambang inspirasi rakyat Posted: 18 Dec 2012 09:07 PM PST KUALA TERENGGANU – Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0 dianggap terbesar dan terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengarah program, Ariffin Deraman berkata, himpunan tersebut sebagaimana penganjuran PGU lain sebelum ini akan memberi penjelasan kepada rakyat bagi memastikan peralihan kuasa di negeri ini dan membantu laluan pakatan pembangkang menuju ke Putrajaya. Sebagaimana diketahui sebelum ini, PGU adalah program pembangkang memujuk rakyat menolak parti kerajaan. "Ia lambang inspirasi rakyat supaya tolak Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya. Antara pimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ke program tersebut bermula 13 hingga 15 Disember lalu di Paka ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Selain golongan artis yang pernah membuat pengumuman menyertai PR hadir memeriahkan majlis, Ariffin berkata, badan bukan kerajaan (NGO) turut dijemput menyampaikan ceramah, antaranya Sekretariat R, Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris), Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan wakil anti-Lynas. Read More / Baca Lagi >> |
May 13, Kg Medan – Never again! Posted: 18 Dec 2012 09:05 PM PST Even though biologically, there is no such basis for a category known as "race", the social construction of race is ever present in this country. The launch of "Violence against an Ethnic Minority in Malaysia: Kampung Medan 2001" by S Nagarajan and K Arumugam yesterday is a wake-up call for Malaysians to get wise to the Malaysian state's attempts to portray racist/fascist pogroms against ethnic minorities in Malaysia as so-called "racial riots" that came about "naturally" because of social conditions and dissatisfaction. This is the first book written to put the record straight on the racial violence against ethnic Indian Malaysians at Kampung Medan in 2001. For this racial violence to happen more than 30 years after "May 13" is a scandal and an indictment of Malaysia's modern day institutions which are still steeped in racism and racial discrimination. My 2007 title, "May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969" challenged the official version that the violence (in which the victims were mainly ethnic Chinese) was the result of "riots" between "Malays" and "Chinese" who had been provoked by irresponsible opposition politicians. The official version of the Kampung Medan violence in 2001 was that the "riots" had been sparked by incidents which ignited "naturally" in a neglected urban ghetto. The facts on May 13 point to an orchestrated pogrom in which a complicit state allowed the violence to drag on until July 1969, before the security forces demonstrated their full capacity to restore order. As documented in Nagarajan and Arumugam's new book, the Kampung Medan violence, which started on March 8, 2001, was allowed to continue over a number of days in a relatively small enclave of Petaling Jaya – with the last tragic incident occurring on March 23. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Abby akan bantu kempen PR Posted: 18 Dec 2012 09:04 PM PST "Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti. "Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi," katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin. Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu. Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR. |
Politik curang dan seni tidak berakhlak rosakkan rakyat Posted: 18 Dec 2012 09:03 PM PST TERAS mengingatkan agar semua pihak berwaspada kepada dua kerosakan yang perlu dicermati dalam negara sekarang iaitu politik yang curang dan seni yang tidak berakhlak. Budaya politik yang terlalu tertumpu kepada merebut kuasa sehingga mengguna prinsip matlamat menghalalkan cara sangat merbahaya. Para ahli politik yang cenderung mengguna politik sogokan dan saling memfitnah akan meletakkan rakyat hanya sebagai alat untuk meraih sokongan untuk kemudiannya dipijak setelah berkuasa. Natijahnya ialah semua pendekatan dihalalkan dan semua prinsip kebenaran dan keadilan diketepikan. Para ahli politik yang berfikiran sempit dan melihat pencalonan dalam pilihan raya sebagai karier yang boleh meraih keuntungan material dan status dalam masyarakat sangat merosakkan. Sebab itu kami mengingatkan semula pihak yang mengungkap kata-kata "PRU13 adalah ibu segala pilihran raya" dan "kita akan pertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir" hendaklah berwaspada bahawa rakyat akan melihat ini sebagai provokasi untuk menyaksikan bahawa segala manipulasi dan tipu helah dalam pilihan raya bakal berlaku dan akan menimbulkan ketegangan jika mereka kalah dalam PRU 13. Politik curang dan pincang inilah yang akan meletakkan negara di ambang kehancuran. Read More / Baca Lagi >> |
