Gaza SEPANG -  Penasihat Yayasan Keamanan Sedunia Perdana Malaysia (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, siasatan rapi perlu dibuat untuk membawa Israel ke muka pengadilan atas kesalahan jenayah perang.

Merujuk kepada serangan berdarah Israel ke atas Gaza bulan lepas, beliau berkata, wilayah Palestin itu bukan hanya diserang secara ketenteraan malah wujud tanda-tanda ia menghadapi serangan secara senyap apabila bekalan air dicemari bahan toksik tertentu.

"Rakyat Gaza sukar mendapat bekalan makanan, ubat, elektrik dan air sejak Israel menutup pintu-pintu sempadan Gaza mengakibatkan krisis kemanusiaan yang dahsyat," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam selepas mengunjungi Gaza.