Khamis, 6 Disember 2012

bumiperak

bumiperak


Mana satu?? UMNO kata DAP anti islam/melayu, MCA kata sebaliknya!

Posted: 06 Dec 2012 01:00 AM PST

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
 

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno. Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri. Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," katanya.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


UMNO Dulu, Kini dan Selamanya Rasuah

Posted: 06 Dec 2012 09:33 PM PST


Oleh Adil Mat Selamat
7 December 2012
BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor.
Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.
Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu.
Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat.
Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka.
Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu ..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.
Persoalan yang menarik di sini ialah;
Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN?
Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu?
Sudah berapa ratus juta mereka 'meratah' wang daripada hak rakyat ini?
Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN  memerintah Selangor?
'Projek rembat tanah rakyat' UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing .
Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).
Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan 'merasuah' MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak.
Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah.
Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahakan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini 'masyuk'?
Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah.
Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat.
Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul.
Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah.
Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah!
Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama 'merembat' hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN.- Roketkini.com

Musa: Polis patut hentikan keganasan di Gombak

Posted: 06 Dec 2012 06:34 PM PST


Polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit.
SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegur sikap polis menangani insiden ceramah politik di Gombak kelmarin sehingga menyebabkan kecederaan orang awam.
Beliau berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit.
"Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan  pertumpahan darah berlaku.
"Jangan benarkan pihak lawan buat tempat yang sama," katanya dalam sidang media selepas menjadi panel dalam wacana Sinar Harian



"Politik Samseng: Dimana Maruah Kita" di Kompleks Karangkraf di sini petang tadi.
Turut menjadi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-Undang PAS Hanipa Maidin.
Katanya, undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak lagi memerlukan permohonan permit secara tak langsung menyebabkan
keselamatan menjadi longgar dan mengurangkan kuasa polis memantau aktiviti ceramah.
Dalam kejadian malam Selasa lalu, dua orang penyokong Pakatan Rakyat serta seorang penyokong BN cedera dalam satu pergaduhan di ceramah di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan semalam dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan.
Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencabar pihak berkuasa dan menjadikan institusi PDRM sebagai musuh.
"Saya nasihatkan kalau ada ceramah politik jangan bergaduh, tak elok," katanya.
Sementara itu, beliau turut menolak cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menyiasat salah laku anggota polis di negara ini.
Katanya, wujud klausa dalam IPCMC yang tidak adil apabila tidak memberikan peluang kepada polis membela diri di mahkamah.
"Sedangkan penjenayah yang dihukum diberi peluang untuk bela diri dimahkamah, polis yang dikenakan tindakan disiplin pula tidak
dibenarkan berbuat demikian," katanya.

Saya bukan pengkhianat - Musa Hassan

Posted: 06 Dec 2012 09:10 AM PST


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Disember 2012
Musa Hassan
Musa Hassan
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.

"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.


Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.- SH

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Musa Hassan dan aksi Bollywood

Posted: 06 Dec 2012 06:24 PM PST

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semakin dekat dengan PRU13, bermacam-macam kejutan berlaku. Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan pembongkaran ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, yang rapat dengan Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor antara kejutan yang menarik perhatian umum.

Bagaimanpun, ramai beranggapan, "jalan ceritanya" masih panjang ... malah kemungkinan ada kejutan lebih sensasi sebelum kisah kontroversi itu berakhir.
Tidak mustahil akan terakam tragedi lebih besar apabila kita melintas tahun baru 2013 nanti. Ketika menulis kolum ini, jam 11.30 malam, 4 Disember, khabarnya ada darah yang tumpah gara-gara samseng Umno menganggu Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak. Mungkin ia merupakan manifestasi semangat berkobar-kobar ekoran pidato berapi-rapi Najib Razak yang mengisytiharkan perang kepada Pakatan semasa menutup Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012!
Dalam masa sama, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di seluruh negara, bermula di Seremban sebulan lalu, mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Selain mencatatkan kehadiran luar biasa, ia juga menyaksikan sederetan nama-nama besar, termasuk bekas pegawai kanan kerajaan dan swasta, serta tokoh korporat menyertai PAS.
Terbaru di Batu Pahat, Johor, bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu dan Dewan Perniagaan Kebangsaan, Abdul Rahman Maidin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sekali gus membuktikan "kubu kuat" Umno di negeri asalnya itu sudah pecah dan roboh. (Ramai pembaca meminta Harakah menyenaraikan kembali tokoh-tokoh atau personaliti besar yang telah bersama PAS berserta profil masing-masing).
Read More / Baca Lagi >>

1976 place crash: The unanswered questions

Posted: 06 Dec 2012 06:22 PM PST

A test pilot offers a peak into why the fatal 1976 plane crash which killed Sabah chief minister Fuad Stephens and several state cabinet members is seen as a conspiracy by locals.

By Capt Joseph Lakai
What is the difference between five percent and 20 percent? Well, anyone who has half a brain and who had not been asleep during math class in school will tell you that the answer is 15 percent – which is 20 minus five!
Let us convert this to figures and let us hypothesise the figure as RM10 billion.
Five percent of RM10 billion is RM500 million. Therefore 20 percent is exactly four times that amount. Twenty percent is therefore RM2 billion – witness how vast this difference is now.
Imagine a state government possessing the RM500,000 million to develop the vast state or to give it to its people. Now imagine the same state government in possession of four times that amount.
Now, instead of only having the monetary resources to provide aid to a quarter of the state's population, the state government can now do the same to everybody – total coverage!
Let's not even get to the full 100 percent, which is the RM10 billion.
Now assume that a powerful person in that same state, a tribal leader of sorts, has the influence and capacity to take that state out of the federation.
This would mean an income shortfall ranging from 80 to 95 percent of the RM10 billion.
Well, money isn't everything but an action as such could propel other states into mimicking parallel actions and this is unquestionably something that must be prevented at all cost; collateral damage is damned.
On another note, where were you 13,215 days ago?
On June 6, 1976, an Australian manufactured GAF-Nomad N.22B-type twin turboprop engine passenger plane operated by Sabah Air with the tail number 9M-ATZ took off from Labuan Airport on its 113-km route to Kota Kinabalu International Airport with 10 passengers on-board.
Investigation reports still secret
Read More / Baca Lagi >>

Menjelang PRU 13, parti politik mula mengetuk pintu pengundi

Posted: 06 Dec 2012 06:20 PM PST

Pasukan Wajah Wanita PKR bertemu dengan pengundi kawasan luar bandar di Perak. — Gambar ihsan daripada Wajah
KUALA LUMPUR, 6 Dis — Menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir dan keresahan orang awam dengan ketidakpastian tarikh, parti politik memilih untuk mendekati pengundi dengan menggunkan taktik lama iaitu mengetuk pintu. Walaupun Barisan Nasional (BN) dilaporkan membelanjakan hampir RM3.6 juta setahun untuk mengambil kira-kira 10,000 penulis blog bagi meningkatkan kehadiran dalam talian demi menarik sokongan pengundi muda, beberapa ahli-ahli politik akar umbi merasakan bertemu dengan pengundi di kawasan mereka secara langsung adalah cara terbaik.
"Rakyat masih perlu untuk melihat kredibiliti pemimpin-pemimpin mereka," kata Liew Ching Hoong dari MCA, setiausaha kepada ahli parlimen Kampar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.
Lee yang memenangi kerusi parlimen Kampar pada 2008 adalah muka yang dikenali di kawasan tersebut kerana pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Malim Nawar semenjak 1995 dan Tanjong Tualang sebelum itu.
Pada tahun 2008, Lee menewaskan Keong Meng Sing dari DAP dengan majoriti 2,697. Kawasan pilihan raya tersebut sebelum ini dikuasai oleh Tan Sri Hew See Tong dari MCA, yang menang dengan majoriti lebih besar 9,474.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja

Posted: 06 Dec 2012 06:18 PM PST

Subky Latif,
TELAH cukup Islam UMNO itu mengikut ucapan pimpinannya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal di Perhimpunan Agungnya yang lepas kerana sudah tercatit dalam perlembagaan parti itu tentang kedudukan agama Islam dan apa yang wajar dilakukan mengenai Islam.
Mungkin perlembagaan itu sudah merakamkan begitu sejak ia ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar 66 tahun lalu, tetapi ia tidak menghalang ulamanya keluara menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan keislaman parti itu.

Perlembagaan PAS lebih tegas tentang Islamnya.  Perlembagaannya menyebut bahawa dasar PAS adalah Islam. Hukum tertingginya Islam dan Allahu Akbar salamnya.

Tetapi tidak lengkap  Islam PAS jika sekadar catitan  dalam perlembagaannya. Ia benar-benar  Islam apabila ia beramal dan bekerja untuk Islam. Samalah seperti indahnya isi Dasar Ekonomi Baru yang dibentang oleh al-Marhum Tun Razak sebaik menjadi Perdana Menteri, tetapi ia tidak jadi apa-apa apabila kerajaan dan Barisan Nasional tidak dapat melaksanakannya.

Akhirnya dokuman Dasar Ekonomi  Baru itu dibakul sampahkan oleh puteranya yang menjadi Perdana Menteri 40 tahun selepasnya.

Ada pun perlembagaan itu adalah satu ikrar dan panduan, tidak jadi apa-apa makna jika ia tidak  diisi  dan ditunaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Unsur Sabotag Dalam Kes Roboh Kuil Dalam Rumah di Sepang

Posted: 06 Dec 2012 06:17 PM PST

SHAH ALAM 6 DIS : Siasatan akan diadakan terhadap perobohan kuil bukan Islam di dalam perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan Sepang pada 20 November lalu bagi mengenalpasti adakah tindakan itu mengikut prosedur yang betul.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)  diarahkan mengumpulkan segala bukti dan mengemukakannya dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata, tindakan pegawai penguatkuasa MPSp bertentangan dengan Perintah Tetap yang dikeluarkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Hal Ehwal Bukan Islam yang melarang memecahkan struktur agama.
Beliau berkata, satu taklimat diberikan MPSp pada Rabu lalu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Antara terlibat dalam majlis taklimat itu katanya, Yang Dipertua MPSp, Mohd Sayuthi Bakar serta Pengarah Pembangunan dan Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSp.
"Dari taklimat diberi, Yang Dipertua MPSp dikatakan tidak dimaklumkan mengenai tindakan meroboh rumah ibadat itu.
"Majlis Hal Ehwal Bukan Islam dipengerusikan bersama YB Ronnie Liu, YB Teresa Kok dan saya juga tidak memdapat maklumat mengenainya.
"Pihak tertentu yang terlibat dengan tindakan ini dianggap unilateral dan ia boleh diyakini sebagai satu sabotaj," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa seramai 30 pegawai penguatkuasa MPSp telah pergi ke sebuah rumah di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan merobohkan rumah ibadat yang dibina di dalam perkarangan rumah.
Read More / Baca Lagi >>

PERFECT READING for BN leaders? Tiger Isle: A government of THIEVES

Posted: 06 Dec 2012 06:16 PM PST

PERFECT READING for BN leaders? Tiger Isle: A government of THIEVES
Welcome to Tiger Isle, or Pulipore, population 30 million, found in South-East Asia (SEA) between north of Sumatra and west of peninsula Malaysia, tag-lined "Corruption capital of the world".
In his debut novel "Tiger Isle: A Government of Thieves", author ES Shankar has created an imaginary, fictitious country which "mysteriously emerged from the depth of the waters of South-East Asia in 200BC, spirals towards the tipping point of 2012″.
In it are 322 pages of gruelling plots and events which resemble a country we know. Shankar leaves many clues that may lead a reader to conclude "This is Malaysia!", when depicting how Rekha and her seven best friends race against time to save the world, with her famous cry of "We are all of One Race, the Human Race".
Rekha – a mother of two and a government auditor – was an ordinary woman who died without fanfare yet thousands came for her funeral.
She did not die "being blown up in a secluded forest, while she was still half alive with dynamite half strapped to her chest, for which the courts decided it was not necessary to determine the killer's motive".
One of those who came to pay his respects was blogger Bernard Khoo, who goes by the moniker Zorro Unmasked.
Shankar, who also blogs at Don'tPlayPuks, says it is Khoo – a former school teacher – who encouraged him to contact Gerak Budaya to get the book published – and that adding names of real people, several other bloggers included, adds to the "fun", while giving life to the fiction.
Read More / Baca Lagi >>

Perlis tuntut royalti jika Kelantan dapat..ni sekor lagi samseng royalti..!!!

Posted: 06 Dec 2012 06:14 PM PST


Datuk Seri Shahidan Kassim KANGAR - Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan.

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya.

"Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah  laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

"Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.

"Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini.

"Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya.

"Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.

Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal...yang pastinya pemimpin UMNO dah mencanang 13 Mei...sendiri mau ingat..!!!

Posted: 06 Dec 2012 06:13 PM PST


Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal
Musa (dua, kiri) memberi pandangan sehingga moderator dan ahli panel lain tersenyum.
 
SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.

"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Read More / Baca Lagi >>

Umno dakwa Pas ketuai negara bukan Anwar jika PR perintah..jadi UMNO ada masalah ke PAS jadi ketua..???

Posted: 06 Dec 2012 06:11 PM PST


Umno dakwa Pas ketuai negara bukan Anwar jika PR perintah PUCHONG – Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman meramalkan  akan berlaku pertelingkahan besar mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, ia berikutan belum pun memenangi PRU, sudah timbul pelbagai cerita panas berhubung calon Perdana Menteri dari barisan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, dalam isu Perdana Menteri PR, DAP nampak lebih dominan dan dilihat memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read More / Baca Lagi >>

Politik samseng: Jangan gadai maruah kita

Posted: 06 Dec 2012 06:10 PM PST


BUDAYA politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku.
 
Politik samseng: Jangan gadai maruah kita
Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya.
 
Hakikatnya, ia hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. 
 
Namun, dalam senario politik yang semakin tertekan pada hari ini, parti pemerintah dan pembangkang terpaksa akur, kedua-duanya sudah tidak mampu mengawal gejolak jiwa penyokong masing-masing kerana terlalu taksub kepada pemimpin mahu pun fahaman politik mereka sehingga merelakan pertumparan darah.
 
Peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak Selasa lalu menjadi saksi bahawa semakin ramai rakyat Malaysia gagal mengawal emosi apabila menyentuh hal-hal politik. 
 
Malah kes-kes sebelum ini apabila politik menghalalkan apa jua jenis perbuatan termasuk menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Di mana maruah kita? 
Read More / Baca Lagi >>

Politik Samseng : Iklim politik semakin panas

Posted: 06 Dec 2012 06:08 PM PST


 Mohamad Abu Bakar WACANA Sinar Harian Ke-16: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?, menyaksikan moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar melontarkan beberapa usul bernas setanding dengan hujah empat panel jemputan lain.

Penganalisis politik dan pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, menyifatkan politik sebagai bahan atau perkara yang lebih mudah difahami berbanding ekonomi atau isu lain.

"Ketika membaca topik ini, saya seolah-olah terperangkap kerana sejak 1955 kita tidak pernah dilanda dengan politik samseng, namun sehingga 1969 negara tidak lagi berada dalam politik siuman.

"Tragedi seperti perarakan pertumpahan darah, penggulingan kerajaan Terengganu dan Kelantan, penayangan buntut atau kemaluan, menghiasi sejarah dan proses politik sekarang," katanya.

Mohamad berkata, perkara tersebut menjadi persoalan apabila iklim politik semakin panas selepas pilihan raya lalu atau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kemungkinan besar perubahan itu berlaku disebabkan beberapa insiden seperti perarakan Bersih, Stop Lynas, atau isu mendoakan kehancuran parti Barisan Nasional (BN) di Kota Bharu, baru-baru ini.

"Kenapa sekarang topik ini dibangkitkan? Jika ia sedang berlaku, maka politik samseng pernah terjadi suatu ketika dulu," katanya.

Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong

Posted: 06 Dec 2012 06:07 PM PST

KUALA LUMPUR 9 DIS: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.
"Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.
"Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas," katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.
Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.
Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran 'Cikgu' meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan

Posted: 06 Dec 2012 06:06 PM PST


SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan.



Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam.


Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian.


"Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno-BN Dilepas, Aktivis PR Diburu dan Ditahan

Posted: 06 Dec 2012 06:06 PM PST

SHAH ALAM, 6 DIS : Kejadian samseng politik yang semakin berleluasa di Malaysia adalah kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Umno-BN yang melanggar batasan undang-undang.
Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata, banyak aduan yang dilaporkan kepada polis oleh Pakatan Rakyat (PR) berkenaan kejadian samseng politik yang didakwa dilakukan oleh penyokong Umno-BN.
Akan tetapi tiada tindakan daripada Polis terhadap aduan-aduan tersebut. Sebaliknya tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh Polis terhadap penyokong PR.
Hanipa merujuk kepada insiden membaling cat ke Bas milik PKR semasa Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka, di mana seorang pemuda di rakam dalam perbuatan itu.
Begitu juga dengan insiden "senaman punggung" di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Sebaliknya tindakan pula diambil terhadap mereka yang menyertai siri perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur sehingga diburu dan ditahan oleh Polis.
Read More / Baca Lagi >>

Tunisia hoping Ben Ali assets will fuel recovery

Posted: 06 Dec 2012 06:02 PM PST

Rafizi Ramli : Ahli Parlimen Hong Kong sedia membantu siasatan

Posted: 06 Dec 2012 05:59 PM PST

Rafizi Ramli : Siasatan ICAC mendapat tumpuan dunia

Posted: 06 Dec 2012 05:59 PM PST

Rafizi: Siapa Lembu bin lembu

Posted: 06 Dec 2012 05:58 PM PST

Penjenayah lari sekatan kena tembak

Posted: 06 Dec 2012 08:43 AM PST

Kanak-kanak Gaza mencari sesuap nasi

Posted: 06 Dec 2012 08:42 AM PST

Hidayah Allah Dicari Bukan Dinanti - Ustaz Mohd Khairil Anwar

Posted: 06 Dec 2012 08:41 AM PST

Musa : Saya hanya nak perbetulkan keadaan

Posted: 06 Dec 2012 08:41 AM PST

Gambar dan Video suspek yang menikam petugas Pakatan Rakyat didedahkan!!

Posted: 06 Dec 2012 07:10 AM PST


Dalam insiden 'ceramah berdarah' di Gombak pada 5 Disember 2012 yang lalu, seorang petugas dari Pakatan Rakyat telah mengalami kecederaan akibat ditusuk dengan objek tajam.

Menurutnya beliau ditusuk ketika cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak agar bertenang.

Malangnya beliau telah ditikam..

Dan malang juga pemuda yang menikam petugas Pakatan Rakyat itu kerana tanpa disedarinya perbuatannya itu telah terakam oleh seseorang..

Perhatikan video di bawah..

Pada minit ke 1:38 kelihatan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO..
640" height="380"> 640" height="380">



MALAIKAT Tadah Air Wudhu ? - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Dec 2012 06:54 AM PST

MINTA Kembali Hadiah - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Dec 2012 06:53 AM PST