Kenali Pemuda Yang Tikam Penyokong PR Di Gombak Minggu Lepas Posted: 18 Dec 2012 08:58 PM PST Akhirnya admin pemudabatu.com berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. Sila lihat betul-betul dan camkan.Namanya Herry. Duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. Baru berusia dalam 22-23 tahun.Masih budak lagi. Pernah bekerja sebagai polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. Abang dia pula org kuat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak, megat zulkarnain omardin. Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu. Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Sebarkan perkara ini! biar satu Malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya! -pemudabatu.com klik untuk baca |
Taib, Freemasons and his succession plan Posted: 18 Dec 2012 08:56 PM PST Taib Mahmud's skilful manipulation of money politics and the art of deception is similar to tools used by the Illuminati and the Freemasons. For those who do not know, the Illuminati is formed by powerful global Zionist-Jewish financial and business organisations. These organisations are operated by Jewish multi-billionaires and trillionaires who control the major international banks. The Illuminati also own many well-known big international corporations. By controlling all the major financial and business entities globally, this "group" is able to control a host of governments in their respective countries through their appointed Freemason nominees and proxies which could be a nation's president, congressmen, heads of governments, heads of international organisations, CEOs and others. In order to ensure they continue to maintain control of these governments and the world, the Illuminati wield the power of money to the fullest to create interlinked webs of conspiracies. Read More / Baca Lagi >> |
'KUNG FU INFIGHTING' menular dlm Umno: Sabotaj tugas utama, wang asas perjuangan Posted: 18 Dec 2012 08:54 PM PST Masih ingat lagi pada lagu 'Everybody was Kung Fu Fighting'?' Ada satu set lirik lagu (ditulis semula di bawah) yang hangat diperkatakan dan mencerminkan apa yang sedang berlaku dalam UMNO baru-baru ini semasa perhimpunan agung Umno diadakan walaupun Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin parti yang lain mendakwa semangat bersatu lebih menebal dalam Umno dari tahun 2008 apabila UMNO diketuai oleh Abdullah Badawi. Walaupun mereka berkata demikian, apa yang sebenarnya mahu ditekankan oleh mereka adalah kegagalan teruk pilihanraya umum pada tahun 2008 dibawah pimpinan Abdullah Badawi. Pertelingkahan ini sememangnya petanda atau bukti bahawa kemelut dalaman Umno semakin parah. Everybody in UMNO was sabotaging (Semua dalam UMNO sedang mensabotaj) Those warlords really loved their infighting (Panglima Umno suka bergaduh sesama sendiri) In fact, it was is little bit frightening (Sebenarnya agak menakutkan) But they seem to care like nothing (Namun mereka bagaikan tak peduli) Fokus hanya untuk mensabotaj Sebenarnya, ia adalah normal bagi dua parti politik yang berbeza untuk mensabotaj antara satu sama lain, tetapi apabila para pemimpin dari parti yang sama meletakkan kepentingan sendiri sebagai keutamaan dengan ghairahnya memperlekehkan ahli yang lain dari pecahan yang bertelagah- ia menandakan bukan sahaja masalah besar yang bakal melanda, tetapi kekalahan tidak akan boleh dielakkan lagi. Walau bagaimanapun, perteligkahan yang begitu hebat untuk merebut kawasan dan habuan yang bakal diperolehi darinya, bakal dipilih untuk memenangi kerusi pada pilihanraya umum ke 13, menjadikan para pensabotaj dalam Umno tahu bagaimana untuk bermain permainan ini. Inilah yang mendominasi perhimpunan agung ke-66 Umno. Malah, para pengkritik mula menuduh UMNO tidak mampu mengawal pemimpin-pemimpinnya dari segenap peringkat yang nampaknya sudah bersedia untuk memberontak percaya apa yang mereka dakwa selama ini adalah benar. Malah, Najib sendiri terpaksa menenangkan mereka dalam perhimpunan itu. Ugutan dan ancaman telah gagal memberi sebarang kesan dan sekarang, dia seperti lembu dicucuk hidung- bukan sebaliknya. Dia terpaksa memujuk, memuaskan hati mereka malah merasuah mereka untuk setia kepadanya. Sebagai contoh, apabila lembaga disiplin UMNO baru-baru ini melucutkan 2 ahli dari Sabah, tindakan itu menjadi perhatian. Pertelingkahan masih berterusan malah menjadi semakin parah. Kenapa ini berlaku? Kenapa ahli UMNO saling mensabotaj? Apabila ahli veteran bertanya, jawapan yang tidak boleh mereka elakkan adalah KENAPA TIDAK? Semua di dalam UMNO berbuat demikian! Jika saya tidak dapat apa yang saya mahukan, kenapa musuh saya boleh- apabila kami berada dalam parti yang sama- faham? Apakah ini sahaja puncanya- keruntuhan akhlak? Wang asas perjuangan |
Kase mahu semua saman AES dibatal Posted: 18 Dec 2012 08:53 PM PST Pada masa yang sama kata beliau, kerajaan seharusnya membatalkan kesemua notis saman yang telah dikeluarkan, bukannya hanya menggantung sementara meneliti aspek-aspek perundangan dan teknikal yang dipertikaikan. "Sepatutnya bukan menggantung tetapi menangguhkan semua pelaksanaan AES. |
The Question is What will Malays Gain rather than what willl Malays lose if UMNO Loses Posted: 18 Dec 2012 08:51 PM PST Everyone is free to criticize any party. DAP is no exception. DAP will readily acknowledge that it is a party far from perfect. UMNO cyber troopers can throw all the invectives but if the criticisms do not extend beyond one- liners, that will only reveal their shallowness. That which is written trivially, shall not be taken seriously. The barrage of xenophobic responses hurled recently at the DAP's election of CEC is a case in point. The morbidity of the criticisms can only indicate extreme paranoia at insisting that Malays must be elected into the CEC. As a Malay, you have a birthright to earn a place on the CEC? As a Malay DAP member, I don't subscribe to the view that one must be elected because one has a certain status. Rights are earned not given. That is precisely the idea behind the recent comments by a leader of a Malay business organization who said that DAP is a threat to Malay business. How is that so? A system that actually helps the powerless and the voiceless Malay businessmen is said to be a threat to Malay business? Which kind of Malay business? The kind that Izzat Emir is accustomed to? The system that allows shortcuts and establish a reward system that enriches people who don't have to work? A system that favors people like Izzat Emir who has cables and political connections? That is precisely the system spawned by UMNO which have inbuilt mechanisms that favor the rich, powerful and the connected. Read More / Baca Lagi >> |
Jangan dibakar jambatan sebelum menyeberang Posted: 18 Dec 2012 08:50 PM PST Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat. Bagi saya secara jujur, dan realistik pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini. Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi. Bagi BN isu-isu besar yang mereka hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah menjadi 'stigma' kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk menghilangkan 'stigma' itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini. |
Hina bekas presiden Indonesia: PM perlu segera minta maaf Posted: 18 Dec 2012 08:45 PM PST Read More / Baca Lagi >> |
Benar petugas media undi pos, Pakatan khuatir BN manipulasi Posted: 18 Dec 2012 08:44 PM PST KUALA LUMPUR 19 Dis: Pakatan Rakyat khuatir apabila kerajaan membenarkan petugas media mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria dalam pengumumannya menyatakan, kaedah itu akan terpakai melibatkan wartawan, jurugambar, juruteknik dan pemandu. Undi pos kononnya terpakai kepada petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Bimbang dengan pelaksanaan itu, Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid menganggap ia sebagai permainan SPR. "Kita tak boleh semak siapa petugas media itu, sama ada benar dia orang media atau sebaliknya. Lagipun tiada masalah jika wartawan mengundi macam biasa," katanya kepada Keadilan Daily. Read More / Baca Lagi >> |
Derhaka: Tajol Rosli lupa sejarah bapanya Ghazali Jawi Posted: 18 Dec 2012 08:43 PM PST IPOH: PAS Perak menyifatkan mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali lupa sejarah apabila menuduh Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh Koo Ham sebagai menderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategiknya, Salman Saleh berkata, Adun Pengkalan Hulu dalam ucapan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari kedua hari ini menganggap kedua-dua pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak mengenang budi dengan pemberian anugerah serta gelaran Datuk daripada Sultan Perak. Katanya, jika diimbau kembali sejarah pada tahun 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi iaitu bapanya telah menderhaka pada Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah yang tidak perkenan dengan perlantikan Tan Sri Ghazali untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua. "Kami juga boleh sifatkan Tan Sri Ghazali pada ketika itu juga tidak mengenang budi di atas penganugerahan tersebut. "Kami sedih isu penganugerahan kebesaran oleh Seri Paduka Sultan Perak telah menjadi pertikaian oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah tidak menghormati penganugerahan yang telah diberikan," katanya. Menurut Salman, PAS Perak lebih melihat, BN khususnya Umno terdesak membawa isu derhaka ini bagi memancing 'undi' orang Melayu pada PRU13 nanti. "Ternyata Umno sudah tidak yakin dengan sokongan Melayu terhadap mereka menyebabkan mereka membuat pelbagai persepsi dan dakwaan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat khususnya PAS," jelas beliau. |
Mahkamah : Beta Tegap boleh cabar arahan turun kamera AES Posted: 18 Dec 2012 08:42 PM PST Syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd telah mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap arahan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) untuk menurunkan dua kamera had laju. Peguam Beta Tegap, Fiona Bodipalar (kiri dalam foto) berkata Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan kebenaran untuk semakan kehakiman itu didengar pada 14 Februari. Dalam surat bertarikh 6 Disember, MPS telah mengarahkan syarikat itu menurunkan dua kamera had laju di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dalam tempoh 14 hari. Bagaimanapun, berdasarkan nasihat guaman, arahan itu kemudiannya dipinda kepada 'menutup' peralatan tersebut dalam tempoh 24 jam. Fiona berkata Hakim Datuk Zaleha Yusof yang mendengarnya dalam kamar, turut mengeluarkan perintah supaya MPS "tidak akan mengambil tindakan untuk menurun atau menutup" kamera berkenaan sehingga kes itu selesai. "MPS telah bersetuju dengan perintah itu," katanya hari ini. Dalam permohonannya, Beta Tegap turut memohon pengisytiharan bahawa MPS tidak mempunyai bidangkuasa ke atas kedua-dua lebuh raya. |
Menteri Pengangkutan diminta batalkan saman AES Posted: 18 Dec 2012 08:41 PM PST KUALA LUMPUR, 19 Dis — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha diminta membatalkan 300,000 saman dikeluarkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat apabila dilihat sebagai penswastaan dalam penguatkuasaan undang-undang jalanraya. Kerajaan Pulau Pinang memberitahu Putrajaya hari ini untuk tidak hanya menangguhkan saman dikeluarkan AES, tetapi membayar semula kepada orang ramai saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 23 September. "Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) seharusnya menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ sebagai menebus kesilapannya menyokong AES. "Jika Kong tidak melakukan demikian, beliau harus letak jawatan kerana menyokong AES, dan memburuk-burukkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengatakan kami menggalakkan kemalangan berlaku," kata Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan hari ini. Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan semalam mengarahkan penangguhan kepada semua prosedur mahkamah melibatkan saman AES untuk mengkaji semula undang-undang, walaupun saman itu masih lagi sah. |
'Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah' Posted: 18 Dec 2012 08:40 PM PST Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang peka dan tajam pemikirannya. Tulisan Zainudin yang merupakan bekas ketua pengarang Utusan dan mantan menteri penerangan, mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlien) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf. Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin. Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi. Pada era pemerintahan Soeharto, hampir separuh anggota kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar. Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia- Indonesia di zaman Mahathir. Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia. Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat marah dan meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin. Read More / Baca Lagi >> |
Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram Posted: 18 Dec 2012 08:39 PM PST KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global. "Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar). Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan penuh daripada Menteri Kewangan. Tambahnya, di peringkat antarabangsa aliran wang haram adalah suatu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan. Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan ekoran laporan badan pemantau - Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Read More / Baca Lagi >> |
Majlis Fatwa Pahang Wajib Buat Pendirian Isu Lynas Posted: 18 Dec 2012 08:38 PM PST GOMBAK, 19 DIS: Majlis Fatwa Pahang wajib menyatakan pendirian berhubung isu projek pemprosesan nadir bumi, Lynas di Gebeng kerana ia melibatkan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Kuantan, Pahang. Demikian menurut Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Dr Maszlee Malik kepada media selepas Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam. "Mereka perlu terlibat dengan semua pihak untuk dapatkan gambaran sebenar mengenai Lynas dan berikan pandangan dari kacamata Islam, apakah boleh gadaikan kesihatan dan nyawa demi keuntungan. "Maka mereka perlu berikan solusi dari sudut Maqasid Syariah," ujar beliau. Projek Lynas di Gebeng mendapat tentangan pelbagai pihak kerana mempunyai risiko tinggi, membawa pencemaran bahan radioaktif kepada manusia dan alam sekitar. Terdahulu, Seminar Nasional Fiqh Kontemporari yang diadakan berjaya menarik 250 peserta yang terdiri dari ahli akademik dan pelajar seluruh negara. Antara yang hadir termasuklah, Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram, Ketua Penasihat Syariah Bank Negara, Dr Daud Bakar dan Dekan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Datuk Profesor Dr Mahmood Zuhdi. |
Saman AES: Peguam Negara perlu bertanggungjawab, letak jawatan Posted: 18 Dec 2012 08:37 PM PST KUALA LUMPUR 19 Dis: Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail segera meletak jawatan kerana gagal memberi nasihat dari sudut perundangan berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Beliau menjelaskan, kenyataan pejabat Peguam Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan. "Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan. "Malah ia juga menunjukkan kegagalan Peguam Negara menasihati kerajaan berhubung tindakan sewajarnya diambil atas pelaksanaannya," katanya dipetik Harakah Daily. Tambah Zulhazmi, Peguam Negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan segera meletak jawatan kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai orang yang bertanggungjawab dari sudut perundangan sehinggakan prosiding kes saman ditangguhkan. Read More / Baca Lagi >> |
BE AFRAID, BE VERY AFRAID of Mahathir and Umno-BN Posted: 18 Dec 2012 08:37 PM PST "If I contest, I will definitely be accused of being a homosexual, of having sex with animals and others. You do not know him (Dr M) like I do. At that time, I also did not have the financial clout. All monies were held by Daim." That is a translation of what Malaysia's fifth Deputy Prime Minister Musa Hitam (1981-1986) had to say about the evil and racist Mahathir Mohamad whom he served for five years. Malaysia's seventh Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim (1993-1998) paid and is still paying a heavy price for having the courage to defy and challenge Mahathir and the Umno-led Barisan Nasional (BN) system. The only difference between Musa and Anwar is that the latter seems to have the stamina and resolution to wage a protracted political battle against Mahathir and BN-Umno. The not-so-flattering words hurled at Mahathir and Daim by Musa, and by many other former BN-Umno leaders are telling. As deputy prime ministers, each having served only five years under Mahathir's 22-year authoritarian regime, they surely know the dirt in the Mahathir-Umno-BN system and what they are talking about. Now Mahathir has been exposed by Wikipedia as the second richest former head of government after deposed Egyptian President Hosni Mubarak whose wealth stands at somewhere between US$40 billion and US$70 billion. |
‘No black or white knight, just truth’ Posted: 18 Dec 2012 08:32 PM PST Ex CCID chief Ramli Yusuff strikes back at his rival, Musa Hassan, for claiming that the former is trying to be the saviour of the police force. "There is no black knight, white knight in the equation at all. It is just an issue of me telling the truth. "If you (Musa) want to attack someone in the police force, we ex-police officers are responsible to say something about it as well," he told FMT. Ramli was referring to Musa's recent allegations that ministers had attempted to interfere with police investigations during the latter's time in the force – a practice which Musa claims continues unabated even under Ismail Omar's current reign as IGP. In response to Musa's "revelations", Ramli told reporters that Musa himself had ties with underworld figures such as Goh Cheng Poh, or Tengku Goh, and this raised Musa's ire. "From the outside, it seems like [Ramli is] the white knight, saviour of PDRM [Royal Malaysian Police]… while I'm the black knight who is destroying PDRM… the picture has been painted as such," Musa had said at a press conference last week. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan to win with 118 seats? Posted: 18 Dec 2012 08:31 PM PST The EC is BN's last bastion to cling to power and the only way to curb its shenanigans is for the rakyat to come out in droves to monitor vote tallying However, he also cautioned that hooligans may disrupt the general election campaign or the vote-counting process, thereby making it possible for the Election Commission (EC) to annul the polls results. Certainly, anything can happen in the current political scenario and therefore the rakyat are encouraged to come out in full force to vote besides volunteering their time to monitor the election process, to prevent foreign workers from voting and also to prevent extra ballot boxes from being brought in to sabotage the results. The situation here is such that the rakyat must work hard to usher in the change that they want. Indications are already at hand that Pakatan has enough support to win the 13th general election and the figure of 118 seats had already factored in the phantom/dubious/foreign voters. Read More / Baca Lagi >> |
VIOLENCE against an ethnic minority by Umno-BN: MAY 13 - NEVER AGAIN! Posted: 18 Dec 2012 08:27 PM PST The launch of "Violence against an Ethnic Minority in Malaysia: Kampung Medan 2001" by S. Nagarajan & K. Arumugam is a wake-up call for Malaysians to get wise to the Malaysian state's attempts to portray racist/fascist pogroms against ethnic minorities in Malaysia as so-called "racial riots" that came about "naturally" because of social conditions and dissatisfaction. This is the first book written to put the record straight on the racial violence against ethnic Indian Malaysians at Kampung Medan in 2001. For this racial violence to happen more than thirty years after "May 13" is a scandal and an indictment of Malaysia's modern day institutions which are still steeped in racism and racial discrimination. My 2007 title, "May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969" challenged the official version that the violence (in which the victims were mainly ethnic Chinese) was the result of "riots" between "Malays" and "Chinese" who had been provoked by irresponsible opposition politicians. The official version of the Kampung Medan violence in 2001 was that the "riots" had been sparked by incidents which ignited "naturally" in a neglected urban ghetto. The facts on May 13 point to an orchestrated pogrom in which a complicit state allowed the violence to drag on until July 1969, before the security forces demonstrated their full capacity to restore order. As documented in Nagarajan & Arumugam's new book, the Kampung Medan violence, which started on March 8, 2001, was allowed to continue over a number of days in a relatively small enclave of Petaling Jaya – with the last tragic incident occurring on March 23. This delay in taking action reveals a serious credibility problem surrounding our law enforcement and security forces. How is it that these forces failed in their duty to apprehend the thugs who unleashed the racial violence and also failed to investigate those who had organized the violence? Eye witness accounts show that in some of the racial attacks there, the police just stood by without stopping and apprehending the thugs. This was the same observation noted during the "May 13" pogrom, namely, the security forces did not play the professional role expected of them. |
Aliran wang haram cecah RM200 bilion, membarah di zaman Najib Posted: 18 Dec 2012 08:26 PM PST KUALA LUMPUR 19 Dis: Aliran wang haram hampir RM200 bilion mengalir keluar pada 2010 yang meletakkan negara di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global menunjukkan jenayah ini semakin membarah pada era pemerintahan Najib Razak. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kegagalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan Umno BN bertindak menangani kepincangan tersebut membuktikan mereka bersekongkol dalam aktiviti itu. "Ia disokong aktiviti haram terbaru iaitu kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pemimpin Umno Sabah. Ini belum lagi mengambil kira (pengaliran wang) ketika pembelian kapal selam Scorpene. "Malah, jumlah wang keluar itu melebihi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerajaan sepatutnya sudah tekan 'butang kecemasan', tapi tidak (berbuat demikian). Inilah bukti mereka sendiri bersekongkol," katanya ketika dihubungi. Badan pemantau – Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal, berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Read More / Baca Lagi >> |
Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang Posted: 18 Dec 2012 08:26 PM PST SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik." Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang. Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu. "Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi. "Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan