MIMPI SENJA |
- UMNO Dulu, Kini dan Selamanya Rasuah
- Musa: Polis patut hentikan keganasan di Gombak
- Saya bukan pengkhianat - Musa Hassan
UMNO Dulu, Kini dan Selamanya Rasuah Posted: 06 Dec 2012 09:33 PM PST Oleh Adil Mat Selamat 7 December 2012 BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor. Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor. Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit. Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu. Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat. Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka. Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu ..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Persoalan yang menarik di sini ialah; Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN? Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu? Sudah berapa ratus juta mereka 'meratah' wang daripada hak rakyat ini? Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor? 'Projek rembat tanah rakyat' UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing . Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu). Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan 'merasuah' MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak. Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah. Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahakan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini 'masyuk'? Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah. Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat. Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul. Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah. Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah! Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama 'merembat' hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN.- Roketkini.com |
Musa: Polis patut hentikan keganasan di Gombak Posted: 06 Dec 2012 06:34 PM PST Polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit. SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegur sikap polis menangani insiden ceramah politik di Gombak kelmarin sehingga menyebabkan kecederaan orang awam. Beliau berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit. "Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan pertumpahan darah berlaku. "Jangan benarkan pihak lawan buat tempat yang sama," katanya dalam sidang media selepas menjadi panel dalam wacana Sinar Harian "Politik Samseng: Dimana Maruah Kita" di Kompleks Karangkraf di sini petang tadi. Turut menjadi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-Undang PAS Hanipa Maidin. Katanya, undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak lagi memerlukan permohonan permit secara tak langsung menyebabkan keselamatan menjadi longgar dan mengurangkan kuasa polis memantau aktiviti ceramah. Dalam kejadian malam Selasa lalu, dua orang penyokong Pakatan Rakyat serta seorang penyokong BN cedera dalam satu pergaduhan di ceramah di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan semalam dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan. Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencabar pihak berkuasa dan menjadikan institusi PDRM sebagai musuh. "Saya nasihatkan kalau ada ceramah politik jangan bergaduh, tak elok," katanya. Sementara itu, beliau turut menolak cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menyiasat salah laku anggota polis di negara ini. Katanya, wujud klausa dalam IPCMC yang tidak adil apabila tidak memberikan peluang kepada polis membela diri di mahkamah. "Sedangkan penjenayah yang dihukum diberi peluang untuk bela diri dimahkamah, polis yang dikenakan tindakan disiplin pula tidak dibenarkan berbuat demikian," katanya. |
Saya bukan pengkhianat - Musa Hassan Posted: 06 Dec 2012 09:10 AM PST 6 Disember 2012 SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar. "Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar. "Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya. Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya. Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara. Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.- SH |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan