RAKYAT MARHAEN |
- Musa Hassan dan aksi Bollywood
- 1976 place crash: The unanswered questions
- Menjelang PRU 13, parti politik mula mengetuk pintu pengundi
- Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja
- Unsur Sabotag Dalam Kes Roboh Kuil Dalam Rumah di Sepang
- PERFECT READING for BN leaders? Tiger Isle: A government of THIEVES
- Perlis tuntut royalti jika Kelantan dapat..ni sekor lagi samseng royalti..!!!
- Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal...yang pastinya pemimpin UMNO dah mencanang 13 Mei...sendiri mau ingat..!!!
- Umno dakwa Pas ketuai negara bukan Anwar jika PR perintah..jadi UMNO ada masalah ke PAS jadi ketua..???
- Politik samseng: Jangan gadai maruah kita
- Politik Samseng : Iklim politik semakin panas
- Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong
- Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan
- Samseng Umno-BN Dilepas, Aktivis PR Diburu dan Ditahan
- Tunisia hoping Ben Ali assets will fuel recovery
- Rafizi Ramli : Ahli Parlimen Hong Kong sedia membantu siasatan
- Rafizi Ramli : Siasatan ICAC mendapat tumpuan dunia
- Rafizi: Siapa Lembu bin lembu
- Penjenayah lari sekatan kena tembak
- Kanak-kanak Gaza mencari sesuap nasi
- Hidayah Allah Dicari Bukan Dinanti - Ustaz Mohd Khairil Anwar
- Musa : Saya hanya nak perbetulkan keadaan
- Gambar dan Video suspek yang menikam petugas Pakatan Rakyat didedahkan!!
- MALAIKAT Tadah Air Wudhu ? - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus
- MINTA Kembali Hadiah - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus
Musa Hassan dan aksi Bollywood Posted: 06 Dec 2012 06:24 PM PST Oleh Ahmad Lutfi Othman Semakin dekat dengan PRU13, bermacam-macam kejutan berlaku. Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan pembongkaran ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, yang rapat dengan Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor antara kejutan yang menarik perhatian umum. Bagaimanpun, ramai beranggapan, "jalan ceritanya" masih panjang ... malah kemungkinan ada kejutan lebih sensasi sebelum kisah kontroversi itu berakhir. Tidak mustahil akan terakam tragedi lebih besar apabila kita melintas tahun baru 2013 nanti. Ketika menulis kolum ini, jam 11.30 malam, 4 Disember, khabarnya ada darah yang tumpah gara-gara samseng Umno menganggu Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak. Mungkin ia merupakan manifestasi semangat berkobar-kobar ekoran pidato berapi-rapi Najib Razak yang mengisytiharkan perang kepada Pakatan semasa menutup Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012! Dalam masa sama, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di seluruh negara, bermula di Seremban sebulan lalu, mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Selain mencatatkan kehadiran luar biasa, ia juga menyaksikan sederetan nama-nama besar, termasuk bekas pegawai kanan kerajaan dan swasta, serta tokoh korporat menyertai PAS. Terbaru di Batu Pahat, Johor, bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu dan Dewan Perniagaan Kebangsaan, Abdul Rahman Maidin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sekali gus membuktikan "kubu kuat" Umno di negeri asalnya itu sudah pecah dan roboh. (Ramai pembaca meminta Harakah menyenaraikan kembali tokoh-tokoh atau personaliti besar yang telah bersama PAS berserta profil masing-masing). | ||
1976 place crash: The unanswered questions Posted: 06 Dec 2012 06:22 PM PST A test pilot offers a peak into why the fatal 1976 plane crash which killed Sabah chief minister Fuad Stephens and several state cabinet members is seen as a conspiracy by locals. What is the difference between five percent and 20 percent? Well, anyone who has half a brain and who had not been asleep during math class in school will tell you that the answer is 15 percent – which is 20 minus five! Let us convert this to figures and let us hypothesise the figure as RM10 billion. Five percent of RM10 billion is RM500 million. Therefore 20 percent is exactly four times that amount. Twenty percent is therefore RM2 billion – witness how vast this difference is now. Imagine a state government possessing the RM500,000 million to develop the vast state or to give it to its people. Now imagine the same state government in possession of four times that amount. Now, instead of only having the monetary resources to provide aid to a quarter of the state's population, the state government can now do the same to everybody – total coverage! Let's not even get to the full 100 percent, which is the RM10 billion. Now assume that a powerful person in that same state, a tribal leader of sorts, has the influence and capacity to take that state out of the federation. This would mean an income shortfall ranging from 80 to 95 percent of the RM10 billion. Well, money isn't everything but an action as such could propel other states into mimicking parallel actions and this is unquestionably something that must be prevented at all cost; collateral damage is damned. On another note, where were you 13,215 days ago? On June 6, 1976, an Australian manufactured GAF-Nomad N.22B-type twin turboprop engine passenger plane operated by Sabah Air with the tail number 9M-ATZ took off from Labuan Airport on its 113-km route to Kota Kinabalu International Airport with 10 passengers on-board. Investigation reports still secret Read More / Baca Lagi >> | ||
Menjelang PRU 13, parti politik mula mengetuk pintu pengundi Posted: 06 Dec 2012 06:20 PM PST "Rakyat masih perlu untuk melihat kredibiliti pemimpin-pemimpin mereka," kata Liew Ching Hoong dari MCA, setiausaha kepada ahli parlimen Kampar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong. Lee yang memenangi kerusi parlimen Kampar pada 2008 adalah muka yang dikenali di kawasan tersebut kerana pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Malim Nawar semenjak 1995 dan Tanjong Tualang sebelum itu. Pada tahun 2008, Lee menewaskan Keong Meng Sing dari DAP dengan majoriti 2,697. Kawasan pilihan raya tersebut sebelum ini dikuasai oleh Tan Sri Hew See Tong dari MCA, yang menang dengan majoriti lebih besar 9,474. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja Posted: 06 Dec 2012 06:18 PM PST
TELAH cukup Islam UMNO itu mengikut ucapan pimpinannya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal di Perhimpunan Agungnya yang lepas kerana sudah tercatit dalam perlembagaan parti itu tentang kedudukan agama Islam dan apa yang wajar dilakukan mengenai Islam. Read More / Baca Lagi >>Mungkin perlembagaan itu sudah merakamkan begitu sejak ia ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar 66 tahun lalu, tetapi ia tidak menghalang ulamanya keluara menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan keislaman parti itu. Perlembagaan PAS lebih tegas tentang Islamnya. Perlembagaannya menyebut bahawa dasar PAS adalah Islam. Hukum tertingginya Islam dan Allahu Akbar salamnya. Tetapi tidak lengkap Islam PAS jika sekadar catitan dalam perlembagaannya. Ia benar-benar Islam apabila ia beramal dan bekerja untuk Islam. Samalah seperti indahnya isi Dasar Ekonomi Baru yang dibentang oleh al-Marhum Tun Razak sebaik menjadi Perdana Menteri, tetapi ia tidak jadi apa-apa apabila kerajaan dan Barisan Nasional tidak dapat melaksanakannya. Akhirnya dokuman Dasar Ekonomi Baru itu dibakul sampahkan oleh puteranya yang menjadi Perdana Menteri 40 tahun selepasnya. Ada pun perlembagaan itu adalah satu ikrar dan panduan, tidak jadi apa-apa makna jika ia tidak diisi dan ditunaikan. | ||
Unsur Sabotag Dalam Kes Roboh Kuil Dalam Rumah di Sepang Posted: 06 Dec 2012 06:17 PM PST SHAH ALAM 6 DIS : Siasatan akan diadakan terhadap perobohan kuil bukan Islam di dalam perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan Sepang pada 20 November lalu bagi mengenalpasti adakah tindakan itu mengikut prosedur yang betul. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) diarahkan mengumpulkan segala bukti dan mengemukakannya dalam tempoh dua minggu. Beliau berkata, tindakan pegawai penguatkuasa MPSp bertentangan dengan Perintah Tetap yang dikeluarkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Hal Ehwal Bukan Islam yang melarang memecahkan struktur agama. Beliau berkata, satu taklimat diberikan MPSp pada Rabu lalu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Kerajaan Negeri. Antara terlibat dalam majlis taklimat itu katanya, Yang Dipertua MPSp, Mohd Sayuthi Bakar serta Pengarah Pembangunan dan Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSp. "Dari taklimat diberi, Yang Dipertua MPSp dikatakan tidak dimaklumkan mengenai tindakan meroboh rumah ibadat itu. "Majlis Hal Ehwal Bukan Islam dipengerusikan bersama YB Ronnie Liu, YB Teresa Kok dan saya juga tidak memdapat maklumat mengenainya. "Pihak tertentu yang terlibat dengan tindakan ini dianggap unilateral dan ia boleh diyakini sebagai satu sabotaj," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, dilaporkan bahawa seramai 30 pegawai penguatkuasa MPSp telah pergi ke sebuah rumah di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan merobohkan rumah ibadat yang dibina di dalam perkarangan rumah. Read More / Baca Lagi >> | ||
PERFECT READING for BN leaders? Tiger Isle: A government of THIEVES Posted: 06 Dec 2012 06:16 PM PST Welcome to Tiger Isle, or Pulipore, population 30 million, found in South-East Asia (SEA) between north of Sumatra and west of peninsula Malaysia, tag-lined "Corruption capital of the world". In his debut novel "Tiger Isle: A Government of Thieves", author ES Shankar has created an imaginary, fictitious country which "mysteriously emerged from the depth of the waters of South-East Asia in 200BC, spirals towards the tipping point of 2012″. In it are 322 pages of gruelling plots and events which resemble a country we know. Shankar leaves many clues that may lead a reader to conclude "This is Malaysia!", when depicting how Rekha and her seven best friends race against time to save the world, with her famous cry of "We are all of One Race, the Human Race". Rekha – a mother of two and a government auditor – was an ordinary woman who died without fanfare yet thousands came for her funeral. She did not die "being blown up in a secluded forest, while she was still half alive with dynamite half strapped to her chest, for which the courts decided it was not necessary to determine the killer's motive". One of those who came to pay his respects was blogger Bernard Khoo, who goes by the moniker Zorro Unmasked. Shankar, who also blogs at Don'tPlayPuks, says it is Khoo – a former school teacher – who encouraged him to contact Gerak Budaya to get the book published – and that adding names of real people, several other bloggers included, adds to the "fun", while giving life to the fiction. | ||
Perlis tuntut royalti jika Kelantan dapat..ni sekor lagi samseng royalti..!!! Posted: 06 Dec 2012 06:14 PM PST Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya. "Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai. "Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam. Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja. "Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini. "Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya. "Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya. | ||
Posted: 06 Dec 2012 06:13 PM PST Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang. "Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya, semalam. Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini. | ||
Posted: 06 Dec 2012 06:11 PM PST Menurutnya, ia berikutan belum pun memenangi PRU, sudah timbul pelbagai cerita panas berhubung calon Perdana Menteri dari barisan Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, dalam isu Perdana Menteri PR, DAP nampak lebih dominan dan dilihat memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. | ||
Politik samseng: Jangan gadai maruah kita Posted: 06 Dec 2012 06:10 PM PST BUDAYA politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku. Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya. Hakikatnya, ia hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. Namun, dalam senario politik yang semakin tertekan pada hari ini, parti pemerintah dan pembangkang terpaksa akur, kedua-duanya sudah tidak mampu mengawal gejolak jiwa penyokong masing-masing kerana terlalu taksub kepada pemimpin mahu pun fahaman politik mereka sehingga merelakan pertumparan darah. Peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak Selasa lalu menjadi saksi bahawa semakin ramai rakyat Malaysia gagal mengawal emosi apabila menyentuh hal-hal politik. Malah kes-kes sebelum ini apabila politik menghalalkan apa jua jenis perbuatan termasuk menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di mana maruah kita? | ||
Politik Samseng : Iklim politik semakin panas Posted: 06 Dec 2012 06:08 PM PST Penganalisis politik dan pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, menyifatkan politik sebagai bahan atau perkara yang lebih mudah difahami berbanding ekonomi atau isu lain. "Ketika membaca topik ini, saya seolah-olah terperangkap kerana sejak 1955 kita tidak pernah dilanda dengan politik samseng, namun sehingga 1969 negara tidak lagi berada dalam politik siuman. "Tragedi seperti perarakan pertumpahan darah, penggulingan kerajaan Terengganu dan Kelantan, penayangan buntut atau kemaluan, menghiasi sejarah dan proses politik sekarang," katanya. Mohamad berkata, perkara tersebut menjadi persoalan apabila iklim politik semakin panas selepas pilihan raya lalu atau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata, kemungkinan besar perubahan itu berlaku disebabkan beberapa insiden seperti perarakan Bersih, Stop Lynas, atau isu mendoakan kehancuran parti Barisan Nasional (BN) di Kota Bharu, baru-baru ini. "Kenapa sekarang topik ini dibangkitkan? Jika ia sedang berlaku, maka politik samseng pernah terjadi suatu ketika dulu," katanya. | ||
Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong Posted: 06 Dec 2012 06:07 PM PST KUALA LUMPUR 9 DIS: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa. "Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak. "Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara. Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu. Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran 'Cikgu' meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan Posted: 06 Dec 2012 06:06 PM PST SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan. Read More / Baca Lagi >>Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam. Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian. "Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng. | ||
Samseng Umno-BN Dilepas, Aktivis PR Diburu dan Ditahan Posted: 06 Dec 2012 06:06 PM PST SHAH ALAM, 6 DIS : Kejadian samseng politik yang semakin berleluasa di Malaysia adalah kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Umno-BN yang melanggar batasan undang-undang. Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata, banyak aduan yang dilaporkan kepada polis oleh Pakatan Rakyat (PR) berkenaan kejadian samseng politik yang didakwa dilakukan oleh penyokong Umno-BN. Akan tetapi tiada tindakan daripada Polis terhadap aduan-aduan tersebut. Sebaliknya tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh Polis terhadap penyokong PR. Hanipa merujuk kepada insiden membaling cat ke Bas milik PKR semasa Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka, di mana seorang pemuda di rakam dalam perbuatan itu. Begitu juga dengan insiden "senaman punggung" di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan. Sebaliknya tindakan pula diambil terhadap mereka yang menyertai siri perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur sehingga diburu dan ditahan oleh Polis. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tunisia hoping Ben Ali assets will fuel recovery Posted: 06 Dec 2012 06:02 PM PST | ||
Rafizi Ramli : Ahli Parlimen Hong Kong sedia membantu siasatan Posted: 06 Dec 2012 05:59 PM PST | ||
Rafizi Ramli : Siasatan ICAC mendapat tumpuan dunia Posted: 06 Dec 2012 05:59 PM PST | ||
Posted: 06 Dec 2012 05:58 PM PST | ||
Penjenayah lari sekatan kena tembak Posted: 06 Dec 2012 08:43 AM PST | ||
Kanak-kanak Gaza mencari sesuap nasi Posted: 06 Dec 2012 08:42 AM PST | ||
Hidayah Allah Dicari Bukan Dinanti - Ustaz Mohd Khairil Anwar Posted: 06 Dec 2012 08:41 AM PST | ||
Musa : Saya hanya nak perbetulkan keadaan Posted: 06 Dec 2012 08:41 AM PST | ||
Gambar dan Video suspek yang menikam petugas Pakatan Rakyat didedahkan!! Posted: 06 Dec 2012 07:10 AM PST Dalam insiden 'ceramah berdarah' di Gombak pada 5 Disember 2012 yang lalu, seorang petugas dari Pakatan Rakyat telah mengalami kecederaan akibat ditusuk dengan objek tajam. Menurutnya beliau ditusuk ketika cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak agar bertenang. Malangnya beliau telah ditikam.. Dan malang juga pemuda yang menikam petugas Pakatan Rakyat itu kerana tanpa disedarinya perbuatannya itu telah terakam oleh seseorang.. Perhatikan video di bawah.. Pada minit ke 1:38 kelihatan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO.. | ||
MALAIKAT Tadah Air Wudhu ? - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Posted: 06 Dec 2012 06:54 AM PST | ||
MINTA Kembali Hadiah - Ep3 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Posted: 06 Dec 2012 06:53 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan