Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MENGAPA TUAN GURU HJ HADI PILIH PEKAN? INI RAHSIANYA?

Posted: 05 Nov 2012 01:40 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

PELIK apanya kalau Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan?  Sebelum ini pun, Tuan Guru pernah nyatakan jika boleh beliau tidak mahu bertanding di dalam PRU akan datang dan mahu tumpukan pada tugas Presiden parti sahaja.

Jadi, ada dua kemungkinan mengapa Tuan Guru menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan menentang Najib sahabat kepada Razak Baginda yang ada kaitan dengan Altantuya itu.  Kedua-dua kemungkinan itu kesemuanya menguntungkan Tuan Guru Presiden.



Pertama, niat di hati Tuan Guru Hj Hadi mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat dan mahu tumpukan sepenuh masa untuk kerja-kerja parti selaku Presiden sahaja.  Menolak kehendak Majlis Syura yang tentunya akan mencalonkan beliau untuk bertanding sudah tentu tidak akan dilakukan oleh Tuan Guru kerana di dalam PAS arahan dari Majlis Syura itu adalah amanah.  Justeru itu, beliau bersetuju untuk dicalonkan tetapi mencadangkan tempatnya adalah di Parlimen Pekan.

Mengapa di Pekan?  Mungkin beliau rasa dan kita semua pun rasa harapan untuk sesiapa sahaja yang akan menentang PM, Najib di Pekan adalah tipis untuk menang.  Faktornya, di Pekan terletaknya dua atau tiga kem tentera iaitu di Kem Bt 9, Bt 10 dan juga Askar Wataniah di Pekan.  Lazimnya, kem tentera ini banyak menyumbangkan undi buat Bn.  Ditambah pula di Pekan terdapatnya perkampongan 'makhluk asing' yang seakan-akan orang Kemboja.  Di Pekan juga terdapat ramai kaum Orang Asli yang begitu mudah untuk diumpan oleh Najib.  Apatah pula Najib tentunya akan menggunakan segala jentera kerajaan dan dana bagi membantu beliau nanti. 


Maka, harapan untuk tewas buat Tuan Guru Hj Hadi agak cerah atas faktor-faktor luaran ini.  Jika beliau tewas, tidakkah itu 'melegakan' sedikit perasaan Tuan Guru Presiden yang sememangnya mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat?   Bukan bererti tewas itu bagus, tetapi realitinya mungkin begitu tidak kira siapa pun bertanding di kawasan 'berpuaka' itu.  

Keduanya, ditakdirkan Allah,  Najib, InsyaAllah, terpukang di Pekan maka satu bonus buat PAS.  Mungkin hasrat Tuan Guru Presiden untuk berehat dari menjadi Wakil Rakyat gagal namun beliau pastinya tidak merasa begitu kecewa kerana kemenangan parti itu lebih penting untuk rakyat.  Bukan mudah untuk tewaskan PM di kawasannya sendiri.

Oleh yang demikian, kedua-duanya menguntungkan Tuan Guru Presiden.  Sebab itu kita merasakan ada muslihat yang positif apabila Tuan Guru memilih Pekan sebagai tempatnya bertanding. /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Rozita Che Wan bercuti bersama bekas menteri pula?

Posted: 05 Nov 2012 05:48 PM PST


WARTAWAN SINAR HARIAN
6 November 2012
Rozita Che Wan
Rozita Che Wan
Belum pun reda isu gambar separuh bogel yang didakwa miripnya, nama Rozita Che Wan kembali hangat diperkatakan.

Ditimpa kontroversi bertimpa-timpa,  Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, kembali dikaitkan dengan hubungan cinta bersama golongan VIP yang lebih kurang sama versinya dengan kisah sebelum ini.

Malah ada pihak mendakwa, penerbangan Che Ta ke Kota London yang ditemani adiknya pelakon, Ayu Raudhah, baru-baru ini turut 'diselitkan' dengan kehadiran bekas menteri.

Menurut sumber, bekas menteri itu memberikan tiket kepada Che Ta, berdasarkan nombor tempahan tiket yang sama. Malah kemesraan mereka juga turut mencuri tumpuan krew apabila dilihat bersama dalam penerbangan itu.
Walaupun Che Ta kini berada di Jepun untuk menjalani penggambaran musim terbaru, Kiah Pekasam, berjudul, Kiah Spy Jepun, Zass berjaya mendapatkan penjelasan dari pelakon jelita ini.
"Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni.
"Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini," katanya yang bakal muncul dalam program bual bicara, Primadona, bersama Erra Fazira, Ziela Jalil dan Raja Azura.
Sementara itu, berhubung dakwaan gambar separuh bogel miripnya itu,  Che Ta nekad untuk menyaman wartawan hiburan tempatan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.


Anak kena tempias

Menyedari pancaroba bergelar anak seni sentiasa mengekori perjalanannya sebagai pelakon, Che Ta sudah lali dengan apa yang berlaku.

Malah, perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam industri demi membesarkan dua puteranya, Ammar Effendi, 15 dan Aniq Ezra, 14.

Akui bimbang akan penerimaan anak-anak mengenai kisah kurang enak yang bertebaran, namun, Che Ta bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami dan tidak mudah terpedaya dengan kisah yang sengaja direka oleh pihak tertentu untuk meraih publisiti.

"Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami persekitaran kehidupan sebagai selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan, walhal cerita itu tidak pernah terjadi.

"Malah, mereka tahu dengan siapa saya berkawan dan apa yang saya buat. Mereka lebih bijak menilai siapa saya," kata pelakon drama, Bunga-Bunga Syurga ini. - Sinar

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya

Posted: 05 Nov 2012 08:06 AM PST

Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam  pada yang sama di padang MPS Seremban  telah di adakan Konsert Perpaduan yang di hadiri oleh Artis yg ternama Hattan, M Nasir dan beberapa artis tempatan. Seawal lagi merujuk kepada kata2 janji Najib  sewaktu Bersih 3.0 ingin berhimpun ,  kerajaan bersedia membenarkan digunakan dalam stadium. Tapi tidak kerajaan NS yang memberi alasan bahawa padang MPS telah ditempah awal oleh penganjur Konset Perpaduan. Sedihnya....khabarnya konsert yg di belanjakan hampir RM300-500 ribu itu hanya di datangi cuma 120 orang.

Untuk mengelakan rakyat berhimpun di Seremban Jaya, mungkin konsert diadakan.....Sesungguhnya Umno BN...hiburan hanya sampingan...Rakyat kini bangkit untuk bersama-sama beberapa pimpinan berkongsi mandat yg bakal disampaikan. Hujan bukan penghalang. UMNO BN semakin gagal dengan sogokan..






Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

0
sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Siapa punya syarikat AES?

Posted: 05 Nov 2012 07:00 AM PST

Pembangkang dakwa AES dikuasai kroni Umno
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menurut pemimpin pembangkang diberikan kepada kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang. Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor. Jelas Chang lagi, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, antara tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.

"Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat. "Sementara itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ekoran pendedahan yang dikemukakannya itu,  Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta mendapat tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media berasingan turut mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), sedangkan pelaksanaannya sudah pun dilakukan sejak bulan lalu. "Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? "Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
........................................................................................................................................


Aku cuma nak kata:
Kalau ye pun nak didik rakyat ke, nak saman ke, yang bagi syarikat swasta buat tu apa pasal?. Nampak sangat nak bagi makan kat kroni. Polis dan JPJ tak boleh buat sendiri ke?.Kalau tak cukup anggota, tambah lah. Mengapa pulak bagi orang lain buat?. Di situ sudah nampak ada yang tidak kena dan yang mesti kena ialah rakyat. Macam lah rakyat ni semua dungu.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! 
 http://www.emailcashpro.com

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Hishamudin Hussein.. tolong lah buat sesuatu!

Posted: 05 Nov 2012 05:29 AM PST


Hishamudin ... kalau pasal Anwar, pasal Guan Eng sanggup hunus keris sanggup berjuang hingga ke titisan yang terakhir. Titisan apa pun tak tau lahh ...

Dia ditikam kiri dan kanan, tengah dan tepi badan. Tengkok pula kena sembelih kena kelar, tak cukup macam tu bakar pula lagi! Ya Allah!!  

Apa dia punya motif? Dengan pantas polis kata rompakan@samun. 

Rasa-rasa kita, ada kah ini cara @ modus operandi @ s.o.p penyamun dan penjenayah tempatan? No..No..No.. gurkah-gurkah politik di'port' kata ini bukan s.o.p. penjenayah Malaysia, mereka tidak sebegitu kejam.

Kematian-kematian yang hampir sama, ditikam, dibakar dan leher di kelar (guna kerambit) yang sering gurkah-gurkah ini dengar ialah sering berlaku di 'rumah-rumah kongsi' dan tapak-tapak pembinaan yang 99.99% ianya melibatkan sesama pendatang-pendatang haram.

Jadi, dalam kes rompakan pemandu teksi yang malang ini yang berlaku di tengah-tengah kota KL, gurkah-gurkah diport' ini 100% tunjuk jari kepada  pendatang-pendatang haram yang berlambak-lambak, yang mahu wang dengan cara mudah. Sebabnya kalau ikut kepada pengalaman gurkah-gurkah ini, ini bukan lah kerja penjenayah tempatan, kerana penjenayah tempatan mereka masih ada sedikit rasa sifat manusia (tambah-tambah orang melayu,siap boleh bagi salam lagi! kah..kah..kah..). Kalau mereka mahu bunuh, mereka hanya akan tikam satu atau dua kali saja. Kalau guna pistol mereka terus tembak sekali dua saja. Mati atau tidak itu belakang kira.
Hishamudin pula tak mau fikir kah macam mana nak hapuskan pendatang-pendatang yang haram ini? pendatang-pendatang yang tak haram (yang ada dokumen) tapi tak ada permit kerja, pendatang-pendatang haram yang berbekalkan hanya kad unhcr, pendatang-pendatang haram yang hanya ada sekeping kertas photostat dari imigresen yang mengatakan mereka adalah pati yang sudah di daftar olih imigresen dan macam-macam lagi lah.

dollah yankee -
Hisham.. kalau tak mampu sila turun, biar gurkah-gurkah saja yang ganti tempat kamu!
p/s: ajalnya sudah tertulis dia akan mati begini.

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


OHMSI Truth Matters Forum Part 4

Posted: 05 Nov 2012 08:05 PM PST

OHMSI Truth Matters Forum Part 3

Posted: 05 Nov 2012 08:04 PM PST

OHMSI Truth Matters Forum Part 2

Posted: 05 Nov 2012 08:03 PM PST

OHMSI Truth Matters Forum Part 1

Posted: 05 Nov 2012 08:02 PM PST

Dewan Rakyat: Pertanyaan Jawab Lisan (YB India Bertikam lidah)

Posted: 05 Nov 2012 08:01 PM PST

Video Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov

Posted: 05 Nov 2012 07:59 PM PST

Benarkah bahaya sedang mengancam umno/BN?

Posted: 05 Nov 2012 07:55 PM PST

"Untuk membuktinya, PRU 12, kerajaan yang memerintah Negara ini hilang lima buah Negeri dan hilang 2/3 parlimen. Ianya sangat munasabah berlakunya pembelotan punca lima ratus ribu ahli umno undi PR. Apa pun MCA dan Gerakan turut terbabit sehingga tokoh tokoh parti itu kalah teruk.

Atas sebab itulah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun)dipersalahkan dan dipaksa serta terpaksa letak jawatan dan umno juga kerajaan diambil alih Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Inilah keputusan drastik yang dilakukan tanpa fikir panjang PRU 11 umno/BN mencipta rekod cemerlang Terengganu dirampas semula dan Kelantan hampir hampir tumbang  atas nama semata mata untuk menyelamatkan umno dari bahaya hilang kuasa dalam PRU 13.
Atas sebab itu jugalah Datuk Seri Najib Razak menerusi penasihat penasihat keliling pingang yang pintar pintar mengandaikan sanjungan rakyat jelata terbit dari perasaan takut dan harapan.
 Dan harus diperban yakkan  slogan slogan  termasuk slogan" satu Malaysia"untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum. 
Read More / Baca Lagi >>

Umno cabar Pas nyata pendirian kenyataan Nurul Izzah

Posted: 05 Nov 2012 07:53 PM PST

IPOH -  Pemuda Umno negeri mencabar pimpinan Pas Perak untuk menyatakan pendirian mereka berkenaan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Iozah Anwar berkaitan hak kebebasan beragama yang menyentuh kepada orang Melayu dalam negara.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda Umno Perak melahirkan rasa terkejut dan marah terhadap kenyataan itu dan pimpinan Pas di negeri ini khususnya Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pemuda Pas negeri seharusnya tampil membuat kenyataan.

Katanya, kenyataan pemimpin PKR amat dikesali kerana ia seolah-olah menunjukkan cubaan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan.

Read More / Baca Lagi >>

Media Fitnah : Nurul Izzah mahu saman

Posted: 05 Nov 2012 07:51 PM PST



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kaji semula projek Lynas, elak tragedi Bukit Merah berulang

Posted: 05 Nov 2012 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan mengkaji semula dan mendapat pandangan rakyat sebelum meluluskan pembinaan loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan bagi mengelak tragedi Bukit Merah berulang.
"Ini nyawa orang. Ini bukan politik. Jangan sombong. Kaji semula sama ada berisiko atau tidak," kata Ketua Umum KEADILAN itu di depan 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Batu 11, Taman Mahkota Aman, Kuantan, Ahad lalu.
Beliau merujuk kelulusan yang diberi kepada loji penapisan nadir bumi Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak pada 80-an.
"Masa (projek itu) lulus, saya jadi Menteri. Ramai yang bantah. Tapi Dr Mahathir (Mohamad) kata 'jalan' (teruskan projek). (Konon) Semua bagus walaupun ada kajian EIA (Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar) dan Jabatan Alam Sekitar. Kerajaan sahkan selamat.
"Tapi, selepas 20 tahun ada banyak laporan. Ada (penduduk) mengalami penyakit kulit, malah ada yang mati sebab 'rare earth' ini," katanya.
"Kita bukannya anti pembangunan. Tapi cara macam ini (pembangunan tanpa rundingan) tak boleh lagi dilakukan, jangan
sombong…," tegas Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Ikram puji Selangor bina rumah mampu milik

Posted: 05 Nov 2012 07:33 PM PST

KUALA LUMPUR: Usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah kediaman mampu milik wajar dipuji.

Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ini di dalam keadaan harga pasaran dan nilai rumah kediaman di Negeri Selangor secara purata meningkat pada kadar 7 peratus setiap tahun.

"Inisiatif dan komitmen sebegini sepatutnya dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau pihaknya mengalu-alukan kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar  Abdul Samad di mana sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah yang berharga di bawah RM42,000 berjaya disiapkan sejak mengambilalih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini.

Read More / Baca Lagi >>

Iklan Deepavali Petronas jadi sasaran pengkritik

Posted: 05 Nov 2012 07:30 PM PST


dikemaskini Iklan Petronas tahun ini untuk mengucapkan selamat menyambut 'Perayaan Deepavali' kepada penganut agama Hindu, begitu jauh berbeza daripada hasil karya Yasmin Ahmad yang mengetengahkan unsur kasih sayang, amat bermakna dan sukar dilupai.
Menurut mereka yang telah  menyaksinya, klip perayaan selama tiga minit itu bertajuk 'Let's do the Dappan' - sebuah muzikal yang menggambarkan orang ramai menari di jalan -  adalah tidak sesuai.
NONEWikipedia menerangkan 'Dappan Kuthu' sebagai: 'Instrumen ini boleh didengar dimainkan di rumah-rumah di mana kematian telah berlaku untuk mengurangkan atau untuk menyekat bunyi tangisan atau untuk memberitahu orang lain tentang kematian di kampung-kampung Tamil. Rentak tersebut dipanggil Saavu Adi.

(*Wikipedia explains 'Dappan Kuthu' as: 'This instrument can be heard being played in houses where death has occurred to reduce or to suppress the sound of crying or to inform others about a death in Tamil villages. The particular beat employed is called Saavu Adi.)
Dilancarkan di YouTube pada hari Ahad, iklan 'Happy Deepavali' itu dijangka mula ke udara hujung minggu ini dan telah pun menarik komen negatif dalam media sosial.

Bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia A Vaithilingam berkata ia adalah sebuah iklan yang kontroversi dari mula-mula lagi, dan menunjukkan watak-watak pemuda India ala samseng yang menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.

Katanya ia memaparkan unsur negatif terhadap kaum India seperti bahagian yang menunjukkan mereka menyebabkan kesesakan lalulintas dengan menari di tengah-tengah jalan.

Menurutnya lagi, ia menunjukkan seolah-olah kaum India harus dipersalahkan kerana menyebabkan kesesakan lalulintas.
Oleh itu, tegasnya, ia perlu dihentikan dan dikeluarkan serta-merta daripada YouTube dan daripada ke udara.
Senator S Ramakrishnan yang telah menyaksikan klip itu di YouTube, berkata walaupun iklan Petronas disasarkan kepada golongan belia, tetapi ia mengagungkan trend yang tidak lama lagi akan pudar.

Menurutnya, klip itu tidak mewakili budaya masyarakat India yang berusia lebih 5,000 tahun atau sentimen menyambut Deepavali di kalangan penganut Hindu di seluruh dunia.

"Iklan itu tidak menggambarkan budaya India, tetapi berdasarkan trend semasa filem-filem Tamil yang menggambarkan keganasan, kegiatan samseng dan mengagungkan bintang-bintang filem," katanya.

‘BN only wants to disunite Malaysians’

Posted: 05 Nov 2012 07:05 PM PST

The unity among Malaysians in the Pakatan Rakyat is frightening Umno and Najib, says PAS deputy president Mat Sabu. 

BATU PAHAT: PAS deputy president Mohamad Sabu said Prime Minister Najib Tun Razak's only political strategy to win the next general election was to disunite Malaysians.
"Don't fall for it. It is the unity among Malaysians in the Pakatan Rakyat that is frightening Umno and Najib," he said in his policy address at the Johor PAS annual convention over the weekend.
More than 600 state PAS delegates attended the assembly, including PKR vice-president and Johor PKR chief Chua Jui Meng. This year's assembly was hosted by Parit Sulong PAS.
Mat Sabu, as he is more popularly known, said: "If any of the three Pakatan partners – PAS, PKR or DAP – quit the opposition coalition now, Najib would dissolve Parliament the next day.
"That is what he is hoping for. And that is why Malaysians have been kept in an election mode for about two years."
Read More / Baca Lagi >>

Gadai Negara Demi Kuasa : Ribuan warga asing Myanmar terima kerakyatan di stadium KLFA - Saksi

Posted: 05 Nov 2012 07:02 PM PST

SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45am jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium)untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.



Menulis di ruangan komen satusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini [facebook]. Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?
Read More / Baca Lagi >>

Najib sebenarnya petualang negara ! ~ beri ic kepada Burma demi undi

Posted: 05 Nov 2012 06:59 PM PST

Best Blogger Tips
20090827130941_S6300022
Rumah pendatang Burma
Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.
Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.
Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.
Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.
Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang. 

Read More / Baca Lagi >>

Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?

Posted: 05 Nov 2012 06:29 PM PST

Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"

Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:

Read More / Baca Lagi >>

Semakan Elaun Kakitangan Awam : “Kami Dapat Elaun Rumah Rendah RM180 Sebulan Tapi Rumah Sewa Sekarang RM500 Sebulan”?

Posted: 05 Nov 2012 06:24 PM PST

Elaun Penjawat Awam 2012 Semakan Elaun Kakitangan Awam : Kami Dapat Elaun Rumah Rendah RM180 Sebulan Tapi Rumah Sewa Sekarang RM500 Sebulan? Kerajaan Sila Kaji!!
Gambar Hiasan
Elaun kakitangan awam : Jika sebelum ini mungkin ada yang memasang impian akan ada kemungkinan sekali lagi semakan gaji kakitangan awam melibatkan 1.4 juta kakitangan awam. Malangnya, berita semakan kaji hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja kakitangan awam yang diberikan perhatian di atas sebab-sebab seperti DI SINI.
Kali ini kalangan kakitangan awam mendesak pula supaya dibuat semakan semula elaun penjawat awam seperti elaun perumahan untuk dikaji semula kerana merasakan elaun perumahan yang diberikan sekarang sudah tidak relevan lagi lebih-lebih lagi dengan bebanan kos sara hidup yang ada ketika ini terutamanya kadar sewa rumah yang semakin meningkat tinggi…..
"Tak dapat semakan gaji, pusing permintaan kepada elaun pula"

Apa Kata Kalangan kakitangan Awam Mengenai Elaun Yang Diberikan Sekarang Ini?

Read More / Baca Lagi >>

Kase dedah bukti baru

Posted: 05 Nov 2012 06:19 PM PST


KUALA LUMPUR - Kempen Anti Saman Ekor (Kase) sekali lagi mendesak kerajaan menarik balik saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan, terutama di Kilometer 6.6, Jalan Kajang Puchong (SKVE).
Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, pihaknya berjaya mengesan beberapa bukti menunjukkan ada kelemahan perlaksanaan AES ini.
Mahfuz Omar Menurutnya, sebelum ini Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamad memberitahu AES mempunyai kelonggaran (buffer speed limit) sebanyak 10km/sejam.
Bagaimanapun, Kase mendapati pemandu yang didakwa menerima saman bawah had laju yang ditetapkan JPJ.
"Salah satu saman yang diterima adalah di Kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80km sejam.
"Sedangkan lokasi yang dimaklumkan dalam laman web JPJ, menunjukkan had laju kilometer 6.6 SKVE yang ditetapkan adalah 90km/sejam. Ini bukan buffer, tetapi pengurangan had laju, sepatutnya apabila ada yang memandu lebih 101km/sejam barulah disaman," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Menurutnya, saman AES lebih bercelaru apabila penerima saman terbabit diminta hadir ke Mahkamah Majistret Sepang, bukannya Kajang.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan dikeluarkan  Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Leslie Leon kelmarin membuktikan AES didakwa ada kelemahan.

Perangkap hudud MCA tidak mengena

Posted: 05 Nov 2012 06:15 PM PST

Usaha pemimpin MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengumpan respons daripada parti-parti Pakatan Rakyat berhubung isu hudud bagi mencetuskan perdebatan hangat tidak menampakkan hasil.

Selain PAS, parti-parti PR tidak memberikan respons yang mencetuskan perdebatan terbuka antara parti terbabit, terutama PAS dengan DAP, yang dilihat menjadi matlamat Chua mencetuskan isu bahaya hudud.

Malah, Chua turut terpaksa memberikan penjelasan panjang berhubung kenyataannya yang disifatkan sebagai anti-Islam itu, yang dipublisitikan secara prominen oleh akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini.

Penjelasan Chua itu juga dilihat sebagai mengawal kerosakan yang menimpa Umno, sekutu MCA dalam Barisan Nasional yang bersaing merebut undi Melayu dengan PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Tuan Guru Hj Hadi Pilih Pekan? Ini Rahsianya?

Posted: 05 Nov 2012 06:14 PM PST

Oleh WFAUZDIN NS

PELIK apanya kalau Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan?  Sebelum ini pun, Tuan Guru pernah nyatakan jika boleh beliau tidak mahu bertanding di dalam PRU akan datang dan mahu tumpukan pada tugas Presiden parti sahaja.

Jadi, ada dua kemungkinan mengapa Tuan Guru menawarkan diri bertanding di Parlimen Pekan menentang Najib sahabat kepada Razak Baginda yang ada kaitan dengan Altantuya itu.  Kedua-dua kemungkinan itu kesemuanya menguntungkan Tuan Guru Presiden.

Pertama, niat di hati Tuan Guru Hj Hadi mahu berehat dari menjadi Wakil Rakyat dan mahu tumpukan sepenuh masa untuk kerja-kerja parti selaku Presiden sahaja.  Menolak kehendak Majlis Syura yang tentunya akan mencalonkan beliau untuk bertanding sudah tentu tidak akan dilakukan oleh Tuan Guru kerana di dalam PAS arahan dari Majlis Syura itu adalah amanah.  Justeru itu, beliau bersetuju untuk dicalonkan tetapi mencadangkan tempatnya adalah di Parlimen Pekan.
Read More / Baca Lagi >>

(Versi Penuh) Mat Sabu: Himpunan Kebangkitan Rakyat Seremban

Posted: 05 Nov 2012 06:02 PM PST

(Versi Penuh) Lim Kit Siang: Himpunan Kebangkitan Rakyat Seremban

Posted: 05 Nov 2012 06:01 PM PST

Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' kejutkan PKR..!!!

Posted: 05 Nov 2012 05:54 PM PST



 
Hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan, mengejutkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin juga bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun.
NONEZaid (kiri) tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.

"Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.

Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.

Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.

Murtad: Islam Pilihan atau Paksaan..!!

Posted: 05 Nov 2012 05:45 PM PST

"Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan. Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan."

Malaysia Kita : Ibu tuntut masjid serah bantuan

Posted: 05 Nov 2012 05:42 PM PST



SARIFFAH (dua dari kiri) bersama empat daripada lima orang anaknya menunjukkan salinan laporan polis di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Seorang peniaga pusat kesihatan menuntut pihak pengurusan sebuah masjid di sini menyerahkan bantuan hari raya terkumpul berjumlah RM3,000 yang didakwa diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk lima orang anaknya sejak enam tahun lalu.
Sariffah Mat Nor Rashid, 45, mendakwa, pengurusan masjid berkenaan gagal menyerahkan bantuan hari raya untuk golongan anak yatim itu kepada anaknya sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit kronik pada tahun 2005.
"Lima anak saya yang kini berusia antara tujuh hingga 13 tahun sepatutnya menerima bantuan hari raya tersebut daripada MAIS sebanyak RM100 seorang selepas mereka menjadi anak yatim.
"Malangnya, pihak masjid tidak menyerahkan wang itu dengan alasan MAIS tidak menyalurkan bantuan hari raya untuk kelima-lima anak saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT