RAKYAT MARHAEN |
- RM5 Million : Cash for Bala paid by PM's brother, claims Deepak
- 31,931 Anak Selangor Terima RM31.7 Juta Hadiah Pengajian IPT
- Najib tiada aura sebagai PM
- SPR jangan jadi alat Umno
- SAMM bersama Sekutu Anak Muda jelajah negara pastikan kejayaan mobilisasi 1 juta rakyat – Himpunan Kebangkitan Rakyat
- Transformasi cuma berjaya jika rakyat tukar kerajaan
- Masalah ‘rakyat’ tanpa kerakyatan serius, diskriminasi BN berterusan
- Akibat kebodohan Pemimpin UMNO.. inilah hasilnya..
- Musa dah tak aman dengan RM40juta...begitu juga Nazri serta UMNO..!!!
- BN must abandon ‘culture of fear’
- PR mampu peroleh 125 kerusi Parlimen?
- Anwar slams 'ambivalent' Obama: People hate US because of "contradictions, injustices"
- Berdoalah dengan intensif agar sentiasa mendapat keredhoan Tuhan
- Dr Aziz Bari : Keistimewaan Melayu Tak Boleh Dipinda Tanpa Perkenan Raja
- RM40 juta : ICAC akan panggil saksi ‘rahsia’ dan Lajim Ukin untuk beri keterangan
- Serangan 8 hari Israel: Keajaiban, jumlah kelahiran lebih tinggi berbanding mati syahid
- Serang Gaza: Dunia harus dakwa Israel
- Medan minyak Bertam: Hormati keputusan.....!!!
- ICAC Hong Kong larang PKR hebohkan kes RM40j Umno Sabah
- Egypt opposition calls for a 'No' vote in referendum
- Several bomb explosions reported in Damascus
- Syria opposition wins international backing
- Syria conflict: Several killed in blasts at interior ministry
- UN nuclear inspectors "ready" to visit disputed Iran facility
- Istimewa 121212
RM5 Million : Cash for Bala paid by PM's brother, claims Deepak Posted: 12 Dec 2012 09:36 PM PST "I affirm what was earlier said that Datuk Nazim joined the meeting to facilitate whatever needed to be done. My involvement was just to get everyone together," he told Malaysiakini in an interview yesterday. He said that he did this as a favour to PM's wife Rosmah Mansor after receiving a call from her. Balasubramaniam, who had gone public with the first SD on July 3, 2008 linking PM Najib Razak to murdered Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, claimed he was coerced to sign the second declaration refuting his earlier one. The private investigator, who is now living in exile with his family in India, also claimed that he was paid off in cash later - with more money promised to him - after he agreed to sign the SD and relocate himself and his family out of the country. According to Deepak, the money paid to Balasubramaniam came from "Datuk Nazim and his resources". "Yes," he replied when asked again to confirm that the "Datuk Nazim" he mentioned was indeed Najib's brother. Apparently promised RM5 million for his about-turn, Balasubramaniam said he received a total of RM750,000 in instalments before the payments eventually stopped. Read More / Baca Lagi >> | ||
31,931 Anak Selangor Terima RM31.7 Juta Hadiah Pengajian IPT Posted: 12 Dec 2012 09:14 PM PST SHAH ALAM, 13 DIS: Sejumlah RM31.7 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri Selangor dalam program Hadiah Pengajian IPT sejak ia diperkenalkan pada 2008 lalu. Dalam program tersebut, seramai 31,931 anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta menerima manfaat program itu. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu. Abdul Khalid berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi. Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri menganggap golongan mahasiswa harus dihargai dan tidak boleh dipinggirkan kerana mereka merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah masyarakat di negara ini dan Selangor khasnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 12 Dec 2012 09:13 PM PST Memetik berita yang ke udara daripada corong radio tengah hari beberapa hari lalu, yang menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus dengan matlamat wawasan 2020 dengan idea pandang ke timur. Wawasan ini adalah idea mantan PM Malaysia, Dr Mahathir dan mesti terus dipacu oleh PM selepasnya iaitu ketua negara. Sekarang ini yang bertangunggjawab ialah Najib. Melihat kepada keadaan sekarang, saya merasakan bahawa Najib dan Pak Lah tiada visi yang jelas sebagai ketua negara. Jika perilaku dan masalah kecil dipandang enteng oleh Najib, besar kemungkinan dasar itu bakal dikuburkan oleh Najib iaitu Perdana Menteri sendiri. Seperti dasar Najib sendiri, iaitu Satu Malaysia yang kita dapat lihat di belakang bas, di bonet teksi, laluan pejalan kaki dan macam-macam lagi benda kaku yang tidak menarik minat dan memberi kesan terhadap dasar Perdana Mentri itu sendiri. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 12 Dec 2012 09:12 PM PST
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik. Justeru pegawai SPR yang menganggotai mana - mana parti politik akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian pilihanraya oleh SPR dan turut menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR lalu mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara. 2. Insiden bias di dalam pilihanraya presiden AS tahun 2000 (Bush lwn Gore) dan pemilihan gabenor Washington DC tahun 2004 telah mendorong kepada penubuhan Suruhanjaya Carter-Baker 2005 yang dengan jelas menolak elemen kepartian di dalam pentadbiran pilihanraya. Read More / Baca Lagi >>3. Di Thailand pula, suruhanjaya pilihanraya yang dipengaruhi parti-parti politik yang bertanding antara lainnya telah mencetus krisis perlembagaan, mengheret raja dan tentera dalam kancah politik lalu mewujudkan ketidaktentuan berpanjangan di dalam pemerintahan. | ||
Posted: 12 Dec 2012 09:11 PM PST Hari ini tanggal 12 Disember 2012, ramai memilih untuk melakukan perbagai perkara istimewa dalam mengenang tarikh yang unik ini. Namun bagi kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ia tarikh bermakna kerana telah berjaya mengikat persetujuan 12 organisasi massa (ormas) muda untuk bersetuju menjelajah seluruh pelusuk negara sebulan menjelang menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013. Rakyat dari perbagai latar telah menghadapi perbagai masalah, rakyat kini telah berjaya mengorganisasi diri dalam kumpulan bagi mengenengahkan masalah bersama. Telah bertahun melalui proses perbincangan, memorandum dan sebagainya namun regim penguasa bukan sahaja bisu tetapi menunggang media mengelirukan rakyat dan menjadikan rakyat yang sedar menuntut hak sebagai musuh. Akhirnya kumpulan-kumpulan ini bersatu dan bersetuju mengenengahkan 6 tuntutan besar yang diterajui oleh 6 ormas iaitu: Read More / Baca Lagi >> | ||
Transformasi cuma berjaya jika rakyat tukar kerajaan Posted: 12 Dec 2012 08:55 PM PST KOTA KINABALU 13 DISEMBER: Satu harapan baru rakyat Malaysia adalah melakukan perubahan politik dengan menamatkan pemerintahan panjang Barisan Nasional (BN) yang dicemari pelbagai "janji kosong", skandal, rasuah, kemelut ekonomi, politik dan sosial yang makin membarah. Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez berkata, BN mesti ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana rakyat sudah bosan dengan parti yang paling lama memerintah itu. Ketika berucap pada satu majlis anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kota Kinabalu, baru-baru ini, John Fernandez berkata, hakikat itu sudah dibuktikan dalam keputusan PRU 2008 di mana hampir kebanyakan parti komponen BN 'bungkus'. "Pada pilihan raya itu, undi keseluruhan yang diperoleh BN cuma 51 peratus manakala parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mendapat jumlah undi keseluruhan 49 peratus dan hampir kepada kemenangan." "Sekarang kita ada kira-kira tiga juta pengundi baru, kebanyakan mereka berumur antara 21 dan 40 tahun dan 70 peratus daripada mereka adalah golongan muda," katanya. John berkata, berdasarkan analisisi yang dijalankan terhadap senario yang berlaku di negara ini sekarang, beliau optimis golongan muda akan memberi undi mereka kepada PR. "Ada mandat pun BN tak berubah"-Kulasegaran Majlis "Ubah! Tukar! Ini kalilah!" turut dihadiri Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. Beliau yang turut berucap mempertikai rayuan Najib agar rakyat memberi mandat penuh kepada BN pada pilihan raya umum kali ini. Najib dalam satu wawancara bersama akhbar The Malay Mail menagih mandat baru daripada pengundi untuk mereformasikan BN. | ||
Masalah ‘rakyat’ tanpa kerakyatan serius, diskriminasi BN berterusan Posted: 12 Dec 2012 08:55 PM PST KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER: Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, memkasa DAP mendesak kerajaan tidak melengahkan pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang lahir di negara ini. Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata, sejumlah besar mereka tanpa 'kerakyatan' itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan majoritinya berketurunan India. Katanya, disebabkan hak asas mereka dinafikan, ramai daripada mereka sukar mendapatkan pendidikan dan menganggur. Masalah itu mengakibatkan golongan itu terus terpinggir dan secara langsung wujudnya masyarakat "di bawah kelas". Kulasegaran membuat kenyataan itu sejurus selepas berjumpa dengan 30 rakyat tanpa kerakyatan negara ini di pejabat khidmat masyarakatnya, di sini, baru-baru ini. Seorang daripada mereka yang ditemui dikenali sebagai Rada yang dilahirkan pada 1989 yang berpisah dengan ibu bapanya sejak kecil berkata, dokumen penting, termasuk Sijil Kelahiran dan maklumat bapanya sudah hilang. | ||
Akibat kebodohan Pemimpin UMNO.. inilah hasilnya.. Posted: 12 Dec 2012 08:54 PM PST Korang pernah dengar ayat "When the mouth moves faster than the brain"?.. beginilah hasilnya bila bercakap tak guna otak.. Tapi aku tak mahulah buruk sangka terhadap pemimpin UMNO ini.. sebabnya mungkin dia hendak menggunakan otaknya dulu sebelum berkata-kata.. tapi sayang.. otaknya tak ada, jadi macam mana dia nak berfikir.. Hasilnya.. hubungan dua buah negara yang kini tegang dengan beberapa insiden melibatkan salah laku seks yang dilakukan terhadap Amah dari Indonesia, kini bertambah tegang.. KUALA LUMPUR, 13 Dis — Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), sebuah badan perundangan Indonesia akan menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengkritik kenyataan bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin kerana menggelar bekas presiden mereka, B.J. Habibie sebagai "anjing imperialis". Perwakilan MPR mengambil sikap tegas di atas kenyataan Zainuddin, yang menambahkan ketegangan di antara kedua-dua negara. Speaker MPR, Pramono Anung dilaporkan oleh Jakarta Globe hari ini bahawa bekas menteri penerangan itu harus mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan baik dan penuh kesopanan. Beliau juga memberi amaran kenyataan sedemikian mungkin menjejaskan hubungan Kuala Lumpur-Jakarta. "Kita akan hantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia, kita membantah kenyataannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Musa dah tak aman dengan RM40juta...begitu juga Nazri serta UMNO..!!! Posted: 12 Dec 2012 08:53 PM PST Wang haram: Musa Aman boleh didakwa di Hong Kong KUALA LUMPUR: Kemungkinan besar Datuk Seri Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain. "Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan. Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Read More / Baca Lagi >>Delegasi PKR telah mengadakan pertemuan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) pada jam 2.30 petang, 13 Disember 2012. Bukti-bukti dan dokumen juga telah diserahkan kepada ICAC dalam pertemuan yang memakan masa satu jam itu. Delegasi PKR juga mengadakan pertemuan susulan dengan James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC. Delegasi PKR disertai oleh William Leong (Ahli Parlimen Selayang), Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), Chang Li Kang (ADUN Teja), Saudara Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) dan saya sendiri. | ||
BN must abandon ‘culture of fear’ Posted: 12 Dec 2012 08:51 PM PST BN has to buckle up and portray a better, kinder and more democratic image of itself by roping in its street fighters. This limitation on freedom, however, has been the very basis of the 55-year rule of the Barisan National. The recent spate of changes in Malaysia's laws did not enlarge the freedoms that are needed for a real democracy to function. Instead, the BN regime replaced the old laws with new ones that gave the BN government more or less the same powers to "bully" its opponents. A significant trend in the anti-opposition campaign by the BN is the daily dose of poison TV and press on PKR. From Anwar Ibrahim to Nurul Izzah or Rafizi Ramli, the top members of PKR are not given a minute of relief. As a result of these actions, the ruling coalition is seen as imposing its views as well as its power on its political opponents; hoping for an unfair fight during the upcoming general election. This is reminiscent of the "reformasi" days when a culture of fear was imposed on the public in general. On the onset of the clampdown on the reform movement in Kuala Lumpur, appeared the first version of the "Culture of Fear" which narrated the dangers the public faced in seeking the truth on the events in the country. Read More / Baca Lagi >> | ||
PR mampu peroleh 125 kerusi Parlimen? Posted: 12 Dec 2012 08:51 PM PST SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR), perikatan Pas, PKR dan DAP ada kemungkinan boleh memperoleh 125 kerusi Parlimen - majoriti tipis untuk membentuk kerajaan pusat, dengan tiada parti komponen yang akan mempunyai "kuasa hegemoni", demikan menurut pemimpin tertinggi DAP. Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan. Tumpuan adalah ke atas perikatan Barisan Nasional (BN) dan PR. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam senario PR menang 125 kerusi, PKR boleh memperoleh sehingga 45 kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing 40 kerusi. Ia antara beberapa senario digambarkan oleh pemimpin veteran ini dalam tulisannya di blog beliau menjelang konvensyen tahunan DAP hujung minggu ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar slams 'ambivalent' Obama: People hate US because of "contradictions, injustices" Posted: 12 Dec 2012 08:47 PM PST Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim has slammed the United States and President Barack Obama for pursuing the "politics of ambivalence", urging Washington to drop its "aggressively" pro-Israeli stance and meet strife-stricken Middle Eastern nations at least half-way over the long-standing Palestinian issue, which he argued was the key factor for the growing anti-US sentiment around the Muslim world. Read More / Baca Lagi >>"People don't hate Americans because of rights or they are Americans but because of the contradictions, the injustices. How can you expect any woman or man who have lived in the era of human rights to accept the crimes committed in the Gaza," Anwar said during an interview with Beirut-based Al Mayadeen TV conducted on November 20 and aired on December 12. "It is important for the US not to take a blinkered view. [For example] they can choose to disagree with Iran but they must engage with Iran...we talk about nuclear capability, the muslim world is saying why not to Iran and 'yes' to Israel. Why 'yes' to India and 'no' to Pakistan? "[This is the] politics of ambivalence. On one hand, you talk about democracy and on the other you work with the Mubarakas and Be Sli and Gaddaffis. There is a vast contradiction... the US is perceived to be condoning the excesses and this is continuing mind you. "You must have consistent coherent policies so that people can trust you. Obama better than Mitt but still an under-performer in Mid East foreign policy Anwar, a well-respected figure who frequently tours and lectures around the Muslim world, minced no words when he questioned how the US if it truly "challenges itself as the bastion of democracy and freedom" could close an eye to the high number of killings and the plight of the innocent, especially women and children, in the Gaza strip. He urged Obama, whom he rated as being "better than Mitt Romney", to break new ground in US foreign policy by putting greater pressure ad responsibility on Israel to come to the negotiating table with the Middle Eastern nations and on fairer terms. "My stand is he's better than Mitt Romney in terms of rhetoric in his speech but not in the actions, not in the foreign policy, not in his response to the murder of women and children and killings in the Gaza. This is totally unacceptable." Aggressive Israel can be reined in by the US | ||
Berdoalah dengan intensif agar sentiasa mendapat keredhoan Tuhan Posted: 12 Dec 2012 08:44 PM PST Isu Deepak nampaknya menjadi isu hangat juga. Kehangatannya agak lebih dari kehangatan isu Musa Hassan dengan kenyataan tentang gangguan politik ke atas urusan Polis. Semuanya melibatkan pimpinan besar kerajaan dan parti pemerintah. Tidak pernah lagi keadaan ini berlaku sebelum ini, maksud saya sebelum pentadbiran Dr Mahathir. Saya pernah berkata keadaan yang tidak menentu hari ini adalah sumbangan besar Dr Mahathir kerana perkara seperti ini hanya mula berlaku semasa pentadbiran beliau. Kalau kita kaji lebih kurang sahaja, kita boleh mengambil sikap 'conclusive' yang sesuatu perundingan dan persetujuan di antara dua pihak untuk melakukan perkara yang tidak baik dan kotor akhirnya akan terbongkar juga, walaupun sesulit mana pun rundingan itu di buat. Bermuafakat untuk kerja yang tidak baik akhirnya pasti akan terbongkar. Di dalam hal Deepak ini, masyarakat yakin yang akuan bersumpah Bala Subramaniam yang kedua itu merupakan tindakan yang sengaja di buat kerana tekanan. Masyarakat ramai tidak mungkin percaya yang Bala Subramaniam akan menukar akuan bersumpahnya yang pertama itu kalau tidak ada pihak yang membuat tekanan terhadapnya.. | ||
Dr Aziz Bari : Keistimewaan Melayu Tak Boleh Dipinda Tanpa Perkenan Raja Posted: 12 Dec 2012 08:43 PM PST SHAH ALAM, 13 DIS: Masyarakat Melayu diingatkan agar tidak terus membiarkan diri mereka ditakutkan Umno-BN kononya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya nanti. Ini kerana Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain) dalam Perlembagaan Malaysia itu tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-raja Melayu walaupun mendapat undian dua pertiga di parlimen. Demikian menurut pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi TV Selangor hari ini. "Apa yang Umno sebut itu memang merepek, tak boleh berlaku, kita pun tak faham apa yang Umno 'spin' sebab benda tak boleh berlaku kecuali dengan perkenan raja-raja," kata Aziz. Justeru, amat penting bagi masyarakat Melayu kembali mengkaji Perlembagaan Malaysia agar tidak mudah dipermainkan dengan fakta palsu Umno-BN dengan tujuan melindungi kuasa mereka. Menurut Aziz, ketika Umno meminda Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada 1993 jelas menggambarkan sikap samseng Umno terhadap raja-raja dengan meminda perkara tersebut dengan paksaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
RM40 juta : ICAC akan panggil saksi ‘rahsia’ dan Lajim Ukin untuk beri keterangan Posted: 12 Dec 2012 08:42 PM PST KUALA LUMPUR 13 Dis: Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan memanggil saksi 'rahsia' yang tampil memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara itu. Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang memakan masa sejam itu. Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC, James To. Delegasi KEADILAN disertai Ahli Parlimen (MP) Selayang, Wiliam Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan), Chang Lih Kang (Adun Teja) dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ketua Cabang Penampang, Darell Leiking. Read More / Baca Lagi >> | ||
Serangan 8 hari Israel: Keajaiban, jumlah kelahiran lebih tinggi berbanding mati syahid Posted: 12 Dec 2012 04:08 PM PST Pencerobohan lapan hari Zionist Israel ke Jalur Gaza bulan lalu mencatat seramai 1197 bayi lahir di Gaza dilaporkan oleh Mi'raj News Agency (MINA) dari Gaza, Selasa (11/12). Read More / Baca Lagi >>Korban dari pihak Gaza tercatat seramai 156 Syahid. Sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Namun pada masa yang sama seramai 1197 bayi dilahirkan dengan selamat di Semenanjung Gaza, Pentadbiran Urusan Awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza mengeluarkan statistik yang menyatakan jumlah bayi yang lahir di Semenanjung Gaza selama lapan hari serangan Israel mencapai 1197 bayi iaitu 592 lelaki dan 605 perempuan. Gaza city mencatat 421 kelahiran, sementara Khan Younis lebih dari 300 kelahiran, Gaza Utara mencatat 197, Gaza Tengah 163, dan Rafah 151 kelahiran. Statistik mencatat, sejak bulan November lalu, ada 4.110 bayi lahir, yang terdiri dari 2.082 laki-laki dan 2.028 wanita dengan rata-rata 137 kelahiran perhari. | ||
Serang Gaza: Dunia harus dakwa Israel Posted: 12 Dec 2012 04:08 PM PST Merujuk kepada serangan berdarah Israel ke atas Gaza bulan lepas, beliau berkata, wilayah Palestin itu bukan hanya diserang secara ketenteraan malah wujud tanda-tanda ia menghadapi serangan secara senyap apabila bekalan air dicemari bahan toksik tertentu. "Rakyat Gaza sukar mendapat bekalan makanan, ubat, elektrik dan air sejak Israel menutup pintu-pintu sempadan Gaza mengakibatkan krisis kemanusiaan yang dahsyat," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam selepas mengunjungi Gaza. | ||
Medan minyak Bertam: Hormati keputusan.....!!! Posted: 12 Dec 2012 04:06 PM PST KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak di Blok PM307 Bertam. Baginda juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang. "Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini. "Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada ALLAH SWT dengan kurniaan itu," titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai status kawasan minyak itu. Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM Kampus Kuantan, di sini semalam. Ahmad Said dalam kenyataannya berkata, kawasan medan minyak di luar pantai semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik Terengganu. Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu juga sudah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
ICAC Hong Kong larang PKR hebohkan kes RM40j Umno Sabah Posted: 12 Dec 2012 04:04 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis — Agensi pencegahan rasuah Hong Kong mengingatkan pemimpin pembangkang Malaysia supaya tidak membuat publisiti tentang apa-apa perkembangan masa depan kes RM40 juta Umno Sabah, memberi amaran kerahsiaan terjejas boleh menjejaskan siasatan serta keselamatan mereka yang terlibat. Read More / Baca Lagi >>Selaras dengan peraturan kerahsiaan mereka sendiri, pegawai dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) yang terkenal itu juga semasa mesyuarat mereka dengan PKR semalam enggan untuk mengesahkan atau menafikan jika mereka merancang untuk membuka semula kes kontroversi tersebut, yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Rafizi Ramli, yang mengetuai delegasi PKR ke Hong Kong, berkata para pegawai ICAC hanya meawarkan janji mereka untuk meneliti semua dokumen yang diserahkan sebagai bukti dengan berhati-hati sebelum menghubungi beliau lagi. "Mereka berkata mereka akan menyemak segala-galanya secara terperinci dan menghubungi kami untuk langkah seterusnya. Mereka tidak akan mengumumkan jika kes itu akan dibuka semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui panggilan telefon dari Hong Kong. Tetapi walaupun ICAC berahsia, pengarah strategi PKR menegaskan mesyuarat semalam membuahkan hasil, sambil menambah nasihat agensi untuk menjaga kerahsian bermakna ia melihat perkara ini dengan serius. Beliau berkata PKR bersetuju untuk menghormati proses ICAC dan memastikan jika agensi itu membuat keputusan untuk membuka semula kes tersebut, kenyataan awam mereka tidak akan merosakkan penyiasatan. | ||
Egypt opposition calls for a 'No' vote in referendum Posted: 12 Dec 2012 03:52 PM PST | ||
Several bomb explosions reported in Damascus Posted: 12 Dec 2012 03:52 PM PST | ||
Syria opposition wins international backing Posted: 12 Dec 2012 03:51 PM PST | ||
Syria conflict: Several killed in blasts at interior ministry Posted: 12 Dec 2012 03:51 PM PST | ||
UN nuclear inspectors "ready" to visit disputed Iran facility Posted: 12 Dec 2012 03:50 PM PST | ||
Posted: 12 Dec 2012 03:44 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan